Selasa, 22 November 2011

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


PENGHARGAAN ,KEBANGGAN PPU ROMPIN..

Posted: 22 Nov 2011 03:57 AM PST

Bagi pihak PPU Rompin,ingin mengucapkan tahniah kepada YB Ketua Pemuda yang telah terpilih untuk menyampaikan ucapan mewakili PPU Malaysia pada majlis Amanat Presiden yang diadakan di PWTC..Memang sesuatu yang membanggakan apabila PPU Rompin diberikan kepercayaan untuk mewakili suara pemuda dan golongan muda.Dengan kehadiran perwakilan seramai lebih 3.000,dewan yang penuh sesak itu gamat dengan sokongan dan tepukan gemuruh mendengar ucapan YB KP Rompin itu.Dlam program yang turut dihadiri oleh YAB Presiden serta barisan kepimpinan parti itu adalah satu pengiktirafan kepada sayap pemuda dan menyuntik semangat untuk berkerja keras memastikan jentera pemuda bergerak dengan tersusun demi memastikan kejayaan dalam PRI13 yang akan datang.Tahniah atas ucapan yang bernas dan bersemangat...TERUSKAN...

LAWATAN KE PEJABAT PPU MALAYSIA...

Posted: 21 Nov 2011 09:47 PM PST

Bersempena dengan Program Amanat Perdana yang diadakan baru-baru ini PPU Rompin telah berkesempatan melakukan lawatan ke pejabat PPU Malaysia untuk melihat sendiri bagaimana operasi sayap Pemuda dijalankan selain bersua muka dan bersemuka dengan pemimpin yang selama ini hanya dapat dilihat dari jauh.Ternyata lawatan ini sungguh bermakna kerana dapat bertemu sendiri dengan KP PPU Malaysia iaitu Sdr Khairy Jamaluddin..Sedikit sebanyak perbincangan ringkas dalan sesi pertemuan itu akan dapat memberikan panduan dan semangat kepada PPU Rompin untuk trus bekerja keras dalam memastikan pengundi muda akan terus memberikan sokongan padu kepada UMNO dalam PRU13 akan datang.Teruskan...

Puteri UMNO Bahagian Pandan

Puteri UMNO Bahagian Pandan


Berita KOSMO: Program Ziarah Mesra jalin hubungan dengan rakyat

Posted: 22 Nov 2011 07:03 PM PST


AMAL. Ahli-ahli UMNO bahagian Pandan menyampaikan bantuan kepada pesakit di Hospital Ampang, Selangor baru-baru ini.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (B) Iszeham Hamid berkata, bantuan itu merupakan salah satu program tahunan Pergerakan Puteri UMNO yang diketuai oleh Zahida Zarik Khan.
Menurut Iszeham, Program Ziarah Mesra, Gerak Kerja Tranmsformasi Puteri UMNO Bahagian Pandan itu merupakan program amal yang dibuat setiap tahun.
"Melalui bantuan ini, kami dapat mendekatkan diri lagi dengan masyarakat seterusnya membantu perjuangan UMNO," ujarnya baru-baru ini.

Arkib: Kosmo -> Komuniti Kita

ISZEHAM (tengah) bersama Zahida dan ahli-ahli Puteri UMNO Pandan semasa Program Ziarah Mesra, Gerak Kerja Transformasi di Hospital Ampang baru-baru ini.


PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


KEMENANGAN HARIMAU MUDA DI SUKAN SEA : "SYABAS DATO' SRI NAJIB , TAHNIAH DATO SERI ANWAR"

Posted: 21 Nov 2011 09:28 PM PST

Seluruh rakyat Malaysia masih lagi meraikan kemenangan pasukan bolasepak Malaysia di Sukan SEA, Indonesia. Di kesempatan ini, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras turut ingin mengucapkan ucapan sekalung tahniah kepada atlit - atlit negara yang telah berjuang di Sukan Sea yang ke 26 yang berlangsung di Indonesia.


Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; 'ibu' kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia. Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia


Kejayaan memenangi pingat emas yang di raih oleh atlit - atlit negara tertutama Skuad Harimau Muda Malaysia di Sukan Sea adalah hasil usaha Kerajaan Malaysia yang di pimpin oleh Dato Sri Najib Tun Razak. Dapat dilihat kebangkitan dan semangat jati diri yang terdapat di kalangan pemain - pemain bolasepak ketika berjuang adalah hasil keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap pembangunan sukan terutama di kalangan generasi muda.


SYABAS YAB Dato Sri Najib Tun Razak yang sentiasa prihatin dan memberi semangat kepada generasi muda yang ingin berjaya dalam bidang sukan. YAB Dato Sri Najib telah meluahkan kegembiraan dan mengucap tahniah kepada pasukan negara melalui twitter.






Tapi bagaimana dengan Dato Seri Anwar Ibrahim?



Twitter Anwar Ibrahim pula," sempat ikuti bhg akhir perlawanan di Felda Palong.



Tahniah!"Anwar Ibrahim,' tahniah' saja ke? Macam ni nak jadi Perdana Menteri?




Twitternya senyap sejak 4 jam lalu... 1 jam lepas dia menyedapkan hati sendiri, mengucap tahniah dengan mengatakan dia cuma sempat melihat babak akhir permainan. SUNGGUH TIDAK PATRIOTIK, sibuk berpolitik saat seluruh rakyat Malaysia menunggu di depan TV melaungkan sokongan!



TAHNIAH kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya membuat rakyat Indonesia membenci rakyat Malaysia melalui provokasi dan sentimen berapi Dato Seri Anwar selama ini. Terdapat persamaan antara penyokong fanatik rakyat Indonesia dan Dato Seri Anwar Ibrahim. Tidak dapat menerima kekalahan dan sentiasa mencari peluang untuk membuat provokasi jika kejayaan tidak berpihak kepada beliau.

Laungan 'Malaysia Boleh' dan "1 Malaysia" bergema di Indonesia ! Laungan semangat yang lebih tepat, merentasi perkauman dan menaikkan semangat nasionalisma.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengucapkan kata- kata - "SYABAS DATO' SRI NAJIB" ...... "TAHNIAH DATO SERI ANWAR".


NOTA KAKI : MINGGU HADAPAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO..... SEMOGA SEMANGAT GENERASI MUDA AKAN TERUS BANGKIT DEMI MEMASTIKAN KEJAYAAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT MALAYSIA DI MASA HADAPAN.




LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Amukan Harimau Malaya!

Posted: 21 Nov 2011 04:50 PM PST


GOL KEMENANGAN HARIMAU MALAYA
21 November 2011 bertempat di AIM Point Bandar Sungai Emas,Banting,kira-kira 300 orang penyokong tegar Harimau Malaya telah berkumpul bagi menyaksikan perlawanan akhir antara Malaysia menentang Indonesia yang menyaksikan pasukan negara kita BERJAYA menumbangkan Indonesia melalui sepakan penalti.Perlawanan yang sungguh mendebarkan itu turut disaksikan oleh Ybhg Dato'Hj.Sulaiman Hj.Karli bersama barisan jawatankuasanya serta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Langat..Walaupun cuaca tidak begitu baik,namun ianya tak patahkan semangat para penyokong setia untuk menonton hingga tamat perlawanan.Ketua serta AJK Pemuda Telok Datok,mengucapkan Tahniah kepada jurulatih serta barisan pemain Harimau Malaya!


Pengikut