Jumaat, 10 Jun 2011

DunSemarang

DunSemarang


Terima Kasih..."UMNO..Dahulukan Rakyat".di Pt Khalil

Posted: 09 Jun 2011 06:55 AM PDT


Ayer Hitam. Jun 2011.Bantuan kilat dihulurkan UMNO bhg Ayer Hitam melalui Biro Kebajikan sebanyak RM 500 beserta keperluan harian. Jabatan Agama Islam Daerah
Batu pahat turut menghulur bantuan RM 1000 manakala JKM membantu
sebanyak RM400. Lain-lain bantuan akan cuba diusahakan UMNO Bahagian
Ayer Hitam bagi membolehkan En Subari sekeluarga dapat menjalani
kehidupan normal semula secepat mungkin. Pihak UMNO Bhg. sentiasa
komited membantu mereka yang memerlukan selaras dengan cogankata "UMNO
Dahulukan Rakyat".(Terima kasih dari sumber berita S/UBAH En Halid Saat)

Pt Khalil..Terbakar.

Posted: 09 Jun 2011 06:36 AM PDT


Batu 19 Kg Pt Khalil Ayer Hitam. 8 hb Jun 2011. Sebuah rumah milik En Subari Bin Hj Idris telah terbakar.
Kebakaran bermula lebih kurang jam 6.45 petang ketika kejadian
En Subari Bin Hj Idris dan ahli keluarga yang lain tiada dirumah. Dipercayai berpunca dari bahagian dapur rumah dan dapat kebakaran dipadamkan dengan tindakan pantas Pasukan Bomba Yong Peng bersama Pasukan Bomba Sukarela Ayer Hitam.
Kerugian dianggar berjumlah RM 150,000. Semoga En Subari Bin Hj Idris sekeluarga bersabar dengan ujian Allah ini. Kami warga UMNO DunSemarang mengucapkan takziah dan berharaf agar orang ramai di Dun Semarang dan Umno Bhg Ayer Hitam dapat menghulur bantuan kepada En. Subari dan kelurganya.(Terima kasih dari sumber berita S/UBAH En Halid Saat)

Tiada ulasan:

Pengikut