Rabu, 15 Jun 2011

Puteri Ipoh Timor

Puteri Ipoh Timor


MAJLIS MAKAN MALAM JALINAN PUTERI KAWANKU

Posted: 15 Jun 2011 06:56 PM PDT


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


DEMI PUTRAJAYA SEGALANYA BERUBAH !!!!!!!!!!!!!!

Posted: 15 Jun 2011 06:35 AM PDT

Put your stuff here

Membangun Bersama Ulama ,Negara Islam, Negara Berkebajikan dan 'Malaysian Malaysia'kepada "Middle Malaysia"

Oleh Zaini Hassan
ISTILAH Inggeris ''negara berkebajikan'' menurut ahli sejarah tersohor British, Asa Briggs telah diperkenalkan oleh Archbishop (Ketua Paderi) bernama William Temple semasa Perang Dunia Kedua.

Semasa diperkenalkan, pendekatan itu bertentangan dengan konsep Jerman Nazi yang memperkenalkan ''negara berperang'' (warfare state). Namun konsep asal negara berkebajikan itu mula diperkenalkan oleh ahli-ahli akademik Sozialpolitiker (Ahli Politik Sosial) Jerman sekitar 1870. Ia kemudian dilaksanakan di bawah dasar pembaharuan Perdana Menteri Pertama Jerman, Otto von Bismarck dikenali sebagai Negara Sosial.

Beberapa negara Barat kemudian mengikutinya. Itali memperkenalkan Negara Sosial (Stato Sociale); pada 1936 Sweden Folkhemmet (terjemahan langsung: rumah orang-orang tua). Di Sepanyol ia dikenali sebagai estado del bienestar (negara yang sejahtera).

Negara berkebajikan menurut prinsip Barat, yang mahu dibawa oleh DAP, dipersetujui oleh PKR sehingga Pas sanggup menggugurkan konsep Negara Islam, adalah berasaskan kepada prinsip iaitu peluang yang saksama, pembahagian kekayaan yang sama-rata dan tanggungjawab semua membantu yang susah.

Namun jika dikaji secara halus ia adalah konsep Malaysian Malaysia yang pernah diangkat oleh pemimpin PAP Singapura, Lee Kuan Yew - sehinggalah ia mendapat hak kemerdekaan memerintah negara pulau itu - hasil tekanannya yang mahu melaksanakan dasar itu ke atas Tanah Melayu. Kini Malaysian Malaysia, satu konsep yang mahu mengetepikan hak keistimewaan satu bangsa lain dan hak-haknya sedang dijana secara sistematik oleh DAP, parti serpihan PAP.

Negara berkebajikan, yang tiada pun diambil daripada rukun pembinaan negara Islam, akan diperkenalkan sekiranya Malaysia ini diambil alih oleh DAP kelak.

Jika dilaksanakan nanti, ia bukan lagi merupakan dasar ekonomi yang membantu kaum-kaum yang susah dan menyeimbangkan kesejahteraan antara kaum seperti yang dilaksanakan dengan jayanya di negara ini.

Kita amat bimbang, konsep negara berkebajikan yang mahu dibawa oleh DAP ini akan mengakibatkan perpecahan sosial yang lebih hebat. Jurang kecelaruan sosial akan melebar. Sekarang pun kita sudah dapat melihat gelagat DAP dalam mengambil kesempatan atas isu-isu yang mereka anggap ''boleh memberi peluang politik'' seperti isu biasiswa dan sebagainya.

Ahli-Ahli Parlimen mereka diseru supaya terus-menerus membangkitkan isu meritokrasi - dalam usaha mengapi-apikan kaum tertentu supaya membenci kerajaan dan bangsa-bangsa tertentu.

Apakah mereka menganggap murid-murid sesuatu kaum itu tidak bijak dan lemah sehinggakan semua biasiswa harus diberi kepada satu kaum lain yang bijak? Contohnya, jika diikut secara merit: Apakah mereka sanggup melihat murid-murid yang satu itu tidak boleh memperoleh walau satu biasiswa sekali pun kerana kaum yang satu lagi itu semuanya dianggap lebih layak mengikut acuan meritokrasi?

Jika itulah caranya, maka berperanglah negara ini.

Ternyata, niat mereka tidak ke arah perpaduan rakyat, tapi memperjuangkan semata-mata untuk sesuatu bangsa - dengan akhirnya kita bimbang ia akan mengetepikan satu kaum, bangsa dan etnik yang lain.

Jika itulah yang mereka perjuangkan, maka percayalah itulah yang akan diterapkan dalam konsep negara berkebajikan tersebut kelak.

Malaysia bukan seperti Britain, Jerman, Itali, Sweden atau negara-negara Arab mahupun Brunei yang melaksanakan konsep negara berkebajikan.

Di negara itu, mereka hanya mempunyai satu kaum asas yang besar berbanding dengan kita. Kita mempunyai tiga kaum yang besar, dengan satu kaum asas yang tidak begitu besar dan sering dipertikaikan kedudukannya.

Di negara-negara Barat, kaum asas mereka ialah berkulit putih, manakala yang lain-lain merupakan kaum pendatang, atau pun imigran dari negara-negara lain atau negara yang pernah dijajah oleh kaum asas itu. Maka itu pembahagian kebajikan itu lebih mudah dilaksanakan tanpa ada rasa marah kerana kebanyakan yang menerimanya adalah kaum asas yang majoriti.

Apa yang mahu kita lihat di negara ini ialah dasar kerajaan yang pragmatik dan berkesan. Dan terbukti dasar kerajaan Malaysia yang dilaksanakan sejak kemerdekaan telah berjaya membawa kesejahteraan kepada kita semua.

Perkhidmatan kesihatan awam yang merupakan antara prinsip utama dalam negara berkebajikan, telah pun diamalkan di negara ini sejak dulu lagi. Rakyat kita menikmati kemudahan itu secara percuma dengan pendaftaran hanya RM1. Begitu juga pendidikan dan lain-lain.

Cubalah pergi ke negara-negara lain, malah ke negara jiran ASEAN sekali pun, perkhidmatan kesihatan dan pelajaran kita adalah yang terbaik.

Apa yang diharapkan kerajaan dapat menambah baik lagi perkhidmatan dan mutunya supaya rakyat dapat menikmati faedah yang lebih besar.

Kita berharap Kementerian Kebajikan Masyarakat dapat diwujudkan semula, supaya kita semua sedar mengenai kewujudannya dan fungsinya.

Moto 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebenarnya merupakan satu tamparan kepada pakatan pembangkang, terutamanya DAP dalam soal berkebajikan. Malah konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga cukup memeritkan pihak pembangkang.

Kata-kata Najib: ''Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita'' membuktikan gagasan 1Malaysia lebih hebat dan murni daripada konsep berbaur cauvanis seperti Malaysian Malaysia.

Yang peliknya bagi pakatan pembangkang sendiri, walaupun mereka telah memerintah empat negeri - Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan - namun bayang model negeri berkebajikan itu pun tidak nampak? Apa yang ada Selangor hanya memberi beberapa baldi air percuma, yang kemudian mendatangkan pula masalah kewangan kepada negeri itu. Serta menziarahi orang mati dan memberi sedikit sumbangan.

Pulau Pinang, negeri DAP yang mahu melaksanakan konsep Negara Berkebajikan sendiri gagal melaksanakan kebajikan kepada rakyatnya.

Semakin marak kemarahan orang ramai di negeri itu terhadap pentadbiran kerajaan, terutamanya membabitkan penjaja-penjaja kecil yang diketepikan.

Sebaliknya dasar pecah dan perintah sedang diamalkan di negeri itu. Kondo-kondo mewah banyak dibina untuk faedah beberapa golongan masyarakat tertentu, menggantikan kampung-kampung miskin yang diroboh untuk didirikan dengan pembangunan mewah. Rumah-rumah awam juga gagal didirikan.

Kedah dan Kelantan, yang diperintah oleh kononnya sebuah Parti Islam pun tidak nampak apa-apa yang berlaku - konsep negara Islam pun sudah digugurkan, dan slogan negeri kebajikan pula hanyalah kata-kata manis dalam khutbah setiap Jumaat.

Negara berkebajikan yang dilaksana di Barat sendiri pun kini dikritik hebat kerana telah mengakibatkan rakyatnya malas dan enggan bekerja, kerana mengharapkan bantuan kebajikan daripada kerajaan.

Di Britain ia sudah dibahas hebat ekoran masalah kemalasan bekerja kerana mengharapkan elaun-elaun pengangguran dan pelbagai benefit yang disediakan kerajaan.

Golongan pekerja dan peniaga pula sebaliknya berang kerana cukai yang tinggi dikenakan ke atas mereka untuk membiayai kebajikan rakyat yang tidak bekerja itu. Malah harga minyak di sana pun tidak disubsidi oleh kerajaan, seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia kini. Harga semasa petrol di UK ialah RM6.70 seliter.

Kesimpulannya, apa yang cuba diperkenalkan oleh DAP, sehingga Pas sanggup mengorbankan perjuangan Islamnya, hanyalah semata-mata satu pendekatan gimik popular.

Namun secara halus ia sebenarnya adalah konsep perjuangan lama DAP, iaitu Malaysian Malaysia.

Malangnya, PKR terpaksa mengikut bagi menyelamatkan tengkuk Anwar Ibrahim dan Pas rela dicucuk hidung kerana mengidam ke Putrajaya

PRU 13, WAJARKAH TEMPOH MAKSIMUM 5 TAHUN ?

Posted: 15 Jun 2011 06:17 AM PDT

Maksimumkan tempoh mandat

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
KETIKA pakatan pembangkang tidak sabar-sabar mencetuskan polemik tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, menteri paling senior dalam Kabinet, Datuk Seri Dr. Rais Yatim merungkaikan satu isu yang dianggap beliau harus direnungkan bersama.

"Paling ketara adalah isu ekonomi, perut dan cari makan. Selagi BN berupaya mententeramkan tahap kenaikan harga barang, selama itu rakyat akan berpihak kepada BN.

"Tapi ini juga berkaitan kemampuan kerajaan untuk pastikan subsidi tertanggung dan boleh ditanggung hari ini iaitu RM20 bilion oleh kerajaan kita. Alhamdulilah, ada Petronas, kalau tidak, tentu agak membebankan," kata beliau.

Rais, 69, berada dalam kerajaan selama empat dekad dan bekerja di bawah lima Perdana Menteri dari era Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sehinggalah memegang portfolio Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika ini di bawah pentadbiran anak sulung Perdana Menteri kedua itu, Datuk Seri Najib.

Bercakap kepada Utusan Malaysia di khutub khanah pejabat kementerian di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur kelmarin, Rais menyatakan: "Saya memang menerima hujah semua isu mempengaruhi undi tetapi perkara remeh tak membawa banyak perubahan sebab ia dialami dan disentuh oleh segelintir masyarakat sahaja.

"Tapi bila sampai ke tahap harga yang naik terus menerus di luar kawalan, maka ia takkan menguntungkan kerajaan. Jadi, mahu tak mahu daripada suri rumah ke peniaga, soal harga barang menjadi isu besar kepada mereka. Kita kena berusaha ke arah itu dengan menstabilkan harga dan tetapkan harga di tahap membantu rakyat," kata beliau.

Rais mengibaratkan PRU ke-13 sebagai penentu paling grafik dan jelas kepada masyarakat dan negara kerana buat pertama kali BN yang bertulang belakangkan UMNO hanya mempunyai tenaga majoriti mudah - tidak dengan majoriti dua pertiga.

Justeru, ia satu titik permulaan psikologi yang dipandang negatif oleh sesetengah pihak yang menentukan setakat mana orang Melayu dan bumiputera mengenal akan hak-hak dan kepentingan kaumnya lebih daripada rakan-rakannya dari kalangan kaum India dan Tionghua.

"Sebabnya ialah orang Melayu yang selama ini lebih ke depan dalam politik negara secara bersekutu pada masa ini sendiri berpecah dua dalam bahagian besar dan berpecah tiga apabila dikira UMNO, Pas dan PKR. Yang ketiga ialah penentuan kepemimpinan yang mampu menjadi pemimpin kuat kepada kaum-kaum.

"Semuanya ini diselia oleh Perdana Menteri, walaupun kita yakin beliau akan membawa kepada 'situasi menang-menang' tapi beliau kena dapatkan sokongan orang Melayu lebih daripada biasa. Dari situ pentingnya kita membuat ujian kepada persoalan bolehkah BN mendapat dua pertiga kerusi.

"Jika tahun ini dibuat PRU, maka sukar untuk kita mencapai dalam bentuk biasa yang memerlukan sedikit masa untuk Gagasan 1Malaysia bercambah. Percambahan itu memerlukan sentuhan hidup, yakni faedah kepada masyarakat," kata beliau.

Dan akhir sekali yang harus ditentukan ialah sama ada kontrak sosial yang wujud dalam Perlembagaan itu menjadi kekal ataupun tidak dalam beberapa situasi penentuan.

"Dengan semua inilah PRU Ke-13 sangat penting kepada orang Melayu dan bumiputera," kata Rais.

Rais percaya jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat dalam tahun ini, pakatan pembangkang yang menguasai Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah pastinya tidak akan menyertai pilihan raya peringkat Pusat. Mereka memiliki hak sedemikian.

Maka dengan itu, ia satu faktor yang perlu difikirkan oleh BN kerana semasa PRU, pembangkang akan bebas membuat gerak kerja di luar dugaan.

"Jadi, jalan keluar paling praktikal ialah memaksimumkan tempoh PRU, jadi mereka tak ada pilihan, semua boleh keluar untuk berkempen. Dan tarikhnya ialah pada tahun 2013," kata beliau sambil menaruh keyakinan tinggi penguasaan kembali BN ke atas Kedah dan Selangor.

Mengulas satu persatu kedudukan parti-parti pembangkang dan kaum tertentu, Rais mempunyai pandangan berikut:

* PKR - Potensinya sudah berkecai dari sudut realiti. Struktur parti itu sendiri yang meliputi pucuk pimpinan atau orang paling berpengaruh seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, sahsiahnya 50:50. Walaupun dikatakan 'berkarisma' dan sebagainya tetapi perjuangan Anwar tampak kepada hala-hala yang dipersoalkan, justeru tidak membantu PKR.

Malah, PKR sudah hilang 15 pemimpin utama daripada Ahli Parlimen sehinggalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). PKR sebenarnya bersandarkan nasib kepada Pas dan DAP. Apabila Pas dan PKR bersatu, 55 peratus sokongan orang Melayu cenderung kepada UMNO dan selebihnya kepada Pas dan PKR. Namun data ini adalah rambang dan belum diuji lagi.

* Orang Tionghua - Kaum itu diyakini akan pulang ke kotak persahabatan untuk BN dan UMNO. Di Sarawak, mereka menjalankan politik bandaran dengan semua bandar besar 'disapu' oleh mereka. Kemungkinan itu berlaku di Semenanjung dan Sabah tetapi sebenarnya mereka belum diuji 10 peratus. Yang ada cuma di bandar-bandar besar tetapi belum teruji di kalangan orang Tionghua yang menetap di pekan kecil dan kawasan industri.

Berdasarkan senario yang dikemukakan oleh jabatan dasar dan penerangan dan rakan-rakan parti komponen BN, kira-kira 38 peratus lagi pendirian orang Tionghua belum diketahui.

* DAP - Parti itu sekarang sudah merasa keseronokon memerintah sebuah negeri. Pengalaman di Pulau Pinang perlu dilihat dari sudut praktikal dengan pentadbiran Lim Guan Eng mirip PAP di Singapura (DAP sendiri lahiran PAP). Ada 'tali pusat' sebenarnya antara PAP dan DAP yang difahami semua wujud tetapi tidak dapat dikira atau diukur di Malaysia. Apa yang berlaku di Pulau Pinang itu harus dilihat dari sudut BN melalui komitmen parti Gerakan atau MCA untuk merampas kembali negeri itu.

Cuma, kedudukan DAP agak kebal di negeri itu sehingga pentadbiran masjid pun hendak ditentukan mereka corak pentabirannya. Dan sayangnya, orang Melayu di Pulau Pinang tidak bangkit sama ada UMNO atau Pas. Kemuraman Gerakan dan MCA amat jelas berdasarkan maklum balas yang diterima oleh JASA.

* Pas - Dengan melepaskan konsep negara Islam, Pas menjurus kepada politik populis. Ia tidak lagi kepada ajaran ortodoks yang dahulu sinonim dengan Pas. Mungkin dengan cara ini, para pemimpin baru yang muncul di keliling Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh bebas memainkan kepentingan politik daripada agama.

Kemunculan pemimpin Pas di dalam topeng Islam itu semakin tertanggal. Jadi, yang untung ialah DAP. Parti chauvinis itu memperoleh 'dividen' daripada kemunculan 'Pas baru'. Soalnya, Pas tidak pernah menyatakan untuk memperjuangkan kepentingan Melayu seperti mana UMNO.

* UMNO - parti orang Melayu ini harus berubah seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri iaitu berubah dari dalam dengan memiliki peribadi yang luhur dan jangan angkuh. Diyakini jika ini dilakukan oleh kepimpinan UMNO di seluruh negara, UMNO akan menjadi lebih kukuh.

Menutup minum petang dengan Rais, menteri itu memberitahu penulis: "UMNO harus mengikis semua amalan negatif. Kita harus beri kepada Perdana Menteri ruang untuk membuat pasukan yang baru (pada PRU nanti). Jangan kecil hati jika ditinggalkan beberapa individu.

"Yang penting Jeneral Najib mampu kukuhkan based orang Melayu dan kemudian kukuhkan based tradisional orang Melayu lebih daripada orang lain."

PKR DAN DAP ANGGAP PAS SELANGOR MACAM "SAMPAH"?

Posted: 15 Jun 2011 06:10 AM PDT

ISNIN, 13 JUN 2011 16:51 ROSLAN BIAN

Sebaik sahaja keputusan pemilihan pada muktamar lalu yang melihat golongan ulama 'tumbang', sudah kedengaran cakap-cakap kedudukan Datuk Dr Hasan Ali sebagai pesuruhhjaya PAS negeri Selangor bakal tergugat.

Apatah lagi, kumpulan Erdogan yang dikaitkan sebagai penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim menguasai pemilihan tersebut termasuk ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang diketahui tidak sebulu dengan Dr Hasan.

Cakap-cakap Dr Hasan akan digugurkan daripada jawatan yang dipegang hampir 10 tahun jadi kenyataan apabila mesyuarat pertama Jawatankuasa PAS Pusat petang Ahad menggugur beliau dan beberapa pemimpin lain termaduk Datuk Harun Taib, sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Harun juga adalah Ketua Dewan Ulama PAS yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan baru-baru ini.

Di sebalik penguguran Dr Hasan, ada pihak dalam PAS Selangor melihat tindakan itu usaha terancang bagi menyingkirkan Dr Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Dr Abd Rani Osman yang juga ADUN Meru dinamakan sebagai pengganti Dr Hasan.

Beliau dikatakan rapat dengan Khalid dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa ali.

Sebab itu, ada cerita kononnya mereka berdua adalah tangan di sebalik penguguran Dr Hasan.

Ada pemimpin PAS melihat Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia sudah jadi liabiliti kepada PAS.

Beliau juga dilihat sebagai pemimpin yang kerap mencetuskan kontroversi dengan PKR dan DAP ekoran beberapa isu termasuk isu penjualan arak secara terbuka di Bandaraya Shah Alam.

Dr Hasan juga bertelagah dengan Exco DAP, Ronnie Liu dalam isu terbabit.

Beliau pernah memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang setiausaha kerajaan negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Munawi meskipun pelantikan itu dibantah Pakatan Rakyat.

Nama Dr Hasan ibarat sudah dihitamkan dan digambarkan sebagai pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan PKR dan DAP.

Dr Hasan juga dikaitkan cenderung menyokong 'kerajaan perpaduan' dengan UMNO meskipun kepimpinan pusat PAS telah menolak perkara itu.

Dengan penyingkiran itu, Dr Hasan kini hilang penguasaan terhadap PAS Selangor.

Beliau kini cuma Ahli Jawatankuasa PAS Pusat setelah menang tipis pada pemilihan 3 Jun lalu dengan menduduki tempat ke-16.

Sumber memberitahu Agendadaily, pengguguran Dr Hasan dijangka membuka laluan kepada Khalid mengambil alih jawatan berkenaan pada pemilihan akan datang.

Dr Abd Rani dikatakan hanya memegang jawatan itu sementara sahaja kerana jika melantik Khalid menggantikan Dr Hasan, akan nampak penguasaan kumpulan Erdogan secara mendadak dalam parti itu.

Namun tindakan itu turut menimbulkan rasa kecewa penyokong Dr Hasan.

Mereka merasakan Dr Hasan tidak patut diperlakukan sedemikian tanpa ambil kira jasa ditaburnya sejak mengetuai PAS Selangor kira-kira 10 tahun lalu.

Masa Dr Hasan, PAS Selangor lebih mantap, kata sumber itu.

Inikah cara PAS membalas jasa-jasanya, soal sumber tersebut.

Sumber itu mengakui ada cakap-cakap kononnya Dr Hasan akan diberikan peranan di peringkat Pusat dan perlu tumpu pada tugas Exco di Selangor, tdetapi itu bukan alas an mengenepikan beliau.

Timbul teka teki kini adakah kedudukan Dr Hasan sebagai Exco turut tergugat setelah beliau bukan lagi pesuruhjaya PAS negeri.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya dengar 'suara ghaib' minta tempat Dr Hasan digantikan dengan pemimpin PAS lain.

Beliau kena ingat bagaimana Ronnie tewas pada pemilihan DAP tetapi masih kekal dalam barisan exco kerajaan negeri.

Jika faktor ini diambil kira, kedudukan Dr Hasan sebagai exco akan kekal sehingga pembubaran Dewan Undangan Negeri nanti.

Namun, apa yang menimpa Dr Hasan pasti melegakan pemimpin tertentu dalam PAS.

Malah PKR dan DAP juga bertepuk tangan kerana sampah dalam mata mereka selama ini sudah dibuang. -13/6/2011 OLEH ROSLAN BIAN

USUL KELAYAKAN TIAN CHUA SEBAGAI MP.....

Posted: 15 Jun 2011 06:05 AM PDT

BNBBC tak jadi bawa usul kelayakan Tian Chua sebagai MP
SELASA, 14 JUN 2011 14:43 NOOR HASILAH ISMAIL

Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) membatalkan keputusan membawa usul terhadap soal kelayakan Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua.

Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Bung Mokhtar Raden, berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau berjumpa dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, pagi Selasa.

Beliau diminta mengulas laporan yang menyebut BNBBC bercadang mengemukakan usul berkenaan.

Apapun Bung Mokthar mempersoalkan dari segi moral kehadiran Tian Chua di Parlimen.

Beliau menyerahkan pada pihak Speaker dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang jaga urusan parlimen untuk memutuskan hal berkenaan.

Nazri pula memberitahu wartawan di lobi parlimen beliau tidak setuju usul berkenaan dibentang.

Katanya tidak mana-mana Ahli Parlimen yang boleh melucutkan kelayakan Ahli Parlimen lain.

Menurutnya keputusan seumpama itu hanya boleh dibuat oleh pihak Speaker.

Sementara itu Tian Chua ketika ditemui di lobi parlimen, berkata dia tidak tahu apa-apa mengenai usul itu dan tetap menegaskan masih Ahli Parlimen.

"Mahkamah sudah putuskan saya masih Ahli Parlimen dan sehingga kini tidak ada orang, terutama dari pihak kerajaan mempertikaikan keputusan mahkamah itu. Jadi, sebenarnya tidak ada apa-apa," katanya.

Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan Tian Chua untuk merayu hukuman denda sebanyak RM2,000 atas kesalahan menggigit polis yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Balia Yusuf Wahi ketika membacakan keputusan itu berkata permohonan itu ditolak notis lewat difailkan. Notis rayuan itu sepatutnya dikemukakan pada 13 September 2010 tetapi Tian Chua hanya berbuat demikian pada 6 Oktober 2010.

Peguam Tian Chua, Amer Hamzah Arshad dilaporkan berkata, anak guamnya itu masih kekal sebagai Ahli Parlimen walaupun hukuman dan denda berkenaan dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan. Katanya ia berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Jun tahun lalu yang mengatakan mahkamah tidak mahu pilihanraya kecil berlaku.

Pada 17 Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan keputusan Tian Chua bersalah menggigit seorang anggota polis tetapi mengurangkan hukuman kepada RM2,000 atau dua bulan penjara. Keputusan itu mengetepikan keputusan terdahulu yang memutuskan Tian Chua didenda RM3,000 dan enam bulan penjara.

Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa seorang Ahli Parlimen akan hilang keyakan sekiranya dipenjara tidak kurang dari setahun atau denda tidak kurang dari RM2,000.

Berikutan itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata bahawa hanya Speaker Dewan Rakyat dapat menentukan status Tian Chua sebagai Ahli Parlimen. – 14/6/2011.-OLEH NOOR HASILAH ISMAIe

INPUT IT : CARA TUTUP AKAUN.

Posted: 15 Jun 2011 06:03 AM PDT

Put your stuff here
Cara tutup akaun

SAYA hendak tanya bagaimana untuk menutup akaun e-mel yang sudah tidak digunakan lagi?

Saya menggunakan e-mel Yahoo! dan Hotmail dan dua akaun Facebook, tetapi mahu menutup satu akaun.

Bagaimana cara untuk menutup akaun Facebook tersebut atau dibiarkan sahaja sehingga pihak Facebook blok akaun saya? Sekian, terima kasih.

Daripada:

-Bisnes Klate, Kelantan.

Bagi makluman pihak tuan, walau pun akaun bagi sesebuah laman web sudah ditutup, ia tidak bermakna segala data bagi akaun tersebut dihapuskan.

Biasanya ia akan disimpan untuk satu jangka masa tertentu oleh pihak pengendali laman web untuk tujuan keselamatan dan sebagainya.

Ia juga bergantung kepada syarat-syarat perjanjian ketika tuan bersetuju membuka akaun laman web dengan pihak pengendali laman web tersebut. Sama ada ia menyediakan kemudahan e-mel, laman web sosial dan sebagainya.

Ada pihak pengendali laman web mensyaratkan dalam perjanjian bahawa segala data yang dimuat turun oleh pihak pengguna ke dalam akaunnya akan menjadi hak milik mereka.

Ini sama konsepnya yang terdapat dalam pengurusan korporat iaitu maklumat peribadi pekerja yang sudah berhenti kerja tidak sesekali akan dihapuskan.

Ia akan disimpan dalam jangka masa lima ke hingga 10 tahun untuk tujuan audit, keselamatan dan pengurusan.

Namun begitu, adalah lebih baik untuk tuan menutup mana-mana akaun di laman web yang tidak digunakan lagi.

Ini kerana ia dapat mengelakkan daripada akaun tersebut dimanipulasi dan digunakan oleh pihak ketiga untuk tujuan yang tidak baik seperti penipuan, penyamaran, penghantaran spam dan lain-lain.

Secara umumnya untuk menutup akaun di laman web, sama ada laman web sosial, e-mel dan sebagainya, laman web itu sendiri menyediakan kemudahan atau fungsi menutup akaun.

Kebiasaannya ia memerlukan pengguna masuk terlebih dahulu ke akaun tersebut bagi mencapai fungsi tersebut.

Jadi, bagi para pengguna yang terlupa log in dan kata laluan untuk masuk ke akaun mereka atau pihak laman web tersebut tidak menyediakan kemudahan atau fungsi untuk menutup akaun ini, ada hanya satu cara sahaja.

Cara tersebut adalah dengan menghantar surat permohonan untuk menutup akaun kepada pihak pengendali laman web tersebut. Ia boleh dihantar menerusi e-mel atau mel biasa berserta dengan maklumat berkenaan dengan akaun anda di laman web tersebut.

Penutupan akaun Facebook

Pertamanya, tuan perlu masuk ke dalam akaun Facebook dengan log in dan kata laluan yang disediakan.

Dalam Facebook, ada disediakan kemudahan untuk penutupan sementara bagi sesebuah akaun.

Ia bermakna segala maklumat anda akan dihapuskan daripada servis atau paparan di laman Facebook. Sesiapa sahaja tidak akan dapat mencari akaun atau melihat maklumat yang berkaitan dengan akaun tersebut. Namun begitu sekiranya, tuan punya akaun tersebut mahu kembali, ia boleh mendapatkan dan mengaktifkan semula akaun Facebook tersebut.

Fungsi ini dinamakan sebagai DEACTIVATE. Ia boleh dicapai di laman Account settings dalam akaun Facebook. Apabila akaun tersebut diaktifkan semula, segala maklumat yang ditinggalkan sebelum ini akan dikembalikan keadaan asalnya.

Sekiranya perlu untuk membuang secara terus dan total sesebuah akaun Facebook, sila klik ke alamat URL yang seterusnya. http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form>delete_account

Setelah itu, diperlukan masuk login dan kata laluan ke laman Facebook tersebut.

Sekiranya tidak ingat kata laluan dan sebagainya, kata laluan tersebut perlu disetkan semula dengan mengklik pada sambungan Forgot your password.

Seterusnya, ikut arahan yang diberikan sehingga selesai akaun Facebook tersebut dihapuskan.

Penutupan akaun Yahoo!

Sekiranya perlu untuk menutup akaun di Yahoo!, ikuti arahan-arahan yang terdapat pada laman penutupan akaun Yahoo! di URL yang berikutnya. https://edit.yahoo.com/config/delete_user

Seterusnya, perlu dimasukkan login dan kata laluan ke dalam akaun Yahoo! tersebut.

Sekiranya lupa kata laluan, seperti biasa perlu disetkan semula.

Satu paparan pengesahan akan dipaparkan sekali lagi setelah anda berjaya masukkan login dan kata laluan. Anda perlu masukkan sekali lagi beberapa maklumat pentin termasuk kata laluan.

Baca terlebih dahulu di laman penutupan akaun berkenaan dengan syarat-syarat, kesan-kesan dan sebagainya.

Seterusnya, jika setuju, klik butang YES untuk penutupan akaun. Sekiranya berjaya, ikuti arahan-arahan yang diberikan sehingga selesai prose penutupan akaun Yahoo!.

Perlu diingatkan, apabila akaun Yahoo! ini ditutup, segala perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun tersebut juga akan dihapuskan seperti e-mel, Yahoo! Messenger, Yahoo! Address Book, My Yahoo!, Yahoo! Groups dan lain-lain.

Jadi, fikir dahulu sebelum ditutup akaun tersebut atau buat salinan ke tempat lain sekiranya ada data-data yang diperlukan.

Namun begitu, penutupan akaun Yahoo! tidak akan menghapuskan maklumat anda di dalam perkhidmatan Yahoo! People Search. Jadi, perlu diklik alamat URL yang berikutnya untuk menutup maklumat anda di Yahoo! People Search. http://info.yahoo.com/privacy/us/yahoo/peoplesearch/details.html

Sekiranya akaun Yahoo! tersebut dilanggan secara berbayar, pastikan langganan tersebut dibatalkan terlebih dahulu sebelum akaun ditutup. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan, pihak Yahoo! ada menyediakan borang di alamat URL yang berikut. http://help.yahoo.com/l/us/yahoo/mail/classic/technical_howto.html

Penutupan akaun Hotmail

Langkah pertamanya masih sama, perlu dimasukkan login dan kata laluan akaun Hotmail terlebih dahulu ke laman web Hotmail atau Windows Live sehingga berjaya. Seterusnya pergi ke nama akaun di hujung atas kanan dan klik menu Account. Kemudian, cari dan klik pada menu Close your account.

Seterusnya satu laman penutupan akan dipaparkan termasuk syarat-syarat dan kesan-kesan sekiranya satu penutupan akaun dibuat. Baca dengan teliti dan fahami segala kenyataan pihak Hotmail sebelum menutup sesebuah akaun.

Di ruangan laman ini, sekali lagi diperlukan untuk masuk kata laluan untuk tujuan pengesahan. Klik butang Yes sekiranya bersetuju. Langkah yang berikut, ikuti arahan-arahannya sehinggalah proses penutupan akaun tersebut selesai.

Penutupan akaun juga membuatkan segala kemudahan yang terdapat di dalam Windows Live akan ditutup.

Bagi memastikan sama ada sesebuah akaun laman web tersebut sudah ditutup sepenuhnya atau tidak, login kembali menggunakan akaun tersebut sama ada di Facebook, Yahoo!, Hotmail dan lain-lain.

Penutupan akaun laman web yang tidak aktif adalah penting untuk keselamatan siber tetapi buatlah salinan data yang penting terlebih dahulu ke tempat lain

BUKU JINGGA SENDIWARA PEMBANGKANG.

Posted: 15 Jun 2011 02:35 AM PDT

Dewan Rakyat: Kejayaan ETP bukan sandiwara kerajaan
Laporan Mohd Anwar Patho Rohman, Haspaizi Mohd Zain dan Lum Chee Hong
bhnews@bharian.com.my
2011/06/15

Kejayaan tarik pelabur luar lonjak ekonomi negara

KUALA LUMPUR: Kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan bukan satu sandiwara ataupun retorik, sebaliknya ia adalah gambaran keyakinan pelabur terhadap keupayaan kerajaan mengurus tadbir ekonomi negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany, berkata ETP adalah satu usaha komprehensif kerajaan untuk mentransformasi ekonomi Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Katanya, senarai pelabur yang diumumkan kerajaan melalui program berkenaan bukanlah 'kekayaan di atas kertas' seperti didakwa pembangkang, sebaliknya syarikat terbabit komited untuk melabur di negara ini.

"(Pembangkang) Tolong datang jumpa kita, macam mana kita boleh sandiwara dalam perkara ini dan ia bukannya retorik. Kita ikhlas, boleh datang jumpa.

"Saya bagi contoh, sembilan inisiatif diumumkan dalam sektor pelancongan dan syarikat disenaraikan seperti Khazanah (Nasional Bhd) dan sebagainya, kesemuanya adalah nama yang ada serta sudah melabur," katanya ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor).

Sebelum itu, Dzulkefly ketika mengemukakan soalan tambahan mendakwa, pengumuman kerajaan berhubung program berkenaan sekadar kekayaan atas kertas.
Devamany sebaliknya berkata, kejayaan kerajaan untuk menarik lebih ramai pelabur dari luar adalah kerana keyakinan mereka terhadap keupayaan kerajaan membangunkan ekonomi negara.

"Itulah orang kata, kalau tidak kenal maka tidak cinta, kalau tidak tahu bermakna kita buta, syarikat yang masuk (melabur) sudah mengkaji dan yakinlah pada negara kita serta sokonglah program dilaksana kerajaan," katanya.

Sementara itu menjawab soalan bertulis Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berhubung perkembangan ETP, Devamany berkata, program berkenaan akan meningkatkan pendapatan kasar negara (PNK) per kapita lebih AS$15,000 atau RM48,000 menjelang 2020.

Selain itu, lebih 3.3 juta peluang pekerjaan baru merentasi kawasan bandar dan luar bandar akan diwujudkan menjelang 2020.

UMNO BAH. JASIN KETINGGALAN DALAM PERSEDIAAN PRU 13.

Posted: 15 Jun 2011 01:15 AM PDT

Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, bahawa PRU 13 yang akan datang akan berlangsung dalam suasana yang sangat dahsyat, nampaknya tidak memberi apa-apa respon kepada kepimpinan UMNO Jasin. Malah yang terbaru, apabila pembangkang menerusi parti PAS, yang bakal mengadakan demontrasi jalanan BERSIH 2, juga tidak dapat mengejutkan kepimpinan UMNO Bahagian untuk mengambil langkah drastik bagi mengambil hati pengundi, khususnya pengundi atas pagar dan pengundi muda.Nampaknya tidak hairanlah bila slogan PAS "melangkah ke Putra Jaya" dengan menggantikan Pesuruhjaya PAS Negeri yang lama kepada ustaz Adli juga tidak diambil berat.

Semua tahu, Jasin baru sahaja melalui satu Pilihanraya Kecil DUN Merlimau tempoh hari. PRK semua faham segala jentera parti akan bertumpu di situ, jadi jika ada yang tak buat kerja pun tak apa kerana jentera ramai. Keadaan berbeza sekali waktu PRU di mana semua nya sibuk dengan kawasan masing-masing, jika ada yang membantu pun mungkin pada waktu ceramah sahaja. Yang lainnya bergantung sepenuhnya kepada kepimpinan Bahagian baik UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan juga PPP serta parti komponen yang lain. Jika gagal maka akan beri kesan kepada calon dan parti yang bertanding.

Mesyuarat Perwakilan Bahagian baru sahaja berlalu, kelihatan ramai waktu pengundian G 7 , habis undi ramai yang balik, meninggalkan dewan dengan hanya dipenuhi kerusi-kerusi kosong sewaktu perbahasan usul. Ini menunjukkan ada masalah dalaman yang ketara bila perwakilan meninggalkan mesyuarat tersebut. Lebih malang lagi bila ada perwakilan yang menyatakan sewaktu perbahasan usul ada menerima sampul surat "ada isi" dari calon yang bertanding. Apa dah jadi ni? Sewaktu kepimpinan pusat berusaha untuk menghapuskan politik wang, ini pula yang berlaku. Tak tahulah sama ada Ketua Bahagian ada ambil tindakan atau berdiam diri sahaja?

Jika dilihat dari segi persediaan pembangkang, mereka terus mejadikan majilis ceramah yang dipenuhi dengan fakta yang salah, tomahan dan sebagainya dengan harapan untuk mengusik EMOSI pengundi atas pagar dan pengundi muda agar menyokong dan mengundi mereka. Mungkin UMNO Jasin tak jelas perkara ini, sekarang ni proses pilihanraya juga melibatkan faktor emosi yang perlu dimainkan agar pengundi lalang ni memihak kepada mereka. Sudah barang tentu, untuk mempengaruhi emosi ini, perlukan masa yang lama serta bahan-bahan yang terancang lagi berterusan sifatnya.

UMNO Jasin ada juga mengadakan program JUARA RAKYAT tapi malangnya hanya orang yang sama sahaja yang datang untuk meramaikan. Program yang diadakan setakat melepaskan batuk di tangga sahaja tidak beri kesan secara psikologi dan moral kepada UMNO /BN. Malah ada juga khabar angin yang mengatakan ada sesetengah program yang "BESAR" bunyinya tapi hanya 40 orang sahaja yang datang.
Apa dah jadi ni YB DUN dan YB Parlimen?

Setakat tulisan ini ditulis, UMNO Bahagian lain telah pun bermula gerakan-gerakan mereka, tapi Jasin asyik dengan pendekatan politik lama yang digunakan. Tranformasi kepimpinan yang sering di ingatkan oleh Presiden UMNO hanya tinggal slogan sahaja. Ini belum lagi, pengundi Cina dan India yang walau pun telah menunjukkan sokongan tapi belum menyeluruh.

Mungkin agaknya berdasarkan rekod PRU, pembangkang belum lagi pernah menang maka UMNO Bahagian oleh duduk dengan selesa. Tapi ingatlah kemerosotan undi yang diperolehi ketika PRU 12 2008 di bandingkan dengan PRU 11 2004. Sindrom lama kini benar-benar telah menghantui kepimpinan UMNO Jasin hinggakan AJK lebih fokus pilihanraya parti dari PRU. Tak ada gunanya jika menang pun dalam pilihanraya parti tapi kalah dalam PRU. Ingatlah ahli-ahali UMNO sahaja belum cukup untuk memastikan kemenangan dalam PRU...pengundi atas pagar dan pengundi baru adalah faktor penentunya.

BILA NAK BUAT BILIK GERAKAN.....BANGUN HOI....BANGUN....

BILA NAK LAKUKAN TRANSFORMASI MINDA SEMPIT NI.

Posted: 15 Jun 2011 12:18 AM PDT

Guest KO NENGOK DAH BERAPA JAM SORANG ADMIN PUN TAK JAWAB!!!!!
2011-06-14 7:54 AM #
Guest ADMIN PUN TIDOO....
2011-06-14 6:55 AM #
Guest INI BLOG PUN TAK TAU APA BUATNYA...
2011-06-14 6:55 AM #
Guest BUAT MALU JER...BUDAK-BUDAK HINGUS DALAM BELIA BOLEH BUAT REPORT POLIS PASAL BERSIH PPUBJ PULAK SEBUK KEJAR PROJEK!!! ZAIDI ATTAN GAGAL DENGAN TERUK!!
2011-06-14 5:02 AM #
Guest DAH NAK HABIS PENGGAL JADI KETUA PEMUDA SATU HARAM JANJI DIA TAK MAMPU BUAT...
2011-06-14 5:01 AM #
Guest ZAIDI ATTAN PATUT DAPAT ANUGERAH KETUA PEMUDA UMNO PALING RETORIK
2011-06-14 5:01 AM #
Guest KALAU ADA ANUGERAH UNTUK PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUAT TIDUR, PPUBJ ADALAH JUARANYA

Ini kenyataan yang PPUBJ terima. Terima kasih atas massage ini. Tapi sayangnya orang yang hantar ini tak melakukan tranformasi minda sebagaimana yang dikehendaki oleh YAB Presiden UMNO sendiri. Masih lagi berperang dalam cawan sendiri. INI lah kesan daripada amalan politik lama yang telah bersarang dalam UMNO Jasin yang tidak ada kesudahannya. Sedangkan fokus diberikan pada PRU 13, masih ada pencacai najis yang tidak habis-habis menikam dari belakang. 

"NEGARA KEBAJIKAN" - PAS UKUR BAJU BADAN SENDIRI..

Posted: 15 Jun 2011 12:06 AM PDT

< : Ukur lah baju tu di badan sendiri2011/06/15SEORANG penganggur mengakui dia tidak pernah pun mendapat bantuan daripada kerajaan PAS Kelantan yang kononnya mahu menegakkan negara berkebajikan. Abdul Aziz Mat Noor, 51, yang terlantar kerana kencing manis sejak 10 tahun lalu adalah salah seorang daripada 25,000 lagi penganggur di negeri itu yang berharap supaya kerajaan negeri membuktikan dulu kata-kata mereka itu di Kelantan sebelum bercita-cita mewujudkan negara berkebajikan. Mamat – ukur lah baju tu di badan sendiri

Dewan Rakyat tolak usul bantah perhimpunan BERSIH

Posted: 14 Jun 2011 11:59 PM PDT

Put your stuff here
Dewan Rakyat tolak usul bantah perhimpunan BERSIH


2011/06/15

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi mengecam tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan, kononnya bagi menuntut reformasi dalam pelaksanaan pilihan raya di negara ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengambil ketetapan untuk menolak usul yang dibawa Datuk Seri Zahrain Hashim (Bebas-Bayan Baru) mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) itu selepas berpuas hati bahawa usul itu tidak perlu disegerakan.
"Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia sudah mengambil langkah perlu sebagai persediaan untuk menangani perhimpunan Bersih itu dan akan sentiasa memantau aktiviti yang dijalankan agar dapat dibanteras dan dipastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.

Terdahulu, Zahrain yang mengemukakan usul itu sebaik sesi soal jawab selesai, meminta Dewan mengambil ketetapan untuk mengecam sekeras-kerasnya segala tindakan BERSIH, terutama menghasut rakyat agar merusuh di jalanan seperti mana yang berlaku di beberapa negara Asia Barat, termasuk Tunisia dan Mesir.

Beliau juga mahu persidangan mendesak BERSIH supaya membatalkan cadangan mengadakan demonstrasi baik di Kuala Lumpur, mahupun di mana-mana negeri demi keselamatan rakyat dan negara.

Zahrain berkata, tindakan BERSIH tidak mencerminkannya sebagai sebuah badan yang benar-benar memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan telus, sebaliknya bermotifkan politik kepartian.

"Kegiatan lampau BERSIH membuktikan kumpulan ini mempunyai agenda politik sempit dan berhasrat mengelirukan rakyat demi mencapai matlamat politik mereka," katanya.
Pada 2007, BERSIH yang menggunakan slogan "Gelombang Kuning", menganjurkan perhimpunan haram bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara atas alasan sama.

Perhimpunan yang bermula di Dataran Merdeka itu bagaimanapun gagal mencapai sasaran mengumpul 100,000 peserta, apabila hanya beberapa ribu orang hadir.

Demonstrasi jalanan itu bagaimanapun menggugat ketenteraman awam selain menyebabkan kesesakan di lokasi utama di ibu negara.

Perhimpunan kedua BERSIH pada bulan depan antara lain untuk menuntut pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil. - BERNAMA

Mat Sabu boleh mendidik ahli dari "menghasut" ?

Posted: 14 Jun 2011 05:26 PM PDT

Utusan Malaysia Online - Politik

'Mat Sabu tutup isu kemenangan'

KUALA LUMPUR 14 Jun - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang bersungguh-sungguh mempromosikan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (Bersih 2) membuktikan pemimpin itu mahu menutup isu kemenangannya yang tidak disenangi banyak pihak dalam parti.

Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian berkata, lebih memalukan, tindakan itu juga menjelaskan lagi kepada ahli Pas bahawa Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu tidak mempunyai kepakaran atau 'modal' lain untuk mendekati rakyat.

Menurutnya, ini kerana Mat Sabu bukannya dari golongan ulama atau mempunyai latar belakang agama mahupun seorang profesional seperti kebanyakan pemimpin Pas lain.

"Sebenarnya beliau mahu mengheret penyokong Pas ke dalam kancah permainan politik beliau. Selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas, ramai yang yakin kemenangan beliau telah diatur oleh beberapa pihak yang mahu mempergunakan Pas bagi memecah belah orang Melayu.

"Mat Sabu sebenarnya mahu menutup isu kemenangan beliau dengan membuktikan bahawa beliau mempunyai pengaruh besar di dalam Pas. Nyata sekali, Mat Sabu tidak jujur dan ikhlas memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan.

"Beliau hanya mempunyai kemahiran untuk mensensasikan isu dan perhimpunan haram ini dilihat sebagai peluang yang besar untuk beliau eksploitasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mat Sabu yang baru memenangi jawatan nombor dua tertinggi Pas dilihat agresif mengajak masyarakat supaya menyertai Bersih 2 yang dianjurkan pembangkang serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 9 Julai ini.

Justeru, Tengku Amalluddin menasihatkan Mat Sabu supaya mendidik penyokong Pas terlebih dahulu ke arah menghormati undang-undang negara dan bukan sebaliknya.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas Mat Sabu, Pengerusi Bersih 2, Datuk Ambiga Sreenevasan dan pemimpin pembangkang lain yang mahu menjayakan perhimpunan itu.

Katanya, ini kerana tindakan para pemimpin itu boleh diklasifikasikan sebagai satu hasutan untuk mengajak rakyat melakukan kekacauan di kawasan sekitar ibu kota.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


PERPADUAN MELAYU : SYED ALI DAKWA MAT SABU CARI PUBLISITI MURAHAN

Posted: 14 Jun 2011 09:26 PM PDT

TIMBALAN Presiden PAS, Mohamad Sabu hanya mencari publisiti murahan untuk mempopularkan dirinya apabila membangkitkan semula isu kerjasama parti itu dengan UMNO, kata Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, isu kerjasama PAS-UMNO bukan lagi perkara pokok kepada perpaduan Melayu kerana parti tersebut telah dengan bongkak dan angkuh menolak pelawaan yang pernah dibuat oleh pemimpin UMNO sebelum ini.

"UMNO tidak lagi mengharapkan kepada mereka kerana PAS dengan sombongnnya menentang usaha penyatuan umah sepertimana pernah disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak," tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendakwa, Mat Sabu sengaja membangkitkan isu tersebut hanya untuk menonjolkan dirinya ketika pemimpin PAS sendiri sudah melupakannya.

Malah jelas beliau, sebilangan besar orang Melayu dan umat Islam di negara ini sudah kecewa dengan pendirian PAS yang sanggup mengetepikan kepentingan mereka hanya semata-mata untuk terus bersekongkol dengan DAP, parti rasis yang menentang keras ketuanan Melayu.

Syed Ali berkata, PAS lebih rela dirinya dijadikan kuda tunggangan DAP semata-mata untuk menjaga kepentingan kuasa politik mereka.

"Mat Sabu sudah kekeringan modal politik dan menggunakan isu yang sudah basi untuk menonjolkan dirinya masih jaguh di kalangan segelintir penyokong PAS," ujarnya.

PAS sanggup jadi kuda tunggangan DAP hancurkan perpaduan Melayu

Beliau menegaskan, UMNO tidak bergantung 'nyawa' kepada PAS kerana sebahagian besar orang Melayu tetap memberikan sokongan kepada UMNO untuk mentadbir negara ini denagn kerjasama komponen Barisan Nasional (BN).

Selama ini pun kata Syed Ali, UMNO masih mampu mentadbir negara dengan cemerlang disamping berupaya membangunkan syiar Islam sehingga dihormati di seluruh dunia.

"PAS hanya bertopengkan Islam untuk agenda politik mereka, oleh sebab itu mereka tidak berminat untuk bekerjasama menyatukan perpaduan orang Melayu dan umat Islam," tambahnya.

Selain itu kata beliau, orang Melayu tetap akan bersatu di bawah satu perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara walaupun tanpa sokongan PAS.

"Biarlah PAS dengan keangkuhannya dan terus bersubahat dengan DAP untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu kerana terlalu taksub dengan ideologi politik sempit," tegasnya.

Dalam portal berita MalaysiaKini semalam, Mat Sabu dipetik sebagai berkata PAS tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan UMNO walaupun atas nama perpaduan Melayu kerana serik dengan permainan UMNO.

Mengulas mengenai 350 laporan polis yang dibuat oleh NGO berhubung Perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini, Syed Ali berkata polis perlu bertindak tegas menghalamg perhimpunan tersebut.

"Kita jangan lupa perhimpunan Bersih pada 2007 telah menyusahkan aktiviti dan pergerakan orang awam dan menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan masyarakat," katanya.

Beliau mendakwa perhimpunan tersebut didalangi oleh parti-parti pembangkang bertujuan mencetuskan kacau bilau dalam negara dalam usaha mereka meneruskan agenda politik kotor untuik menguasai negara ini.

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Terima Kasih Kepada Rakan-rakan bloggers

Posted: 14 Jun 2011 10:22 PM PDT

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Pas tak boleh diharap untuk majukan umat Islam.

Posted: 15 Jun 2011 03:40 AM PDT

Pas hanyalah sebuah parti politik yang memperalatkan Islam. Ramai pengikut Pas berasakan bahawa parti itu setaraf dengan Islam, tapi hakikatnya, Pas itu bukan lah agama. Pas cuma ditunggang oleh beberapa pemimpin mereka undi mencari kuasa politik didalam negara saja.

Pas itu sendiri mempunyai banyak kelemahan dan cacat cela. Tetapi pemimpin dan penyokongnya ramai yang berasakan bahawa mereka lebih bagus dan lebih islamik dari orang muslim lain didalam negara. Sekadar menyertai parti politik yang menggunakan nama Islam, dan juga melekatkan pelekat kereta yang mempunyai ayat-ayat Islam, itu bukan jaminan mereka akan jadi lebih baik.

Pengikut-pengikut Pas ramai yang menganggap puak mereka saja yang betul. Yang jadi masalahnya, mereka menganggap orang selain ahli Pas, buat baik semua salah dan tak kena. Ini salah satu sebab Pas tak disukai oleh majoriti umat Islam dalam negara.

Berkenaan hubungan Pas dengan parti sekular DAP, kita boleh lihat betapa Pas amat kurang bijak bila berhadapan dengan kumpulan tersebut. Kafir itu sendiri sudah zahirnya penuh dengan muslihat untuk menjatuhkan Islam. Dan DAP itu sendiri memang banyak akal.

Banyak pihak melihat hubungan Pas dan DAP hanya menguntungkan parti kafir tersebut. Dan dalam banyak keputusan, nampak seolah-olah Pas tertipu dek karenah DAP. Yang paling jelas boleh kita nampak ialah berkenaan umat Islam di Pulau Pinang. Apa yang Pas perjuangkan mengenai mereka yang berada dibawah cengkaman kafir DAP?

Didalam soal kebajikan umat Islam di negeri itu, Pas kata umat Islam di Pulau Pinang tidak dipinggirkan. Apa yang terjadi mengenai masalah umat Islam disana hanyalah merupakan fitnah Umno saja.

Pas kata kerajaan DAP Pulau Pinang lebih bagus dari Umno sebab selesaikan masalah kubur masyarakat Islam di Jelutong. Itu sebenarnya bukan selesaikan masalah umat Islam, itu sebenarnya mengambil kesempatan terhadap masyarakat untuk meraih populariti. Apakah dengan bagi tanah kubur, umat Islam boleh berbangga dengan DAP?

Pas juga mencanangkan DAP sangat prihatin kerana memberi peruntukan untuk hufaz di negeri Pulau Pinang. Mereka juga mewar-warkan yang Jabatan agama islam dan Universiti islam telah ditambah.

Diatas kertas memang lah nampak elok, tetapi sebenarnya semua itu hanya sekadar cadangan saja, bukannya direalisasikan dengan tindakan.

Pernah tak Pas terfikir untuk memperjuangkan soal pekerjaan, rumah, pendidikan, perniagaan, tanah dan masa depan umat Islam di Pulau Pinang? Apa rancangan Pas untuk ubah nasib umat Islam disitu yang sudah jadi macam pelarian di negeri sendiri?

Dalam isu perobohan gerai-gerai melayu, Pas berkata itu bukanlah perkara baru di Pulau Pinang. Sebaliknya mereka beranggapan bahawa perobohan gerai umat Islam juga berlaku di zaman pemerintahan Umno dan Barisan Nasional.

Inilah satu perangai Pas yang langsung tak berubah dari dulu sampailah sekarang. Mereka mengalihkan kesalahan mereka dengan menunding jari kepada pihak lain. Bagi mereka, tak salah untuk melakukan apa saja kesalahan sebab Umno dan Bn juga melakukan perkara yang sama. Jadi apa bezanya Pas dengan Umno? Ini juga satu sebab kenapa ramai umat Islam yang menyampah dengan Pas.

Pemimpin-pemimpin Pas dengan bangganya mengaku ikut sunnah Nabi. Pemimpin Pas juga tak malu berimejkan Islam seperti para rasul dan sahabat di zaman dulu. Tapi kalau perangai mereka tak macam yang disunnahkan, siapa nak sokong Pas?

Lebih memalukan, Pas secara tak langsung memburukkan imej Islam bila mereka berpakaian saja seperti orang alim, tetapi akhlak mereka lebih teruk dari manusia di zaman khawarijj.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Pas tak boleh diharap untuk majukan umat Islam.

Posted: 15 Jun 2011 03:40 AM PDT

Pas hanyalah sebuah parti politik yang memperalatkan Islam. Ramai pengikut Pas berasakan bahawa parti itu setaraf dengan Islam, tapi hakikatnya, Pas itu bukan lah agama. Pas cuma ditunggang oleh beberapa pemimpin mereka undi mencari kuasa politik didalam negara saja.

Pas itu sendiri mempunyai banyak kelemahan dan cacat cela. Tetapi pemimpin dan penyokongnya ramai yang berasakan bahawa mereka lebih bagus dan lebih islamik dari orang muslim lain didalam negara. Sekadar menyertai parti politik yang menggunakan nama Islam, dan juga melekatkan pelekat kereta yang mempunyai ayat-ayat Islam, itu bukan jaminan mereka akan jadi lebih baik.

Pengikut-pengikut Pas ramai yang menganggap puak mereka saja yang betul. Yang jadi masalahnya, mereka menganggap orang selain ahli Pas, buat baik semua salah dan tak kena. Ini salah satu sebab Pas tak disukai oleh majoriti umat Islam dalam negara.

Berkenaan hubungan Pas dengan parti sekular DAP, kita boleh lihat betapa Pas amat kurang bijak bila berhadapan dengan kumpulan tersebut. Kafir itu sendiri sudah zahirnya penuh dengan muslihat untuk menjatuhkan Islam. Dan DAP itu sendiri memang banyak akal.

Banyak pihak melihat hubungan Pas dan DAP hanya menguntungkan parti kafir tersebut. Dan dalam banyak keputusan, nampak seolah-olah Pas tertipu dek karenah DAP. Yang paling jelas boleh kita nampak ialah berkenaan umat Islam di Pulau Pinang. Apa yang Pas perjuangkan mengenai mereka yang berada dibawah cengkaman kafir DAP?

Didalam soal kebajikan umat Islam di negeri itu, Pas kata umat Islam di Pulau Pinang tidak dipinggirkan. Apa yang terjadi mengenai masalah umat Islam disana hanyalah merupakan fitnah Umno saja.

Pas kata kerajaan DAP Pulau Pinang lebih bagus dari Umno sebab selesaikan masalah kubur masyarakat Islam di Jelutong. Itu sebenarnya bukan selesaikan masalah umat Islam, itu sebenarnya mengambil kesempatan terhadap masyarakat untuk meraih populariti. Apakah dengan bagi tanah kubur, umat Islam boleh berbangga dengan DAP?

Pas juga mencanangkan DAP sangat prihatin kerana memberi peruntukan untuk hufaz di negeri Pulau Pinang. Mereka juga mewar-warkan yang Jabatan agama islam dan Universiti islam telah ditambah.

Diatas kertas memang lah nampak elok, tetapi sebenarnya semua itu hanya sekadar cadangan saja, bukannya direalisasikan dengan tindakan.

Pernah tak Pas terfikir untuk memperjuangkan soal pekerjaan, rumah, pendidikan, perniagaan, tanah dan masa depan umat Islam di Pulau Pinang? Apa rancangan Pas untuk ubah nasib umat Islam disitu yang sudah jadi macam pelarian di negeri sendiri?

Dalam isu perobohan gerai-gerai melayu, Pas berkata itu bukanlah perkara baru di Pulau Pinang. Sebaliknya mereka beranggapan bahawa perobohan gerai umat Islam juga berlaku di zaman pemerintahan Umno dan Barisan Nasional.

Inilah satu perangai Pas yang langsung tak berubah dari dulu sampailah sekarang. Mereka mengalihkan kesalahan mereka dengan menunding jari kepada pihak lain. Bagi mereka, tak salah untuk melakukan apa saja kesalahan sebab Umno dan Bn juga melakukan perkara yang sama. Jadi apa bezanya Pas dengan Umno? Ini juga satu sebab kenapa ramai umat Islam yang menyampah dengan Pas.

Pemimpin-pemimpin Pas dengan bangganya mengaku ikut sunnah Nabi. Pemimpin Pas juga tak malu berimejkan Islam seperti para rasul dan sahabat di zaman dulu. Tapi kalau perangai mereka tak macam yang disunnahkan, siapa nak sokong Pas?

Lebih memalukan, Pas secara tak langsung memburukkan imej Islam bila mereka berpakaian saja seperti orang alim, tetapi akhlak mereka lebih teruk dari manusia di zaman khawarijj.

Pengikut