Pengikut

Nuffnang

Selasa, 22 November 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


KEMENANGAN HARIMAU MUDA DI SUKAN SEA : "SYABAS DATO' SRI NAJIB , TAHNIAH DATO SERI ANWAR"

Posted: 21 Nov 2011 09:28 PM PST

Seluruh rakyat Malaysia masih lagi meraikan kemenangan pasukan bolasepak Malaysia di Sukan SEA, Indonesia. Di kesempatan ini, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras turut ingin mengucapkan ucapan sekalung tahniah kepada atlit - atlit negara yang telah berjuang di Sukan Sea yang ke 26 yang berlangsung di Indonesia.


Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; 'ibu' kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia. Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia


Kejayaan memenangi pingat emas yang di raih oleh atlit - atlit negara tertutama Skuad Harimau Muda Malaysia di Sukan Sea adalah hasil usaha Kerajaan Malaysia yang di pimpin oleh Dato Sri Najib Tun Razak. Dapat dilihat kebangkitan dan semangat jati diri yang terdapat di kalangan pemain - pemain bolasepak ketika berjuang adalah hasil keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap pembangunan sukan terutama di kalangan generasi muda.


SYABAS YAB Dato Sri Najib Tun Razak yang sentiasa prihatin dan memberi semangat kepada generasi muda yang ingin berjaya dalam bidang sukan. YAB Dato Sri Najib telah meluahkan kegembiraan dan mengucap tahniah kepada pasukan negara melalui twitter.






Tapi bagaimana dengan Dato Seri Anwar Ibrahim?



Twitter Anwar Ibrahim pula," sempat ikuti bhg akhir perlawanan di Felda Palong.



Tahniah!"Anwar Ibrahim,' tahniah' saja ke? Macam ni nak jadi Perdana Menteri?




Twitternya senyap sejak 4 jam lalu... 1 jam lepas dia menyedapkan hati sendiri, mengucap tahniah dengan mengatakan dia cuma sempat melihat babak akhir permainan. SUNGGUH TIDAK PATRIOTIK, sibuk berpolitik saat seluruh rakyat Malaysia menunggu di depan TV melaungkan sokongan!



TAHNIAH kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya membuat rakyat Indonesia membenci rakyat Malaysia melalui provokasi dan sentimen berapi Dato Seri Anwar selama ini. Terdapat persamaan antara penyokong fanatik rakyat Indonesia dan Dato Seri Anwar Ibrahim. Tidak dapat menerima kekalahan dan sentiasa mencari peluang untuk membuat provokasi jika kejayaan tidak berpihak kepada beliau.

Laungan 'Malaysia Boleh' dan "1 Malaysia" bergema di Indonesia ! Laungan semangat yang lebih tepat, merentasi perkauman dan menaikkan semangat nasionalisma.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengucapkan kata- kata - "SYABAS DATO' SRI NAJIB" ...... "TAHNIAH DATO SERI ANWAR".


NOTA KAKI : MINGGU HADAPAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO..... SEMOGA SEMANGAT GENERASI MUDA AKAN TERUS BANGKIT DEMI MEMASTIKAN KEJAYAAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT MALAYSIA DI MASA HADAPAN.




0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian