PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS |
"ROAD TOUR" PENAMBAHAN KEAHLIAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS Posted: 06 Jun 2011 01:31 AM PDT ![]() Program yang di ketuai sendiri oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif, merupakan program turun padang ke Perumahan Rakyat di sekitar Parlimen Cheras di samping menjalinkan hubungan silaturahim dengan penduduk setempat. ![]() Pelbagai aktiviti telah di laksanakan pada hari Ahad, 05 Jun 2011 bersama - sama Jawatankuasa Komuniti penduduk PPR Sri Alam, Cheras dan telah melibatkan pelbagai agensi Kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Cheras Baru, wakil Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Pusat Giat Mara serta dengan kerjasama ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO bahagian Cheras. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti Senamrobik bersama penduduk - penduduk PPR Sri Alam. Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma, kaunter pendaftaran Pemilih dan kaunter pendaftaran ahli baru Puteri UMNO telah di buka untuk kemudahan penduduk PPR Sri Alam, Cheras. ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan