Pengikut

Nuffnang

Selasa, 3 Mei 2011

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

0 ulasan
sumber :-

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


Lawatan Ahli Parlimen Tanjong Piai Melawat Mangsa Kebakaran

Posted: 03 May 2011 11:03 AM PDT






Telah berlaku musibah kebakaran yang menimpa keluarga Puan Rapeah Binti Haji Taib. Kejadian berlaku pada 18 April 2011 Hari Isnin sekitar jam 1.00 Pagi. Dalam kejadian kebakaran tersebut, tiada satu barang pun dapat diselamatkan termasuk kelengkapan persekolahan cucunya kerana api merebak dengan cepat.

Y.B Datuk Wee Jeck Seng Selaku Ahli Parlimen Tanjong Piai telah dimaklumkan dan melawat keluarga mangsa kebakaran tersebut.

Selain itu, pihak UMNO Cawangan Rimba Terjun juga telah melancarkan Derma Kilat bagi membantu meringankan beban yang dialami keluarga mangsa yang diselia oleh Encik Abdul Kamal Bin Suboh selaku Ketua Penerangan UMNO Cawangan Rimba Terjun.

(Gambar diambil dari Facebook Y.B Datuk Wee Jeck Seng)

Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Piai

Posted: 03 May 2011 10:49 AM PDT

Tarikh : 08 Mei 2011
Hari : Ahad
Lokasi : Dewan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor

Dirasmikan Oleh:
Y.B Dato' Aziz Bin Kaprawi
Exco Pertanian Dan Industri Asas Tani Johor
ADUN Kawasan Parit Raja

Majlis Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2011

Posted: 03 May 2011 09:58 AM PDT


Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW
Pakatan Keluarga Seni Sayong 2011
Kali Ke - 8

Penerima Anugerah Tokoh Maulidurasul 2011:
Encik Abdul Kamal Bin Suboh

Jawatan :
Ketua Penerangan UMNO Cawangan Rimba Terjun
Pegawai Perhubungan RELA Mukim Rimba Terjun




Sekitar Persidangan UMNO,Pemuda,Wanita dan Puteri UMNO Cawangan Rimba Terjun

Posted: 03 May 2011 09:20 AM PDT


Tarikh Bersidang : 27 Mac 2011
Tempat Bersidang : Balai Serbaguna Kampung Rimba Terjun

Masa Bersidang:
UMNO : Jam 3.00 Petang
Pemuda,Wanita Dan Puteri : Jam 2.00 Petang

Wakil Bahagian :
UMNO : Tn. Haji Ibrahim Bin Haji Mohamad
PEMUDA : Saudara Nazrol Hassan Bin Mohd Min
WANITA : Pn. Jamatonisak Binti Haji Awang
PUTERI : Wakil Pergerakan Puteri UMNO Tanjong Piai










umno bahagian cheras

0 ulasan
sumber :-

umno bahagian cheras


‘Kerana DAP, PAS tergamak lacurkan bangsa Melayu’ – Syed Ali

Posted: 03 May 2011 12:28 AM PDT

DATUK WIRA Syed Ali Alhabshee menyifatkan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sanggup 'melacurkan' bangsanya sendiri apabila memnuduh UMNO sebagai pengkhianat Melayu, bukannya DAP.


Katanya, kenyataan Mahfuz itu seperti cuba memberitahu bahawa DAP bukannya parti rasis yang bercita-cita untuk menghapuskan kuasa politik orang Melayu.


Beliau berkata, Mahfuz sanggup menjadi keldai politik kepada DAP dalam usaha mempertahankan kuasa PAS di beberapa negeri tertentu.


"Walaupun PAS ingin menjaga hati pemimpin DAP dan kuasa politik, tetapi janganlah tergamak lacurkan masa depan orang Melayu dan umat Islam," tegasnya.

Ketua Bahagian Cheras itu menegaskan, PAS sebenarnya mengetahui agenda besar DAP untuk menjadikan Malaysia seperti Republik Singapura.

"Tetapi kerana kepentingan politik, PAS sanggup bersubahat dengan DAP, mereka inilah sebenarnya petualang kepada bangsanya sendiri," tegasnya.

Bagaimanapun Syed Ali percaya pengikut akar umbi PAS sebenarnya lebih bersifat terbuka dan tidak menjadi masalah kepada mereka jika parti itu bergabung dengan UMNO.

"Hanya pemimpin tertinggi mereka yang bermasalah, enggan berbaik dengan UMNO, sama ada kerana malu, berdendam atau pun bimbang akan hilang segala keistimewaan yang dimiliki sebelum ini," ujarnya.

Beliau juga tidak mempercayai jika tidak ada seorang pun pemimpin dan pengikut PAS yang menolak jalan kebaikan yang dipelopori oleh UMNO.

"Mungkin suara mereka tidak dengari oleh pemimpin tertinggi PAS yang sememangnya bersifat angkuh, sombong dan tidak boleh ditegur," tambahnya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Mahfuz yang menyifatkan UMNO sebagai pengkhianat Melayu yang sedang terdesak sehingga terpaksa menyarankan PAS supaya keluar daripada pakatan pembangkang.

Mahfuz jadi keldai politik DAP lacurkan masa depan Melayu


Mahfuz seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini dipetik sebagai berkata UMNO kini sudah hilang pengaruh dalam kalangan rakyat Malaysia amnya.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub turut berkata, jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar PAS menyertai BN adalah tindakan terdesak kerana parti itu gagal memperolehi sokongan masyarakat Cina.

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata Mahfuz dan Salahuddin sebenarnya 'buta' untuk melihat apa yang tersurat disebalik pelawaan tersebut.

"UMNO memlihat kepentingan seluruh orang Melayu dan umat Islam, bukannya soal kerjasama politik bersifat sementara. Ini membabitkan masa depan generasi akan datang," tegasnya.

Beliau berkata, pelawaan tersebut dibuat setelah melihat perkembangan politik semasa yang menunjukkan kedudukan orang Melayu semakin terancam.

"Lagipun kita berpendapat adalah tidak sesuai lagi untuk PAS terus kekal dalam pakatan pembangkang kerana salah seorang pemimpin mereka dikaitkan dengan isu video seks manakala DAP pula secara jelas memperjuangkan kepentingan kaum Cina," katanya.

Menurutnya lagi, adalah satu tindakan tidak bijak bagi PAS untuk terus bersekongkol dengan kalangan mereka yang rendah moralnya dan bercita-cita untuk melenyapkan ketuanan Melayu di negara ini.

JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO M’SIA HARUS DIMERTABATKAN

Posted: 02 May 2011 09:18 PM PDT

Oleh SYED MEHDHAR SYED ABDULLAH

KETIKA
berucap di majlis perasmian Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras 1 Mei lalu, saya secara terbuka menyatakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar sewajarnya diberikan jawatan didalam kebinet.


Saya mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak supaya mempertimbangkannya, bukan disebabkan faktor diri Khairy, tetapi atas sifatnya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


Jika kita sendiri yang tidak menghormati institusi Pergerakan Pemuda UMNO sebagai sayap penting parti, bagaimana pula orang luar mahu menghormati UMNO ?


Kerana itu, semua pihak harus jujur kepada perjuangan parti dengan menyisihkan kepentingan peribadi atau konflik dalaman.


Samalah ketika saya berterus-terang mengatakan bahawa semasa pemilihan jawatan Ketua Pemuda, saya tidak menyokong Khairy.


Bagaimanapun, selaku Ketua Pemuda UMNO, saya tetap menyebelahi dan berdiri teguh di belakang kepimpinan beliau demi kepentingan institusi UMNO, bukan kerana agenda peribadi.


Dalam perjuangan, kepentingan peribadi dan kepentingan institusi parti adalah dua perkara yang berbeza dan kita tidak harus mencampur - adukkannya.


Saya melihat kepentingan institusi parti harus diutamakan. Oleh sebab itu saya menjemput Khairy hadir merasmikan persidangan tersebut pada tahun ini.


Saya juga turut bersetuju dengan pandangan diutarakan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang bersependapat amat wajar Khairy berada di dalam kabinet Najib.


Kewajaran itu bukan kerana Khairy menantu bekas Perdana Menteri, tetapi mengambil kira kedudukannya selaku Ketua Pemuda yang dipilih oleh ahli-ahli setelah mencipta kemenangan menerusi pertandingan tiga penjuru.


Pada hemat saya, Khairy berada di dalam situasi amat sukar apabila tidak berada di dalam kerajaan.


Suaranya tidak didengari dan pandangannya mungkin tidak dihormati.


Bukan kerana Khairy, tetepi institusi UMNO


Inilah dilema yang saya lihat berlaku kepada Khairy apabila dia tidak diberikan peluang memegang jawatan menteri atau timbalan menteri di dalam kabinet Najib hari ini.


Saya melihat hubungan Khairy ' agak terputus' dengan suara kepimpinan parti dan kerajaan di peringkat tertinggi dan menyukarkan beliau untuk menterjemahkan kepada peringkat akar umbi atau kumpulan sasaran.


Sekadar Ahli Parlimen Rembau yang mempunyai ruang yang agak terbatas untuk bercakap di Dewan Rakyat, saya lihat tidak memadai dengan jawatannya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


Ini bermakna terlalu payah bagi Khairy untuk memanjangkan keluhan, pandangan atau cadangan ahli-ahli pemuda UMNO kepada kerajaan termasuk kepada kepimpinan parti.


Oleh sebab itu, ada dikalangan pemuda UMNO yang berasakan Khairy tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibanggakan atau dijadikan tempat mereka bergantung harap.


Dalam pada itu, secara jujurnya saya mengatakan bahawa Khairy juga perlu berubah dan bermuhasabah diri.


Banyak cakap-cakap yang tersebar luas kononnya beliau sukar didekati. Ada yang mendakwa Khairy terlalu payah dihubungi. Panggilan telefon sukar untuk dijawab apatah lagi sekadar untuk membalas sistem pesanan ringkas (SMS).


Semuanya berkisar kepada Khairy yang disifatkan terlalu elit dan tidak mudah untuk bersama golongan marhem.


Lantaran itu sekelompok pemuda didakwa amat kecewa dengan gaya kepimpinan beliau.


Secara berterus-terang ingin saya tegaskan bahawa Khairy juga terlalu payah untuk bertemu mata dan berbincang dengan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian.


Sebagai contohnya, saya dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, tetapi saya seumpama 'tunggul' yang tidak pernah diajak berbincang.


Inilah kelemahan yang ada pada Khairy dan beliau sepatutnya sudah lama berubah sikap kerana zaman kepimpian Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah berlalu dan kini zaman Najib selaku Presiden UMNO.


Saya juga bersetuju dengan teguran yang dibuat oleh Syed Ali yang mendakwa barisan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini agak lemah dan longlai.


Barisan EXCO yang longlai tidak turun padang


Barisan Exconya yang tidak bersatu amat terserlah bilamana mereka dilihat jarang bersama Khairy.


Seolah-olah mereka sengaja membiarkan Khairy keseorangan.


Malah ada di kalangan ahli-ahli UMNO yang mendakwa sejak memenangi kerusi EXCO, mereka dikatakan tidak pernah mengunjungi bahagian-bahagian UMNO untuk merapatkan saf pergerakan pemuda UMNO di akar umbi.


Sebagai contohnya, setiap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian mempunyai seorang ahli EXCO Pemuda sebagai 'abang angkat'.


Tetapi yang mendukacitakannya abang angkat itu tidak pernah pun memijak kaki ke bahagian terutamanya di bahagian Cheras.


Malah yang paling menyedihkan ahli-ahli pemuda UMNO Bahagian Cheras termasuk saya sendiri sehingga sekarang tidak mengenali siapa sebenarnya EXCO yang kononnya sebagai 'abang angkat'.


Ini bermakna fungsi 'abang angkat' itu sekadar cerita khayalan untuk menyedapkan hati pucuk pimpinan parti.

Saya juga melihat barisan EXCO termasuk yang dilantik oleh Khairy tidak mempunyai kekuatan tersendiri.


Sebagai contohnya, mereka gagal menonjolkan diri sebagai pemimpin yang memiliki kepayaan untuk berhujah mematahkan serangan pembangkang.


Barisan EXCO sepatutnya berada di barisan depan, tetapi apabila berdepan dengan serangan pembangkang, mereka menyembunyikan diri di bahagian belakang.


Barisan EXCO hari ini tidak menonjolkan karisma kepimpinan yang boleh dijadikan contoh oleh anak-anak muda.


Mereka tidak berupaya menjadikan kepimpinan mereka sebagai teras kekuatan parti, sebaliknya hanya sekadar penghias majlis.


Inilah sitausi yang berlaku dalam kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pimpinan Khairy yang perlu diubah segera jika inginkan kepada kekuatan baru bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Kelemahan sebeginilah yang harus diperbaiki oleh Khairy jika beliau mahu dilihat sebagai ketua pemuda yang bertanggungjawab dan mempunyai kekuatan.


Jika Khairy ikhlas mahukan institusi pemuda UMNO menjadi wadah terbaik kepada anak-anak muda dan generasi pelapis, maka beliau juga perlu mengubah pendekatan dan penampilannya.


Khairy juga perlu ubah sikap



Saya bercakap atas soal kebenaran. Mana yang elok saya katakan betul dan mana yang dilihat janggal dan salah, tetap saya menentangnya walaupun saya akan dilebelkan sebagai menentang arus.


Berpegang kepada prinsip perjuangan dan amanah yang dipertanggungjawabkan, saya tetap memperjuangkan kebenaran walaupun ternyata ianya amat pahit untuk ditelan.


Saya suka berterus-terang sepertimana Syed Ali yang tidak pernah takut untuk bercakap jika yakin berada di landasan kebenaran.


Dalam hal pemuda UMNO, saya tetap mahukan Khairy diberikan jawatan di dalam kabinet Najib bagi menghormati jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam isntitusi kepartian, tetapi kelemahan dalam kepimpinan Khairy tidak akan saya sembunyikan jika ianya mendatangkan kerugian kepada parti.


Berdasarkan kepada itulah, saya beranggapan bahawa kesudian Khairy merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Chears 1 Mei lalu, kerana beliau memahami prinsip perjuangan saya.


Sehubungan itu, saya berterima kasih kepada Khairy kerana sanggup hadir ke Cheras walaupun secara peribadinya menyedari saya tidak menyebelahi beliau pada suatu ketika.


Inilah matangnya kita berpolitik, antara kepentingan peribadi dan institusi UMNO dapat kita bezakan untuk berada dalam satu saf perjuangan!

Apo Kono Eh Jang!

0 ulasan
sumber :-

Apo Kono Eh Jang!


Ujian Poligraf patut diwajibkan kepada Anwar.

Posted: 03 May 2011 07:07 AM PDT

"Kalau Datuk T betul, saya cadangkan adakan ujian poligraf untuk memastikan mereka tidak berbohong mengenai isu video aksi seks. Ujian perlu dilakukan secara terbuka dengan dihadiri panel-panel pakar."

Itu kata Husam Musa, anak didik Anwar yang dihantar bertapa dalam PAS untuk menghancurkan parti tu dari dalam. Tapi cuba fikirkan, adakah jemaah PAS akan menerima kenyataan sekiranya ujian poligraf Eskay menunjukkan dia bercakap benar tentang Anwar?

Mesti alasan-alasan wajib akan dikeluarkan oleh para penyokong PAS bahawa mesin poligraf tersebut telah disabotaj oleh UMNO. Jika tidak pun, panel-panel Pakar yang mengawasi mesin pencegah bohong tu dituduh berkomplot dengan UMNO untuk menjatuhkan Anwar.

Biasalah, sudah menjadi lumrah kepada jemaah PAS dan penyokong Pakatan untuk menuduh UMNO diatas segala apa musibah yang melanda mereka.

Sebenarnya, Husam timbulkan cadangan ini kerana dia tak mempercayai sumpah laknat yang dilakukan oleh Eskay baru-baru ini. Dia juga mahu kenyataan Eskay berkenaan video seks Anwar dipastikan benar-benar terhindar dari sebarang kepentingan politik murahan.

Malangnya, Husam terlupa untuk menyuruh Anwar turut sama dalam ujian poligraf tersebut. Rakyat mesti hendak mengetahui sama ada Anwar berbohong atau tidak berkenaan banyak kenyataannya mengenai pelbagai isu.

Jadi, bukan sahaja Eskay yang wajib melakukan ujian pengesan bohong, tetapi Anwar juga patut diwajibkan bersama-sama Eskay menjalani ujian tersebut. Ini bagi menjamin keadilan terhadap semua pihak dan juga rakyat yang berhak mengetahui kebenarannya.

Lebih menarik lagi jika Ujian tersebut dilakukan secara langsung dan disiarkan dalam media perdana ke seluruh negara. Pada masa itu barulah kita akan mengetahui siapa yang betul dan siapa yang salah.

Selain dari Anwar dan Eskay, ujian pengesan bohong juga perlu dilakukan kepada Wan Azizah.

Selama ini dia selalu menafikan segala perkara yang buruk terhadap Anwar. Malah baru-baru ini di Bukit Mertajam, Wan Azizah telah sekali lagi menafikan lelaki dalam video seks itu bukan Anwar.

Padahal, ketika ditanya oleh media apakah Wan Azizah telah melihat video tersebut, dia mengatakan tak perlu lihat video sebab dia yakin Anwar takkan melakukan perkara sedemikian rupa.

Bagaimana wan Azizah boleh begitu yakin? Sedangkan pantai pun boleh berubah, inikan pula perangai manusia. Tambah-tambah manusia sesumpah seperti Anwar Ibrahim. Bukan sekali dua dia membohongi rakyat Malaysia, tetapi dah tak terkira banyaknya..

Wan Azizah sebenarnya hendak memperbodohkan siapa? Apakah dia ingat suami nya manusia anugerah tuhan, maka dia boleh lakukan apa saja untuk menipu rakyat Malaysia? Mungkin penyokong PKR yang semakin mengecil bilangannya itu mampu diperdaya oleh Azizah, tapi bukan seluruh rakyat Malaysia.

Jadi, cadangan ujian Poligraf oleh Husam Musa ini dilihat amat bertepatan masanya. Semua pihak yang ada kaitan dengan video seks lelaki mirip Anwar itu harus mengambil ujian tersebut. Ini akan memudahkan lagi rakyat untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang suka berbohong.

PAS memburukkan imej Islam.

Posted: 02 May 2011 06:20 PM PDT

Kadang-kadang, pelik pulak bila melihatkan perangai lebai-lebai yang berserban dan berjubah labuh dalam PAS ni semua. Bila ada sesuatu benda yang tak kena saja dimata mereka berkaitan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan, laju saja mereka keluarkan komen dan pelbagai fatwa untuk burukkan imej pemerintah.

Tapi, bila kena pada pemimpin dalam gerombolan mereka sendiri, tak pulak mereka nak bising atau cari media untuk komen. Kalau boleh, mereka nak sorokkan saja kepala mereka di bawah jubah labuh yang mereka pakai untuk elakkan dari orang bertanya pendapat mereka.

Macam ni ke yang dikatakan pemimpin yang adil didalam PAS. Mengamalkan perjuangan Islam apa kebendanya kalau hal yang salah pun mereka bersikap pilih kasih? Mana ada Islam ajar cara berpolitik yang macam diamalkan oleh lebai-lebai PAS ni semua?

Janganlah kita kira apa yang berlaku sekarang ni.., cukuplah kalau kita tengok perangai lebai-lebai PAS yang bukan main lagi tunjuk alim kucing depan rakyat, tapi sebenarnya mereka jadi pelindung kepada perbuatan maksiat Ketua Pakatan dan kroni mereka.

Cuba kita tanya kepada Ustaz PAS yang juga merupakan bekas Imam besar masjid negara, Taib Azamuddin…, kenapa dia diamkan pasal aduan yang pernah dibuat oleh mangsa liwat Anwar Ibrahim.

Kenapa Taib Azamuddin tak bagi nasihat atau buat aduan kepada pihak berwajib pasal tabiat Awar?
Inilah yang dikatakan ular dalam semak saja banyak dalam PAS, ulamak susah nak jumpa dalam parti yang mengaku perjuangkan Islam tu. Ingatkan bekas imam besar tu boleh bagi panduan dan bimbingan pada Anwar, rupanya lebai PAS tu tak ada beza langsung dengan Karpal Singh dalam DAP.

Kalau kafir macam Karpal tu sokong Anwar, kita boleh faham kerana dia memang gilakan kuasa dan nak gunakan Anwar untuk dapatkan kuasa tu. Tapi yang cerdik agama macam Taib Azamuddin tu sokong kenapa pulak? Kata perjuangkan kebenaran dak nak tegakkan keadilan Islam, tapi boleh pulak sorokkan kebenaran dari rakyat.

Kita tanya pula kepada Nik Aziz, kenapa dia sanggup tutup mata bila pemimpin DAP mempermainkan Islam dan juga memperlekehkan rumah ibadat orang Islam? Nik Aziz sanggup bela Nga Kor Meng, Elizabeth Wong dan juga Teo Ni Ching yang terang-terang kafir tapi orang tua ni tak mau berkerjasama dengan pemimpin Islam UMNO.

Pemimpin UMNO dan kerajaan buat seribu kebaikan sekalipun, Nik Aziz akan tetap kata salah dan tak betul. Kalau kafir-kafir dalam DAP buat.., yang salah pun akan jadi benar dan mulia. Kenapa Nik Aziz tutup pintu hati dia untuk menerima kebaikan dan usaha mulia yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan?

Nik Aziz sanggup menerima Anwar yang terbukti pengkhianat kepada rakyat tetapi dia tolak DS Najib yang berusaha memakmurkan negara. Bila ada kekhilafan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO, amat keras kecaman dari Nik Aziz dan kadang-kadang buruk benar fatwa yang dikeluarkannya.

Tapi bila dengan Anwar, semuanya lunak hinggakan lebih lembut gigi tuanya dari lidah. Apa hebatnya Anwar dan pemimpin DAP di mata Nik Aziz? Dan apa kejinya pemimpin muslim UMNO pada pandangan Mursyidul Am PAS itu? Apa sebabnya Nik Aziz benci sangat pada UMNO dan kerajaan BN?

Sebabnya hanya satu sahaja.. Nik Aziz sebenarnya gilakan kedudukan dalam pentadbiran negara dan mungkin dah bersumpah untuk jatuhkan kerajaan UMNO/BN sampai ke akhir hayat dia. Pasal itulah seboleh-bolehnya dia akan laknatkan UMNO supaya pengikutnya benci kepada UMNO buat selamanya.

Semua mereka-mereka ni sanggup biarkan rakyat tertipu dengan menyembunyikan perkara sebenar yang berlaku. Inilah yang dikatakan politik keji diamalkan dalam PAS. Mereka tak peduli kalau rakyat terus dipermainkan dan juga fitnah berleluasa. Yang mereka peduli, hanya memenuhi matlamat politik peribadi mereka sahaja.

Fitnah secara terang- terangan terhadap DS Najib yang dikaitkan dengan wanita mongolia sanggup mereka percaya. Tetapi salahlaku Anwar yang disokong dengan sumpah mubahalah serta video cctv, tak pula mereka nak terima. Disebabkan ketaksuban melampau.., pemimpin-pemimpin sebeginilah yang akan menghancurkan masyarakat.

Penyokong Anwar umpama lembu dikandang..

Posted: 02 May 2011 06:18 PM PDT

Dimata penyokong Pakatan khususnya ahli jumud PAS, Anwar mana pernah bersalah dan melakukan dosa. Kalau Nik Aziz dorang anggap sebagai wali dalam PAS, Anwar pula dah macam keramat hidup yang berimej alim serta warak.

Tengok saja lah apa yang berlaku sekarang ni.., semua penyokong taksub Anwar akan tolak mentah-mentah apa saja perkara yang dorang fikir boleh jejaskan imej dan kredibiliti Anwar. Soal salah atau betul, semua dah diketepikan semata-mata kerana sifat taksub melampau pada Anwar.

Mungkin hati penyokong taksub Pakatan ni semua dah gelap dan buta. Sebab itulah dorang bertaklid bahawa Anwar langsung tak pernah salah dalam apa jua yang didedahkan. Fahaman taksub dorang ni dah menjadikan Anwar tu maksum dan juga kebal dari apa juga persepsi buruk politik.

Herannya, semua sifat taksub melampau ni dihalalkan pulak oleh ulamak-ulamak PAS. Cuba tanya Nik Aziz atau Hadi Awang.., apa hukumnya seseorang tu wala' melampau dan juga taksub membabi buta kepada manusia? Mesti ulamak-ulamak kangkung ni akan kata tak salah asalkan manusia tu masuh sokong PAS.

Pasal ni lah Mat Sabu yang dulunya bukan main lagi kata Anwar tu pelaku maksiat masa dalam UMNO, mula rapat dan baik dengan Anwar selepas lelaki Y tu menyokong PAS dan jadi Ketua Umum Pakatan.

Padahal sebelum ni Mat Sabu yang gelarkan Anwar tu sebagai Al Juburi. Semua ni pasal apa? Pasal gila kuasa dan kedudukan saja sebenarnya.

Inilah perangai jumud pengikut PAS dan penyokong Pakatan. Saiful dah bersumpah Mubahalah.., Eskay pun dah buat sumpah laknat.. Tapi Anwar jugak masih degil tak mau bersumpah untuk bersihkan dirinya.

Kalau masa Saiful bersumpah dulu.., Anwar bagi alasan Syeikh Al Qardawi tak bagi dia bersumpah.. Sekarang ni bila Eskay berbersumpah, mungkin Anwar bagi alasan yang Syeikh Al Qarpal Singh pulak yang halang dia buat sumpah di masjid.

Anwar ni memang betul la jenis manusia yang tak sedar diri. Ditambah pulak dengan pengikut taksub dia yang percayakan dan menyokong dia mengalahkan Nabi, makin bertambahlah besar kepala Anwar membohong rakyat disana sini. Semua apa yang Anwar buat, akan diwar-warkan sebagai betul dan bagus.

Pendek kata, kalau Anwar terjatuh dari kuda pun dorang akan salahkan kuda yang ditonggang. Kalau Anwar terkena cirit lepas makan pun dorang akan salahkan tukang masak. Dan kalau anwar tersepak batu pun dia akan salahkan orang lain…, kenapa biarkan batu bersepah hingga menyebabkan Anwar terjatuh.

Bila Anwar didakwa meliwat Saiful, penyokong dia tuduh Saiful yang salah sebab merelakan Anwar meliwatnya. Bila video seks Anwar terdedah, penyokong dia kata bukan Anwar yang salah, tapi semuanya salah kerajaan sebab biarkan penyebaran video tersebut. Nampak tak taksub kepada Anwar dah menyesatkan penyokong-penyokong Pakatan?

Jadi, apa bezannya penyokong Pakatan dengan lembu-lembu yang berkeliaran dalam kandang? Kalau lembu dicucuk hidung dan diheret oleh tuannya, macam tu lah juga pengikut Anwar. Bukan saja dorang dah dicucuk hidung, tapi dorang juga sanggup ditipu seumur hidup oleh pengamal maksiat seperti Anwar!

Sayap Parti

Bahagian