Isnin, 6 Jun 2011

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Second rebuttal to Lim Kit Siang over DAM issue. Will he ever understand?

Posted: 06 Jun 2011 04:13 AM PDT

I normally respond to comments about my articles posted on this blog in the comments' section. But this time I am making an exception. I am going to answer one comment which I think worthy front page in my blog.
Why? Since this particular comment was posted by Lim Kit Siang on his blog, I consider he subscribes to the points raised by this comentator. Thus it is my duty to write my second rebuttal of Lim Kit Siang's understanding about the proposed dam in Kota Belud, which was superficially gathered only from his half a day visit to my constituency.
A commentator called HABIB RAK wrote (for better understanding of the issue, read my earlier article and incessant tweets by Lim Kit Siang on the subject matter):
"Based on the above report, Yield (ton/hectare) for Australia is 8.7, Japan 6.4, China 6.3, Vietnam 4.7 and Indonesia 4.6. For Malaysia it is 3.3 only. The report also indicates that for our self sufficiency, our yield needs to be improved to 5.0. So, is there another way to meet the key objective? The answer is a resounding YES. All we need to do to our existing acreage is to improve the Yield factor from 3.3 to 5.0 tons per hectare. If Australia, Japan and China can do it, so can we. Even Vietnam and Indonesia is closer to 5.0. Further, it is reported that some areas in Malaysia can even get up to 10ton per hectare!... We are already producing about 65% of our need now. Thus the requirement is how to get the remaining 35% without being dependant on external parties (other countries)... The key objective can be met by simply improving the yield factor by 51.4% from 3.3 to 5.0. This alone will more than cover the 35% shortfall."
I can sum up what HABIB RAK is trying to say this way, that in order to have self sufficiency in rice, just simply increase production yields in existing paddy areas. No need dams. Simply? I wish it was that simple. Here is the reason.
It is true that yield (ton/hectare) for Australia is 8.7, Japan 6.4, China 6.3, Vietnam 4.7, Indonesia 4.6 and Malaysia 3.3, based on FAO report.  This information is based on the average yield for the whole country. For Malaysia, the production yield between planting areas differ from one another.
Major granary areas like like Muda Agricultural Development Area (MADA)  and Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) have already achieving 5 ton/hectare to 6 ton/hectare which is comparable to Japan's and China's. Besides that, in Projek Barat Laut Selangor (PBLS), the yield is reaching 10 ton/hectare. However, our national paddy production yield average has been dragged down by low yield areas namely in Sabah and Sarawak!
So how much more can we squeeze out from MADA and KADA? 
Currently under the Economic Transfromation Program (ETP), the government has further targeted to increase the paddy production yield in MADA and KADA from 6 ton/hectare to 8 ton/hectare which is about the same as Australia's. With the land factor remains the same if not decreasing, it is unlikely for the yield to go beyond 8 ton/hectare in those areas. The more input/investment we put in, after certain point,  it will it will not give higher output ( I am sure HABIB RAK and Lim Kit Siang know the meaning of "law of diminishing returns"). Thus, future increases in production yield in MADA and KADA will not be able to replace the quantity imported by Malaysia.  Whether we like it or not, other existing granary areas like Kota Belud in Sabah and Batang Lupar in Sarawak have to pick up the remaining slack.
Another point to consider is Malaysia's increasing population. Malaysia needs to open up new lands for paddy cultivation. MADA and KADA have reached almost saturated point in terms of rice production yield and land areas and they cannot forever supply the increasing needs of Malaysians in the future.
That is why, for Kota Belud, the government must increase its unproductive rice production yield from approximately 2 tons per hectare to at least 4 tons per hectare as a start, targeting 10 tons per hectare (or 4 tons per acre) in the future once all infrastructures are up. Only  3,929 hectares of the total paddy area in Kota Belud have good irrigation and drainage infrastructure. That is the reason for the urgent need to upgrade the infrasructure and find new sources of water ie the planned dam. 
So far, government has spent RM150mil starting in 2009. That amount is for new drainage system, farm roads, bridges, upgrades of irrigation system etc. Some of the projects are still on-going, spanning many phases over several years. I am sure if he visited Kota Belud, HABIB RAK will be pleasantly surprised to see the hectic activities in Kota Belud's paddy fields. My only advice is dont spend only half a day and talk to a handful of people like someone we know. Your judgement may be clouded.
Oh yes, before I forget. The other main objective of the dam is to boost the income of the poor farmers in Kota Belud. With the current low production yield of majority of the farmers in Kota Belud, it is very difficult for them to sustain in the industry. So, how in the world by putting in more resources to increase yields in MADA and KADA would actually help to increase Kota Belud's farmers?
I really hope Lim Kit Siang will put this second rebuttal on his blog. Will he dare to tell the truth about the proposed dam in Kota Belud? Is it wishful thinking on my part? We will see.

Pemuda Johor Bahru

Pemuda Johor Bahru


Sumpah, Qarinah & Zina : Apa yang ulama PAS takkan beritahu kita

Posted: 06 Jun 2011 07:21 PM PDT

Share/Save/Bookmark

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


HAJI HADI IKUT SKRIP DAP/PKR

Posted: 05 Jun 2011 10:43 PM PDT

Kenyataan Hadi melampau - TPM Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 5 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO bertanggungjawab atas segala isu dan permasalahan rakyat sebagai sesuatu yang melampau dan tidak Islamik. Malah, Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan Abdul Hadi kononnya kerajaan lemah dalam amalan dan sistem agama yang diamalkan ketika ini juga adalah tidak berlandaskan niat yang baik, sebaliknya lebih berbaur politik. "Saya sangkal 100 peratus apa yang disebut (Abdul) Hadi itu kerana ia sama sekali tidak berasas. Saya percaya ia dibuat atas dasar politik dan tidak berpijak di bumi nyata serta langsung tidak mengakui pencapaian dan kemajuan negara sebagai salah sebuah negara Islam contoh di dunia," katanya selepas merasmikan Simposium Manhaj Dakwah Bandar, di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada ucapan dasar Abdul Hadi pada persidangan Muktamar Tahunan Pas Ke-57 kelmarin yang menyalahkan BN dan UMNO sebagai punca permasalahan kepada rakyat. Mengenai dasar baru negara berkebajikan Pas, Muhyiddin menjelaskan, Pas seolah-olah mengundur berpuluh-puluh tahun ke belakang dalam dasar itu kerana Malaysia sudah lama mengamalkannya seperti menyediakan subsidi yang besar, pendidikan percuma dari peringkat rendah sehingga menengah dan rawatan hospital secara nominal. Jelas Muhyiddin lagi, konsep negara berkebajikan yang diamalkan kerajaan itu pula tidak menggunakan acuan Barat, sebaliknya menerusi langkah-langkah dan pendekatan berlandaskan Islam. "(Abdul) Hadi tidak boleh kata apa yang kerajaan lakukan itu tidak Islamik. Sebagai seorang pemimpin yang juga dilihat sebagai tokoh agama, beliau tidak sepatutnya menggunakan kesempatan itu (berucap pada muktamar) untuk menidakkan perkara yang hak dan betul," tegas beliau. Muhyiddin berkata, jika benar parti itu mahu memperjuangkan negara berkebajikan, sudah lama ia diamalkan di Kelantan yang sudah lebih 20 tahun diperintah Pas. Berhubung keengganan Pas menjalin kerjasama dengan UMNO melainkan atas dasar kemasyarakatan, Muhyiddin menekankan, UMNO tidak pernah menutup pintu kerjasama dengan Pas demi kebaikan dan perpaduan ummah. Jelas beliau lagi, kerjasama ke arah kebaikan itu adalah seruan dan tuntutan agama Islam dan bukannya sesuatu yang berlandaskan politik. "Soal sama ada Pas mahu menerima kerjasama itu atau sebaliknya, ia perkara lain. Ini juga sebenarnya yang membezakan antara UMNO dengan Pas. UMNO melihat kerjasama ini dari sudut kebaikan ummah secara keseluruhan sedangkan Pas melihatnya hanya dari sudut kepartian," katanya. Beliau ditanya mengenai pendirian Pas seperti ditegaskan oleh Abdul Hadi yang tetap menolak sebarang kerjasama dengan UMNO melainkan hanya dalam perkara yang melibatkan kemasyarakatan. Muhyiddin menambah, apa yang ditegaskan oleh Abdul Hadi itu juga menunjukkan sikap tidak ikhlas Pas dalam menawarkan kerjasama secara memilih iaitu apabila ia hanya mendatangkan faedah politik kepada parti itu. UMNO, tambah beliau, melihat konsep kerjasama itu dari sudut yang lebih luas iaitu dengan mengambil kira perpaduan dan kepentingan ummah secara keseluruhannya. "Dalam soal ini, UMNO tidak memilih apa yang kita perjuangkan. Sebab itu dalam soal perpaduan ummah kita nyatakan dengan penuh perasaan keinsafan dan kesedaran supaya umat Islam di negara ini tidak berpecah dan berbalah," katanya. Katanya lagi, UMNO juga tidak terjejas dengan pendirian Pas menolak kerjasama itu, sebaliknya akan meneruskan dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan lain yang sealiran dengan hasrat kerajaan memperluaskan lagi konsep dan gagasan perpaduan ummah. "Kita tidak bersandarkan kepada Pas. Kalau Pas berkata begitu tidak mengapa, banyak pihak lain yang bersedia bekerjasama dengan kita dan paling penting pihak ini tidak bersandarkan kepada tuntutan politik dan kepartian," katanya>Put your stuff here

MARI BACA APA KATA PAKAR....

Posted: 05 Jun 2011 10:32 PM PDT

Rakaman video boleh jadi bukti

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 5 Jun - Mahkamah Syariah mempunyai peruntukan untuk menerima bukan sahaja individu bagi memberi keterangan, malah bahan bukti lain yang disebut sebagai keterangan dokumentari.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, bukti tersebut termasuk dokumen, perjanjian bertulis, video dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang juga disebut sebagai keterangan bayyinah.

"Perkara ini sudah diputuskan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah kerana jika keterangan hanya dihadkan kepada individu, maka Mahkamah Syariah akan menjadi statik dan jumud.

"Ia juga sesuai dengan perkembangan teknologi semasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa rakaman video seks tidak boleh menjadi saksi kerana ia bukan manusia sebaliknya mesin.

Abdul Hadi membuat kenyataan itu ketika berucap menggulung perbahasan pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di sini, hari ini dengan merujuk kepada isu video rakaman seks membabitkan seorang individu yang mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kepada kenyataan Abdul Hadi itu, Zainul Rijal berkata, ia tidak dibuat berdasarkan pengetahuan undang-undang.

Malah beliau menegaskan, dalam pertuduhan kes zina di negara ini, undang-undang negara bukanlah bersifat kesalahan hudud kerana hukuman yang dikenakan juga tidak bersifat sedemikian, sebaliknya merupakan kesalahan takzir.

"Justeru, pembuktian dengan kehadiran empat orang saksi seperti yang diperuntukkan di bawah hukum hudud tidak perlu kerana kesalahan zina di bawah kesalahan takzir boleh disabitkan dengan keterangan dokumen," katanya.

Berkongsi pandangan serupa, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, meskipun video tidak boleh menjadi saksi kes zina dalam hukum hudud, namun ia boleh digunakan di bawah kesalahan takzir untuk memelihara akhlak umat Islam.

Oleh itu beliau sekali lagi menggesa supaya semua agensi kerajaan yang terlibat dalam isu rakaman video aksi seks itu mengambil tindakan segera terhadap pihak yang mengedar serta pelaku dalam rakaman tersebut

TUNDA LAGI....

Posted: 05 Jun 2011 10:28 PM PDT

Anwar mahu lengah perbicaraan – Zainal Abiden

06/06/2011 11:53am

KUALA LUMPUR 6 Jun - Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menghujahkan bahawa, permohanan kali ketiga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya bergantung kepada satu perenggan sahaja daripada keseluruhan 180 perenggan penghakiman adalah untuk melengahkan perbicaraan.

Peguam bela utama, Karpal Singh ketika membalas hujah tersebut tiba-tiba membangkitkan isu kegagalan pihak pendakwaan menyediakan atau membuat sebarang usaha agar pembelaan dapat menemubual saksi-saksi yang ditawarkan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. - Utusan

Door always open to Pas, says Muhyiddin

Posted: 05 Jun 2011 10:23 PM PDT

Door always open to Pas, says Muhyiddin
2011/06/05

Share |



KUALA LUMPUR: Umno will keep its door open for unity talks with Pas despite recent developments in the party.

Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin said their intentions were sincere for the benefit of the Muslims.

"We just want to unite Muslims and we have no political motives. As such, Umno will never close our door on such talks."


Muhyiddin said Pas was choosy as it only wanted things that benefited it but Umno had been constantly fighting for Islam, hence the unity plan.

"In this matter, we must not be driven by ideology or politics, rather, it should be the demands of the religion.

"But Pas has strayed from its struggle and no longer fights for an Islamic nation. It's now fixed on a welfare state, which we (Umno) have been practising for a long time now.


"Their thinking is 30 to 40 years backwards," said Muhyiddin after opening an Islamic symposium at Pusat Islam here yesterday, as part of his walkabout in the city.

The deputy prime minister said he was not perturbed by the developments in Pas as he would continue such efforts with anyone or any organisation that was in line with Umno's wishes.

"We don't depend on Pas alone. If Pas says no, it is okay. There are many others out there."


Meanwhile, asked on Mohamad Sabu's victory as the new Pas deputy president, Muhyiddin said it was something normal.

"Who are we to say anything about it as it is their decision," Muhyiidin said after visiting the new Dang Wangi police headquarters.

Muhyiddin said he was more concerned about developments in Barisan Nasional especially on its preparations, approach and transformation.

"I don't care what Pas does. I am more concerned about our members and the government. This is more important."

On the motion during the Pas muktamar condemning BN and Umno over the emergence of a sex video involving a prominent opposition leader, Muhyiddin said Pas should instead try to get to the bottom of the issue like its origin.

He said this should be important for Pas as opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had been named.

"Is it true or not? They should look for the truth but are not doing it.

"I am waiting to see if the motion triggers the grassroots to find out the truth."

He also asked why Pas was blaming BN when it had denied any involvement in it.

"We have denied involvement much earlier. Its not our way of doing things."

Read more: Door always open to Pas, says Muhyiddin http://www.nst.com.my/nst/articles/4abu/Article/#ixzz1OTDTpvEM

CUBA FIKIRKAN KATA-KATA PEMIMPIN....

Posted: 05 Jun 2011 10:06 PM PDT

I must ask non-Malays to be fair & be considerate & not make unreasonable demands, for it is well to remember that no natives of any country in the world have given away so much as the Malays have been"

- YTM TUNKU ABDUL RAHMAN, Kuala Lumpur, 22 April 1956.
'Jika orang Melayu gembira, orang lain di negara ini akan gembira. Begitu juga sebaliknya jika orang Melayu tidak gembira'.

Tun Abdul Razak

Quote: "When Malays speak up about their rights, it must be racism. When non-Malays speak up about their rights, it must be human rights. I am no hardcore UMNO but I am a simple Malay who sees ingrates around me. Malaysia now is for us to ruin.Well done people!"
"In matters of state he who has the power often has the right, and he who is weak can only with difficulty keep from being wrong in the opinion of the majority of the world."

Cardinal Richelieu in his Political Testament

DARI PERSATUAN ULAMA SE MALAYA KE PERSATUAN ISLAM SE MALAYA

Posted: 05 Jun 2011 08:16 PM PDT

MONDAY, JUNE 6, 2011

PAS Perlu Tukar Nama Parti.
Sayugia harus diingat, PAS sebenarnya bernama Persatuan Ulama SeMalaya. Kemudian mereka mengubahnya menjadi Persatuan Islam SeMalaya. Jadi sayugia harus juga diingat, kepimpinan ulama merupakan trademark kepada penubuhan PAS.

PAS merupakan parti serpihan UMNO. A renegade. Ini hakikat walau bagaimana ahli parti PAS cuba menafikannya. Dan dalam temuramah dengan pemberita, Mat Sabu yang menang dan mengalahkan dua ulama sebagai Timbalan Presiden menyatakan PAS tidak seperti UMNO yang menurutnya hanya meletak ulama dalam satu Biro saja.

Pemilihan terkini menampakkan PAS cuba menjadi UMNO. Apalagi sudah lama bergema slogan 'PAS ganti UMNO'. Mungkin dalam usaha untuk mengganti UMNO, PAS perlu menukarkan kepimpinan ulama yang selama ini trademark kepada parti yang mendakwa mereka membawa wadah perjuangan Islam.

Dewan Muslimat PAS juga mengecam golongan ulama yang pasif dan tidak setanding dengan strategist UMNO. Dan ada yang menafsirkan keputusan muktamar PAS ini adalah mimpi ngeri kepada UMNO - kerana kononnya PAS sudah berubah, lebih strategik dan 'sedikit sekular'.

PAS sebenarnya mempunyai peminatnya sendiri. Sejak tertubuh PAS, selain mungkin pengasas PAS yang menggunakan agama untuk mencabar UMNO yang mereka tuduh tidak Islamik, PAS mendapat sokongan grassroot yang benar-benar percaya mereka parti membawa panji-panji Islam.

Tidak kecewa mereka apabila PAS dibina oleh 'ulama', yang membawa perjuangan 'ulama' dan memperjuangkan Islam untuk menentang UMNO tiba-tiba dikuasai oleh golongan bukan 'ulama'. Saya enggan menggunakan perkataan professional kerana Nizar sebagai Ir adalah professional by nature tewas kepada Mahfuz Omar.

Dan tokoh yang mengalahkan dua 'ulama' sebagai Timbalan Presiden bukan professional - hanya pelajar yang tercicir dari ITM. Mat Sabu hanya orator, tukang karut dan pelawak. Imejnya tercalar apabila berkhalwat dengan isteri orang beberapa tahun yang lalu. Jika perwakilan PAS boleh menerima manusia sebegini sebagai Timbalan Presiden, ini bererti perwakilan PAS tidak boleh mengecam masalah moral pemimpin UMNO.

Mereka juga menerima pemimpin yang tidak bermoral. Jika apa-apa berlaku kepada Haji Hadi, Mat Sabu akan jadi pemangku dan mungkin Presiden PAS. Bayangkan parti yang mengaku Islam mempunyai pemimpin yang pernah berkhalwat dengan isteri orang!

PAS makin resah apabila mereka makin kehilangan undi pengundi Melayu yang non partisan. Mereka makin hilang punca. Kecaman Muslimat PAS terhadap kepimpinan ulama sebagai contoh. Mungkin ada yang menyifatkan kepimpinan ulama yang terlalu 'Taliban' akan menjauhkan golongan liberal. Maka ulama perlu dikorbankan.

Ada yang menyifatkan dengan terpilih golongan 'professional' ini akan merapatkan golongan professional kepada PAS. Mungkin.

Namun apa yang pasti, PAS semakin hilang arah. Dalam usaha untuk mendapat memenangi semula undi orang Melayu, mereka lebih rapat dengan DAP yang menentang apa-apa yang menguntungkan Melayu. Malah mereka mampu melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh kita - menggugurkan negara Islam sebagai priority PAS!

Ini adalah seperti zaman akhir Keshogunan Tokugawa apabila samurai tidak mempunyai tuan mengadai pedang mereka untuk mencari sesuap nasi, sedang pedang adalah jiwa raga samurai.

Menggugurkan negara Islam yang mana trademark PAS selama ini membuatkan PAS perlu menukarkan parti itu. Jika PAS menggugurkan negara Islam kononnya kerana tidak sesuai buat sementara waktu, apa beza PAS dengan UMNO?

Bezanya UMNO adalah parti yang menyatukan orang Melayu/Islam. PAS memecahkan Melayu/Islam apabila keluar dari UMNO. Lebih buruk lagi apabila PAS sendiri tidak walk the talk dan cuba meniru UMNO.

Hasil dari pencaturan aneh PAS ini merugikan orang Melayu. Melayu tidak solid, dan baik UMNO mahupun PAS terpaksa sedikit sebanyak tunduk kepada tekanan bukan Melayu. UMNO dalam hal dasar seperti biasiswa namun PAS tunduk dalam hal lebih mendasar seperti menukar Negara Islam kepada negara kebajikan.

UMNO tidak mendakwa polisi mereka 'written in stone', namun PAS mendakwa 'itu dan ini' ada dalam Quran. Sekarang negara Islam tak ada dalam Quran. Adakah kita masih mahu percayakan parti yang akan mengubah apa saja - termasuk Islam - demi untuk mendapat kuasa.

Saya tidak kisah PAS ingin mencabar UMNO. Saya tidak kisah jika PAS boleh ganti UMNO. Ini negara demokrasi. Parti dan pemimpin datang dan pergi. Saya cuma tidak senang dengan PAS mempergunakan agama memperbodohkan orang Melayu.

Teruskan PAS cuma kamu perlu tukar namamu kepada Parti Khawarij yang mana khawarij bererti 'yang menarik diri'. PAS menarik diri dan lari dalam perjuangan ketika dalam UMNO

ANUWAR MEMPERGUNA QAZAF UNTUK MENGHALALKAN PERBUATAN DIA!

Posted: 05 Jun 2011 08:05 PM PDT

< ANUWAR MEMPERGUNA QAZAF UNTUK MENGHALALKAN PERBUATAN DIA!Pandai betul ANUwar dan anak-anak buah dia mempergunakan agama untuk melindungi dari perbuatan Zina kan? Cuba korang tengok macamana mereka boleh mengalihkan isu video seks tu dengan perkataan Qazaf je! Tiba-tiba si free thinker hari ini boleh bercakap pasal Qazaf dalam PKR! Wow, dasyat tu!Aku suka dengan penerangan yang dibuat oleh YB Zul Kulim pasal isu Qazaf ni, mari kita baca apa yang ditulis oleh YB Zul kat bawah ni:Teman melihat dalam isu videoklip yang didedahkan oleh Datuk Eskay, rakan baik manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan, persoalan qazaf telah diputar belit dengan sebegitu rupa sehingga menimbulkan kekeliruan yang serius dikalangan umat Islam. Bukan sahaja dikaki lima dan di kedai kopi, para agamawan dan penceramah, dalam kuliah, tazkirah, termasuk mimbar Jumaat menyerang habis-habisan videoklip tersebut, walaupun ramai antara mereka yang bercakap tu tengok pun tak lagi?!Sebenarnya Datuk Eskay telah dengan jelas menyebut bahawa beliau mendedahkan videoklip itu bukannya untuk menuduh dan membuktikan rakan baik dia Anwar Ibrahim berzina, sebaliknya untuk menunjukkan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia bahawa manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan itu tidak layak menjadi pemimpin negara, apatah lagi Perdana Menteri!!! Itu sahaja.Tidak timbul langsung persoalan menuduh Anwar berzina. Maka tidak timbul isu qazaf. Tambahan qazaf pula adalah isu hudud. Ini bukan soal hudud, ini soal melantik dan memilih seorang pemimpin.Kalau nak bertanding jawatan Nazir Masjid pun akhlak kena jaga, ni kan pula nak menjadi pemimpin umat Islam, apatah lagi Perdana Menteri negara umat Islam! Alangkan orang nak masuk meminang anak kita pun kita akan pastikan dia bukan sahaja beriman, bahkan baik akhlaknya. Inikan orang yang nak "meminang" seluruh rakyat Malaysia, nak menjadi menantu negara ini! Maka seluruh rakyat Malaysia dan negara ini berhak tahu siapa dia manusia yang ditabal bininya ini sebagai anugerah tuhan. Dan kebetulan rakan baik dia sendiri yang mahu mendedahkan akhlak sebenar kawan sebantal dia; dan kebetulan dia punya bukti dalam bentuk videoklip!!!Tepuk dada tanya iman sendirilah yop! Cuba tanya balik diri sendiri, yang kita menentang macam nak gila tu apa ke halnya, dah tengok sendiri ke video tu? Kalau belum tengok, maka kita tidak ada hak langsung nak bercakap, apa lagi menghukum.Jadi kepada sesiapa yang persoalkan kenapa kita para bloggers mendedahkan isu video Anwar, maka itulah jawapan kami. Kami tak mahu seorang penzina yang juga sedang menghadapi pertuduhan liwat menjadi PM kami! Mintak simpang wei!Kami sudah menjalankan tanggungjawab kami, bagaimanakah dengan anda semua? Takkan la langsung korang tak terdetik di hati serta ingin tahu benarkah ini adalah Anwar? Kepada penyokong-penyokong si Anugerahnya yang panjang ni, bawak-bawaklah bertaubat! Janganlah demi kuasa kamu menipu rakyat yang tak berdosa! Ingat! Kat dunia korang boleh lepas kat akhirat kelak bagaimana?

UMNO : PERLUKAH PILIHANRAYA PARTI MENDAHULUI PRU 13?

Posted: 05 Jun 2011 07:57 PM PDT

Put your stuff here
MONDAY, JUNE 6, 2011

ANTARA PEMILIHAN PARTI DAN PILIHANRAYA UMUM : MANA PERLU DIDAHULUKAN

Pemilihan parti khususnya UMNO ditangguhkan 18 bulan... Jika ditanya kepada ahli-ahli UMNO yang mana satu perlu didahulukan..tentu jawapannya pelbagai. ikut kepentingan mereka.Cuma pilihanraya parti tidak membentuk kerajaan..berbanding dengan PRU 13. Ada juga yang kata bukan masa yang sesuai untuk adakan PRU 13 dalam tempoh terdekat.Nampaknya pembangkang mendahului UMNO dengan PKR dan kini Muktamar PAS yang ke 57. Kepimpinan PAS telah di ketahui dengan DS Haji Abd Hadi Awang sebagai ketua. Dibantu oleh Timbalan dan Naib Presiden yang dikatakan sebagai"ayam sabung" PAS...adakah ini membuatkan UMNO tak "tido" malam...atau perlukah UMNO mengadakan pemilihan parti lebih awal....

Usi 65 tahun parti dengan pelbagai peristiwa manis dan pahit sepanjang usia tersebut memantangkan sebagai kepimpinan parti. Malah yang masih "tido" hingga sekarang pun ada. Bagi mereka asal "masyuuuuk" sudah? Juga setelah menghadapi TSUNAMI 2008 (PRU 12) dan kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat serta 5 buah negeri sesuatu yang difikirkan lebih detail dari setakat pemilihan parti yang hanya mengundang perpecahan kepimpinan dan team-team tertentu.

Walaupun jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS disandang oleh golongan yang boleh dikatakan 'Pak Lawak', tetapi UMNO jugak seharusnya melihat sebagai satu bentu INDIKASI bahawa UMNO jugak perlu mengubah-suai kepimpinan sedia ada.. Adalah BODOH jika UMNO beranggapan bahawa parti itu akan MENANG mudah menentang PAS semasa PRU-13 nanti.. Sebaliknya, UMNO harus sedar bahawa penentangan yang akan dihadapi mereka nanti JAUH lebih dahsyat dan boleh diKIRA putus terus hubungan seBANGSA atau seAGAMA dengan PAS pada PRU-13 nanti.. UMNO harus sedar bahawa perLANTIKkan para 'Pak Lawak' PAS ini bukan lagi untuk memperJUANGkan ISLAM, Hudud dan sebagainya, sebaliknya mereka 100% bertekad untuk JATUHkan UMNO..

Asalkan UMNO tumbang, para 'Pak Lawak' PAS ini sanggup buang segala HUBUNGan sedarah, sebangsa dan seagama.. Objektif mereka hanyalah KUASA, KUASA dan KUASA.. Untuk itu, keBOLEHan mereka yang petah 'berMAIN air LIUR' di pentas CERAMAH atau mimbar masjid akan diGUNAkan untuk mengHANCURkan kePERCAYAan rakyat terhadap UMNO.. Jangan terkejut kalau para 'Pak Lawak' PAS ini akan berhempas-pulas memutarkan BELITkan FAKTA hinggakan orang yang 'menJUBOR' dan berZINA dengan amoi Cina pun mereka akan BENARkan dalam ISLAM! Malah, bukan MUSTAHIL mereka jugak akan cuba mengHASUT RAKYAT dan memFITNAH kerajaan agar senario POLITIK negara menjadi kacau-bilau seperti di Thailand, Mesir atau Syria.. Jadik, adakah UMNO berSEDIA untuk menangkis keadaan sedemikian?

UMNO tidak sedar bahawa keBOLEHan para 'Pak Lawak' ini untuk mengHASUT, berBOHONG dan memBURUK-BURUKkan kerajaan dan UMNO adalah di luar KOTAK pemikiran mereka.. Walaupun mereka mungkin tidak sePANDAI atau ada keLULUSan akademik yang TINGGI samada dari Oxford atau Cambridge seperti keBANYAKkan pemimpin UMNO, namun BAKAT semulajadi seperti pandai KELENTONG, pandai putar-BELITkan fakta dan petah 'berMAIN air LIUR' adalah keBOLEHan yang tidak boleh dipandang REMEH.. Pemimpin UMNO kalau keLULUSan akademik tinggi meLANGIT tapi cuma mampu cakap pasal 'NEW POLITICS' depan budak-budak, 'CONFIRM' jadi LAUK diorang nih.. Tambah pulak kalau yang memang RAKYAT tahu jenis pengamal POLITIK WANG, lagi lah RAKYAT tak pandang walaupun mengaku diri sebagai PROFESIONAL pun! Sebab tu lah Mat Sabu pun tak MALU mengaku dirinya sebagai PROFESIONAL walaupun dia entah LULUS dari U ke tidak! KAH!KAH!KAH! ->KLIK<-Secara terus-terang, kita RASAkan bahawa UMNO jugak patut adakan pemilihan parti seCEPAT mungkin sebelum PRU-13.. RAKYAT nyata tidak YAKIN dengan kePIMPINan UMNO sekarang khususnya dalam Pemuda UMNO.. Malah, perangai beberapa pemimpin UMNO yang sering tidak selari dengan kePIMPINan DS Najib dan TS Muhyiddin banyak meROSAKkan imej UMNO dan jugak kerajaan.. RAKYAT sekarang meLIHAT kepimpinan baru PAS tidak se'BERSIH' kepimpinan ULAMA sebelum ini yang pada anggapan mereka berLANDASkan ilmu, ISLAM dan masyarakat.. Namun, RAKYAT jugak NAMPAK bahawa UMNO masih lagi menyimpan pemimpin-pemimpin yang perangainya menJIJIKkan, bergelumang dengan POLITIK WANG, gila 'GLAMOUR' dan memperBODOHkan RAKYAT.. Walaupun kepimpinan baru PAS nampak TERUK dan RAKYAT mungkin menolak PAS kerana JIJIK dengan kePIMPINan baru mereka tetapi RAKYAT jugak belum tentu pilih UMNO pasal tak nampak UMNO lebih BAIK.. Kiranya macam kita BANDINGkan mana lebih BUSUK antara telur TEMBELANG atau baju KOTOR yang diRENDAM dalam air selama 1 bulan!

MENEGAKKAN NEGARA ISLAM DAN MEMPERKASA KEPIMPINAN ULAMA

Posted: 05 Jun 2011 07:15 PM PDT

Wajah sebenar Pas terdedah

Oleh Zulkiflee Bakar

PADA tahun 1995, ketika berlangsungnya pilihan raya umum, penulis ada bertanya kepada seorang warga emas yang berusia 80-an kenapa beliau menyokong Pas, jawapannya, ''Pas hendak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam.''

Jumaat lalu pula ketika berbual dengan seorang mahasiswa sebuah institusi pengajian tinggi yang menghadiri Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar, Gombak, penulis turut bertanya soalan yang sama, jawapannya, ''Pas dipimpin oleh para ulama dan kita sebagai orang Islam kena sokong.''

Perjuangan menegakkan negara Islam dan memperkasakan kepimpinan ulama - inilah dua faktor utama yang mendorong sejak tahun 1951 kenapa sebahagian umat Islam di negara ini menyokong Pas.

Bagi mereka yang taksub, Pas adalah Islam, Islam adalah Pas. Pintu hati dan fikiran mereka sudah ditutup untuk melihat segala pengorbanan dan kejayaan UMNO yang telah memartabatkan Islam sehingga Malaysia menjadi negara Islam contoh.

Tetapi apa yang berlaku sepanjang muktamar Pas yang berakhir semalam sudah menjadi bukti bahawa parti itu kini bukanlah pejuang negara Islam dan tidak lagi dipimpin oleh para ulama sebagai pemain utama.

Sebaliknya golongan ulama hanya ditempatkan di Dewan Ulama dan menganggotai Majlis Syura yang belum tentu suara mereka akan didengari biarpun dikatakan menjadi badan pemutus perjalanan politik Pas.

Ternyata sekali, Pas menyambut 60 tahun usianya pada tahun ini dengan menyaksikan golongan ulama semakin terpinggir daripada arus perdana politik Pas.

Tewasnya calon-calon berlatar belakang agama bagi kerusi-kerusi Timbalan Presiden dan Naib Presiden serta Ahli Jawatankuasa Pas pusat sudah menjadi bukti bahawa ahli-ahli Pas kini sudah beralih arah.

Mereka semakin hilang keyakinan kepada kepimpinan ulama untuk menerajui parti itu dalam mencapai impian ke Putrajaya bersama-sama sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh puak-puak yang menyokong Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pemilihan berlaku mengenai betapa perlunya profesional menerajui Pas ternyata memberi kesan.

Ahli-ahli Pas termasuklah perwakilan ke muktamar telah disogokkan dengan pemahaman bahawa kepimpinan ulama Pas adalah lemah, tidak agresif, tidak mempunyai visi dan tidak akan mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Oleh itu jika Pas mahu bersama-sama meraih kuasa satu kapal dengan PKR dan DAP maka pemilihan kali ini perlu memastikan golongan profesional terutamanya mereka yang 'berkiblatkan' Anwar mencapai kejayaan.

Ternyata usaha itu berjaya, Pas kini dikuasai sepenuhnya oleh golongan yang sebahagian besarnya adalah penyokong kuat Anwar, PKR dan DAP.

Kegagalan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membaca percaturan politik yang dilakukan oleh kumpulan menyokong Anwar dalam Pas telah memungkinkan beliau turut terjebak dan terikut-ikut dengan keghairahan untuk ke Putrajaya.

Tindakan Abdul Hadi yang menganggap barisan terpilih dalam pemilihan kali ini adalah Kabinet pilihan raya juga menimbulkan persoalan apakah selama ini Pas yang mengetengahkan ulama sebagai peneraju utama tidak yakin bahawa golongan itu boleh berjaya dalam pilihan raya?

Terbuktilah sudah bahawa muktamar Pas kali ini memaparkan wajah sebenar parti itu dalam arena politik negara.

DARI GUAR PETAI KE PUTRA JAYA...

Posted: 05 Jun 2011 07:10 PM PDT

Langkah Mat Sabu dari Guar Petai menuju Putrajaya

PPUBJ : Kata Mat Sabu, sekarang ni beliau sering berulang alik ke Putra Jaya kerana bimbang takut salah pintu bila dah dapat kuasa nanti!Jangan ikut pintu belakang, sudah le, atau pun ikut pintu keluar....

Oleh Hassan Mohd. Noor

SEKALI lagi anak Pulau Pinang diberi kepercayaan menduduki jawatan No.2 dalam parti politik. Jika dulu UMNO menampilkan Abdullah Ahmad Badawi dari Kepala Batas dan Anwar Ibrahim dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam sebagai Timbalan Presiden , kini giliran Pas pula melalui Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dari Kampung Guar Petai.

Dulu Guar Petai dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh tetapi kini di bawah Tasek Gelugor. Guar Petai jiran kepada kampung penulis, Guar Perahu. Penduduk tempatan tentu gembira dengan kemenangan Mat Sabu lebih-lebih lagi mereka yang sering solat di 'Surau Mat Sabu'. Memang hebat Mat Sabu. Siapa tidak kenal dengan bekas 'ayam tambatan' Pas ini. Terpukau orang mendengar ceramahnya. Ada serius, sinis, jenaka, merapu dan maki hamun. Seorang rakan di Permatang Pauh memberitahu penulis ada juga penyokong - tidak pasti Pas atau PKR di kawasan Parlimen itu tidak senang dengan kemenangan Mat Sabu. Mungkin mereka masih belum dapat menerima gelaran buruk yang diberi terhadap Anwar. Ada juga yang mengharapkan ulama menang jawatan itu.

Setakat ini hanya Abdullah berjaya menduduki jawatan Presiden sementara Anwar 'ditendang' keluar kerana isu moral. Apakah Mat Sabu akan terus meniti kejayaan sebagai orang No. 1 dalam Pas? Ini perkembangan yang amat menarik untuk dinantikan. Soal layak atau tidak, Mat Sabu sudah menang. Tidak payahlah kita selak kembali siapa Mat Sabu sama ada golongan profesional atau ulama. Tetapi ramai yang tahu siapa Mat Sabu sejak mula belajar di Institut Teknologi Mara (ITM) kini UiTM, seorang peminat seni khabarnya drama, lakonan, boria dan pantun. Cukup aktif menyertai pelbagai demonstrasi dan macam-macam lagi sehinggalah menyertai Pas pada 1978 dan bertanding pada pilihan raya umum (PRU). Malangnya beliau tidak pernah menang di Pulau Pinang. Kali pertama Mat Sabu mencuba nasib pada PRU 1982 di Parlimen Kepala Batas dalam pertandingan tiga penjuru - BN, Pas dan DAP. Abdullah Badawi menang dengan majoriti 12,644 undi. Beliau juga bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh tetapi tewas. Pada PRU 1986, beliau mencabar 'seteru' politiknya Anwar di Parlimen Permatang Pauh dan tewas lagi.

Akhirnya Mat Sabu berhijrah ke Kelantan dan menang di Parlimen Nilam Puri pada PRU 1990, kemudian ke Parlimen Kubang Kerian (1995) dan Parlimen Kuala Kedah (1999). Cubaannya untuk mempertahankan kerusi bagi penggal ke empat di Kuala Kedah pada 2004 tidak kesampaian. Ketika tsunami politik melanda pada PRU 2008, Mat Sabu tewas lagi, kali ini di Parlimen Kuala Terengganu. Khabarnya, pada 2008, beliau berhasrat untuk bertanding di Pulau Pinang. Dalam satu ceramah politik di Terengganu yang turut dihadiri Lim Guan Eng, beliau berkata, orang Melaka bertanding di Pulau Pinang menang, jadi ketua menteri tetapi beliau dari Pulau Pinang bertanding di Kuala Terengganu tewas.

Mungkin dengan kedudukan No.2, beliau sudah bersedia untuk turun di Pulau Pinang lebih-lebih lagi hubungan baik dengan 'adindanya' Guan Eng. Ternyata pertemuan semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengukuhkan hubungan Mat Sabu dan Guan Eng. Ada juga hikmah di sebalik ISA ini. Di Pulau Pinang, Mat Sabu adalah pengarah bukan eksekutif di PBA Holdings Bhd. sejak 16 April 2009. Baru-baru ini beliau mewakili kerajaan negeri DAP Pulau Pinang untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa tanah runtuh di Hulu Langat.

Kini tugas Mat Sabu semakin berat. Lebih-lebih lagi Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyifatkan Kabinet baru yang dipilih kelmarin barisan mantap menghadapi PRU Ke-13. Tugas besar Mat Sabu ialah pada 9 Julai ini bagi menggerakkan demonstrasi Bersih di ibu negara untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Kembali kepada PRU, di Pulau Pinang, kawasan mana Mat Sabu akan bertanding? Di Kepala Batas atau Tasek Gelugor? Mungkin di Bayan Baru, Permatang Pauh, Batu Kawan atau Nibong Tebal? Sebagai orang No.2, tentunya sekutu politik Pas iaitu PKR dan DAP sedia berkorban untuk memberi laluan. Apa yang penting bagi pakatan pembangkang ialah memastikan laluan ke Putrajaya yang suatu ketika dahulu mahu dilelong dipermudahkan.

Maka pakatan pembangkang perlu melupakan semua sengketa. Ini termasuklah bagi Mat Sabu dalam menghadapi seteru politiknya, yang pernah digelar 'Al-Juburi'.

Kata Mat Sabu, beliau menyerang Anwar pada 1982 apabila bekas Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) itu menyertai UMNO.

Sekarang, keadaan sudah berubah. Dalam politik tidak ada musuh yang kekal, hari ini kita lawan, esok kita berkawan dan lusa kita 'berkahwin'. Begitulah politik. Jika dulu Pas begitu menekankan soal negara Islam tetapi hari ini tidak lagi. Semua sudah berubah mengikut tuntutan masa dan kuasa. Jika dulu prinsip didahulukan kini kuasa diutamakan.

Maka tidak hairanlah Mat Sabu yang pernah diuji dalam isu khalwat di bilik 121 boleh menang dengan majoriti 21. Kemenangan Mat Sabu dan tiga Naib Presiden, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa juga sudah dijangka oleh bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ghazali Ahmad.

Biar apa pun label terhadap gandingan ini, perwakilan sudah buat keputusan. Tahniah kepada Mat Sabu dan rakan-rakan.

Dan meneliti seketika ucapan dasar Abdul Hadi kelmarin, adakah ucapan dasar Allahyarham Fadzil Mohd Noor akan tinggal kenangan?

Pada muktamar ke-40 (Jun 1994) di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, dalam ucapan bertemakan Ulama: Teras Kepimpinan Ummah antara lain allahyarham menyebut: ''Saya ingin menegaskan kepada seluruh ahli dan pendokong Pas bahawa perjuangan kita untuk mendaulatkan Islam akan terus mara ke hadapan...Pas mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan syariat Islam termasuk hudud sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951. Para pemimpin Pas sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-cita ini,"


Kita nantikan dalam Pas, siapa yang akan tetap berpegang kepada 'kebenaran lebih penting dari kemenangan'

MENGAPA DAP TAK BUAT PILIHANRAYA TOKONG?

Posted: 05 Jun 2011 06:56 PM PDT

DAP adakan pilihan raya masjid

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my
BUTTERWORTH 5 Jun – Kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan pemilihan jawatan kuasa masjid di seluruh negeri mulai tahun ini akan dijalankan melalui proses 'pilihan raya' - perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Jika dilaksanakan sepenuhnya, 'pilihan raya masjid' itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu.

Difahamkan, ketetapan baru itu dibuat dalam satu mesyuarat khas Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang dihadiri Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim baru-baru ini.

Bagaimanapun, persoalan timbul sama ada keputusan penting itu mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini atau sebaliknya.

Perkembangan tersebut sekali gus mencetuskan kebimbangan banyak pihak yang melihat kaedah itu akan menyebabkan institusi masjid diresapi unsur-unsur kepartian sehingga mengundang perpecahan serius dalam kalangan kariah masjid.

Kaedah pemilihan itu terkandung dalam notis Tatacara Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 yang diedarkan kepada kira-kira 4,000 jawatankuasa masjid seluruh negeri ini, baru-baru ini.

Mengikut tatacara tersebut, jawatan kuasa masjid diarah menjalankan mesyuarat agung khas antara 1 hingga 7 Jun 2011 dan mengedarkan borang-borang pencalonan termasuk bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Setiausaha serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita.

Bagaimanapun, setiap nama calon yang dikemukakan akan ditapis terlebih dahulu oleh sebuah Jawatan kuasa Khas MAIPP yang berhak menerima atau menolak mana-mana pencalonan yang dianggap tidak layak.

Setiap calon yang bertanding kemudiannya diberi tempoh seminggu untuk 'berkempen' iaitu antara 10 hingga 17 Jun sebelum hari pengundian bermula 18 Jun yang akan dihadiri wakil MAIPP.

Sumber MAIPP memberitahu, cadangan pelaksanaan kaedah baru itu yang dibangkitkan dalam mesyuarat sebelum ini mencetuskan percanggahan pendapat dalam MAIPP sendiri yang mahu ia dikaji kerana tidak mahu institusi masjid dicemar unsur kepartian.

Bagaimanapun, katanya, wujud tekanan daripada pihak tertentu yang mahu supaya kaedah baru dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

"Kaedah sedia ada mungkin boleh diperbaiki, tetapi pemilihan baru ini sebenarnya mengundang lebih banyak masalah malah akan menjadikan kariah lebih berpecah-belah. Lagi pula, kenapa mahu ia dibuat secara tergesa-gesa?

"Secara prinsipnya, memanglah ini adalah keputusan MAIPP, tetapi cadangan itu datang dari atas iaitu kerajaan negeri yang mahu ia dilaksanakan," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria (gambar) yang dihubungi mengesahkan keputusan melaksanakan kaedah pemilihan baru tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

"Di peringkat ini, tidak perlulah saya komen. Lebih baik anda hubungi Yang Berhormat Exco Abdul Malik untuk mendapat butiran," katanya

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Nor Azli dakwa mufti syaitan bercakap!

Posted: 06 Jun 2011 01:56 AM PDT

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa sekali lagi bertindak biadab apabila mendakwa mufti sebagai syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu.

Dakwaan itu dibuat kerana mufti di negara ini kononnya membisu dalam isu yang jelas bercanggah dengan syarak yang dinyatakan dalam al-Quran.

Kenyataannya itu merujuk kepada isu budaya fitnah yang kononnya dibawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi memenangi pilihan raya umum di negara ini.

"Seolah-olah mufti hari ini tentang bab lain dia berani bangkit. Terutamanya mufti Perak (Tan Sri Harussani Zakaria). Apabila sebut dia marah... Seolah-olah mufti Perak mufti poco-poco, mufti yoga.

"Seolah-olah mufti hanya melihat tari-tarian... Boleh beri fatwa tentang poco-poco, tentang yoga tetapi isu-isu hari ini yang jelas nyata dalam al-Quran yang bercanggah dengan syarak, mereka membisu.

"Kalau mereka syaitan bisu tak apa juga. Tetapi mereka ini seolah-olah syaitan yang bercakap. Buat kenyataan media sana-sini... Dia bukan bisu tetapi syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika tampil bagi menyokong usul dibawa Mohd. Fadzil Mohd. Noor yang mengutuk fitnah menggunakan video pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar di sini hari ini.

Ini bukan kali pertama Nor Azli bersikap biadab sebegitu. Sebelum ini beliau pernah menggelar Harussani sebagai 'Haramsani' kerana mendakwa mufti Perak itu tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Tidak terhenti di situ, Nor Azli turut memberi 'ingatan' agar rakyat tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka akan menerima bala daripada Allah SWT.

"Disebut dalam Hadis Qudsi di mana Allah berfirma, 'Aku bala umatmu 40,000 yang baik-baik kerana mereka tidak pernah murka dengan orang yang melakukan perkara yang aku murkai malah boleh makan, minum dan sekongkol pula dengan golongan itu'.

"Oleh itu bangkitlah, jangan sekali-kali kita menyetujui atau menyokong UMNO dan BN kerana walaupun kita sembahyang, pergi haji dan pergi umrah... Tetapi kalau kita bersekongkol dan menyokong mereka (UMNO dan BN), maka kita pasti akan dibala Allah SWT," ujarnya.

Warna-warni politik
Torashah

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


"ROAD TOUR" PENAMBAHAN KEAHLIAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 06 Jun 2011 01:31 AM PDT

Biro Keahlian dan Biro Sukarelawan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah menganjurkan program "Road Tour" Penambahan Keahlian Puteri UMNO bertempat di PPR Sri Alam Cheras.

Program yang di ketuai sendiri oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif, merupakan program turun padang ke Perumahan Rakyat di sekitar Parlimen Cheras di samping menjalinkan hubungan silaturahim dengan penduduk setempat.


Pelbagai aktiviti telah di laksanakan pada hari Ahad, 05 Jun 2011 bersama - sama Jawatankuasa Komuniti penduduk PPR Sri Alam, Cheras dan telah melibatkan pelbagai agensi Kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Cheras Baru, wakil Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Pusat Giat Mara serta dengan kerjasama ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO bahagian Cheras.

Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti Senamrobik bersama penduduk - penduduk PPR Sri Alam. Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma, kaunter pendaftaran Pemilih dan kaunter pendaftaran ahli baru Puteri UMNO telah di buka untuk kemudahan penduduk PPR Sri Alam, Cheras.

Aktiviti mewarna lukisan dan program mengunting rambut secara percuma telah di lakukan khusus untuk anak - anak penduduk PPR Sri Alam. Program "Road Tour" ini telah mendapat sambutan dari penduduk PPR Sri Alam dan akan di teruskan ke lokasi PPR di sekitar Parlimen Cheras."Program seterusnya akan di adakan di PPR Pudu Ulu yang akan melibatkan kerjasama wakil Komuniti Penduduk PPR Pudu Ulu, Cheras", menurut kata Puan Sarina Sharif, Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras.


www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Majlis Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Ampang 2011

Posted: 06 Jun 2011 02:57 AM PDT

Salam Semua Pembaca,   Semua adalah dijemput ke Majlis Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Ampang oleh YAB Presiden UMNO YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 12 Jun (Ahad) jam 3.00 petang di Bangunan UMNO Ampang, Jalan Ampang. Majlis ini juga … Continue reading

Pengikut