Sabtu, 3 Disember 2011

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Mempertahan "Pejuang Tanpa Wajah" Wanita, Pemuda dan Puteri.

Posted: 03 Dec 2011 01:02 AM PST

Saban tahun berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO, pasti kedengaran pelbagai komen nakal dilempar oleh orang luar atau "Ahli UMNO Yang Bukan Orang UMNO".  kepada perwakilan yang berucap. Ungkapan seperti `kuat retorik', `kuat mengampu Presiden', `Pemuda, Wanita dan Puteri gila projek' serta `kemaruk nak jadi calon' sinis disuarakan secara berulang.

Secara peribadi, saya mempunyai pandangan berbeza.

Menyampaikan ucapan retorik dan berapi-api adalah lumrah dalam perhimpunan politik, malah tiada parti politik di dunia itu yang dapat lari daripada norma itu. Jika kita menghayati konvensyen parti Republikan atau Demokrat di Amerika Syarikat, kita juga akan dilingkari ucapan penaik semangat dan memuji kepemimpinan parti masing-masing.

Slogan politik yang diselang-seli dengan kritikan terhadap parti lawan turut mewarnai konvensyen sebelum masing-masing membuat kesimpulan: pemimpin mereka adalah anugerah Tuhan!

Terlanjur memperkatakan isu anugerah Tuhan, perkara sama juga berlaku di kalangan parti pembangkang di negara ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah digelar `Anugerah Tuhan' pada perhimpunan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala Azmin Ali pula mengisytiharkan kesanggupan `memecah tembok penjara' jika Anwar dihukum bagi membakar semangat perwakilan sayap PKR.

Semangat berapi turut menyala pada perhimpunan agung tahunan DAP, PAS, MCA, MIC dan parti politik lain, justeru adalah tidak adil untuk kita mendakwa hanya perwakilan UMNO meluahkan retorik apabila berucap.

Saya bukan mengatakan tiada `golongan pengampu' menghadiri Perhimpunan Agung UMNO kerana ada yang saya kenali secara peribadi dan saya akui, mereka memang licik membodek pemimpin.

Bagaimanapun, saya berpandangan apabila perwakilan ikhlas memuji Presiden, mempateri ikrar sokongan dan kesetiaan, malah ke tahap mempertahankan Presiden hingga ke titisan darah terakhir, niat mereka sebenarnya baik.

Sedih juga apabila niat mereka disalahertikan. Bagi saya, tidak salah memuji pemimpin asalnya ia tidak menjadikan mereka meninggi diri hingga melalaikan.

Apabila perwakilan memuji kepemimpinan tertinggi parti menerusi perhimpunan politik, ia perlu difahami dalam cakupan lebih meluas. Tidak ramai yang memahami pujian itu juga boleh dituju kepada jawatan Presiden UMNO dan ia agak berbeza daripada individu menyandangnya.

Jawatan Presiden UMNO adalah institusi tersendiri. Ia adalah simbol parti. Ia melambangkan kekuatan, perpaduan dan tahap relevan parti. Ia adalah lambang utama parti yang perlu dihormati, dipertahankan, dijaga dan disemai. Ia menuntut keikhlasan, sokongan dan paling penting, kesetiaan.

Justeru, apabila ahli meluahkan kesetiaan dan sokongan terhadap Presiden, ia juga boleh ditafsir sebagai ikrar kesetiaan dan sokongan kepada parti. Bagaimanapun, ia bukan bermakna mereka tidak menghormati Datuk Seri Najib Razak selaku penyandang yang memiliki kualiti kepemimpinan terpuji, selain berjaya mengemudi UMNO dan kerajaan ke landasan betul.

Kita berhak berasa sentimental mengenainya. Malah, Datuk Seri Najib sendiri yang mengisi kerusi Presiden, mempunyai peranan penting dalam memastikan aura dan magis jawatan Presiden UMNO kekal seperti sepatutnya. Beliau bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan kehormatan jawatan itu - tanggungjawab yang sedang dilaksanakannya dengan cemerlang.

Ambil contoh pembedahan lutut dijalani Presiden UMNO baru-baru ini. Orang biasa mungkin tidak mampu memelihara maruah jawatan disandang.

Bagaimanapun, cuba perhatikan gaya Datuk Seri Najib berjalan selepas pembedahan itu. Umum menjangkakan beliau akan terhincut-hincut melangkah, namun Najib memastikan langkahnya tetap tegap di depan khalayak walaupun menanggung ketidakselesaan dan kesakitan.

Beliau tahu, Presiden yang tempang di hadapan rakyat - walaupun atas faktor kesihatan - akan dilihat sebagai lemah dan bagai meraih simpati. Beliau juga sedar, tiada yang lebih perit selain menyaksikan gambar Presiden UMNO dalam keadaan kesakitan kerana ia akan memberi gambaran salah kepada rakyat.
Selain membenci golongan yang memuji Presiden, pengkritik sama yang sekadar memerhati dari kerusi empuk, turut menyerang Wanita, Pemuda dan Puteri. Ungkapan biasa dilempar ialah barisan ini hanya berminat mendapatkan projek dan menyimpan impian bergelar calon pilihan raya.

Mereka enggan mengakui ahli Wanita, Pemuda dan Puteri adalah aktivis politik yang gigih bekerja, setia dan tidak pernah jemu berbakti demi parti. Saya berani katakan 99 peratus daripada mereka bukannya `ahli yang membawa sampul surat', sebaliknya bangga membawa kad keahlian UMNO dengan kepercayaan tidak berbelah bagi terhadap parti.

Masalahnya berpusat di kalangan baki satu peratus dalang yang tidak wajar dijadikan kayu pengukur untuk mencerminkan iltizam keseluruhan ahli sayap UMNO.

Beberapa penganalisis cenderung menyatakan generasi muda Malaysia mahukan calon muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Mereka berpendapat, UMNO perlu memberi peluang kepada generasi muda menjadi pemimpin memandangkan generasi itu adalah kelompok terbesar pengundi terbesar menjelang perhitungan edisi ke-13 kelak.

Saya menyokong sepenuhnya usaha meremajakan UMNO supaya ia selari dengan aspirasi golongan sasar. Bagaimanapun, saya kurang bersetuju dengan congakan idealisme itu hanya boleh didokong ahli politik berusia dalam lingkungan 20-an atau 30-an.

Saya percaya, isunya bukan ahli politik muda tetapi keazaman perjuangan mana-mana ahli politik yang akan diperhati rapat oleh generasi muda.

Dalam demokrasi lebih matang, senario mempunyai wakil rakyat berusia 50-an, 60-an, 70-an dan 80-an adalah perkara biasa. Kongres Amerika mempunyai ramai Senator dan Perwakilan berusia lebih 60 tahun, namun mereka tetap disokong, dihormati dan dikagumi generasi muda.

Mengapa? Kerana mereka memperjuangkan idea yang selari dengan kemahuan golongan muda. Landasan politik mereka antara lain merangkumi perang terhadap rasuah dan sokongan terhadap isu alam sekitar, sekali gus membolehkan Amerika tampil lebih adil, menembusi segala halangan budaya dan agama, menjuarai isu kepenggunaan dan kehidupan lebih sihat.

Semua isu berkenaan amat dekat di hati generasi muda Amerika. Mereka tidak kisah jika pejuang kehendak mereka adalah Senator berusia 25 atau 60 tahun!

Lihat saja Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada usia 86 tahun, beliau adalah ikon segenap lapisan generasi muda tanpa mengira kaum dan agama. Mereka mendengar katanya, mereka menerima ideanya. Dr Mahathir adalah contoh terbaik betapa besarnya manfaat untuk memiliki idea bernas yang memenuhi selera anak muda.

Saya kira Dato Sri Najib Razak akan berdepan dengan dilemma semasa memilih calon dalam pilihanraya nanti. Tuntutan orang muda untuk dijadikan calon dan tekanan orang lama untuk dikekalkan pastinya memerlukan kebijaksanaan untuk ditangani. Sebab itu, kita mesti memahami dilemma yang bakal dihadapi oleh Dato Sri Najib Razak dalam proses pemilihan calon itu nanti. Untuk membantu beliau, formula yang paling sesuai ialah memberi peluang kepada generasi muda untuk menjadi calon disamping memastikan calon dari golongan berumur mesti menghayati dan memperjuangkan idealisma golongan muda.

Ketika saya menjadi Setiausaha Pemuda UMNO, saya berkesempatan bekerja dengan kumpulan ahli biasa Wanita, Pemuda dan Puteri yang luar biasa semangatnya. Selepas mengharungi beberapa pilihan raya kecil bersama mereka, saya benar-benar memuji dedikasi dan keazaman mereka bekerja demi parti.
Ada antara golongan makcik dalam Wanita UMNO sanggup meninggalkan suami, anak dan perniagaan kecil mereka untuk menjadi jentera UMNO sepenuh masa sepanjang pilihan raya kecil.

Mereka menghabiskan masa berminggu-minggu di tempat yang tidak pernah dikunjungi. Mereka tidak merungut apabila terpaksa menumpang tidur di rumah penduduk yang ada kalanya jauh daripada keselesaan.

Golongan ini turut bekerja 20 jam sehari dan komited melaksanakan program menyusur akar untuk meraih sokongan pengundi wanita di akar umbi yang juga pemegang kunci kemenangan setiap pilihan raya.
Sama juga halnya dengan Pemuda dan Puteri. Mereka bingkas menangkis serangan lawan, bekerja tanpa mengenal siang dan malam, malah sanggup mengeluarkan wang sendiri sambil menahan caci maki pihak lawan, baik secara mental mahu pun fizikal.

Mereka tegas mempertahankan kesetiaan walaupun berjemur di tengah panas, menyinsing lengan baju untuk mendekati pengundi muda dan dengan tebal muka memasang bendera serta menampal poster di segenap ceruk kawasan tanpa memikirkan soal keselamatan. Pegangan mereka - kami lakukan apa saja demi parti.

Sebelum golongan VIP bergembira menyambut kemenangan di dalam Dewan Penjumlahan Undi, golongan ahli ini tanpa banyak soal mengemas barang, menghidupkan enjin Honda dan Proton lama masing-masing atau menaiki bas menempuh perjalanan panjang kembali ke rumah dengan menggalas kepenatan tidak terkira.
Selesai melaksanakan kewajipan terhadap parti, mereka pulang untuk meneruskan kehidupan biasa sebagai suri rumah dan isteri yang menjual keropok lekor di pasar malam, memandu teksi dan kembali sebagai kerani atau pembantu kedai di kampung halaman.

Mereka ini adalah pejuang yang tak berwajah dalam UMNO. Mereka adalah wira tidak dikenali yang menyerahkan seluruh jiwa dan raga dalam memenuhi tuntutan laungan `demi bangsa, agama dan negara' yang mereka benar-benar hayati.

Mereka tidak pernah meminta kontrak, jauh sekali melobi sebagai calon pilihan raya. Mereka adalah `Orang UMNO' biasa dan bilangannya tidak terkira dalam UMNO.

Selepas ini, jika ada lagi pihak yang ingin mengkritik sayap UMNO, hentikan menyerang secara pukul rata. Itu tidak adil namanya.

Razlan's

Razlan's


Berlabuh sudah Tirai Perhimpunan Agung UMNO 2011

Posted: 03 Dec 2011 06:39 AM PST

Semboyan sudah dibunyikan dan insyallah Semua perwakilan yang hadir dalam dewan ini akan membawa semangan laungan ke setiap bahagian untuk bersiapsiaga Jentera Parti.

Jentera Unit Media Baru yang di angkat martabatnya oleh Dato Seri Zahid Hamidi, mengitiraf peranan ini di pentas keramat membuktikan UMNO sudah menerima kaedah dan kepentingan alat yang menghubungkan orang Muda.

Saya mewakili UMB Pemuda Wilayah Persekutuan akan membawa bai ah bersama YAB Presiden ini untuk diterjemahkan kepada peperangan siber yang akan menolak segala fitnah jahat pembangkang.

Rakyat Malaysia berhak mendapat maklumat yang benar, faktar yag benar untuk memberi mereka peluang untuk memilih pemimpin yang terbaik bagi mereka.

Insyallah dengan siapsiaganya jentera Unit Media Baru di seluruh Negara, kami akan memikul tanggungjawab ini dengan penuh rasa kasih sayang untuk kepentingan parti dan generasi muda.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bhgn Seputeh
Pengerusi UMB Pemuda WP.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


TANGGUNGJAWAB DIPIKUL..AMANAH TERLAKSANA..

Posted: 03 Dec 2011 08:05 AM PST

Bagi pihak PPU Bahagian Rompin ingin menzahirkan rasa bangga dan terharu atas kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan kepada YB Ketua Pemuda Bahagian Rompin mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri sebagai pembahas usul Agama,Pendidikan dan Sosial PAU2011.Tanggungjawab besar ini tentunya mencerminkan keupayaan YB KP untuk mencetus idea,melontar pandangan agar perhatian serius dapat diberikan terhadap apa yang dibahaskan.Ternyata amanah ini telah dapat digalas dengan baik berkat daripada perbincangan yang telah dilakukan.Tahniah kepada YB KP yang telah berjaya membuktikan keupayaan dalam memberikan input yang berkesan.Teruskan.....

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


HADIAH IBU PANTANG

Posted: 02 Dec 2011 09:11 PM PST

22nd day....: yeayyyyy....


Hari ni dah 3hb Disember, 2011..hari Sabtu..LAst day of perhimpunan Agung UMNO. Mak pagi lagi dah gerak ke KL. naik bas ramai-ramai..amboi...rombongan cikkiah...seronok betul mak, ..yelah patutnya dia pegi masa 30hb hari tu, tapi disebabkan oleh aku (konon nak g sangat ke PAU PU3)..dia mengalah untuk tak pegi.. haha last-lst aku tak jadi pegi... 

Pagi before mandikan si tenit.., aku dah mandi dululah...hihihih..owh..HAri ni aku bersemangat sungguh..sebabnya hari ni ku kan mula pakai bengkung.. hmm aku kan C-Sect masa lahirkan Hasif hari tu.Maknanya ini kali yang ke 4 dah potong pewoot ni haa...(ngeri ke....tak ngerikan..) and aku pun tak ikat lagi..(hamboiii...ada hati lagi nak tambah!!!) The More The Merrier!!

Semalam aku dapat my waist nipper dari  Dib, aku punya ada tapi ntah mana ntah selit..so i have to get a new one..nasib baiklah si dib ni nak jugak melayan aku sampai ke pukul 2pagi..hahahaa... the best part is that, dia bukan datang bawak waist nipper untuk aku jek, tapi bawak hadiah untuk aku jugak....uishhhhhhh...i loikeeeee!!lagi bertambah teruja aku nak menguruskan badan macam ni. apa dia bagi ek..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaaaa..................


haa...ini namanya Lacto lite... nanti apa fungsi dia aku akan cerita kan nanti. Dapat je hadiah ni semlam aku terus minum 1 sachet...hahh (x menyempat...). Jadi pagi tadi aku makan lagi 1 sachet dan menyarungkan Bengkung Premium Beautiful kat badan aku..Kena pakai 8 jam... ini semangat nak kurus ni...mesti buat betul2.. Timo Kasih lah Dib, semoga apa yang aku buat hari ini akan mendatangkan hasil yang berbaloi2...
aku nak hasilnya macam kak ana huhhuhuu. Doakan aku berjaya...ahaks. aku akan amik gambar before and after ...nanti wa share kat sinilah..

inilah rupanya premium beautiful tu.. credit to haidoctorhafiz.blogspot.com

oklah..jumpa lagi  nanti esok....


















Pantang Bersalin

Posted: 25 Nov 2011 09:52 PM PST

Eh..ni bukan gambar gua aaa.....hehe, hari ni dah 26hb.November, 2011. maknanya aku dah pantang hari ke 15. alhamdulillah....syukur sangat2...aku nampaknya dah sihat. Luka bersalin pun kali ni bukan nak cakap apa tapi cepat sangat kering..aku xdelah pakai barut yang macam ni..aku pakai yang lain..nanti aku cerite ek...:)
ihsan gambar:  www.gombaksetia.olx.com.my


kali ni berpantang, aku awal-awal dah beli set nona roguy... aku beli kat www.mysetbersalin.com tru kak rahimah... pergh..i tell u, tis product is superblah... esp minyak herbanika dia, aku keluar OT Room je, terus mak sapu minyak kat kaki, kat kepala then ikat rambut keetat2..lepas tu aku pengsan kepenatan..3 jam lepas tu baru terjaga tidur. Bau dia pun best. Lagi satu yang best akar herbanika.., simpan air dalam termops then masuk 1-2 uncang akar herbanika tu then minum sentiasa..mmg best rasa segar badan,...and lagi 1 yang aku suka is Phytonatal. macam jamu lah tapi xde bau pun, kira orait je masuk mulut...aku amik 2-4 biji bila susah nak menunaikan "Hajat" heheh.... lepas makan tu...kira steady lah..ahaks!!

yang ni pulak aku dapat hadiah dari Puteri UMNO Kota Melaka..ada mcm2 barang gamat..tapi ini antara yang aku suka sangat...sedap giler Pati Gamat dia. aku amik 2x pagi sekali malam sekali 1 sudu besar. anak aku yang 2 thn tu pun suka makan ni..pun steady jek masuk mulut...bila makan ni, rasa segar, luka aku pun cepat kering aku rasa sebab aku makan ni lah...

haaa..ni gel mandi , pon dapat hadiah sama cam yang atas...bau sedap and rasa halus je kulit bila bilas....

Pengikut