Sabtu, 7 Januari 2012

Razlan's

Razlan's


Allah Selamatkan Malaysia!

Posted: 07 Jan 2012 06:43 PM PST



"Semoga kita tinggalkan bumi Malaysia yang aman kepada adik-adik ini"

Assalamualaikum,

Menjelang 9 Januari 2012, Negara Malaysia akan mencatatsejarah awal dalam buku soretan tahun 2012. Sudah pastinya di akhir tahun nantiakan tercatat peristiwa yang perlu diingati, buruk baik coretan sejarah iniakan ditentukan tidak sampai 24jam dari artikel ini ditulis.

Seperti apa yang terjadi pada perhimpunan Bersih sebelumini, media internet akan dijadikan medium untuk memberikan laporan secaralangsung daripada mereka yang berada ada di lapangan tempat kejadian.

"Lakonan Semasa Bersih 2.0"

Semasa demo Bersih 2.0, rakyat sudah tahu bagaimana merekamemainkan provokasi melampau dimana laporan lakonan Suhardi yang kononya matisemasa mengikuti perhimpunan Bersih 2.0. dengan niat mahu membawa lebih ramaipenyokong untuk memberi sokongan kepada perhimpunan ini.

Semalam, pihak polis sudah memberi kebenaran untuk Azmin Alidan rakan-rakan mereka berkumpul di tempat parkir kereta berdekatan di MahkamahJalan Duta, ini merupakan satu kemenangan bagi pihak Penganjur. Kemenangan inisudah tentu akan digunakan secara total untuk memastikan seberapa ramaipenyokong Anwar Ibrahim berkumpul kerana peluang inilah yang mereka tunggusekian lama.

Azmin Ali sudah membuat ucapan terbuka mahu merobohkanPenjara sekiranya Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam Penjara. Nik Aziz meyatakanAnwar tidak bersalah walaupun beliau dijatuhkan hukuman Bersalah.

Kenyataan-kenyataan ini menunjukkan mereka sudahmenjangkakan bahawa Anwar akan dijatuhkan hukuman Bersalah di atas tuduhanmeliwat Syaiful, dan dari awal lagi mereka meletakkan pendakwaan ini merupakankonspirasi daripada kerajaan.

Tidak boleh dinafikan cetusan api semangat mereka semakinmenyemarak apabila mendapat kebenaran berkumpul, sudah pasti mereka akanmenggunakan setiap ruang untuk mencipta provokasi dan mencipta lakonan-lakonanseperti yang mereka lakukan sebelum ini.

Lakonan orang mati sudah dijangka, lakonan orang dipukulpolis sudah dijangka, lakonan anak kecil di hambat polis juga sudahdijangkakan. Mereka akan menggunakan segala bukti yang ada untuk menghalalkanmereka merarak ke seluruh Ibu Kota.

Marilah kita bersama berdoa agar negara ini senantiasa dilindungi daripada anasir-anasir jahat yang mahu memecahbelahkan rakyatMalaysia. Tidak ada kesudahan sekiranya setiap pembangkang mengambil jalanmudah  pergi je jalanan menuduh kerajaantidak berlaku adil kepada rakyat. Apa akan terjadi sekiranya berlaku perkarayang sama sekiranya mereka memerintah.

Keamanan yang kita kecapi hari ini bukanlah suatu yangdatang bergolek, ianya hadir daripada pengorbanan dan kecerdikan para perjuangkemerdekaan sebelum ini. Tidak dinafikan keamanan ini akan tercalar akibat dariperistiwa esok yang mana perkara yang sama sudah pun berlaku di Mesir, Lybradan beberapa negara yang lain.

Allah Selamatkanlah Malaysia. Lindungilah RakyatMalaysia. Semoga Kebenaran akan terbukti dan semua pihak menerima dengan hatiyang terbuka!

Tiada ulasan:

Pengikut