Ahli Parlimen Kota Belud |
Empangan Hanya Dibina Apabila Penduduk Kg. Tambatuon Setuju - Rahman Posted: 09 Jan 2012 10:46 PM PST Cadangan pembinaan projek empangan Tambatuon di kampung itu tidak akan dibina selagi penduduk di kampung berkenaan tidak memberi persetujuan, kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan. Walaubagaimanapun, Abdul Rahman memohon kerjasama orang-orang kampung terutamanya pemimpin-pemimpin Jawatankuasa Bertindak yang membantah rancangan pembinaan projek empangan tersebut untuk membuka minda dan berbincang dengan pihak kerajaan. " Jika pihak kerajaan ingin berbincang dengan penduduk kampung mengenai isu itu maka perlulah mereka berbincang dengan sebaik mungkin, tetapi kita pastikan bahawa empangan itu tidak akan dibina selagi mereka tidak memberi persetujuan." Beliau berkata demikian kepada media sejurus selesai menghadiri program gotong royong anjuran Jabatan KEMAS Kota Belud yang telah diadakan di kampung itu, baru-baru ini. Seramai 250 orang penduduk kampung hadir pada majlis itu termasuklah semua pemimpin-pemimpin tempatan dan Jawankuasa Bertindak. Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berharap kenyataan beliau di media ini tidak akan diputar belitkan oleh pihak pembangkang. Jelasnya, antara lain kenapa empangan itu dicadangkan adalah kerana desakan daripada pihak pembangkang di dalam parlimen pada tahun 2008 bila Malaysia berdepan dengan krisis makanan terutamanya beras yang begitu teruk sekali harga meningkat tiga kali ganda. Menurut Abdul Rahman lagi, pihak pembangkang pada ketika itu, telah membuat usul di dalam Parlimen pada tahun 2008 dan dalam usul itu telah diterima dan telah dibahaskan pihak pembangkang dengan sekeras-kerasnya mengkritik kerajaan kerana tidak mengadakan perancangan yang sistematik bagi menangani isu bekalan beras di negara ini iaitu tidak mencapai ke tahap sara hidup yang diharapkan. Katanya, pihak pembangkang yang meminta pihak kerajaan membuka jelapang padi baru, menambah peningkatan padi dan sebab itu kerajaan dengan usul yang telah dibahaskan oleh pihak pembangkang di Parlimen maka kerajaan telah membuat keputusan untuk menambah kawasan jelapang padi termasuklah di daerah Kota Belud. " Di mana juga jelapang padi akan dibina perlu ada empangan sebagai contoh di Kada ada empangan, di Mada ada empangan maka di daerah ini juga memerlukan empangan." " Jika cadangan pembinaan empangan ini ditolak bermakna pihak pembangkang hipokrit , pada masa yang sama mengkritik pihak kerajaan tetapi pada masa yang sama juga mengkritik kerajaan apabila kita membuat sesuatu." tambah Abdul Rahman lagi. (New Sabah Times) Gambar : BERBINCANG……Abdul Rahman (duduk kanan) sedang berbincang dengan sebahagian penduduk Kg. Tambatuon selepas selesai majlis gotong royong yang diadakan di kampung itu. |
You are subscribed to email updates from Ahli Parlimen Kota Belud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan