PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS |
PENGUMUMAN TARIKH PILIHANRAYA UMUM KE 13 Posted: 31 Jan 2012 12:19 AM PST Ramai pasti yang tertanya bilakah tarikh Pilihanraya Umum Ke 13. Ramai pemerhati politik mengatakan yang pilihanraya umum 13 bakal jatuh pada tahun 2012. Itu sudah hampir pasti. Tetapi yang jadi persoalan. Bilakah tarikh yang sebenar-benarnya? Memang daripada dulu lagi kalau dah namanya Perdana Menteri Malaysia, sudah jadi amalan di Malaysia tarikh pilihanraya umum akan menjadi hak mutlak kepada seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia, kalau sekarang pastilah kuasanya diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menentukannya "tarikh keramat" tersebut. Ia tidak boleh dikongsikan dengan rakyat Malaysia sendiri apatah lagi terhadap pembangkang jauh sekali. Pilihanraya secara umumnya akan berlangsung 5 tahun sekali. Tidak kira di negara-negara jiran kita sehinggalah ke negara maju :
Mereka akan umumkan tarikh pilihanraya umum jauh lebih awal iaitu sekurang-kurangnya setahun daripada berlangsung pilihanraya umum di negara mereka. Apa Yang Bagusnya Kalau Diumumkan Lebih Awal Pilihanraya Umum?
Sebenarnya, apabila tibanya pilihanraya umum ke 13 nanti semua kita di sini yang bergelar rakyat Malaysia merangkap pengundi adalah juga merupakan pemegang saham (shareholder) kepada sebuah syarikat yang bernama Malaysia. Manakala menteri-menteri serta wakil rakyat, baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat adalah ahli lembaga pengarah dan Perdana Menteri diibaratkan sebagai pengarah.
Kalau sebelum ini, ramai pemerhati politik mengatakan termasukklah akhbar Reuters sendiri buat ramalan pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung sekitar bulan Mac 2012 ini. Ramalan Tarikh Pilihanraya ke 13 (PRU). Antara Faktor Yang Diberikan Mereka :
Walaubagaimanapun, berita terbaru melalui laporan Wall Street Journal (WSJ) menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum lagi bersedia untuk membuat pilihanraya umum ke 13 selagi tranformasi ekonomi yang ingin beliau laksanakan belum lagi berjaya. 2 petikan daripada kenyataan Datuk Seri Najib Razak kepada Wall Street Journal (WSJ) yang menarik perhatian kami :
Rupanya lambat lambat lagi ilham Perdana Menteri untuk mendapatkan tarikh pilihanraya umum ke 13 yang sesuai. Dan hati kecil kami juga merasakan yang pilihanraya umum ke 13 tidak akan dijalankan dalam masa yang terdekat iaitu bulan Mac 2012 ini
Itu hanya beberapa perkiraan yang diambil oleh kami buat masa ini. Yang hampir pastinya, pilihanraya umum ke 13 akan dijalankan pada tahun ini. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menjangkakan ramai di kalangan generasi muda mungkin baru pertama kali menjadi pengundi pada pilihanraya umum ke 13 ini. Adakah anda orangnya? Apa pandangan dan pemerhatian generasi muda mengenai tarikh pilihanraya ke 13 dan harapan anda sebagai generasi muda mengenai pilihanraya yang akan datang ini? |
You are subscribed to email updates from PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan