Jumaat, 3 Februari 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


ADAKAH ISLAM DI SELANGOR AKAN JADI SEPERTI DI PENANG

Posted: 03 Feb 2012 06:22 AM PST

Mencongak harapan PAS di Merlimau

07:59 with 0 ulasan »

Kali terakhir Pilihanraya Kecil menjengah ke bumi Hang Tuah adalah pada tahun 2007 dalam Pilihanraya Kecil Dun Machap yang menyaksikan calon MCA,Lai Meng Chong menang besar ke atas calon DAP,Liou Chen Kuang dengan majoriti 4081 undi.Dan akhir bulan ini,setelah hampir empat tahun bumi Melaka sunyi daripada Pilihanraya Kecil,satu lagi siri pilihanraya kecil menjengah bumi Melaka,yang menyaksikan pilihanraya kecil ke 15 dalam era pasca tsunami 2008.

Pilihanraya Kecil N27 Merlimau kali ini mungkin bakal menjadi antara pertembungan yang menarik antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.Barisan Nasional sememangnya telah hampir pasti meletakkan calon Umno di Merlimau manakala Pakatan Rakyat pula masih dalam peringkat perbincangan untuk memilih sama ada meletakkan calon Pas ataupun PKR di Dun Merlimau.

Antara sebab mengapa Pilihanraya Kecil Dun Merlimau dianggap penting dan menarik adalah kerana Melaka adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai wakil pembangkang Melayu (Pas mahupun PKR).Hal ini kerana Pas dan PKR telah berjaya meletakkan dua wakil Melayu di Johor,dua di Pahang,dua di Perlis,,lapan di Terengganu dan tiga di Negeri Sembilan.Untuk membaca artikel penuh Harakahdaily mengenai Pas Melaka,pembaca boleh membaca artikel tersebut di sini.

Untuk rekod,Pas telah bertanding di 13 kerusi Dun,lapan DAP dan tujuh untuk PKR.Kecuali DAP,Pas dan PKR masing-masing gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihanraya Umum 12 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka.Walaubagaimanapun,DAP telah berjaya memenangi lima daripada lapan kerusi yang ditandingi iaitu Dun Bachang,Ayer Keroh,Kesidang,Kota Laksamana dan Bandar Hilir.Malah,DAP juga berjaya menawan kembali kerusi Parlimen Kota Melaka yang terlepas ke tangan MCA pada tahun 2004. Untuk rekod,Kota Melaka adalah antara kubu kuat DAP di Melaka yang diwakili oleh Lim Guan Eng sebelum beliau dipenjarakan dan tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum 1999.Pengganti Lim,Kerk Kim Hock berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada tahun 1999 sebelum terlepas ke tangan calon MCA, Wong Nai Chee dalam Pilihanraya Umum 2004.

Dalam pilihanraya umum lalu,calon Pas yang mendapat undi tertinggi di Melaka adalah di N17 Bukit Baru dalam Parlimen Bukit Katil di mana calon Pas,Bakrin bin Sidek telah berjaya mendapat 4936 undi,hampir mencecah 5000 undi.Calon Melayu PKR yang mendapat undi tertinggi di Melaka pula adalah calon bagi Dun Paya Rumput dalam Parlimen Tangga Batu,Taha bin Ahmad yang memperoleh undi sebanyak 5687 undi. Calon Pas yang paling berjaya merapatkan jurang majoriti antara Pas-Umno adalah calon Pas bagi Durian Tunggal dalam Parlimen Tangga Batu,Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Melaka,yang tewas dengan majoriti 1476 undi.Bagi calon Melayu PKR pula,calon yang berjaya mendapat majoriti terkecil adalah calon PKR bagi Dun Rim dalam Parlimen Jasin,Azmi bin Khamis yang hanya tewas dengan majoriti 1637 undi.

PABILA DATUK 70 TAHUN BERADA DI PARLIMEN?

Posted: 03 Feb 2012 05:57 AM PST

 
Keputusan itu dibuat selepas lajnah politik PAS sebulat suara menolak hasrat presiden PAS itu untuk tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum, sama ada di peringkat DUN atau parlimen
Nik Aziz kata mahu berundur tapi dihalang PAS K'tan.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh PAS Kelantan.
  
NONE"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh PAS Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu hari ini.
  
Sebelum itu, Nik Abdul Aziz ditanya pandangannya berhubung hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan tidak mahu bertanding kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang.
  
Nik Aziz berkata keputusan Abdul Hadi berbuat demikian "adalah masalah dia", dan sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak mampu berbuat
sesuatu terhadap tertinggi PAS itu.

Katanya PAS kini mempunyai banyak berkelayakan untuk menjadi calon, termasuk mereka yang berpendidikan tinggi dan profesional, berbanding guru-guru pondok dan orang kampung sebelum ini.
  
Nik Aziz berkata beliau akan melancarkan pungutan tabung bagi membantu masyarakat Islam Thailand yang menjadi mangsa pembunuhan pihak berkuasa negara itu.
  
Katanya beliau akan mengumpul kutipan itu melalui sumbangan wang rakyat dan tidak akan menggunakan wang kerajaan.

- Bernama 
 Kepada pemilih apakah maksud tersirat dari 2 kenyataan di atas ? Perlukah kita memberi undi kepada parti ?



PERSOALAN KUASA KETIGA KINI TERLERAI !

Posted: 03 Feb 2012 05:41 AM PST

Mingguan Malaysia 29 Jan 2012 Rencana  -" Menunggu kemunculan kuasa ketiga "
Berita Harian 30 Januari 2012 muka depan - BN sedia berdepan "kuasa ketiga"
Berita harian 27 Januari 2012 nasional - Pembentukan kuasa ketiga mengarut"
Harakah Daily : Kita dan MCLM, kuasa mengisi ruang ketiga
Harakah Daily : Golongan Muda sebagai kuasa ketiga.


Kuasa ketiga dibayangkan sebagai satu kumpulan orang-orang yang amat insaf terhadap kegawatan dan kecelaruan yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia sekarang, khususnya orang-orang Melayu yang menjadi tonggaknya. Begitu juga dengan kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam.

Selain dari JATI juga terdengar dan terbaca ada satu lagi third force yang akan jadi penentu dalam keputusan PRU 13 nanti. Ada juga yang mengatakan bahawa kuasa ketiga ini bukannya parti politik tetapi lebih kepada pihak lain yang boleh mempengaruhi pemikiran dan pendirian politik pengundi tanpa menyekutukan diri mereka kepada kuasa pertama yang dirujuk kepada kerajaan yang memerintah dan kuasa kedua iaitu pembangkang. Malah ada yang melihat kewujudan pihak ini adalah sesuatu yang sihat mengenai demokrasi.

MENGAPA PERLUNYA KUASA KETIGA ?

Bagi mereka yang bersetuju dengan kuasa ketiga ini, parti-parti politik yang sedia ada tidak boleh diharapkan lagi untuk menyelesaikan isu-isu ini kerana masing-masing sudah menjual diri kepada bukan Islam demi mendapatkan undi untuk merebut kuasa politik. Begitu lah sangat besarnya pengaruh "KUASA" dalam politik. Malah ada juga dalam hajat mereka menuju Putrajaya sanggup menjual prinsip perjuangan yang dipegang selama ini. Ini bukan sahaja bertukar strategi tetapi dah kena cucuk hidung mereka. Lebih malang lagi bila yang cucuk hidung mereka kini adalah yang mereka sangat tidak percaya suatu masa dulu.

Apa yang menjadi persoalan BENARKAH "IMR" itu telah benar-benar tergugut? Seingat penulis isu dan polemik ini telah sekian lama berlegar dan jadi modal parti-parti politik setiap kali menjelang PRU dan PRK. Malah ketiga-tiga elemen ini dilihat sebagai satu senjata perang psikologi yang terbaik untuk mengaut undi. malah pembangkang juga kerap menggunakan ini sebagai senjata terakhir mereka demi meraih sokongan dan undi dari pemilih.

REALITI SEMASA.

Namun apa yang kita lihat isu ini menjadi semakin popular bila BN tidak dapat mengekalkan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat dan pada masa yang sama pembangkang mula mengusai Perak (11 bulan), Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Malah terdapat juga tindakan-tindakan mereka yang menguris hati semua kaum, lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang....Selangor.....Kedah.....Perak.....Masa belum dapat kuasa semua nya berjanji bulan dan bintang tapi bila dapat kuasa semuanya jadi harapan kosong sahaja....siapa yang menipu siapa?

Soal sama ada kuasa ketiga bergabung dengan parti politik untuk bertanding pada PRU 13 dengan menggunakan logo parti masih jadi tandatanya. Yang pasti pengundi pasti sukar untuk memberikan undi mereka kepada calon yang berstatus bebas. Begitu juga dengan BN sudah bersediakah apabila pertandingan 3 penjuru atau 4 penjuru berlaku? Cakap politik memang sudah bersedia tetapi jentera parti di bawah ada kalanya hilang punca bila situasi ini berlaku. Mungkin semangat telah bersedia tetapi mereka, pendekatan dan strategi serta tertikal masih jadi tanda tanya. Jika kita lihat sekarang sahaja, selepas perhimpunan agung UMNO berapa banyak peti undi telah digerakkan? Yang ada cuma merasmikan jentera peti undi peringkat parlimen dan DUN sahaja? Ramai yang masih tidur lena termasuk Ketua Bahagian, itu pun masih mahu dikekalkan sebagai calon PRU 13..........Fikir-fikirkan lah....PRU 13 IBU SEGALA PILIHANRAYA>>>>


PAS MENGHADAPI "TSUNAMI DALAMAN DAN LUARAN"

Posted: 03 Feb 2012 04:19 AM PST

'Tsunami' penyatuan orang Melayu &  Pemberontakan secara 'senyap' kian menular dalam PAS &Pemimpin PAS cuma nampak Putrajaya & PAS patut jawab dakwaan Hasan wujud parasit akidah &PAS Pusat panggil Azizan beri penjelasan. PAS kini hanya nampak Putrajaya.

Demikian lah antara tajuk akhbar Berita Harian yang menceritakan "tsunami dalaman dan luaran" yang kini membelenggu kepimpinan tertinggi PAS sejak berkawan dengan PKR dan DAP. Atau lebih tepat lagi bila kepimpinan tertinggi mereka berubah dan berganti tangan dari ulamak kepada ularmak @ parasit. Ternyata setiap kali berita yang kurang enak segera dinafikan oleh mereka yang berkepentingan demi menjaga "survival" kelangsungan jawatan mereka sama ada dalam parti mahu pun bagi meneruskan gelaran YB dalam usaha mereka ke PUTRAJAYA.

Kini golongan parasit berhadapan pula dengan dua Hassan iaitu Datuk Dr Hassan Ali dan Hassan Basri yang mula menggunakan platform NGO yang dinamakan Jati dengan fokus kepada ISLAM, MELAYU dan RAJA (IMR). Sudah tentu 2 Hassan ini mempunyai penyokong dan pengikut masing-masing. Setakat ini kepimpinan tertinggi PAS menafikan penyokong mereka terlibat masa semasa ceramah yang dikendalikan oleh 2 Hassan ini. Tetapi sudah tentu ramai ahli dan penyokong PAS nak dengar apakah polimek sebenar yang berlaku di puncak parti itu.

Kepada ahli-ahli PAS dan penyokong sedarlah seperti jawapan yang diberikan oleh YB Datuk Dr Hassan Ali ketika menjawab satu pertanyaan yang dikemukakan, mereka yang keluar dari PAS dianggap seolah-olah terkeluar dari Islam? Jawapan,

" Pas bukan agama tetapi parti politik"

Doktrin itu mungkin sengaka diwujudkan supaya parti tersebut akan sentiasa berada dalam jajaran hati manusia. Keluar dari PAS tidak akan membuatkan seseorang itu terkeluar dari agamanya.

Jati diri sebenar PAS yang menurutnya, 72.28% kepimpinannya kini bukan golongan ulamak.  Yang lebih menyedihkan dalam usaha mereka yang hanya nampak Putrajaya, kepimpinan parti tersebut sama ada disedari atau tanpa disedari telah diperkudakan oleh rakan-rakan mereka dalam PR. Satu pertanyaan kepada ahli dan penyokong PAS, sanggupkah diri anda diperkudakan oleh parasit demi mimpi mereka ke Putrajaya?

Tiada ulasan:

Pengikut