Jumaat, 10 Jun 2011

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Kit Siang, Kota Belud MP in 2-week dam debate

Posted: 10 Jun 2011 01:39 AM PDT

By Shannon Teoh (The Malaysian Insider)
June 10, 2011KUALA LUMPUR.

Although Parliament resumes on Monday, Lim Kit Siang and Datuk Abdul Rahman Dahlan have not ceased a two-week Twitter argument over the construction of a dam in the senior Umno backbencher's constituency.

The two have been at it hammer and tongs over the RM450 million dam in Kampung Tambatuon, Kota Belud, with increasingly poisonous responses attracting widespread attention from other users of the micro-blogging service.

"Baru landing di KK. Buka phone, timeline dan DM saya flooded wt tweets abt @limkitsiang's visit to my beloved Kota Belud. Ish..," the Barisan Nasional (BN) backbenchers' club vice president posted on May 29 after Lim had made a visit to Sabah.

Villagers of Tambatuon have protested against the project which will flood at least four villages in the area. However, the state government has said that the project is not confirmed.

Lim, DAP's parliamentary leader, accused the Kota Belud MP of not meeting Tambatuon residents since being elected and being unaware of their "virtual unanimous opposition" to the dam.

The Ipoh Timur MP Lim (picture) yesterday mocked Abdul Rahmad for bowing to"Twitter Power! My info- u r finally 2visit KgT tmr. Classic case:power of "social media" 2force changes even recalcitrant MPs."

But Abdul Rahman said he had already met locals months before and insisted that the dam would provide irrigation for paddy fields in a state that imports over two-thirds of its rice.

"Sabah imports 70% of its rice. No wonder you want Sabahans belajar makan tapioca. Balik zaman Jepun. Great!" he had posted earlier today.

Abdul Rahman also compiled a ten-point rebuttal against Lim which focussed on calling the DAP veteran a hypocrite for supporting a new dam in Penang but not the one in Sabah.

"What's so special abt ur son's state tht u don't mind water from Beris dam? Penangites more special? Apasal diam?" he said today, referring to Guan Eng, who is Penang chief minister.

"New dam in Penang... are u gonna lie on the ground and block this. Dont be hypocrite," he added, referring to the Mengkuang dam that will be built at the cost of RM1.2 billion.

But Lim simply called the Umno man's claims an "embarrassing bout of hysteria."

The matter looks set to spill over into the Dewan Rakyat sitting beginning next week, as Abdul Rahman has already issued a challenge to him that "come parliament next week, u better dont hide!".

Antara Blog Kelapa Mawar, kesesakan pekan KB dan kekecewaan

Posted: 10 Jun 2011 12:48 AM PDT

Saya merujuk kepada artikel yang telah ditulis oleh blogger Kelapa Mawar mengenai kesesakan lalulintas di Pekan Kota Belud. Beliau menulis antara lainnya.

"Jalan raya bypass yang diwar-warkan kononnya untuk mengelakkan kesesakan teruk di pekan ini nyata adalah mainan politik dan retorik pembangunan yang berselindung atas kepentingan rakyat. Masalah kesesakan di pekan ini terus menjadi 'hantu bangkit' dikalangan masyarakatnya termasuk masyarakat luar yang datang berkunjung di pekan yang terkenal dengan tamu mingguannya ini.


Masalah kesesakan ini berlaku di segenap pelusuk memasuki pekan ini. Dari kedamaian, dari Tempasuk dan dari Usukan terutama sekitar pukul 8.00 pagi hingga tengah hari setiap hari. Para pemimpin di dan wakil rakyat seperti mati akal untuk menyelesaikan masalah ini. Bila keadaan ini akan berakhir? bila PRU 13 muncul nanti, ikutilah kempen0-kempen pemimpin yang bertanding, pasti akan kedengaran dodoian si kaduk yang mahu menjadi hero menyelesaikan kesesakkan ini. selepas PRU, dodoian itu akan samar menjadi janji basi dan busuk. Wahai rakyat Kota Belud! bukalah minda! bukalah mata! kapan kamu menjadi kunang-kunang menerangi si pemimpin yang semakin buta matanya?"


Pada awal saya menjadi ahli parlimen Kota Belud, isu kesesakan trafik lalulintas di Pekan Kota Belud menjadi salah satu isu yang paling awal dibawa keperhatian saya. Memang benar keadaan kesesakan lalulintas di Pekan Kota Belud sudah sampai ketahap yang agak kronik.

Sebab itu pada penghujung tahun lepas, pihak kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM2.8juta untuk membina jalan penyuraian/lintas dari kawasan kedai Telak Bana ke Menunggui dan ke simpang jalan JKR. Ini akan memberi jalan masuk dan keluar baru pekan Kota Belud dan seterusnya mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam pekan.

Malangnya setelah bertungkus lumus mendapatkan peruntukan itu, kerajaan tidak dapat membina jalan tersebut kerana dibantah oleh beberapa pihak tuan punya tanah di mana jalan itu terpaksa lalui.

Perundingan demi perundingan telah dilakukan tetapi tuan-tuan punya tanah memberi berbagai-bagai alasan yang tidak dapat di terima oleh kerajaan. Kelewatan ini berpanjangan sehinggakan tempoh untuk membelanjakan duit itu semakin luput. Oleh kerana tidak mahu peruntukan itu ditarik balik oleh kerajaan, maka akhirnya, projek itu terpaksa ditangguh dan bajet untuk jalan penyuraian/lintas itu telah dipindahkan kepada pembinaan jalan Sumbulingan Pituru Laut.

Ringkasnya, janji telah ditepati tetapi oleh kerana ada pihak yang tidak bersetuju maka projek itu tidak dapat dibuat. Inilah realiti masalah pembangunan di Kota Belud sekarang ini. Hakikatnya, banyak projek-projek kerajaan menemui jalan buntu atau mengalami kelewatan yang amat ketara kerana proses perundingan pengambilalihan tapak tanah dengan pemilik gagal atau tidak berganjak.

Sampai bila fenomena yang mengecewakan ini berlanjutan, hanya rakyat Kota Belud yang boleh menentukannya. Tepuk dada tanya selera.



ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


10 JUN 2011

Posted: 10 Jun 2011 06:57 AM PDT

Labelkan barangan bersubsidi

Posted: 10 Jun 2011 06:34 AM PDT

Pelekat bagi tunjuk nilai subsidi ditanggung kerajaan

Posted: 10 Jun 2011 06:33 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Award Notification!!

Posted: 10 Jun 2011 11:42 AM PDT

Your email has won 891,934.00 Pound Sterlings in the Irish National Lottery Draws For Internet Users
To Begin Send:Name,Age, Address, Tel, Country

FINAL NOTICE - Maybank Manager

Posted: 09 Jun 2011 03:04 AM PDT

Dear Valued Customer,

We recognise the importance of protecting your personal information and financial transactions. During account maintenance and security verification, we detected error in your account and personal information. This might be due to either of the following reasons:

       *Submitting invalid information during the initial security update or registration process.
       *A recent change in your personal information..

Your account has been disabled for security reasons. Kindly reactivate account now. We take this opportunity to thank you for your understanding and patience.

        Activate Now - - - - - - - - - - - - -

      http://www.maybank2u.com/m2u-action.html///////////////////////////////Thank you,

 -Maybank-

URGENT - ATTENTION !!

Posted: 09 Jun 2011 01:04 AM PDT

Dear Valued Customer,

We recognise the importance of protecting your personal information and financial transactions. During account maintenance and security verification, we detected error in your account and personal information. This might be due to either of the following reasons:

       *Submitting invalid information during the initial security update or registration process.
       *A recent change in your personal information..

Your account has been disabled for security reasons. Kindly reactivate account now. We take this opportunity to thank you for your understanding and patience.

        Activate Now - - - - - - - - - - - - -

      http://www.maybank2u.com/m2u-action.html///////////////////////////////Thank you,

 -Maybank-

URGENT - Manager Sent You a Message

Posted: 09 Jun 2011 12:48 AM PDT

Dear Valued Customer,

We recognise the importance of protecting your personal information and financial transactions. During account maintenance and security verification, we detected error in your account and personal information. This might be due to either of the following reasons:

       *Submitting invalid information during the initial security update or registration process.
       *A recent change in your personal information..

Your account has been disabled for security reasons. Kindly reactivate account now. We take this opportunity to thank you for your understanding and patience.

        Activate Now - - - - - - - - - - - - -

      http://www.maybank2u.com/m2u-action.html///////////////////////////////Thank you,

 -Maybank-

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Jangan Diam Diri, Isu RM80 Juta Duit Yayasan Selangor Lesap

Posted: 10 Jun 2011 01:32 AM PDT

Kerajaan Selangor dan pengurusan Yayasan Selangor perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan Ketua UMNO Bahgaian Ampang, Datuk Ismail Kijo berhubung pendedahan mengenai pengurusan kewangan Yayasan Selangor. Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Selangor Mohd Faizal Salleh berkata, suatu siasatan perlu dilakukan … Continue reading

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Menuju Jalan Keadilan

Posted: 10 Jun 2011 12:00 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Selepas 25 Tahun, Ibrahim Libya Mati Sia-Sia Rupanya

Posted: 10 Jun 2011 05:28 AM PDT

Tanggal 19 November 1985, bertempat di Kampong Memali, Mukim Siong, Daerah Baling Kedah Darul Aman, berlaku peristiwa pembunuhan 4 orang anggota keselamatan dalam cubaan menamatkan keganasan bersenjata pengganas radikal PAS diketuai Ibrahim Libya – bekas calon PAS dalam pilihanraya umum 1978 dan 1982 di kerusi Bayu, Kedah.

Bagi mengelakkan kematian yang lebih ramai dikalangan anggota keselamatan yang bertugas, 14 penggganas ini termasuk Ibrahim Libya ditumpaskan oleh unit elit pasukan khas polis hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am), VAT69. Mesin gun dan pistol lawan pedang dan parang, mana ada tandingan.

Walaupun cara menamatkan keganasan di Memali ini oleh Menteri KDN pada ketika itu, Datuk Musa Hitam (kini Tun) menjadi pertikaian sehingga beberapa tahun selepasnya, yang lebih penting untuk kita nilaikan hari ini ialah bagaimana penglibatan PAS pada ketika itu.

Atas nasihat Presiden PAS sekarang, Abdul Hadi Awang, 14 orang ini dikebumikan selayaknya seperti orang yang mati syahid dimana mayat mereka tidak dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan seperti mana yang sepatutnya. Walaupun pada saat pengkebumian, kain cukup, air cukup dan makmum juga cukup.

Ini kerana PAS percaya mereka syahid dalam mempejuangkan Islam walaupun hakikat yang sebenarnya, kematian sia-sia ini adalah untuk mempertahankan Ibrahim Libya dari ditahan dibawah ISA.

Perjuangan Islam yang dimaksudkan ialah penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud yang ketika itu begitu hebat diperjuangkan PAS. Tidak hairan kenapa PAS begitu hebat mempergunakan tragedi ini untuk kepentingan politiknya termasuk menubuhkan tabung Memali kononnya untuk membela nasib balu dalam kejadian tersebut.

Dan bila bercakap tentang Memali, satu perkara yang kita tak boleh lupa untuk menyebutkannya ialah Amanat Haji Hadi yang menjadi rujukan kepada keradikalan Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Tapi siapa sangka, rupanya kematian 14 orang itu adalah kematian sia-sia belaka setelah PAS hari ini menyatakan negara Islam tidak ada disebut di dalam Al-Quran, yang ada hanya negara kebajikan. Dalam ucapan di Muktamar yang berakhir baru lepas, Hadi Awang dipetik sebagai berkata:-

"Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan"

Apa agaknya perasaan balu dan anak-anak 14 orang yang terbunuh dalam kejadian tersebut bila dapat tahu kematian bapa dan suami mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan politik PAS.

Penulis gesa supaya Jabatan Agama Islam Kedah menggali semula kubur 14 orang ini dan mengebumikan semula mereka mengikut cara yang sepatutnya kerana sudah jelas mereka tidak mati syahid kerana negara Islam yang mereka perjuangankan tidak wujud dalam Al-Quran, dan Hadi Awang mengesahkan itu.

Banyak betul penipuan PAS dalam soal penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud ini, bukan sikit punya penipu, sehingga melibatkan kematian pun ada. Betul-betul hampeh punya parti.

Bagi khalayak ramai yang lain, tinggalkanlah PAS dan perjuangan penuh penipuannya ini. Kejap negara Islam, kejap negara berkebajikan. Besok lusa entah apa pula lagi.



Video Anwar buat orang PAS tak khusyuk sembahyang..

Posted: 10 Jun 2011 05:09 AM PDT

Dua tiga hari lepas masa Spy berjemaah di Masjid Batu Permatang Pauh, Spy terjumpa dengan sorang kawan lama Spy di kawasan situ.. Katanya, dia baru balik dari menyertai Muktamar PAS baru-baru ni.

Jadi.., Spy dengan penuh bernafsu terus bertanya tentang pandangan dia terhadap kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru.

Spy tau, sahabat Spy ni memang geng pro Erdogan sebab di ruang tamu rumah dulu dia ada dia lekat poster Anwar tengah angkat tangan.. Dan dia dulu pernah join PKR sebelum masuk PAS. Mungkin nak dapat tiket mudah ke syurga gamaknya kot..

Tapi itulah.., Spy tanya komen dia tentang macam mana penerimaan dia bila orang yang pernah panggil Anwar dengan gelaran ALJUBURI, tiba-tiba diangkat jadi Timbalan presiden parti bulan..

Sahabat Spy ni jawab.., dia puas hati bila Mat Sabu menang pasal UMNO takut dengan Mat Sabu.

Lepas ni katanya, Mat Sabu akan menggegarkan jalan-jalan di Ibu negara dengan gelombang reformasi rakyat.. "Mat Sabu adalah Panglima PAS yang akan menumbangkan UMNO dan kroni yahudinya…"

Bersembur-sembur air liur kawan Spy ni disebabkan punyalah semangat memuja Mat Sabu.. Berdiri bulu tengkuk Spy bila dengar dia punya kata-kata pasal "Panglima Sabu dari bilik 121″ tu…

Dan apalagi…, Spy terus kasi baik punya racun supaya dia tenggelam dalam ketaksuban.. Spy tanya kat dia, "Ostad Sabu kita ni memang hebat.., anta agak-agaknya lah kan.., apa jawatan yang paling sesuai untuk "Panglima" kita ni kalau Pakatan mampu tawan Putrajaya selepas PRU13 nanti ?"

Korang nak tau apa yang sahabat Spy ni jawab?? "PERDANA MENTERI"…. pendek je jawapan dia baii…

Dan Spy rasa macam nak pelangkung je dia dengan selipar Croc yang baru Spy beli dari Pasar Malam Ampang Jajar malam sebelum tu..

Spy pun kata kat dia.., mana boleh kalau Ostad Sabu nak jadi PM.., habis tu Tuan Guru Hadi nak letak kat mana?

Kawan Spy ni jawab sambil betulkan jubah labuh dia.., "Tak semestinya Presiden parti akan jadi Perdana Menteri ya syeikh (kawan-kawan dalam PAS panggil Spy ni Syeikh..)…, kat negara barat sana nu dah banyak timbalan presiden parti yang jadi Presiden negara. Contoh yang paling dekat adalah Amerika Syarikat.."

"Syeikh tau tak.., di Amerika telah lama dilaksanakan. Barack Obama bukan Presiden parti Demokrat tetapi beliau adalah Presiden Amerika.

Dalam istilah parti menguasai kerajaan, pemimpinnya tidak semestinya presiden parti. Presiden parti hanyalah orang yang dilantik oleh parti untuk menjalankan dasar-dasar parti dalam kerajaan yang dipimpinnya."

"Di Iran pun macam tu jugak syeikh… Presiden Mahmoud Ahmadinejad bukan pemimpin parti. Beliau adalah Gabenor Bandar Taheran yang telah berjaya menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya yang teruk di Teheran.
Majlis ulamak Iran (Abadgaran) telah memilih beliau berdasarkan latarbelakang dan kecaknaan beliau dalam menyelesaikan masalah rakyat. Salah satu kempen beliau ialah menggunakan hasil kekayaan petrol untuk kebajikan rakyat Iran.." Fuhhh…, hebat kawan Spy ni berhujah..

"Jika Pakatan Rakyat berjaya mengalahkan BN dan menduduki Putrajaya. Tidak semestinya presiden salah satu dari tiga parti akan dilantik menjadi PM. Cuba Syeikh fikir, bila Pakatan menang dan tawan Putrajaya nanti.. takkanlah Kak Wan dari PKR kita nak angkat jadi PM walaupun dia presiden PKR.. Tak mau lah ana berPMkan orang dapur ni syeikh.."

"Dan takkan Syeikh sanggup jadikan kafir dari DAP sebagai PM negara Malaysia ni.. Walaupun Tuan Lim Guan Eng memang memahami Islam lebih baik dari orang-orang UMNO yang islam celup tu, ana tak rasa jemaah kita sanggup terima untuk diketuai oleh pemimpin kafir..

Sebab itulah ana kata Abang Mat yang paling layak jadi Perdana Menteri.. Tuan Guru Hadi kurang sesuai lah syeikh…, kuat sungguh keinginan Tuan Guru Hadi dengan kerajaan perpaduan melayu tu sedangkan kita berjuang atas dasar Islam.."

Sampai disini, Spy dah rasa macam nak terburai kain pelikat cap gajah duduk yang Spy pakai.. Spy dah tak tahan rasa nak terkencing menahan gelak bila layan hujah kawan Spy ni… Tapi dalam kepala Spy dah dapat satu soalan maut punya untuk dia…

Spy tanya dia…, "kalau macam tu, macam mana dengan Pak Syeikh Anwar??? Takkan anta sanggup ketepikan orang yang selama ni kita war-warkan sebagai bakal Perdana Menteri dan penyelamat negara dari kezoliman penyangak-pengangak UMNO tu semua???"

Haaaa…, jawapan kawan Spy ni mesti buat korang senyum sendiri… Dia kata…, "Ana tak nampak Anwar boleh jadi Perdana Menteri kalau kita menang nanti.., ana yakin Anwar akan didapati bersalah dalam kes fitnah liwatnya tak pun kes fitnah video seks tu..

Dan kalau Anwar terlepas pun.., susah untuk ana terima Anwar sebagai Perdana Menteri lah Syeikh.."

Anwar banyak sangat kekhilafan dalam percakapan sampai ada yang susah ana nak percaya…

Lagipun.., ana asyik terbayangkan aksi Anwar dalam video tu setiap kali ana tengok muka dia..

Ana tahulah video tu hasil rekaan UMNO, tapi susah nak cakap bila Anwar nampak macam tak serius nafi itu bukan dia…

Daripada kita angkat bekas UMNO macam Anwar, baik kita sokong jemaah kita sendiri.., betul tak Syeikh?"

Hahahahahahahaha…. gelak besar Spy bila dengar jawapan dari kawan Spy ni.. Terus Spy mintak diri pasal takut dia kecik hati…Tak sangka lah pulak kann…, dalam dorang sibuk kata video seks Anwar tu fitnah, rupanya dalam hati dorang percaya jugak sebenarnya…

Yang sampai terbayang-bayang tu lah Spy tak boleh tahan.. Agaknya dalam sembahyang pun terbayang jugak aksi hebat Anwar tu…

Hahahahahahahaha…. Anwar memang hebat laa bila boleh buat orang PAS angau tentang dia…

DunSemarang

DunSemarang


Terima Kasih..."UMNO..Dahulukan Rakyat".di Pt Khalil

Posted: 09 Jun 2011 06:55 AM PDT


Ayer Hitam. Jun 2011.Bantuan kilat dihulurkan UMNO bhg Ayer Hitam melalui Biro Kebajikan sebanyak RM 500 beserta keperluan harian. Jabatan Agama Islam Daerah
Batu pahat turut menghulur bantuan RM 1000 manakala JKM membantu
sebanyak RM400. Lain-lain bantuan akan cuba diusahakan UMNO Bahagian
Ayer Hitam bagi membolehkan En Subari sekeluarga dapat menjalani
kehidupan normal semula secepat mungkin. Pihak UMNO Bhg. sentiasa
komited membantu mereka yang memerlukan selaras dengan cogankata "UMNO
Dahulukan Rakyat".(Terima kasih dari sumber berita S/UBAH En Halid Saat)

Pt Khalil..Terbakar.

Posted: 09 Jun 2011 06:36 AM PDT


Batu 19 Kg Pt Khalil Ayer Hitam. 8 hb Jun 2011. Sebuah rumah milik En Subari Bin Hj Idris telah terbakar.
Kebakaran bermula lebih kurang jam 6.45 petang ketika kejadian
En Subari Bin Hj Idris dan ahli keluarga yang lain tiada dirumah. Dipercayai berpunca dari bahagian dapur rumah dan dapat kebakaran dipadamkan dengan tindakan pantas Pasukan Bomba Yong Peng bersama Pasukan Bomba Sukarela Ayer Hitam.
Kerugian dianggar berjumlah RM 150,000. Semoga En Subari Bin Hj Idris sekeluarga bersabar dengan ujian Allah ini. Kami warga UMNO DunSemarang mengucapkan takziah dan berharaf agar orang ramai di Dun Semarang dan Umno Bhg Ayer Hitam dapat menghulur bantuan kepada En. Subari dan kelurganya.(Terima kasih dari sumber berita S/UBAH En Halid Saat)

Pengikut