Khamis, 29 September 2011

Razlan's

Razlan's


Sandiwara, sehingga sanggup Perguna Segalanya!

Posted: 29 Sep 2011 07:03 AM PDT


Sandiwara pilihan raya?

SELEPAS berakhirnya sambutan Hari Raya, tumpuan dan perhatian kini tentunya pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Rakyat di segenap peringkat kini mula membuat spekulasi bila ia akan diadakan.

Tetapi bila ia akan muncul tiada siapa yang pasti. Yang pasti para pemimpin politik kini mula membuat persiapan rapi. Selain mahu menonjolkan diri, ada juga yang telah memulakan usaha 'menjual' parti supaya menjadi pilihan pada pilihan raya nanti.

Sebab itu bukan sesuatu yang mustahil apabila timbul bermacam-macam sandiwara ketika ini dalam usaha meraih sokongan dan simpati pengundi.

Yang paling ketara ialah sandiwara antara Pas dan rakan sepakatannya DAP mengenai isu hudud.

Setelah sekian lama menyepi, termasuk menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam dan digantikan dengan negara kebajikan, Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat tiba-tiba muncul dengan kenyataan tegas bahawa partinya tetap akan melaksanakan hudud.

Sudah tentu, kenyataan Nik Aziz itu disahut oleh Pengerusi Nasional DAP, Karpal Singh yang terkenal dengan kenyataan langkah mayatnya dulu jika mahu melaksanakan hudud.

Pertelagahan terbaru pemimpin kedua-dua parti politik itu tentunya ada kena mengenai dengan PRU-13 yang semakin hampir. Kedua-dua parti itu mempunyai sasaran berbeza yang memerlukan strategi berbeza.

Untuk menang Pas memerlukan undi daripada pengundi Islam. Sedangkan DAP sudah tentu bergantung kepada penyokong tradisinya - kaum Cina.

Dengan pelbagai isu yang membelenggu parti terutama yang dicetuskan oleh Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu, Pas perlu mencari jalan untuk memastikan ia terus mendapat sokongan.

Salah satu caranya, ia dengan penegasan terhadap pelaksanaan hukum hudud yang sudah tentu Nik Aziz cukup arif bahawa ia mustahil untuk dilaksanakan selagi mereka terpaksa berpakat dengan DAP dan PKR.

Bagi, DAP pula, sejak kebelakangan ini mereka kelihatan bertolak ansur dengan perjuangan Pas yang mana ia sudah tentu akan menghakis sokongan pengundi Cina.

Jadi, perlu diwujudkan satu sandiwara agar Pas kelihatan bermati-matian perjuangan melaksanakan hukum Islam, dan DAP pula bersungguh-sungguh mempertahankan sekularisme.

Jika berdasarkan pengalaman lalu, kedua-dua parti itu akan kembali bertaut selepas pilihan raya untuk membentuk kerjaan negeri. Realitinya Pas tidak mungkin mampu membentuk kerajaan sendirian tanpa bersekongkol dengan DAP dan PKR.

Apabila ia bersekongkol dengan kedua-dua parti itu adakah hudud dapat dilaksanakan?

"Semua ini mengesahkan bahawa Pas dan rakan-rakan pakatannya, terutama DAP hanya tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Mohamad Rafii.

Katanya, matlamat Pas dan DAP berbeza. Tetapi demi kemarukkan kuasa, kedua-duanya sanggup berpura-pura.

Lagi pula kata Mohd. Razlan, kalau setakat bertanding di 60 kawasan Parlimen di seluruh negara, jika menang sekali pun Pas tidak mampu berbuat apa-apa.

"Setakat bertanding di 60 kawasan (Parlimen), jika menang semua sekali pun, Pas tidak mampu membentuk kerajaan.

"Untuk membentuk kerajaan Pas terpaksa bekerja sama dengan DAP dan PKR. Ketika itu, adakah DAP akan membenarkan Pas laksanakan hudud," katanya.

Menurut Mohd. Razlan, angka itu akan kekal begitu kerana Pas tidak mungkin sanggup berbalah dengan rakan pakatannya bagi mendapatkan lebih kerusi.

Jika Pas benar-benar ikhlas dalam perjuang untuk melaksanakan hudud, katanya, parti itu perlu meletakkan calon di sekurang-kurangnya 120 kawasan Parlimen.

"Perkara ini tidak mungkin berlaku. Maknanya, Pas tidak mungkin memerintah negara ini.

"Apabila Pas tidak mungkin memerintah, maknanya mustahil parti itu dapat melaksanakan hudud," ujarnya.

Lagi pula tahun depan genap 22 tahun Pas memerintah Kelantan dan Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar. Tetapi, pelaksanaan hudud di Kelantan masih sekadar menjadi bunga-bunga percakapan ketika ceramah.

Seperti kata Pengerusi Barisan Nasional Kuala Pilah, Datuk Hassan Malek, apa yang dibangkitkan Nik Abdul Aziz itu sekadar mainan politik bagi memancing undi pada pilihan raya akan datang.

Idea itu muncul pada musim pilihan raya bagi mengabui mata para penyokong kedua-dua parti dan kembali senyap selepas itu.

Lagi pula dengan pelbagai transformasi dilakukan oleh kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Pas dan sekutunya rapat yang juga penentang kuat idea penubuhan negara Islam, DAP sudah tidak ada isu untuk dimainkan.

Disebabkan tidak ada pilihan lain Pas dan DAP memilih hudud sebagai topik untuk bersandiwara.

Pas menggunakan hudud untuk meraih sokongan pengundi Islam dan DAP pula menggunakan penentangannya terhadap hudud bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina.

Hakikatnya, kedua-dua parti itu adalah rakan yang berkongsi menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya umum lalu bersama-sama PKR di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Kalau Pas benar-benar ikhlas dalam isu hudud dan apa yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz itu bukan sekadar sandiwara menjelang pilihan raya, maka ia perlu bercerai dengan DAP.

Selagi ia terus sebantal dengan DAP maka hudud itu kekal sebagai gula-gula yang digunakan oleh Pas untuk memancing undi ketika pilihan raya.

Bolehkan itu Pas tinggalkan DAP? Rasanya ia mustahil berlaku kerana kedua-dua parti itu sering bergantung harap untuk membolehkan mereka berkuasa.

Impian menakluk Putrajaya bersama-sama DAP dan PKR sebenarnya memerlukan Pas mengenepikan impian melaksanakan hudud dan menubuhkan negara Islam.

Tetapi apa lagi idea yang ada pada Pas untuk berkempen pada pilihan raya umum akan datang jika tidak terus memainkan isu hudud dan negara Islam?

Maknanya, pemimpin Pas dan DAP akan terus bersandiwara demi memancing undi dengan harapan dapat merealisasikan impian mereka menakluk Putrajaya.

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Pakatan: Tiada kata putus untuk laksana hudud

Posted: 28 Sep 2011 06:50 PM PDT

Cadangan PAS untuk melaksana undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan masih belum dapat diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat walaupun hangat dibincangkan dalam mesyuaratnya malam ini. Bagaimanapun, ketua umum Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, majlis pimpinan itu … Continue reading

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


"MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAKYAT 1 MALAYSIA" ANJURAN UMNO BAHAGIAN CHERAS DAN YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS

Posted: 28 Sep 2011 10:35 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hadir memeriahkan majlis sambutan 'Rumah Terbuka Aidil Fitri Rakyat 1 Malaysia' anjuran UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), malam semalam.

Majlis yang berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras telah bermula pada jam 7.40 malam dan berakhir pukul 12.00 tengahmalam itu telah dikunjungi kira-kira 10,000 orang daripada pelbagai golongan rakyat.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan menteri, pemimpin masyarakat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin-pemimpin UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) serta Ketua-Ketua UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan juga turut hadir. Katanya, sambutan ini dibuat bertepatan dengan hari terakhir bulan Syawal (30 Syawal 1432H) menandakan berakhirnya suasana sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi tahun ini.


Bagi memeriahkan majlis tersebut, beberapa pertunjukan kebudayaan termasuk persembahan istimewa daripada pelawak terkenal tanahair, iaitu Mydin, Farouk Husin, Salwa Abdul Rahman, Kumpulan Balle- Balle serta persembahan nyanyian oleh pelajar berbakat daripada sekolah angkat YPC.

Lebih 22 menu makanan termasuk minuman telah disediakan oleh UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras bagi memberi kepuasan kepada orang ramai yang telah hadir.

Juadah yang dihidangkan pada malam semalam ialah kambing panggang sebanyak 20 ekor, 2 ekor lembu untuk masakan gulai kawah, Satay, Bakso, Laksa, Roti Canai, Mee Rebus, Kuey Teow Goreng, Mee Sup, Keropok Lekor, Ayam Goreng serta Ayam Golek, popia, rojak, cendol,nasi lemak , Burger OTAI dan pelbagai jenis minuman termasuk teh tarik.

Selain itu, sebanyak 2 ribu keping tiket 'THEME PARK BERJAYA TIMES SQUARE' yang setiap satunya bernilai RM22.00 diagihkan kepada kanak-kanak yang hadir.

Menurut Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, selain meneruskan tradisi sambutan rumah terbuka yang setiap tahun diadakan oleh UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras, majlis itu juga bertujuan merapatkan lagi hubungan sesama anggota masyarakat.

"Apa yang penting, rakyat pelbagai golongan dan peringkat berpeluang bertemu mata dengan pemimpin mereka, " ujarnya.

Acara kemuncak Majlis Sambutan Rumah Terbuka 1 Malaysia adalah acara pemotongan kek oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan pertunjukan Bunga Api.

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Kementerian baru, 7 muka baru rombakan Kabinet Sarawak

Posted: 28 Sep 2011 06:29 AM PDT

28/09/2011 8:05pm

KUCHING 28 Sept. - Rombakan Kabinet Sarawak yang diumumkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menyaksikan pembentukan sebuah kementerian baru, lima kementerian ditukar nama dan tujuh muka baru dilantik sebagai Menteri Muda.

Kementerian baru dalam rombakan kabinet, yang akan berkuatkuasa Jumaat ini, ialah Kementerian Pembangunan Kebajikan, Wanita dan Keluarga yang akan diketuai Datuk Fatimah Abdullah dan dibantu dua Menteri Muda yang juga muka baru iaitu Rosey Yunus dan Robert Lawson Chuat Vincent.

"Muka-muka baru Menteri Muda lain ialah Julaihi Narawi, Abdul Karim Hamzah, Datuk Len Talif Salleh, Dr. Jerip Susil dan Liwan Lagang," kata Taib pada sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Kesemua Menteri Muda baru itu akan mengangkat sumpah jawatan Jumaat ini.

Taib berkata, Julaihi dilantik sebagai Menteri Muda Pembangunan Industri (Pelaburan dan Promosi) dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar; Abdul Karim sebagai Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Pembangunan Sosial (Pembangunan Belia).

Len Talif dilantik sebagai Menteri Muda Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal); Dr. Jerip sebagai Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti (Kesihatan Awam) manakala Liwan sebagai Menteri Muda Pembangunan Sosial (Kebudayaan dan Warisan).

"Kesemua menteri penuh dikekalkan dan sebahagian kementerian mereka ditukar nama," kata Abdul Taib. - Bernama

Pengikut