Isnin, 13 Februari 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BANYAK JENIS KETAGIHAN DI MALAYSIA.

Posted: 20 Oct 2011 09:20 AM PDT

CHINA Press terbitan 28 Mei 2011 mengupas mengenai jenis-jenis ketagihan rakyat Malaysia di halaman C15.

Artikel bertajuk 'Ketagihan rakyat Malaysia ada banyak jenis' yang ditulis oleh Lee Rang disiarkan di ruangan perbincangan umum rakyat.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini yang mendedahkan rakyat Malaysia yang ke-10 tertinggi meminum arak adalah amat memeranjatkan.

Cuba kita fikirkan, bilangan penduduk negara ini tidak ramai dan ia turut dikatakan sebuah negara Islam tetapi satu pertiga rakyatnya meminum arak.

Bagaimanapun, banyak pihak yang meragui ranking yang diumum oleh WHO ini berikutan harga arak di negara kita dikenakan cukai sehingga menyebabkan harganya menjadi antara yang paling mahal di dunia. Terdapat juga kemungkinan sebahagian arak berkenaan diminum pelancong yang ramai ke negara ini.

Selain itu, ramai rakyat Malaysia ketagih subsidi, yang jika tidak dibasmi akan menjadi seperti penagih dadah yang teruk. Demi masa depan negara ini, kerajaan perlu menghentikan ketagihan ini dengan menaikkan harga barangan subsidi seperti gula dan minyak.

Jika orang awam rasa gelisah dan tidak tenteram, itu adalah reaksi semula jadi buat sementara waktu seperti yang dilalui penagih dadah. Jangan takut, apabila sudah biasa nanti, ia tidak akan apa-apa.

Sementara itu, banyak ketagihan lain yang dialami rakyat Malaysia yang berpunca daripada terlalu banyak keistimewaan yang diberikan. Contohnya ketagihan kroni, ketagihan tongkat, ketagihan rasuah dan ketagihan untuk menyelewengkan kuasa.

Terdapat juga ketagihan pihak tertentu supaya kerajaan mendukung mereka sehingga menyebabkan semua rakyat tidak boleh menggunakan kekuatan diri sendiri secara adil untuk bersaing.

Kerana ketagihan ini, kumpulan cerdik pandai menghilang diri ke luar negara, pelaburan asing semakin berkurangan dan kualiti kehidupan rakyat semakin mengundur ke belakang. Jika ketagihan ini tidak dibasmi, Malaysia akan muflis.

KETAGIHAN TERKINI:
POLITIK


FACE BOOK


PUTRAJAYA

Tiada ulasan:

Pengikut