Isnin, 15 Ogos 2011

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Keputusan PM Tepat - Jawatankuasa Terpilih adalah jawapan kepada Bersih

Posted: 15 Aug 2011 10:34 PM PDT

Isu proses pilihanraya adil dan bersih masih berlarutan. Untuk mencari titik noktah atau "closure", kerajaan bersetuju untuk meminta Parlimen menubuhkan Jawatankuasa Terpilih untuk meneliti samada bantahan-bantahan yang dibuat oleh sesetengah pihak berasas atau tidak, di samping mencari jawapan kepada kekeliruan-kekeliruan yang ditimbulkan.

Jawatankuasa ini juga akan mencadangkan apa-apa yang dirasakan boleh membantu menambahbaik proses perjalanan pilihanraya di negara.
Saya amat alu-alukan tindakan kerajaan ini.

Pada saya ini adalah opsyen yang lebih baik dibandingkan dengan memanggil Parlimen dari bercuti untuk mengadakan sidang tergempar.

Kelebihan Jawatankuasa Terpilih dibandingkan dengan sidang tergempar adalah:

(1) Fokus hanya kepada isu yang dibawa. Tidak ada ucapan-ucapan retorik yang lebih politik daripada fakta
(2) Tempoh mesyuarat yang lebih panjang. Sidang tergempar hanya satu hari sahaja.
(3) Boleh memanggil saksi-saksi untuk beri keterangan. Sidang tergempar tidak membenarkan saksi-saksi memberi keterangan.

Soal siapa mempengerusikan Jawatankauasa ini sedang hangat diperkatakan. Pada saya jawatan Pengerusi tidak semestinya perlu dijawat oleh pembangkang. Korum dan komposisi Dewan Rakyat mesti dikekalkan dalam mana-mana Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

Pada saya, isu kononnya Pengerusi Jawatankuasa dari pembangkang akan lebih efektif tidak timbul sama sekali. Sesiapa pun dalam jawatankuasa itu boleh bercakap, boleh mencadang dan boleh menyoal saksi-saksi sebanyak mana mereka mahu.

Lagi pun, dengan perhatian orang awam dan media yang sudah tentu akan memantau perjalanan mesyuarat Jawatankuasa tersebut dengan terperinci, tidak akan ada ruang untuk sesiapa pun memanipulasinya. Kalau ada manipulasi, rakyat akan menghukum parti tersebut.

Seperkara lagi yang menjadi pertanyaan ialah apakah Parlimen boleh menubuhkan Jawatankuasa Terpilih semasa dalam sesi cuti. Saya rasa soalan ini ada asasnya.

Pembentukan mana-mana Jawatankuasa Terpilih perlu mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen. Jadi hanya pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat pada 3hb Okt 2011 nanti bakal menyaksikan penubuhan Jawatankuasa ini.

Walaupun begitu, sementara menunggu 3hb Okt, BN dan PR bolehlah membuat kerja-kerja awal seperti menyenarai pendekkan calon-calon Jawatankuasa mereka dan membuat penyelidikan awal mengenai isu berkenaan supaya apabila diumumkan penubuhannya pada 3hb Okt nanti, Jawatankuasa ini boleh terus bekerja tanpa membuang masa.

Saya harap dengan adanya Jawatankuasa ini, isu yang didepani oleh SPR akan terjawab juga akhirnya.

Terima kasih.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


HARAPAN PEMBANGKANG DI JASIN...

Posted: 14 Aug 2011 07:06 PM PDT


Faktanya pembangkang tak pernah menang dalam sejarah PRU dan PRK di Jasin baik Parlimen mahu pun Dewan Undangan Negeri. Walau pun demikian , sejak PRU pertama hingga kini undi yang diperolehi oleh pembangkang semakin meningkat, yang paling hampir adalah PRU pada 2008. Dakwaan pembangkang ini adalah kemenagan moral kepada mereka. Hakikatnya dalam sistem demokrasi, istilah itu tak ada yang ada sama ada menang dan kalah. main politik ni, biarlah berpijak di alam nyata atau praktikal. Lebih-lebih lagi istilah kini yang dipanggil politik nombor. 1 undi pun dikira menang.

Sejak pembangkang bertukar Ketua, nampaknya semakin giat dan rancak program ceramah yang diadakan. Mengambil bahagian dalam setiap isu yang diperkatakan diperingkat nasional mahu pun domestik demi untuk menawan hati dan jiwa pengundi. Itu hak mereka, baguslah begitu, setidak-tidaknya ia melahirkan rasa cemburu kepada kepimpinan UMNO Bahagian untuk buat sesuatu. Itu pun kalau mereka rajin dan bersemangat untuk menang. Kebiasaannya yang bekerja kuat akan menang, cuma masa dan keadaan yang menentukan.

Soal harapan untuk menang tu, tetap ada.... ini realiti yang kita kena terima dalam sistem politik demokrasi....sekiranya pengundi atas pagar melakukan swing vote.... almaklumlah ramai orang Melayu yang tak jadi ahli pari mana-mana pertubuhan politik.... harapan tetap ada.....kena strategi yang betul.......

Kepada BN khususnya UMNO di Jasin, lebih tetap lagi kepimpinan disemua peringkat....jangan lah terlalu "politiking" hingga lupa tugas dan cabaran yang bakal dihadapi ketika PRU 13 yang bakal menjelang. Jangan pula asyik nak pastikan jawatan YB tu kekal selama-lamanya. Ingat ini bukannya jawatan warisan. Rasa-rasa jika tak mampu baiklah berundur beri peluang kepada pemimpin lain...jangan sampai pengundi menolak......Beri kepercayaan kepada Presiden parti untuk pilih calon yang boleh menang dan disukai pengundi dan masyarakat.,...  

RAMADAN 1432 H YANG BANYAK DUGAAN.

Posted: 14 Aug 2011 05:57 PM PDT

Ramadan 1432 H tahun ini ummah Islam di Malaysia disajikan dengan pelbagai dugaan yang lebih hebat dari tsunami.... Jika kita lihat isu yang ditimbulkan lebih terfokus kepada dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor. Rasa penulis pembangkang juga menguasai negeri Kelantan...dah lama dah..22 tahun....tapi tak ada berita sensasi...

Bermula dengan Kedah....akhirnya kena tunduk dengan tekanan oleh DAP.... yang mahukan agar pusat hiburan dibuka pada bulan Ramadan....Mula beriya-iya benar akhirnya tunduk....kan kat Kedah kerusi PAS lebih banyak dari DAP...kenapa takut sangat pada DAP.....

Kemudian alkisah umat Melayu hadiri majlis digereja. Ada macam-macam versi didengari. Seperti biasa parti-parti politik berebut-rebut ambil peluang kelebihan politik parti masing-masing. Tak kurang juga ada Menteri yang rasa terpukul....jika buat kerja apa nak marah.....Yang jelasnya maruah umat Melayu/Islam tercemar dengan peristiwa ini....

Tak cukup isu di "bom". Datang lagi ribut iaitu tak boleh guna pembesar suara untuk mengaji Alquran semasa waktu subuh,....ganggu orang lain....Yang depa buat ketika perayaan tertentu tak ganggu namanya....Ada yang melenting dan ramai lagi yang selesa....mungkin bila dah jadi satu negara baru nak menyesal....

Kini kisah Paderi nak kahwin kaum sejenis di Malaysia pulak. Ini satu pengiktirafan agaknya.. kepada mereka yang sewaktu dengan nya. Selalunya Paderi tak kahwin.....Jangan-jangan dah ada kelab hebat di negara kita? Minta sempang malaikat 44. Jangan berlaku dipohonkan doa.

Agaknya pembangkang ini tak pernah jemu kata macam-macam. Mungkin rasanya sejak mereka ada simpan "mimpi" ke P/Jaya macam-macam dah berlaku.Dan yang pentingnya apa yang berlaku tidak beri advantage dan kelebihan kepada ummah Islam. Sanggupkah tuan-tuan semua negara dihina sedekian rup+

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


"PROGRAM RAHMAT RAMADHAN" ANJURAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 15 Aug 2011 12:21 AM PDT

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan menganjurkan program Rahmat Ramadhan bersama - sama Anak - Anak Yatim Baitul Ihsan, Taman Maluri, Cheras.

Program siri kedua anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras pada tahun 2011 ini akan di rasmikan oleh YBhg Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Semua ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras adalah di jemput hadir untuk bersama - sama untuk membantu program Rahmat Ramadhan. Program yang telah di tetapkan adalah membersihkan serta mengecat rumah kediaman anak - anak yatim Baitul Ihsan.

Tarikh : 21hb Ogos 2011

Hari : Ahad


Masa : 0900pagi - 0100 tengahari


Tempat : Baitul Ihsan , No. 49, Jalan Wirawati 6, Taman Maluri,
55100 Kuala Lumpur.


Semoga kehadiran ahli - ahli Puteri UMNO sekalian akan memberi lebih keberkatan dan keinsafan sesama kita dalam usaha membantu mereka yang amat memerlukan.

Wassalam

Sarina Sharif
Ketua Puteri
Pergerakan UMNO Bahagian Cheras


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


1 Matlamat!!

Posted: 15 Aug 2011 06:46 AM PDT







15 Ogos 2011,bersamaan 15 Ramadhan 1432H,majlis berbuka puasa anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat telah diadakan,ringkas akan tetapi ianya mempunyai 1 matlamat.Koordinator-koordinatur dari Dun Sijangkang,Telok Datok dan Morib juga turut serta dimajlis yang penuh bermakna ini.

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


SIAPA LAH YANG PUNYA ANGKARA??? !!!!!!!!!

Posted: 14 Aug 2011 08:41 PM PDT

SIAPA YANG BUAT..?? KURANG SIVIK TUL LA ORANG NIH....INI LAH YANG TERJADI PADA BANNER BUBUR LAMBUK PUTERI UMNO DUN AYER LIMAU...

BUBUR LAMBUK PUTERI UMNO DUN TABOH NANING

Posted: 14 Aug 2011 08:30 PM PDT


BUBUR LAMBUK PUTERI DUN TABOH NANING

Tarikh : 14/8/2011
Masa: 10.00pagi
Tempat : Masjid Taboh Naning
Sebanyak 600 bekas bubur lambuk dapat diagihkan kepada orang awam. Turut hadir Ybhgia Pn. Mas Ermieyati Samsudin (Ketua Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah) & YB Datuk Latipah Omar (ADUN Taboh Naning)

BUBUR LAMBUK PUTERI UMNO DUN AYER LIMAU

Posted: 14 Aug 2011 08:25 PM PDT


BUBUR LAMBUK PUTERI UMNO DUN AYER LIMAU

Tarikh : 14/8/2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kg. Ramuan China Besar
Sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk diagihkan kepada orang Awam, Turut hadir Ybgia Pn. Mas Ermieyati Samsudin (Ketua Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah), Datuk Abu Seman Bin Yusop (Ahli Parlimen Masjid Tanah)

KONVOI MENYUSUR AKAR & BUBUR LAMBUK PUTERI UMNO DUN KUALA LINGGI

Posted: 14 Aug 2011 08:15 PM PDT


BUBUR LAMBUK PUTERI UMNO DUN KUALA LINGGI

Tarikh : 13/8/2011
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Pekan Kuala Sg. Baru
Sebanyak 300 bekas bubur lambuk dapat diagihkan pada orang awam. 

KONVOI MENYUSUR AKAR PUTERI UMNO KUALA LINGGI
Tarikh : 14/8/2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Kuala Sg. Baru
Sebanyak 13 buah keluarga menerima bantuan


Pengikut