Selasa, 4 Oktober 2011

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Anwar Bentang Bajet Ali Baba

Posted: 04 Oct 2011 01:29 AM PDT

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim hari ini membentangkan bajet bayangan Pakatan Haram dan tujuan berniat jahat untuk mensabotaj bajet 2012 yang bakal dibentangkan oleh Najib Jumaat ini. Menurut kata Nurul Izzah bajet yang di bentangkan oleh papanya nanti jangan lah di … Continue reading

Dr Hatta, Azmin, Anthony Loke wakil Pakatan di PSC

Posted: 04 Oct 2011 12:42 AM PDT

Pakatan Rakyat hari ini mengulangi pendirian mereka menyokong pembentukan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini tetapi menegaskan bahawa tindakan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya bagi tidak melaksanakan reformasi atas … Continue reading

DunSemarang

DunSemarang


Selamat Berjaya Calon PMR 2011 DunSemarang

Posted: 03 Oct 2011 07:04 AM PDT


YB Datuk Hj Samsolbari Bin Jamali DunSemarang dan AJK Biro Pendidikan mengucapkan selamat maju jaya kepada calon PMR Dun Semrang dan Parlimen Ayer Hitam. Menjelang PMR 2011 pada 4.10.2011 Kami mendoakan agar semua calon dalam keadaan sihat sejahtera,mendapat pentujuk dari Allah SWT ketika menjawab kertas soalan dan tabah menghadapi rintangan yang mendatang. Kejayaan anda adalah kejayaan kami semua demi generasi masa hadapan.

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Akta baru ganti ISA beri imbangan hak asasi, kebebasan sivil

Posted: 03 Oct 2011 05:20 AM PDT

03/10/2011 12:53pm

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Dua akta baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bakal memberi perimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, langkah itu membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan lebih baik dan dihormati oleh negara lain.

"Jentera kerajaan memang berdiri teguh dan menyokong tindakan kerajaan untuk batalkan ISA dan diganti dengan dua akta baru. Akta baru ini akan mengambil langkah untuk mencari perimbangan antara hak asasi individu, civil liberties dan jaga keamanan awam," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di Parlimen di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai instrumen atau undang-undang bagi membendung masalah yang sebelum ini diletakkan di bawah peruntukan ISA dan jaminan Perdana Menteri untuk memastikan jentera kerajaan dan perkhidmatan awam memberikan kerjasama kepada pemansuhan ISA. - Bernama

Pengikut