Pengikut

Nuffnang

Selasa, 4 Oktober 2011

UMNO Cawangan Bukit Ampang

sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Akta baru ganti ISA beri imbangan hak asasi, kebebasan sivil

Posted: 03 Oct 2011 05:20 AM PDT

03/10/2011 12:53pm

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Dua akta baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bakal memberi perimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, langkah itu membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan lebih baik dan dihormati oleh negara lain.

"Jentera kerajaan memang berdiri teguh dan menyokong tindakan kerajaan untuk batalkan ISA dan diganti dengan dua akta baru. Akta baru ini akan mengambil langkah untuk mencari perimbangan antara hak asasi individu, civil liberties dan jaga keamanan awam," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di Parlimen di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai instrumen atau undang-undang bagi membendung masalah yang sebelum ini diletakkan di bawah peruntukan ISA dan jaminan Perdana Menteri untuk memastikan jentera kerajaan dan perkhidmatan awam memberikan kerjasama kepada pemansuhan ISA. - Bernama

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian