Pengikut

Nuffnang

Rabu, 18 Januari 2012

Razlan's

sumber :-

Razlan's


Ahli PAS boleh simpan Kopiah.

Posted: 18 Jan 2012 03:55 PM PST

"PAS ber Kopiah hanya untuk bertarbiah di kedai kopi"

Pertamanya saya nak ucapkan tahniah kepada Khalid Ibrahim kerana telah melantik diri beliau memegang portfolio agama bagi negeri Selangor.

Dan tahniah juga kepada Dr Ahmad Yunus kerana mengantikan tempat Dr Hassan ali walaupun bukan dari parti PAS.

Ucapan tahniah juga kepada Dr Abdul Rani kerana sanggup berkorban memberikan jawatan dan kuota PAS yang dipegang oleh PAS kepada parti Keadilan.

Inilah semangat kerjasama yang erat yang ditunjukkan oleh pimpinan PR dalam menentukan cita-cita mereka ke Putrajaya.

Pimpinan PAS sememangnya tidak layak untuk memegang jawatan tinggi sebagai exco, khuatir akan mendatangkan isu kepada DAP dan orang cina.

Perubahan dasar daripada perjuangkan islam kepada kebajikan telah dilihat jelas apabila PAS sanggup berkebajikan jawatan dalam parti PR.

Pemimpin PAS mesti memahami erti kata Berkebajikan, berkebajikan dulu tentang jawatan, berkebajikan tentang agama, jesteru jawatan tidak perlu dalam perjuangan.

PAS juga sudah berkebajikan dalam isu Agama, kopiah yang di pakai oleh ahli pas dan juga pimpinan pas hanya untuk memastikan gambaran pas perjuangkan islam.Portfolio agama tidak penting dalam perjuangan PAS kerana mereka hanya layak memegang jawatan imam agama di kedai-kedai kopi seperti apa yang berlaku sebelum PR berkuasa.

Akhir sekali, tahniah kepada semua ahli-ahli PAS kerana sanggup berkebajikan memastikan perjuangan islam kedai kopi pas tetap segar dan senantiasa sabar berkempen di kedai kopi.

Tunggu penampilan bacaan khutbah pertama oleh Tan Seri Khalid Ibrahim nanti ye....





Published with Blogger-droid v2.0.2

Kadiaq - Jangan jadi duri dalam daging!

Posted: 18 Jan 2012 07:06 AM PST

"Jadilah seorang yang berprinsip dan berpegang pada Pejuangan, perkuatkan parti bukan melemahkan parti"

Kadir Shiekh Fadil merupakan bekas menteri dalam kerajaan BN pada satu ketika dulu.

Dalam kenyataan beliau, UMNO telah mengamalkan siatem beli undi yang dinamakan BOM.

Beliau juga menyatakan di Australia dan di Amerika pertukaran kerajaan adalah perkara biasa.

Saya nak ingatkan kepada beliau agar jangan jadi duri dalam daging dalam UMNO. Saya nasihatkan beliau untuk cermin diri dan jangan mencemuh UMNO yang sekian lama kamu dokongi sebagai pejuang UMNO.

Jangan ingat kita tak tahu apa perancangan Amanah diwujudkan dan kenapa kamu mengambil pemimpin BN yang pencen untuk duduk dalam ngo anda.

Kalau saya yang kurang pengalaman dalam UMNO pun boleh bezakan apa akibat tukar kerajaan sekiranya nak dibandingkan dengan Austtalia ataupun US mana nak letak muka kamu sebagai so call pejuang UMNO.

Sudahlah, kalau kita sudah tidak mahu bersama dengan perjuangan Dato Seri Najib, kamu istiharlah keluar UMNO, be a gentleman, mari kita berdepan secara terang dan jangan seperti seorang penakut yang berlawan secara tak nampak.

Berhentilah!

Published with Blogger-droid v2.0.2

Apa kaitan JK Dengan AI?

Posted: 18 Jan 2012 02:03 AM PST

Assalamualaikum,

JK adalah nama panggilan kepada mantan Presiden Indonesia iaitu Jusuh Kala. Minggu ini beliau berada di Malaysia, berkemungkinan mahu membuat lawatan melancung dan juga siar-siar berjumpa dengan rakan-rakannya.

Anwar Ibrahim pula merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri yang menangih kuasa dari semua peringkat masyarakat, luar negara mahupun dalam negara. Beliau juga sering ke Indonesia berjumpa dengan rakan-rakan beliau dan juga berjumpa dengan para pelajar Indinesia, tujuannya tidak lain tidak bukan hanya mahu menangih sokongan dan memburukan kerajaan Malaysia.

Kedua-dua mereka merupakan mantan yang pernah memegang kuasa. Agenda untuk meneruskan legasi memimpin negara masing-masing sekarang giat di rancang.

Perjumpaan demi perjumpaan diantara kedua-dua pihak ini berjalan secara senyap dan tersembunyi, dan yang terbaru semalam di Hotel 6 Star di KLCC.

Mereka berjumpa dengan bersaksikan 6 orang pegawai, 3 bagi pihak Anwar dan 3 lagi pagi pihak JK, berbincang selama 1 jam di sebuah bilik dengan kawalan 12 orang pengawal.

Wah! Pemerintah Indonesia harus berhati-hati dengan perkembangan ini, Bapak Pemerintah Malaysia juga harus berhati-hati dengan permainan mereka.

kepada sesiapa yang mahu share maklumat ini, bolehlah hantar komen didalam blog ini.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian