Pengikut

Nuffnang

Khamis, 29 September 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


"MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAKYAT 1 MALAYSIA" ANJURAN UMNO BAHAGIAN CHERAS DAN YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS

Posted: 28 Sep 2011 10:35 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hadir memeriahkan majlis sambutan 'Rumah Terbuka Aidil Fitri Rakyat 1 Malaysia' anjuran UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), malam semalam.

Majlis yang berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras telah bermula pada jam 7.40 malam dan berakhir pukul 12.00 tengahmalam itu telah dikunjungi kira-kira 10,000 orang daripada pelbagai golongan rakyat.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan menteri, pemimpin masyarakat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin-pemimpin UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) serta Ketua-Ketua UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan juga turut hadir. Katanya, sambutan ini dibuat bertepatan dengan hari terakhir bulan Syawal (30 Syawal 1432H) menandakan berakhirnya suasana sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi tahun ini.


Bagi memeriahkan majlis tersebut, beberapa pertunjukan kebudayaan termasuk persembahan istimewa daripada pelawak terkenal tanahair, iaitu Mydin, Farouk Husin, Salwa Abdul Rahman, Kumpulan Balle- Balle serta persembahan nyanyian oleh pelajar berbakat daripada sekolah angkat YPC.

Lebih 22 menu makanan termasuk minuman telah disediakan oleh UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras bagi memberi kepuasan kepada orang ramai yang telah hadir.

Juadah yang dihidangkan pada malam semalam ialah kambing panggang sebanyak 20 ekor, 2 ekor lembu untuk masakan gulai kawah, Satay, Bakso, Laksa, Roti Canai, Mee Rebus, Kuey Teow Goreng, Mee Sup, Keropok Lekor, Ayam Goreng serta Ayam Golek, popia, rojak, cendol,nasi lemak , Burger OTAI dan pelbagai jenis minuman termasuk teh tarik.

Selain itu, sebanyak 2 ribu keping tiket 'THEME PARK BERJAYA TIMES SQUARE' yang setiap satunya bernilai RM22.00 diagihkan kepada kanak-kanak yang hadir.

Menurut Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, selain meneruskan tradisi sambutan rumah terbuka yang setiap tahun diadakan oleh UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras, majlis itu juga bertujuan merapatkan lagi hubungan sesama anggota masyarakat.

"Apa yang penting, rakyat pelbagai golongan dan peringkat berpeluang bertemu mata dengan pemimpin mereka, " ujarnya.

Acara kemuncak Majlis Sambutan Rumah Terbuka 1 Malaysia adalah acara pemotongan kek oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan pertunjukan Bunga Api.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian