Pengikut

Nuffnang

Selasa, 10 Mei 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

0 ulasan
sumber :-

ahmadmaslan.blogspot.com


10 MEI 2011

Posted: 10 May 2011 04:43 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


NASIB PKR PADA PRU 13 ?

Posted: 09 May 2011 07:55 PM PDT

ADAKAH INI AKAN BERLAKU?

CUBA ANDA FIKIR-FIKIRKAN ?

Posted: 09 May 2011 07:52 PM PDT


PKR = PARTI KELUAR RAMAI-RAMAI

YANG TELAH KELUAR PARTI

Adakah semua kerana wang ? Mustahil !!!


PEMIMPIN PKR.

1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,
2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,
3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden,
Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd.
Annuar Tahir
8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awan...g Mumin Awang Marali
15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
18. Datuk ZAID IBRAHIM
19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
21. Bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat
23. Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak Soraya Sulaiman
24. Timbalan Ketua PKR Bagan Serai Roshanita Mohd Basir
25. Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah
26. Terkini 2011 ramai ketua2 dan ajk2 cabang PKR di Sabah

Kerusi Parlimen

1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
3. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
4. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin
5. Ahli Parlimen Wangsa Maju -Wee Choo Keong

Kerusi DUN

1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
6. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam
7. Bekas Timbalan Ketua menteri Pulau Pinang , Fairus Khairuddin

PEGUAM ANWAR TARIK DIRI / MENINGGALKAN ANWAR

Tiga peguam terkemuka beragama Islam yang menarik diri atau telah meninggalkan Anwar Ibrahim dari membela kes liwatnya sama ada Sodomi 1 atau Sodomi 2 ialah:-

1. Hj Zainur Zakaria
2. Hj Sulaiman Abdullah
3. Raja Aziz Addrus

KATA-KATA ILMUAN MENGENAI GURU.

Posted: 09 May 2011 07:38 PM PDT

ZA'BA MEMETIK KATA-KATA SEORANG GURU
kalau aku kaya sekali-kali tiadalah aku akan meninggalkan harta kepada anakku barang sesen pun apabila aku mati, lain daripada belanja belajarnya. selebihnya akan kuserahkan kepada kerajaan atau siapa-siapa kuasa yang layak atau truste-trustee yang khas suruh jalankan dalam bank dan lain-lainnya faedah sebahagiannya dibuat scholarship...

  • Firman Tuhan: ertinya , dan ia (yang) telah menjadikan tiap-tiap suatu, kemudian disukatkannya (ditetapkannya) baginya sesuatu sukatan. sukatan itu bukan maksudnya nasib, untung atau janji azali. za'ba kata...
     
  • za'ba kata
    (jika yang demikian tadi pendirian) maka binasalah segala peraturan perangai baik dan jahatoleh iktikad yang demikian dan tersekatlah segala kemajuan.
     
  • za'ba kata ini salah
    oleh itu jatuhlah martabat manusia itu menjadi seperti enjin atau perkakas patung yang dijalankan oleh orang sahaja - menari-nari di atas panggung kehidupan dunia menurut sebagaimana yang digerakkan oleh orang yang menarik dawainya dari belakang tabir, bukan dengan ikhtiarnya sendiri.

  • za'ba kata ini salah
    manusia yang merupakan makhluk tuhan yang palaing mulia tiada bebas memilih sendiri, melainkan terpaksa mengikut sahaja apa yang ditetapkan.
  • dari za'ba
    fikiran yang biasa pada fahaman orang kebanyakan mengenai nasib, untung, bahagian, janji dan sebagainya itu telah membawa kepada beberapa kesamaran dan salah faham akan perkara takdir yang diajarkan oleh agama islam.

PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN DI MELAKA.

Posted: 09 May 2011 07:28 PM PDT

Persidangan UMNO Bahagian Di Melaka Bermula Minggu Depan


MELAKA, 6 Mei – Persidangan perwakilan UMNO bahagian di negeri ini akan dimulakan dengan UMNO  Bahagian Tangga Batu pada 14 Mei ini, kata Setiausaha Kerja UMNO Melaka, Senator Datuk Akbar Ali.

Beliau berkata ia diikuti UMNO Alor Gajah pada 15 Mei.
UMNO  Jasin dan Masjid Tanah pula akan bersidang pada 22 Mei, manakala Kota Melaka pada 28 Mei, katanya di sini, Jumaat.

Akbar berkata satu lagi bahagian iaitu UMNO  Bukit Katil yang diketuai Ketua Menteri Datuk Mohd Ali Rustam belum menetapkan tarikh.

UMNO sebelum ini telah menetapkan persidangan peringkat bahagian bermula 1 Mei hingga 16 Jun, dan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilapor meminta semua 191 UMNO bahagian memfokuskan kepada pendaftaran pengundi baru pada kalangan anggota masing-masing.

Mengulas mengenai keanggotaan UMNO di Melaka, Akbar berkata sehingga kini UMNO Melaka mempunyai 127,323 anggota.

Masjid Tanah mencatat keanggotaan paling ramai iaitu 25,737 orang diikuti Jasin (24,493), Bukit Katil (23,607), Alor Gajah (20,337), Tangga Batu (17,686)dan Kota Melaka (15,463), katan

SELAMAT BERSIDANG .....TERUSKAN PERJUANGAN.....

Posted: 09 May 2011 07:24 PM PDT

54 Pergerakan Wanita, 44 Pemuda, 33 Puteri & 19 UMNO Bahagian Telah Bermesyuarat


KUALA LUMPUR, 10 Mei – Mesyuarat UMNO di peringkat cawangan-cawangan telah selesai diadakan dan semua cawangan yang telah bermesyuarat telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ahli dan cawangan dengan sebaiknya,  demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Kini kita telah pun mula dengan Mesyuarat Perwakilan UMNO di Peringkat bahagian dan di peringkat sayap pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO bahagian masing-masing.
"Setakat hari ini, 19 UMNO bahagian telah mengadakan mesyuarat, 54 Pergerakan Wanita Bahagian, 44 sayap Pemuda dan 33 sayap Puteri UMNO di peringkat bahagian telah mengadakan mesyuarat masing-masing," ujarnya pada sidang media di sini, Isnin.
Tambahnya, mesyuarat tahun ini agak berbeza kerana wakil-wakil pergerakan daripada peringkat cawangan secara automatik menjadi perwakilan di peringkat bahagian.

Berita Bertarikh 10 May 2011 Pada 12:19 AM


 


SELAMAT ULANG TAHUN UMNO YANG KE 65 TAHUN.

Posted: 09 May 2011 07:22 PM PDT

Kibarkan Bendera UMNO Menjelang 11 Mei – Tengku Adnan


KUALA LUMPUR, 6 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan ahli-ahli parti khususnya di peringkat cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian UMNO untuk mengibarkan bendera parti 'Sang Saka Bangsa' menjelangnya ulang tahun penubuhannya yang ke-65 Rabu depan.
Katanya, tarikh 11 Mei merupakan hari ulang tahun UMNO yang lebih dikenali sebagai Hari UMNO, umumnya akan disambut oleh Ibu Pejabat parti setiap tahun.
"Saya berharap bahawa tiap-tiap individu termasuklah cawangan dan bahagian akan kibarkan bendera kita pada hari tersebut supaya kita dapat mengingati perjuangan yang telah kita perjuangkan selama ini," katanya.
Jelasnya, biarpun usia UMNO telah pun mencapai 65 tahun tetapi itu bukan bermakna bahawa parti tersebut sudah tua sebaliknya ia merupakan lambang kematangan dan sentiasa agresif dalam membuat perubahan-perubahan mengikut peredaran masa.
"Apa yang kita lakukan atau yang telah dilaksanakan oleh parti termasuk peringkat akar umbi sendiri jelas memperlihatkan bahawa UMNO sentiasa memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu dan bangsa Malaysia.
"UMNO yang menjadi tunjang kerajaan akan terus memastikan bahawa anak bangsa Malaysia akan mendapat kehidupan yang selesa dan Malaysia menjadi negara yang aman, sejahtera dan makmur. Itu tujuan asas yang kita akan terus perjuangankan," tegasnya.
Beliau berharap dengan adanya sambutan ke-65 tahun yang bertemakan 'Membela Rakyat' ini sedikit sebanyak menjadi satu peringatan kepada kelahiran pertubuhanpolitik yang akan membawa kepada punca penubuhan serta asas-asas perjuangannya.
"Kita kena tunjukkan dalam sejarah siapa kita, apa yang kita lakukan dan apa yang telah kita capai khususnya kepada generasi muda kerana masyarakat hari ini perlu tahu bahawa kesenangan yang ada diperolehi dengan perjuangan.
"Mereka perlu tahu rintangan dan ranjau yang telah dilalui oleh datuk nenek moyang kita. Jadi saya berkeyakinan bahawa dengan adanya sambutan tiap-tiap tahun ini maka ia akan memperingatkan sejarah kita dahulu untuk mempertingkatkan masa hadapan."
Dengan ini, beliau yakin akhirnya rakyat Malaysia walaupun mereka barangkali tidak disedarkan terhadap apa yang berlaku atau diganggu oleh provokasi pembangkang tetapi akhirnya mereka akan kembali kepada UMNO dan terus menyokong kerajaan BN demi masa depan anak-anak mereka.
Dalam masa yang sama, beliau melahirkan harapan agar tiap-tiap cawangan dan bahagian akan mengadakan majlis-majlis kesyukuran atau majlis-majlis untuk memperingati pejuang-pejuang yang lepas.
"Ini juga secara tidak langsung dapat memberi maklumbalas kepada generasi muda bahawa UMNOlah yang memberi kepentingan untuk perjuangan bangsa Melayu ini serta tidak ada pihak yang berani untuk mengganggu gugat," tegasnya lagi. – MediaUMNO.

MINUM AIR BANYAK-BANYAK - NASIHAT DOKTOR.

Posted: 09 May 2011 07:18 PM PDT

Ribut Aere punca panas luar biasa


2011/05/10

PAPAN tanda yang memaparkan ramalan cuaca sepanjang minggu ini di Kuala Lumpur.
PAPAN tanda yang memaparkan ramalan cuaca sepanjang minggu ini di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Kepanasan luar biasa yang berlaku di kebanyakan bandar utama negara, khususnya di Pantai Barat Semenanjung ketika ini sehingga mencecah suhu di antara 35 hingga 36 darjah Celsius dijangka berakhir dalam tempoh terdekat.

Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, fenomena itu disebabkan Ribut Tropika Aere dikesan berlaku di utara Filipina yang meniup angin dari arah barat daya ke negara ini.
"Ia disebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya di sini, semalam.
Malaysia pernah mencatat suhu 38.3 darjah Celsius di Alor Star, Kedah pada Februari 2005 dan tertinggi sehingga 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Monsun barat daya yang membawa cuaca kering lazimnya berterusan sehingga September.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Saw Bun Liong, dipetik BERNAMA berkata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.

Sementara itu, pengamal perubatan, Dr K Venkateswara Rao, berkata berikutan keadaan suhu mencecah sehingga 36 darjah Celcius, orang ramai bukan saja harus mengurangkan aktiviti luar malah perlu mengamalkan corak pemakanan seimbang. "Individu perlu minum air secukupnya dan elak makan makanan pedas serta banyakkan pengambilan sayur," katanya.

"WE LOVE PM"

Posted: 09 May 2011 07:14 PM PDT

'PM baik hati, kelakar'
 

 HANIF sambil diperhatikan Kamalanathan dan isteri, S Shobana    serta Zolkefli dan Hafiz (kiri) berbual  dengan Perdana Menteri melalui telefon   di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor,  Bukit Beruntung, semalam.
HANIF sambil diperhatikan Kamalanathan dan isteri, S Shobana serta Zolkefli dan Hafiz (kiri) berbual dengan Perdana Menteri melalui telefon di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor, Bukit Beruntung, semalam. 
 
Remaja hidap kanser tulang berbual dengan Najib

BUKIT BERUNTUNG: "Saya tidak sangka Perdana Menteri seorang yang baik hati dan suka berjenaka," kata Hanif Zolkeflee, 14, selepas berpeluang berbual dengan Datuk Seri Najib Razak, selama kira-kira 10 minit, semalam.
Hanif yang menghidap kanser tulang sejak tahun lalu berkata, beliau seperti bermimpi kerana dapat berbual dengan pemimpin nombor satu negara itu, walaupun hasrat awal untuk berbual menerusi laman Twitter tidak kesampaian disebabkan masalah gangguan talian.
"Sebelum ini, saya melihat beliau sebagai seorang yang tegas dan agak takut untuk berbual dengan beliau. Tapi selepas bercakap, beliau tidaklah terlalu tegas, tidaklah garang sangat dan (buat) lawak.

"Saya kini menyimpan impian untuk berjumpa dengan Perdana Menteri atau paling tidak pun bersalam dengannya," katanya selepas sesi perbualan dengan Perdana Menteri melalui telefon bermula jam 8.30 malam di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor di sini.

Pada sesi perbualan yang diperdengarkan melalui pembesar suara telefon itu, Perdana Menteri juga turut menasihatkan Hanif supaya kuat semangat dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya beransur pulih.

"Mudah-mudahan Hanif dapat pulih kesihatan... insya-Allah. Hanif doa, saya pun doa," kata Najib.
Hanif turut ditemani Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan, bapanya, Zolkeflee Zakaria, 44, ibu, Salisah Ibrahim, 44, serta adiknya, Hafiz, 10.

Hanif yang mengemukakan lapan soalan turut tidak melepaskan peluang bertanya Perdana Menteri mengenai kenangan manisnya sepanjang memimpin negara dan makanan kesukaan beliau.

"Saya ni suka makan. Macam-macam saya suka makan. (Kegemaran saya) masak tempoyak ikan patin dari Sungai Jelai yang tidak ada pencemaran.

"Kenangan manis saya antaranya adalah menang di Hulu Selangor dan setiap kali menang pilihan raya, saya anggap sebagai kenangan manis," kata Perdana Menteri sambil disambut tepukan gemuruh 50 hadirin yang turut hadir pada sesi perbualan itu.

Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Md Fuzi Abd Lateh
bhnews@bharian.com
2011/05/10

 

SIAPA SEBENARNYA ' PANDI KUTTY' ?

Posted: 09 May 2011 07:00 PM PDT

Pandi kutty: Anwar kian panik

PPUBJ : HANYA ORANG KOTOR SAHAJA SANGGUP GUNA PERKATAAN KOTOR!

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Mei – Sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini berselindung di sebalik topeng agama semakin terserlah apabila sanggup menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran yang tidak sepatutnya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Anwar panik kerana rakyat sudah bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.

"Justeru, Anwar melancarkan pelbagai serangan yang boleh merendahkan keperibadian Perdana Menteri khususnya kepada penyokong tegarnya walaupun ia bertentangan dengan agama serta tatasusila peradaban manusia.

"Ia adalah usaha terancang dan berterusan Anwar demi melampiaskan nafsu politiknya, meskipun nyata beliau kini semakin kehilangan sokongan termasuk daripada pembangkang sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor pula mencadangkan kerajaan agar mengambil tindakan tegas ke atas Anwar kerana ketua pembangkang itu sengaja mewujudkan suasana tegang.

"Anwar kini semakin terdesak, beliau bukan sahaja akan cakap kotor malah akan main kotor. Kerajaan perlu segera tangkap Anwar dan rampas pasportnya kerana saya dapat maklumat daripada sumber terdekat beliau merancang untuk cabut lari selepas menimbulkan huru-hara," katanya.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pula mengesyaki Anwar mengalami sindrom prahaid (PMS), kesan daripada kes liwat dan isu video seks yang sedang dihadapinya.

"Jadi, amat menyedihkan jikalau pihak pembangkang dalam sistem demokrasi negara masih berpaut kepada orang yang diserang PMS," katanya.

Mengulas perkara sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Anwar merupakan seorang pemimpin yang sudah hilang martabat dan maruah diri jika benar beliau menggelar Perdana Menteri sebagai anak babi.

"Anwar kini dihantui dengan pelbagai masalah peribadi dan cuba menutup kelemahan diri dengan menyerang orang lain. Ternyata nilai Islam dan budaya Melayu dipijak sebegitu rupa. Jadi, pemimpin sebegini tidak ada nilai satu sen pun," katanya.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula berkata, Anwar ternyata ketandusan isu apabila sanggup menyerang Perdana Menteri dengan gelaran itu.

"Beliau (Anwar) telah meletakkan dirinya sebagai pemimpin politik murahan dengan memaki-hamun orang lain terutama kaum sendiri di hadapan kaum lain," katanya.

Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar boleh memanggil Najib sebagai pandi kutti tetapi hakikatnya rakyat tahu Perdana Menteri tiada sifat sebegitu.

"Yang ada sifat sebegitu adalah orang yang suka menuduh orang lain," katanya.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, kenyataan kesat itu jelas membuktikan betapa rendahnya nilai moral Anwar.

"Orang yang sanggup mempolitikkan agama dan nama Tuhan sendiri akan sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya," kata beliau.

MENGAPA LIAT UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI ?

Posted: 09 May 2011 06:43 PM PDT


Hakikatnya dalam siri PRU di negara ini, peratusan keluar mengundi rakyat negara ini tidak pernah melepasi 80 peratus. Perhatikan, pada PRU 1995 dan 1999 mencatat 71 peratus, 2004 (73.5 peratus) dan 2008 (76 peratus). Berapa peratus agaknya pada PRU 13 nanti ?

Malah dari segi angka, daripada 10.7 juta pengundi berdaftar pada PRU 2008, hanya 8.1 juta orang yang keluar mengundi. Ini bermakna lebih ramai pengundi tidak berkualiti (ada hak berbuat demikian tetapi tidak ditunaikan).Persoalannya adakah yang tidak keluar mengundi itu, ahli parti atau pun tidak menyertai mana-mana parti politik?

Satu contoh di Kuantan :Kelihatan letih sungguh beberapa kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di kaunter pendaftaran pengundi baru semasa program 'Jom Heboh' di Kuantan baru-baru ini.

Bukan kerana letih apa tetapi kerana penat memanggil orang yang lalu-lalang di depan kaunter tersebut. Kalau tidak dipanggil untuk mendaftar, alamatnya tidak singgahlah. Maka tidak terisilah borang pendaftaran.

Tetapi kalau singgah pun, perasaannya separuh hati sahaja - hanya bertujuan untuk mengisi. Soal akan keluar mengundi, 100 peratus belum pasti lagi.

Itulah senario yang boleh disaksikan di kaunter pendaftaran pengundi baru di Kuantan. Ia diceritakan oleh seorang pegawai SPR kepada Utusan Malaysia sambil menyifatkan sebagai pemandangan biasa buat anak-anak muda negara ini. Apatah lagi dari kalangan kaum Melayu yang berusia 21 tahun ke atas.

Orang jenis ini jika diperhatikan dari segi keinginan untuk mendaftar pun disebabkan 'dipaksa', inikan pula dijamin untuk turun menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Yang memang pasti juga, dalam hatinya tidak ada perasaan kepentingan membuang undi untuk menentukan pucuk pimpinan negara

Realitinya, peranan media di negara ini seakan-akan tidak berfungsi untuk menyedarkan golongan muda tentang peranan dan tanggungjawab mereka untuk bukan sahaja mendaftar tetapi keluar mengundi.

Perhatikan tulisan-tulisan di dalam Harakah, Suara Keadilan, Roket dan blog-blog yang 'tumbuh bagai cendawan selepas hujan'. Tidak ada satu pun ke arah untuk memupuk kesedaran mengundi di kalangan rakyat.

Berita-berita yang terkandung dalam Harakah, tidak ada satu pun yang memuatkan laporan yang positif tentang usaha dan program transformasi kerajaan. Inikan pula menyumbang kepada percambahan minda dari segi pengetahuan kepentingan mengundi.

Rekod SPR menunjukkan peratus terbesar yang belum mendaftar sebagai pengundi mencecah 4.3 juta orang saat ini adalah orang Melayu.

Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) daripada parti politik dikatakan penyumbang utama kepada pendaftaran pengundi baru. Daripada 223,304 orang yang berjaya didaftarkan oleh SPR pada Mac lalu, sejumlah 115,989 orang datangnya daripada komitmen PPP parti politik.

Dan parti UMNO dan DAP adalah yang paling aktif membantu SPR mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun. Ia dilakukan sejak PRU 12 lalu.

Berdasarkan statistik pada Mei tahun lepas sahaja, DAP mendaftarkan sejumlah 14,000 orang manakala UMNO cuma 7,000. Namun pada Mac lepas, ia diatasi oleh UMNO.

Tentu sahaja kaedah memujuk, menjelaskan serta tarikan tertentu digunakan oleh PPP ini sehingga membolehkan nama pemilih baru berjaya dimasukkan dalam senarai.

Malah kelibat PPP daripada UMNO dan DAP mengatasi parti-parti lain di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

Maka tidak hairanlah mengapa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri membangkitkan dalam Taklimat Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 bahawa tidak ada maknanya menjadi ahli UMNO, jika nama mereka tidak ada dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya. UMNO kini mempunyai ahli mencecah 3.5 juta orang.

Ketika ini bukan UMNO sahaja menyusun strategi untuk menang PRU ke-13. Semua parti politik turut ke arah matlamat sama.

Pas tempoh hari meluluskan pelan tindakan 15 strategi bagi menghadapi PRU tersebut. Salah satu strategi ialah mendapatkan sejuta pengundi baru. Malah, pucuk pimpinan parti itu bimbang dengan potensi mereka di Selangor dan Kedah yang dianggap berada di 'ambang keruntuhan' jika tidak mempergiatkan pendaftaran pengundi baru dalam jumlah yang besar. Pas menyasarkan untuk memberi tumpuan ke atas 2.2 juta pengundi muda.

Demikian juga dengan DAP, PKR dan parti-parti lain juga semakin berkobar-kobar semangat untuk menafikan mandat yang diraih BN sejak sekian lama.

Pada tahun lepas juga, walaupun jumlah penolong pendaftar mewakili parti pembangkang jauh lebih sedikit berbanding parti komponen BN di Sarawak, namun pembangkang yang terdiri daripada DAP , PKR dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) mengatasi parti komponen BN dalam mendaftar pengundi baru sejak Januari hingga Julai.

Buat semua parti termasuk parti-parti komponen BN serta ahli UMNO gunakanlah apa sahaja medium untuk pencapaian matlamat mendaftarkan pengundi. Ini termasuk melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Dilaporkan rakyat Malaysia adalah pengguna utama bagi rangkaian laman sosial di dunia. Rakyat negara ini mempunyai paling ramai rakan dalam laman sosial. Secara puratanya mereka mempunyai kira-kira 233 rakan digital. Malah pada masa sama didapati mereka menghabiskan kira-kira sembilan jam setiap minggu melayari laman sosial.

Dengan pendaftaran pengundi yang menyeluruh, tumpuan serius dan sistematik perlu diberikan termasuk melancarkan gerak kerja khas pendaftaran pemilih terutama pemilih baru,

Renung-renungkanlah.

umno bahagian cheras

0 ulasan
sumber :-

umno bahagian cheras


‘ANWAR HADAPI PENYAKIT MORAL YANG KRONIK ‘ – SYED ALI

Posted: 09 May 2011 09:41 PM PDT

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pesakit moral yang kronik apabila menuduh Perdana Menteri sebagai 'pandy kutty ' (anak babi).

Katanya, tuduhan Anwar terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan keperibadian beliau yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Anwar yang selama ini sanggup membaca khutbah rupa-rupanya manusia keji yang tergamak mengeluarkan bahasa kesat terhadap sesama Islam," tegasnya.

Katanya, seorang Islam yang berakhlak mulia tidak akan tergamak menyamakan sesama Islam dengan haiwan yang haram di sisi agama Islam.

"Manusia yang waras tidak akan berbuat demikian, lazimnya hanya sanggup dilakukan oleh mereka yang disifatkan sebagai gila atau kurang siuman," tegasnya.

Justeru, beliau bimbang akibat sakit moral yang keterlaluan itu Anwar akan dijangkiti pula kecelaruan mental yang sukar dibendung sehingga tidak dapat membuat pertimbangan akal yang adil.

Kerana itu katanya, emosi Anwar dilihat seperti di pengaruhi oleh perasaan dendam, kecewa dan takut serta mengalami gangguan mental.

"Anwar yang kelihatan seperti dijangkiti virus gangguan mental ini jika dibiarkan amat berbahaya kepada perpaduan dan kestabilan negara," ujarnya.

Dalam hal ini tegas beliau, hanya tindakan di bawah akta ISA sahaja yang boleh mengubat penyakit Anwar daripada terus merebak.

Hanya ISA boleh ubati penyakit moral Anwar yang semakin kronik

Sehubungan itu, beliau mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Anwar kerana kata-kata kesat itu boleh mengundang kemarahan antara kaum.

Dalam ceramah politik di hadapan kaum India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu, Anwar didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil keatas Najib iaitu 'pandy kutty' yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Syed Ali berkata, selain satu penghinaan kepada Perdana Menteri, ia juga perbuatan hasutan yang boleh mengundang pertelingkahan antara agama di negara ini.

Katanya, menggambarkan seorang Islam itu sebagai sepesis haiwan yang cukup sensitif kepada umat Islam dianggap sebagai keterlaluan dan tidak bertamadun.

"Sekarang sudah terdedah bahawa Anwar adalah manusia yang mengidap penyakit moral yang selama ini bertopengkan ajaran agama untuk menutup imejnya yang begitu buruk," katanya.

Menurut Syed Ali lagi, sepanjang pengatahuannya selama berkecimpung dalam politik lebih 30 tahun, belum pernah lagi terdengar seorang pemimpin politik Melayu sanggup menggelarkan 'anak babi' kepada pemimpin Melayu yang lain.

"PAS yang selama ini amat memusuhi UMNO pun tidak pernah kedengaran pemimpinnya mengeluarkan ungkapan sedemikian rupa," katanya.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan penjelasan terbuka terhadap ungkapan biadab Anwar itu.

Dr Mohamad Khir Toyo

0 ulasan
sumber :-

Dr Mohamad Khir Toyo


Konflik Antara Agama: DAP Menangguk Di Air Yang Keruh

Posted: 09 May 2011 07:00 PM PDT

Dato Hj Rosol B Wahid

0 ulasan
sumber :-

Dato Hj Rosol B Wahid


Malang Pak Kaduk...

Posted: 10 May 2011 01:44 AM PDT

Salam bloggers...DUN Negeri sedang bersidang bermula 9 hingga 12hb Mei. Satu perkembangan yang menarik apabila fizikal dewan telah berubah wajah. Setiap YB dibekalkan dengan satu skrin komputer. Tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan dewan yang menjadikan dewan lebih selesa dan kondusif. InsyaAllah ia akan menjadi pemangkin kepada perbahasan yang lebih hebat. Sepanjang hari ini, banyak perkara hal-hal rakyat dibawa dan dibincangkan terutama hal-hal pembangunan negeri.

Perkara yang agak hangat dibangkitkan ialah isu PAS Ganti UMNO... Kita tidak dapat melihat peluang kata-kata tersebut dapat direalisasikan kerana PAS bertanding tidak melebihi separuh daripada kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Macam mana negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan yang mana majoriti menjadi kunci kemenangan. Kita beranggapan dalam hal ini kita bimbang kalau-kalau PAS menjadi Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai. Kalau di Pulau Pinang Jagdeep Sigh Deo pernah mencadangkan agar BI dijadikan bahasa rasmi Pulau Pinang. Juga difahamkan kerajaan negeri tersebut mengedarkan senarai nama kontraktor bumi untuk di'black list'...Sejauhmana ini benar tanyalah Melayu Pulau Pinang.

Fikir-fikirkanlah...

Sayap Parti

Bahagian