Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 20 Januari 2012

Razlan's

sumber :-

Razlan's


Najib Gegar Wilayah Persekutuan!

Posted: 20 Jan 2012 04:35 AM PST

Hari ini, Dato Seri Najib telah meluangkan masa melawat Wilayah Persekutuan dan berkunjung di beberapa parlimen. Semenjak menjadi Perdana Menteri, PM ini sering kali turun ke Lembah Klang menjenguk warga kota, sebelum ini beliau telah turun ke Jalan Tuanku Abd Rahman dan walaupiun tidak menghebohkan kehadiran beliau, ramai rakyat kota mengambil kesempatan bersalam dengan PM kita.

Pada awal pagi PM kita telah melawat Pasar Basah Teratari Mewah, PM kita telah menghabiskan masa sekitar 15 min bersalaman dengan semua peniaga di pasar itu.

Selepas sahaja habis di sana, PM kita telah bersarapan pagi di Kampung Puah Lembah. Kampung Puah Lembah yang wujud sejak 50 tahun lalu antara perkampungan yang masih mengekalkan adat, budaya dan tradisi Melayu meskipun berada di tengah kota raya yang pesat membangun.

Di sini, PM kita berkata "Jadi tak usah panjang cerita, saya minta Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Tan Sri Ahmad Fuad Ismail) bersama UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta) berunding dengan syarikat pemaju berkenaan tolong bertimbang rasa sediakan sebahagian daripada tanah untuk masyarakat di Kampung Puah ini," katanya disambut tepukan gemuruh dan laungan "Hidup Najib" daripada kira-kira 500 penduduk yang sedia menunggu sejak awal pagi di Balai Budaya Kampung Puah Lembah sempena program turun padang Perdana Menteri ke tiga kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan hari ini.

Selepas selesai di Kampung Puah Lembah, Dato Seri Najib bersembahyang di Masjid Al Zubir Ibnu Awwam Cheras kemudian meneruskan lawatan ke Parlimen Bandar Tun Razak.

Dato Seri Najib telah disambut oleh 15 ribu penduduk dan pengundi Bandar Tun Razak. Disini PM kita telah makan tengahari bersama-sama dengan penduduk dalam program Jamuan Rakyat bersama PM yang dipengerusikam oleh Sdr Rizalman Mokhtar, Ketua Pemuda BN Bandar Tun Razak merangkap Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan.

Lokasi terakhir Dato Seri Najib adalah Lembah Pantai. Pada 2009, beliau telah membuat pengumuman untuk membolehkan rakyat Malaysia mempunyai rumah setiap keluarga dibawa program "Satu Rumah Satu Keluarga"

Menerusi program itu penduduk PPR boleh membeli PPR kendalian Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada harga antara RM21,500 dan RM35,000 seunit.

Program yang membabitkan keseluruhan 44,146 unit rumah iaitu 29,562 unit PPR MTEN di 20 kawasan dan 14,584 unit PA DBKL di 17 kawasan, dijual pada harga yang mampu dimiliki oleh penghuni PPR, dan harga tersebut jauh lebih rendah daripada harga pasaran, iaitu antara RM80,000 dan RM85,000 seunit.

Seramai 20,000 penduduk Lembah Pantai turut hadir dalam memeriahkan lawatan kerja oleh Perdana Menteri ke Lembah pantai. dan lawatan ini berakhir dengan minum petang PM kita bersama dengan rakyat.

Minggu lepas seramai 50 ribu orang telah menghadiri di setiap program lawatan yang dilakukan di Kedah, ini telah menunjukkan Rakyat senantiasa bersama BN walau apapun fitnah dan tomahan yang dikenakan kepada parti  BN.

Rakyat sudah bersedia mengajar pembangkang yang sering kali cuba untuk merosakan keharmonian negara Malaysia Tercinta.. hidup BN!


0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian