Rabu, 18 Mei 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Isu video seks ; terserah kepada Peguam Negara - Syed Ali

Posted: 18 May 2011 04:22 AM PDT

TERSERAH kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya hasil siasatan polis terhadap video seks yang dikatakan membabitkan pemimpin parti pembangkang.


Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tindakan mendedahkan lelaki terbabit perlu dibuat bagi mengelak tuduhan pembangkang kononnya UMNO melakukan kospirasi untuk menjatuhkan Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam pada itu, beliau mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein melihat kes tersebut sebagai isu yang boleh menjejaskan ketenteraman awam jika tindakan tidak diambil.


Beliau berpendapat, trio 'Datuk T' telah melakukan tindakan yang boleh dianggap betul apabila mendedahkan pita rakaman video tersebut kepada sekumpulan wartawan termasuk blogger tempatan.


"Pada pendapat saya, jika trio Datuk T serahkan pita rakaman tersebut terlebih dahulu kepada polis atau Perdana Menteri, mungkin orang akan kata satu konspirasi," ujarnya.


Tambah beliau, isu video seks tersebut kini menjadi tumpuan umum dan semua pihak ingin mengetahui siapakah pelakunya.


"Tetapi hari ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar dikatakan berkata tiada keperluan daripada segi undang-undang untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks tersebut, kita menghormati penjelasan beliau," tegasnya.


Khalid dilaporkan memberitahu media di Johor Bharu hari ini bahawa kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.


Mengulas lanjut penjelasan Timbalan Ketua Polis Negara itu, Syed Ali berkata semua pihak harus menghormatinya.


"Kita tidak mahu mencampuri urusan polis, tetapi amat berharap Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya demi kepentingan politik negara," jelasnya.


Beliau bimbang kesan daripada itu akan terus memberi ruang kepada pembangkang terutama Anwar untuk menuduh pemimpin UMNO sebagai dalang disebalik isu video seks tersebut.


"Saya khuatir, dalam ceramah politiknya Anwar akan membangkitkan sentimen kebencian rakyat terhadap kerajaan dengan memutarbelitkan isu tersebut,"tegasnya.



















“Saya pun hairan, kenapa Anwar tak mahu saman Eskay & kenapa polis juga enggan dedahkan pelaku seks itu…”

Posted: 17 May 2011 09:09 PM PDT

"APABILA saya bertemu orang ramai, mereka bertanya, kenapa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tidak saman (Datuk) Sazryl Eskay Abdullah yang dedahkan isu video seks kalau benar dia tidak terbabit," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Kata mereka lagi, "kalau Anwar takut nak saman Eskay, maka pelaku dalam video seks itu mungkin benar diri beliau," jelasnya.

"Setahu saya, Anwar sebelum ini memang terkenal sebagai kaki saman," tambah Syed Ali.

Katanya, jika ada sebarang tuduhan terhadap beliau, Anwar akan lekas-lekas ambil tindakan menyaman, tetapi dalam isu video seks, dia diam membisu

Beliau memberitahu, di merata tempat orang sedang bercakap kenapa Anwar tidak berani membuat laporan polis terhadap Eskay yang mendedahkan pelaku dalam video berkenaan.

Sebaliknya kata Syed Ali, Anwar berterusan menuduh UMNO membuat fitnah dan konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

"Ini jelas menunjukkan Anwar penakut dan pembohong, di luar, di kata UMNO, tetapi tidak berani pula untuk menyaman Eskay," tegasnya.

"Ada juga yang tanya saya, kenapa pihak polis seperti cuba menyembunyikan hasil siasatan video seks tersebut, sedangkan ketulinan rakaman itu telah disahkan oleh pakar antarabangsa," ujarnya lagui.

"Saya pun berasa hairan, kenapa Anwar tak mahu saman Eskay dan kenapa polis pun diam diri (tak mahu dedah), susah saya nak jelaskan kepada penyokong parti di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu tegas Syed Ali, selagi pihak polis masih enggan mendedahkan identiti sebenar lelaki dalam video seks itu, selagi itulah masyarakat akan memandang serong kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kenapa polis takut nak dedahkan ? apakah polis juga menerima tekanan dalam hal ini ?, soal beliau lagi.

Beliau turut bersetuju dengan pandangan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa kredibiliti polis akan terus terjejas jika masih teragak-agak untuk mendedahkan identiti pelaku dalam rakaman video seks sedangkan seseorang telah dikaitkan dengan skandal itu.

Zaid seperti yang dilaporakn oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini dipetik sebagai berkata :


" Jangan sampai masyarakat melihat polis pun mengikut rentak orang politik. Kalau bukan polis yang dedahkan pelaku, pihak mana yang hendak diharapkan. Ini bukan lagi soal ada keperluan perundangan atau tidak,".

Menurut Syed Ali lagi, dua soalan itu juga yang menjadi tajuk perbahasan orang ramai sehingga ada yang beranggapan seperti sia-sia sahaja Eskay mendedahkan pelaku seks berkenaan.

"Anwar bukan pemimpin istimewa, maka tidak ada sebab kenapa kes video seks itu dilengah-lengahkan," ujarnya.

DunSemarang

DunSemarang


Bual Bicara Program Transformasi Pendidikan DunSemarang.

Posted: 17 May 2011 06:19 AM PDT

Ayer Hitam Sabtu 14.05.2011 Biro Pendidikan DunSemarang dan PIBG SMK Datuk Menteri telah menganjurkan Program "BUAL BICARA Transformasi Pendidikan dan Motivasi Keibubapaan" bertempat di Dewan Sri Perdana SMK Datuk Menteri. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Samsolbari Bin Jamali ADUN Semarang. Program tersebut telah disertai lebih dari 400 Ibu Bapa di sekitar DunSemarang.
YB Datuk Haji Samsolbari mengucapkan syabas kepeda pihak penganjur kerana berjaya menjalankan aktiviti yang sungguh bermakna.
YB Datuk juga mengharafkan agar kehadiran Ibu Bapa lebih ramai lagi demi kejayaan anak-anak didik Dun Semarang dan Ayer Hitam. YB Datuk juga telah mencadangkan agar rumah Guru yang terdapat di SMK Datuk Seth Yong Peng serta SMK Datuk Menteri yang tidak berpenghuni agar dijadikan ASRAMA untuk para pelajar yang tinggal jauh di pendalaman. Kewajarannya supaya anak-anak ini dapat menimba ilmu dengan selesa dan menjimatkan kos dan masa. Cadangan YB Datuk mendapat sokongan yang padu dari para Ibu Bapa yang hadir. Beliau juga mengahrafkan agar jangan ada SEORANG pun anak-anak DunSemarang yang berjaya dalam pelajaran tetapi tercicir dan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA kerana masalah kewangan, oleh itu Beliau berharaf agar Guru-guru dan AJKKK dapat memantau dan membuat laporan kepada Biro Pendidikan UMNO supaya tindakan dan bantuan dapat diberi. Pada majlis tersebut Beliau menyumbangkan bantuan kewangan kepada salah seorang keluarga Pelajar yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Pengikut