Jumaat, 27 Januari 2012

Razlan's

Razlan's


Lawatan YAB TPM ke WP!

Posted: 27 Jan 2012 05:36 AM PST

Hari ini dari sembahyang jumaat sehingga lewat petang YAB Tan Seri Muhyddin Yassin mengahiskan masa untuk melawat ke dua bahagian di Wilayah Persekutuan.

YAB Tan Sri bersembahyang jumaat di Surau Putra Al -Almin di Presint 8 dan selepas itu beliau menghabiskan masa makan tengahari bersama jemaah surau dan menduduk Presint. Turut hadir bersama dengan rombongan ini adalah YB Dato Seri Ismail Sabery, YB Dato Raja Nong Chick dan YB Dato Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ketua-ketua Bahagian yang turut hadir adalah Dato Wira Syed Ali, Datuk Mustapa Kamal, Datuk Johari Ghani dan Datuk Shafie, sebelah petang pula Datuk Azim pun turut serta.

Didalam lawatan ini YAB TPM telah melawat bilik gerakan BN Putrajaya dan juga ke bilik Gerakan BN Lembah Pantai.



Dalam lawatan ini, YAB TPM telah berpuas hati dengan persiapan yang telah dilaksanakan di kedua-dua parlimen dan yakin akan merampas semula Lembah Pantai dan mengekalkan Putrajaya.

Ikuti artikel selanjutna di sini

Tiada ulasan:

Pengikut