umno bahagian cheras |
‘ANWAR HADAPI PENYAKIT MORAL YANG KRONIK ‘ – SYED ALI Posted: 09 May 2011 09:41 PM PDT DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pesakit moral yang kronik apabila menuduh Perdana Menteri sebagai 'pandy kutty ' (anak babi). Katanya, tuduhan Anwar terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan keperibadian beliau yang bertentangan dengan ajaran Islam. "Anwar yang selama ini sanggup membaca khutbah rupa-rupanya manusia keji yang tergamak mengeluarkan bahasa kesat terhadap sesama Islam," tegasnya. Katanya, seorang Islam yang berakhlak mulia tidak akan tergamak menyamakan sesama Islam dengan haiwan yang haram di sisi agama Islam. "Manusia yang waras tidak akan berbuat demikian, lazimnya hanya sanggup dilakukan oleh mereka yang disifatkan sebagai gila atau kurang siuman," tegasnya. Justeru, beliau bimbang akibat sakit moral yang keterlaluan itu Anwar akan dijangkiti pula kecelaruan mental yang sukar dibendung sehingga tidak dapat membuat pertimbangan akal yang adil. Kerana itu katanya, emosi Anwar dilihat seperti di pengaruhi oleh perasaan dendam, kecewa dan takut serta mengalami gangguan mental. "Anwar yang kelihatan seperti dijangkiti virus gangguan mental ini jika dibiarkan amat berbahaya kepada perpaduan dan kestabilan negara," ujarnya. Dalam hal ini tegas beliau, hanya tindakan di bawah akta ISA sahaja yang boleh mengubat penyakit Anwar daripada terus merebak. Hanya ISA boleh ubati penyakit moral Anwar yang semakin kronik Sehubungan itu, beliau mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Anwar kerana kata-kata kesat itu boleh mengundang kemarahan antara kaum. Dalam ceramah politik di hadapan kaum India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu, Anwar didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil keatas Najib iaitu 'pandy kutty' yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu. Syed Ali berkata, selain satu penghinaan kepada Perdana Menteri, ia juga perbuatan hasutan yang boleh mengundang pertelingkahan antara agama di negara ini. Katanya, menggambarkan seorang Islam itu sebagai sepesis haiwan yang cukup sensitif kepada umat Islam dianggap sebagai keterlaluan dan tidak bertamadun. "Sekarang sudah terdedah bahawa Anwar adalah manusia yang mengidap penyakit moral yang selama ini bertopengkan ajaran agama untuk menutup imejnya yang begitu buruk," katanya. Menurut Syed Ali lagi, sepanjang pengatahuannya selama berkecimpung dalam politik lebih 30 tahun, belum pernah lagi terdengar seorang pemimpin politik Melayu sanggup menggelarkan 'anak babi' kepada pemimpin Melayu yang lain. "PAS yang selama ini amat memusuhi UMNO pun tidak pernah kedengaran pemimpinnya mengeluarkan ungkapan sedemikian rupa," katanya. Sehubungan itu, beliau turut mendesak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan penjelasan terbuka terhadap ungkapan biadab Anwar itu. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan