Pengikut

Nuffnang

Isnin, 16 Januari 2012

UMNO Cawangan Bukit Ampang

sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PM suarakan kegembiraan terhadap komitmen kaum India

Posted: 15 Jan 2012 01:43 AM PST

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan kegembiraannya terhadap komitmen dan kepercayaan atau "nambikei" kaum India di Malaysia, dengan berkata, kepercayaan yang utuh adalah sangat penting "sambil kita bersama-sama melakukan transformasi ke atas Malaysia".

Menerusi mesej yang dimuatkan dalam laman blog www.1Malaysia.com.my sempena sambutan pesta Ponggal hari ini, Perdana Menteri berkata, sebagai rakyat Malaysia "kita akan terus bekerja bersama-sama untuk melakukan transformasi ke atas Malaysia dan oleh itu memastikan segala-galanya cukup bagi semua kaum."

"Sambil kita berkongsi budaya rakan-rakan kita dan tradisi mereka menanak susu dan beras sehingga mendidih sebagai melambangkan limpahan kekayaan dari bumi kita, semua rakyat Malaysia sesungguhnya boleh bersyukur kerana Malaysia sebuah negara yang subur dan menghasilkan banyak makanan," katanya.

Najib turut menggambarkan Ponggal atau pesta menyambut musim menuai sebagai masa yang istimewa bagi kaum India memandangkan ia menandakan permulaan bulan "Thai" yang baik dalam kalendar India dan kebetulan menjadi pesta utama yang pertama bagi masyarakat India dalam tahun baru ini.

"Sambil semua rakyat Malaysia melangkah ke tahun 2012 dengan keyakinan dan azam yang diperbaharui, kita sekali lagi diingatkan tentang kekayaan kepelbagaian negara yang kita sokong dan pupuk dengan bangga ini," katanya.

Perdana Menteri turut mengucapkan "Ponggal Vaalthukal" dan selamat menyambut "Ponggal" kepada seluruh masyarakat India di Malaysia. – BERNAMA

BN Selangor Biaya Kos Guaman Kes Injunksi Peniaga Kompleks PKNS

Posted: 15 Jan 2012 01:42 AM PST

KUALA SELANGOR, 15 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Selangor akan membiayai kos guaman berjumlah RM50,000 dalam kes mahkamah yang difailkan oleh 100 peniaga di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam terhadap kerajaan negeri berhubung kenaikan kadar sewa premis perniagaan itu.

Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan menaikkan kadar sewa premis perniagaan di PKNS sehingga 100 peratus adalah tidak munasabah dan membebankan penyewa di bangunan yang menjadi identiti negeri ini.

"Kita akan bantu biaya kos guaman yang terpaksa ditanggung oleh peniaga, saya dimaklumkan kerajaan Selangor sedang berusaha mengetepikan injuksi kenaikan kadar sewa berkenaan," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan baucar tunai sempena pelancaran Program Bantuan Rakyat 1Malasyia (BR1M) Selangor Fasa pertama di sini, hari ini.

Beliau turut membidas kerajaan Selangor kerana gagal menunaikan janji mereka untuk mewujudkan lebih banyak premis perniagaan selepas mentadbir negeri berkenaan.

"Inilah sikap mereka, janji macam-macam, konon mahu sediakan premis perniagaan yang lebih banyak. Sedangkan apa yang mereka tahu naikkan sewa, jual bangunan," katanya.

Pada 14 Dis tahun lepas, seramai 100 peniaga di PKNS Shah Alam mendapat perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menghalang cadangan PKNS menaikkan kadar sewa ruang niaga di kompleks itu bermula tahun ini.

Persatuan peniaga Kompleks PKNS memfailkan injunksi (perintah sekatan) berkenaan bagi menghalang kenaikan kadar sewa premis perniagaan sebanyak 70 hingga 100 peratus di kompleks itu.

Noh berkata kerajaan BN berjanji tidak akan menaikkan kadar sewa di premis berkenaan sekiranya berjaya memerintah semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Umno sudah tidak layak mengurus Dasar Ekonomi Baru (DEB) ketika berucap pada konvensyen Pakatan Pembangkangu di Alor Setar, Kedah, beliau berkata Abdul Khalid perlu menyemak sejarah sebelum mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Katanya, Abdul Khalid sepatutnya bersyukur kerana beliau sendiri menerima manfaat daripada DEB sehingga mendapat peluang menjadi dirinya pada hari ini termasuk peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

"Dia berada di tempat dia sekarang pun disebabkan DEB," katanya.

Noh berkata tujuan DEB diwujudkan adalah supaya semua kaum di Malaysia mendapat peluang yang sama termasuk dalam bidang pengajian dan pekerjaan.

Beliau berkata DEB bertujuan menyeimbangkan keperluan rakyat berbilang bangsa contohnya semua kaum dapat menghuni di kawasan desa atau di bandar dan bukan seperti sebelum DEB diperkenalkan iaitu kawasan bandar hanya didiami oleh kaum tertentu sahaja.

Katanya, melalui DEB juga kerajaan dapat memastikan bilangan profesional dalam sesuatu bidang itu seimbang antara semua kaum.

"Kerajaan juga berjaya mempastikan semua kaum mendapat kemudahan dan manfaat sama rata dalam bidang pendidikan serta ekonomi di negara ini melalui pelaksanaan DEB," katanya.

Dalam laman portal berita tvsnews.net, Abdul Khalid dilaporkan berkata pelaksanaan DEB oleh pentadbiran Umno-BN merupakan contoh paling ketara kegagalan mereka (Umno-BN) untuk menggunakan kekayaan negara bagi mengangkat martabat masyarakat Melayu.

-- BERNAMA

Transformasi pendidikan, modal insan asas negara maju

Posted: 15 Jan 2012 01:38 AM PST

PEKAN 15 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju tidak akan tercapai jika transformasi dalam bidang pendidikan dan modal insan tidak dilakukan dengan sebaiknya.

Beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar dalam bidang pendidikan dan ia perlu didokong semua pihak termasuk rakyat bagi merealisasikan hasrat mencapai sebuah negara maju.

"Bidang pendidikan adalah satu bidang keutamaan yang perlu diperjuangkan, yang perlu disuntik dari segi kewangan, prasarana serta dokongan moral semua pihak termasuk rakyat," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah cemerlang pelajar UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) Parlimen Pekan di sini hari ini.

Najib berkata, sebanyak 22 peratus daripada belanjawan negara setiap tahun adalah diperuntukkan untuk bidang pendidikan, yang membuktikan kerajaan amat menekankan pencapaian cemerlang bidang pendidikan negara.

"Selain itu, kita tambah lagi peruntukan menerusi badan-badan dan yayasan seperti di Pahang, Yayasan Pahang untuk memajukan bidang pendidikan negara, kita juga cari dari sumber-sumber lain untuk bidang pendidikan, malah peruntukan untuk wakil rakyat juga banyak disalurkan untuk bidang pendidikan.

"Apa yang kita ingin capai untuk menjadi sebuah negara maju tak mungkin jadi kenyataan jika kita tidak dapat bangunkan jumlah modal insan, jumlah yang mencakupi dalam bidang-bidang penting," katanya.

Najib berkata, semua lapisan rakyat perlu mendokong hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dengan menekankan pencapaian cemerlang anak-anak mereka dalam bidang pendidikan.

Terdahulu ketika berucap pada majlis perasmian pusat komuniti perumahan bersepadu kampung Padang Rumbia, dekat Paloh Hinai, Najib berkata, usaha transformasi menjadikan negara maju perlulah didokong semua pihak. - BERNAMA

102 ahli PAS Gombak masuk UMNO

Posted: 15 Jan 2012 01:30 AM PST


Melalui maklumat, seramai 102 orang penyokong PAS sejati telah menyerahkan borang UMNO. Mengikut kata salah seorang daripada mereka En Ahmad Rezaien, mereka merasakan perpecahan didalam PAS serta perjuangan yang seakan lari daripada landasan membuatkan mereka membuat keputusan menyertai Parti UMNO yang jelas dengan perjuangan Islam, Melayu dan Malaysia.

-source disini

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian