Rabu, 15 Jun 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Pas tak boleh diharap untuk majukan umat Islam.

Posted: 15 Jun 2011 03:40 AM PDT

Pas hanyalah sebuah parti politik yang memperalatkan Islam. Ramai pengikut Pas berasakan bahawa parti itu setaraf dengan Islam, tapi hakikatnya, Pas itu bukan lah agama. Pas cuma ditunggang oleh beberapa pemimpin mereka undi mencari kuasa politik didalam negara saja.

Pas itu sendiri mempunyai banyak kelemahan dan cacat cela. Tetapi pemimpin dan penyokongnya ramai yang berasakan bahawa mereka lebih bagus dan lebih islamik dari orang muslim lain didalam negara. Sekadar menyertai parti politik yang menggunakan nama Islam, dan juga melekatkan pelekat kereta yang mempunyai ayat-ayat Islam, itu bukan jaminan mereka akan jadi lebih baik.

Pengikut-pengikut Pas ramai yang menganggap puak mereka saja yang betul. Yang jadi masalahnya, mereka menganggap orang selain ahli Pas, buat baik semua salah dan tak kena. Ini salah satu sebab Pas tak disukai oleh majoriti umat Islam dalam negara.

Berkenaan hubungan Pas dengan parti sekular DAP, kita boleh lihat betapa Pas amat kurang bijak bila berhadapan dengan kumpulan tersebut. Kafir itu sendiri sudah zahirnya penuh dengan muslihat untuk menjatuhkan Islam. Dan DAP itu sendiri memang banyak akal.

Banyak pihak melihat hubungan Pas dan DAP hanya menguntungkan parti kafir tersebut. Dan dalam banyak keputusan, nampak seolah-olah Pas tertipu dek karenah DAP. Yang paling jelas boleh kita nampak ialah berkenaan umat Islam di Pulau Pinang. Apa yang Pas perjuangkan mengenai mereka yang berada dibawah cengkaman kafir DAP?

Didalam soal kebajikan umat Islam di negeri itu, Pas kata umat Islam di Pulau Pinang tidak dipinggirkan. Apa yang terjadi mengenai masalah umat Islam disana hanyalah merupakan fitnah Umno saja.

Pas kata kerajaan DAP Pulau Pinang lebih bagus dari Umno sebab selesaikan masalah kubur masyarakat Islam di Jelutong. Itu sebenarnya bukan selesaikan masalah umat Islam, itu sebenarnya mengambil kesempatan terhadap masyarakat untuk meraih populariti. Apakah dengan bagi tanah kubur, umat Islam boleh berbangga dengan DAP?

Pas juga mencanangkan DAP sangat prihatin kerana memberi peruntukan untuk hufaz di negeri Pulau Pinang. Mereka juga mewar-warkan yang Jabatan agama islam dan Universiti islam telah ditambah.

Diatas kertas memang lah nampak elok, tetapi sebenarnya semua itu hanya sekadar cadangan saja, bukannya direalisasikan dengan tindakan.

Pernah tak Pas terfikir untuk memperjuangkan soal pekerjaan, rumah, pendidikan, perniagaan, tanah dan masa depan umat Islam di Pulau Pinang? Apa rancangan Pas untuk ubah nasib umat Islam disitu yang sudah jadi macam pelarian di negeri sendiri?

Dalam isu perobohan gerai-gerai melayu, Pas berkata itu bukanlah perkara baru di Pulau Pinang. Sebaliknya mereka beranggapan bahawa perobohan gerai umat Islam juga berlaku di zaman pemerintahan Umno dan Barisan Nasional.

Inilah satu perangai Pas yang langsung tak berubah dari dulu sampailah sekarang. Mereka mengalihkan kesalahan mereka dengan menunding jari kepada pihak lain. Bagi mereka, tak salah untuk melakukan apa saja kesalahan sebab Umno dan Bn juga melakukan perkara yang sama. Jadi apa bezanya Pas dengan Umno? Ini juga satu sebab kenapa ramai umat Islam yang menyampah dengan Pas.

Pemimpin-pemimpin Pas dengan bangganya mengaku ikut sunnah Nabi. Pemimpin Pas juga tak malu berimejkan Islam seperti para rasul dan sahabat di zaman dulu. Tapi kalau perangai mereka tak macam yang disunnahkan, siapa nak sokong Pas?

Lebih memalukan, Pas secara tak langsung memburukkan imej Islam bila mereka berpakaian saja seperti orang alim, tetapi akhlak mereka lebih teruk dari manusia di zaman khawarijj.

Tiada ulasan:

Pengikut