Selasa, 10 Januari 2012

Razlan's

Razlan's


Halalkan Sex Bebas!

Posted: 10 Jan 2012 03:54 AM PST


"Seksualiti MERDEKA! Biarkan kami melakukan Sex, selagi ianya suka sama suka" 
- mungkin itu yang berada dalam pemikiran orang ini!

Negara kita ada macam-macam, macam-macam perkara yang dianggap pelik dulu tetapi hari ini sudah tidak menjadi pelik.

Dulu kalau kita berbicara tentang sex diruangan terbuka, kita akan jadi malu-malu kerana ianya merupakan suatu perkara yang malu di dalam budaya kita. Lagi-lagi apabila anak-anak kita ada, sudah tentu kita akan menyuruh mereka jauh dari kita sebelum kita memulakan bicara dewasa kita.

Hari ini, perkara pelik ini sudah tidak jadi pelik di dalam ruangan akhbar dan laman-laman web, malah Majlis Peguam dan NGO yang mahu membawa urusan Sex ini adalah urusan orang dewasa dan sekiranya dijalankan secara suka sama suka, ianya tidak patut dibawa ke mahmakah.

Yang lagi pelik adalah, budaya sex yang diperjuangkan bukan sahaja melibatkan mereka yang berlainan jantina, malah sesama jantina juga boleh melakukan sex sekirannya mereka suka sama suka.

Inilah diantara perkara pelik yang berlaku pada waktu ini di Malaysia, budaya bersopan santun dan budaya ketimuran sudah tidak wujud lagi. Majlis Peguam dan juga NGO Sexsualiti Merdeka mahu meletakkan sex bebas boleh dilakukan di Malaysia tanpa ada undang-undang yang menghalang perkara ini dari berlaku.

Perkara ini sudah boleh menular di dalam Negara kita kerana Kuasa Politik kita sudah tidak kuat, banyak pertimbangan yang kita laksanakan perlu melihat dari sudut kuasa undi yang menentukan kemenangan.

Walaupun negara kita hari ini merupakan mejoriti agama Islam, tetapi tidak dapat dinafikan Orang Islam di Malaysia sudah jauh lari dari mengamalkan ajaran Islam, tahap keimanan orang islam sudah nipis macam kulit bawang.

Adakah kita mahu perkara ini berlaku di depan mata kita sementara kita membuka mata? Adakah kita mahu meninggalkan negara kita kepada anak cucu kita dengan budaya yang sebegini? Tanya lah diri kita....

Sekadar Berkongsi.


Tiada ulasan:

Pengikut