Jumaat, 15 Julai 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kumpulan pelampau akan terus begerak ala-revolusi untuk berkuasa

Posted: 14 Jul 2011 11:28 PM PDT



GOLONGAN pelampau dan segelintir yang mengakui mereka sebagai ulama dilihat tetap memperjuangkan demontrasi jalanan dalam usaha mereka menguasai negara ini, walaupun cara sedemikian bertentangan dengan ajaran Islam, kata ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

"Hanya cara sedemkiian sahaja yang boleh mempopularkan mereka kerana rakyat sudah menolak kehadiran pembangkang yang banyak menyusahkan kehidupan orang awam," tegasnya.

Oleh itu tegas beliau, sebilangan kecil mereka yang mengaku sebagai golongan ulama atau tok guru yang berselindung disebalik pertubuhan politik dilihat akan terus menggerakkan perhimpunan ala-revolusi untuk berkuasa.

Katanya, menerusi demontrasi jalanan tersebut pengikut mereka dibenarkan memaki hamun sesama pemimpin Islam, melakukan kerosakan harta benda awam dan sekaligus mencetuskan kacau-bilau sehingga menjejaskan keamaman negara.

Beliau berkata, insisden sedemikian bukan pertama kali berlaku malah sudah menjadi amalan pembangkang terutama sejak penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO dan kerajaan.

"Politik jalanan dan maki-hamun dimulakan oleh Anwar yang dilihat cuba membalas dendam terhadap pemimpin UMNO ekoran penyingkiran beliau daripada parti dan didakwa terbabit dalam kes liwat," tegasnya.

Katanya, walaupun perbuatan Anwar itu bercanggah dengan tatatsusila orang Melayu dan ajaran Islam tetapi ia tetap disokong oleh PAS, sebuah parti yang hanya mementingkan kuasa daripada perpaduan umat.

Beliau mengulas kenyataan pendakwah antarabangsa terkemuka, Sheikh Ahmed Tjani Ben Omar bahawa orang Islam tidak harus menyertai perhimpunan atau demontrasi untuk menyuarakan tuntutan, sebaliknya ia perlu disampaikan secara bijaksana seperti diperintah Allah.

Dalam hal ini, Syed Ali menyelar pendirian pemimpin PAS yang sanggup bersekongkol dengan puak pelampau untuk mencetuskan kekacauan menerusi perhimpunan Bersih 2.0 yang ternyata tidak mendapat sambutan rakyat.

Menurut beliau lagi, pemimpin Melayu yang berada dalam kelompok pembangkang hanya sekadar mejadi pak turut dan 'balaci' kepada puak pelampau yang ingin menguasai negara ini secara kekerasan.

"Cara kekerasan dan keganasan sudah terbukti sewaktu perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu yang menyaksikan aktiviti serta tindak-tanduk meraka bercorak ala-komunis," tegasnya.

Beliau mendakwa, perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur awal minggu lalu merupakan percubaan terancang puak pelampau untuk meruntuhkan sistem demokrasi dan amalan Raja Berpelembagaan di negara ini.

"Walapun pengajur Bersih menafikannya, tetapi realiti gerakan mereka jelas amat berbahaya kepada masa depan negara dan rakyat," ujarnya lagi.

Katanya lagi, perbuatan sedemikian sebenarnya bercanggah dengan ajaran Islam kerana risikonya bukan sahaja menjahanamkan kestabilan negara malah boleh membawa kemudaratan kepada rakyat.

Dalam hubungan ini, beliau menyelar pendirian pemimpin PAS termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dilihat sanggup 'menghalalkan cara' bagi mengekalkan kuasa politik yang mereka miliki.

"Saya kesal kerana ada segelintir pemimpin PAS yang mendakwa diri mereka sebagai ulama dan tok guru tergamak dijadikan perkakas oleh DAP dan PKR bagi merealisasikan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri," tegasnya.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Kacang lupakan kulit..nilah diaaaa

Posted: 14 Jul 2011 11:34 PM PDT

Mohd Firdaus Madzlan yang juga pelajar di Darul Ifta', Mesir. 
perghh..sekali tengok macam tak percaya ajekan..mamat nilah yang jadi ketua  BeRsIh yang tak berapa bersih masa kat Mesir..uishhhhh...KP pun tak faham dengan segelintir pelajar yang mudah beno percaya dengan dakyah-dahyah songsang ni...nama aje pelajar,tapi tak boleh pikir...masa pergolakkan di Mesir ari tu..sapa yang tanggung kos pergi balik korang ni..ishhh geram pulak KP..nasihat KP...walaupun KP tak belajo tinggi macam kau ni,tapi maruah KP tinggi...janganlah jadi kacang yang lupakan kulitnya...
jom baca lagi kat sini...http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/07/gempar-pelajar-pertama-mesir-dibuang.html

Kalau setakat nak main angka…

Posted: 14 Jul 2011 08:13 PM PDT


INI 'game' kalau hendak lawan angka, siapa ramai penyokong di laman sosial facebook. Bukan apa, sebab sekarang ini puak-puak pembangkang dok spin sakan kononnya mereka berjaya kumpul lebih 100,000 orang yang tuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan.
Al-kisahnya bila entah siapa buka akuan atas nama NGO untuk buat halaman 100,000 orang tuntut Najib Razak Letak jawatan ekoran demo Bersih.

Riuhlah puak-puak pembangkang kononnya halaman tersebut dapat sambutan, dan media-media pro mereka pun turut pukul canang. Sayang sikit puak tu tak berani pula nak buat facebook test market video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini yang kata ramai orang patut 'dibersihkan' dulu oleh puak ini.

Seronoknya orang yang moralnya sangat diragui dengan bukti video yang tulen itu pun turut sama mengenakan t-shirt kuning.

Dengar cerita beruyun-duyun orang yang geli geleman tengok aksi lelaki dalam video panas tu.

Dah tu dalam menghebohkan angka mereka, tidak pula berani sebut di akaun facebook rasmi Najib, ada 787,000 ribu orang yang tekan butang 'like' yang boleh diterjemahkan sebagai 'endorse' kepimpinan Perdana Menteri itu.

"Mereka (pembangkang) hanya mahu tonjolkan yang buruk mengenai kepimpinan Najib dan menafikan atau sembunyikan maklumat mengenai yang baik.

Laman facebook yang sama mengenai Anwar hanya ada 320,600 sahaja, tidak sampai separuh dari penyokong Najib di facebook," kata Timbalan Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO Mohd Razlan Mohd Rafii.

Menurut beliau, kalau hendak banding angka, bekas Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, satu-satunya pemimpin politik di Malaysia yang orang tekan butang 'like' lebih 1.3 juta.

"Ada 1,341,258 yang sokong Dr Mahathir di facebook, dan antara komen mereka adalah menyokong penuh ketegasan Dr Mahathir ketika menjadi PM dalam bab pemecatan Anwar dan isu-isu berkaitan,"kata beliau.

Beliau pelik tengok matematik yang digunakan oleh pembangkang dalam bab angka di facebook ini.

"Jumlah lebih 787,000 ribu yang sokong PM itu sebelum kita kempen, Unit Media baru boleh buat kempen besar-besaran, bukan susah. Tapi apa makna sokongan di facebook?

"Ini hanya semata-mata hendak bentuk persepsi sahaja, bagi kami yang lebih penting adalah sokongan dalam pilihan raya,"kata beliau ketika dihubungi Agendadaily.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau juga boleh membuka akaun di laman sosial Facebook bagi mengumpul berjuta-juta penyokong untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, dakwaan pihak-pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul 100,000 penyokong di laman sosial Facebook bagi menuntut Perdana Menteri berundur bukanlah memberi gambaran sebenar majoriti rakyat negara ini.

"Saya juga boleh buat tindakan yang sama dengan mengumpul lebih tiga juta penyokong meminta supaya Perdana Menteri jangan letak jawatan..," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul beratus ribu suara rakyat yang mendesak Perdana Menteri berundur di laman sosial berkenaan pada Sabtu lepas iaitu pada hari perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur.

Menurutnya, kewujudan laman sosial itu boleh dipertikai dari segi kesahihan jumlah sebenar rakyat yang didakwa meminta Perdana Menteri supaya berundur.

Menurut beliau, tuntutan yang dibuat melalui laman sosial Facebook dan perhimpunan haram jalanan bukan cara sebenar untuk menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang sebenarnya mempunyai banyak masa untuk berkempen dan boleh dikatakan setiap hari mereka berkempen untuk menjatuhkan kerajaan melalui pembohongan, menyebar fitnah dan mengeksploitasi isu yang ada untuk memburukkan kerajaan.

"Antaranya ialah mereka mengeksploitasi gambar polis membuat latihan bagi menyurai dan menghadapi perhimpunan haram Bersih dengan menyebar fitnah gambar tersebut kononnya polis bertindak kejam terhadap mereka yang menyertai perhimpunan tersebut," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional Pahang mahu semua pemimpin parti komponen turun padang bagi menjelaskan segala tohmahan dan fitnah yang disebarkan pihak pembangkang.

"Rakyat dan semua pihak di peringkat akar umbi perlu diberikan penerangan yang jelas agar mereka memahami peranan serta tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional," katanya.-OLEH HELME HANAFI

sumber:http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/kalau-setakat-nak-lawan-angka.html 

Pengikut