Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 30 April 2011

Hamidah Osman

0 ulasan
sumber :-

Hamidah Osman


Sampai bila Anwar harus bersandiwara

Posted: 30 Apr 2011 04:53 PM PDT







''CUKUP-CUKUPLAH Anwar dengan sikap pura-pura kamu. Cukup-cukuplah memfitnah orang lain demi menutup kesalahan kamu." Kata-kata ini dilafazkan oleh Ezam Mohd. Noor yang suatu ketika dulu bukan sahaja menjadi sahabat Anwar, malahan sanggup masuk lokap dan penjara semata-mata demi mempertahankan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Sememangnya Ezam adalah antara insan yang paling layak untuk menasihatkan Anwar untuk menghentikan sandiwaranya yang menjadikan arena politik negara sebagai medan bagi mempertahankan dirinya daripada segala tuduhan berkaitan dengan masalah moral yang dihadapinya.

Walaupun pelbagai bukti semakin jelas tidak menyebelahinya namun Anwar tidak mahu menunjukkan tanda-tanda hendak mengalah. Sebaliknya demi cita-cita politiknya untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar mempertaruhkan segala-galanya demi mempertahankan dirinya.

Anwar tidak mahu mengambil jalan mudah iaitu meletakkan jawatan dan berundur sekali gus untuk mententeramkan kembali arena politik negara. Sokongan membuta tuli yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin DAP dan Pas pula memberikan semangat kepada Anwar untuk terus bersandiwara.

Bagi Anwar sejak tahun 1998, beliau sentiasa menganggap dirinya suci dan bersih, jauh daripada dosa-dosa yang dikaitkan dengan dirinya. Kepada Anwar, apa juga tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah konspirasi, fitnah dan mainan politik yang amat menjijikkan.

Walaupun pada tahun 1998 hingga 2004, Anwar berjaya mempengaruhi ramai orang untuk mempercayai hujah tersebut tetapi sekarang suasana sudah berbeza.

Satu demi satu tuduhan yang dihadapinya memungkinkan ramai yang berfikir semula apakah ia benar-benar satu konspirasi atau begitulah wajah sebenar Anwar yang dianggap isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai anugerah tuhan.

Sebab itulah ceramah-ceramah Anwar semakin hari semakin kurang sambutannya walaupun Anwar berucap dengan penuh nada amarah. Yang mengangguk dan bertepuk tangan di hadapannya adalah terdiri daripada insan-insan yang seolah-olah sudah ditutup pintu hati mereka untuk melihat kebenaran.

Apa yang menjadi persoalannya ia kejujuran Anwar yang cuba mengangkat dirinya sebagai pembela rakyat sejati dengan sokongan rakan-rakan sekutunya seperti DAP dan Pas. Jika Anwar benar-benar mementingkan kehidupan rakyat, beliau tidak akan mengheret mereka untuk turut sama-sama terjebak dalam dakwaan moral yang dihadapinya.

Pemimpin dan ahli DAP serta Pas pula terus menyokong Anwar kerana mereka begitu percaya bahawa hanya Anwar sahaja yang boleh menyatukan mereka. Bagi mereka, kalau Anwar tidak ada maka ranaplah pakatan pembangkang.

Jelaslah matlamat mereka hanyalah untuk merebut kuasa dan bukan benar-benar bertujuan bagi membela nasib rakyat.

Imej Malaysia pula tercalar hanya kerana mainan politik yang tidak berkesudahan oleh Anwar. Segala-galanya hanya kerana Anwar ingin memperjuangkan nasib dirinya yang cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri tersekat di tengah jalan.

Keadaan lebih malang berlaku kepada orang Melayu yang terus berpecah belah kerana pandangan yang berbeza terhadap apa yang berlaku ke atas Anwar. Kesudahannya kita menjadi lemah dan ini memberi kesempatan kepada pihak lain untuk memperkukuhkan kedudukannya.

Walaupun ada cadangan bahawa polemik yang berlaku termasuklah rakaman video seks yang dikatakan mirip Anwar diselesaikan melalui cara Islam namun semuanya dipandang serong dan dipolitikkan. Anwar menolak mentah-mentah manakala pihak yang menyokongnya mengeluarkan pelbagai hujah bagi mempertahankan keengganan Anwar untuk bersumpah.

Malahan mereka memberi hujah bahawa dalam Islam kita dilarang membuka aib orang. ''Hakikatnya keaiban itu datang dari siapa kalau bukan Anwar sendiri? Kalau dia tidak lakukan perkara terkutuk dan tiada bukti sebegini, adakah media akan paparkan semua ini,'' kata Ezam.

Pokok pangkalnya jika Anwar seorang pemimpin yang baik sudah tentu beliau tidak akan membiarkan arena politik negara menjadi tidak tenteram dan kucar-kacir hanya kerana isu beliau seorang, tetapi Anwar tidak bersikap demikian.

Justeru wajarkah pemimpin seumpama ini terus dibela atau disokong sedangkan beliau sendiri menolak banyak laluan bagi membolehkan namanya dibersihkan.

Atas sebab itulah, kepada mereka yang masih menyokong Anwar, masanya sudah tiba untuk mereka mencari kebenaran.

Kalau pun mereka tidak mahu menerima hujah manusia maka sebagai orang Islam kembalilah ke jalan Allah untuk memohon petunjuk dan hidayah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan bumi.

Tiada gunanya dari hari ke hari, kita seolah-olah melakukan dosa kering apabila cuba menafikan kebenaran semata-mata kerana ketaksuban atau berikutan fahaman politik berbeza.

Arena politik negara tidak seharusnya dibiarkan terus berada dalam keadaan tidak stabil hanya semata-mata kerana insan bernama Anwar Ibrahim.

Kalau benarlah Anwar yakin bahawa beliau telah difitnah dan dianiaya berikutan kononnya BN dan UMNO terlalu takut dengan kehebatan beliau berpolitik, maka berserahlah kepada Allah SWT.

Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama orang yang benar dan mereka yang dianiaya tidak ada hijab antara dia dan Allah SWT.

Oleh itu Anwar perlu mengambil kesempatan untuk membuktikan dirinya teraniaya dan bukannya berdolak-dalik sehinggakan wartawan pun mahu dimaki hamun kerana bertanya soalan.

Anwar tidak perlu emosional atau tertekan jika beliau berada di pihak yang benar tetapi daripada segala tindak-tanduk dan bukti setakat ini, seolah-olah hanya satu sahaja yang perlu dilakukan oleh Anwar seperti mana nasihat Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, ''Bertaubatlah dan ambil sikap memperbaiki diri."


Oleh Zulkiflee Bakar

Menanti Pengakuan Anwar

Posted: 30 Apr 2011 04:40 PM PDT






BANYAK perkembangan menarik sepanjang minggu ini. Paling mendapat perhatian ialah mubahalah atau sumpah laknat oleh Shazryl Eskay Abdullah, bekas rakan karib, Anwar Ibrahim di sebuah masjid di Sentul, Kuala Lumpur, kelmarin.

Sumpah itu dilakukan bagi membuktikan Anwar adalah pelaku di dalam video seks melibatkan seorang pelacur.

Biarpun dihalang oleh sekumpulan penyokong Anwar dan ahli PKR, beliau tetap meneruskannya. Eskay bersama Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim menghadapi detik yang cemas dalam kejadian semalam angkara ahli PKR termasuk bukan Islam merempuh masuk ke dalam masjid untuk mengagalkan upacara sumpah laknat itu.

Awang tidak faham kebodohan para penyokong Anwar terutama segelintir ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR. Untuk apa menghalang upacara itu kerana Islam membenarkan umatnya berbuat demikian jika perlu? Kalau Anwar dan sesiapa dalam PKR mahu bersumpah laknat juga tidak wajar dihalang.

Sudahlah pemimpin PKR itu takut bersumpah laknat, janganlah menghalang orang lain bersumpah. Mana-mana orang Islam tidak boleh membenarkan keadaan di mana orang yang mahu menegakkan kebenaran, dimusuhi sedangkan orang yang melakukan maksiat serta penipuan dijulang.

Ini budaya songsang yang bercanggah dengan ajaran Islam. Awang pun tidak tahu berapa lama lagi para penyokong Anwar yang taksub ini akan terus tertipu. Dalam kejadian kelmarin, jika pun Anwar mengarahkan mereka membuat kacau, janganlah sampai mencemari kesucian masjid. Ada penyokong PKR dari kalangan bukan Islam memekik melolong di dewan solat.

Sebenarnya suasana seperti itulah yang mahu Anwar cetuskan sebagai usaha menyelamatkan dirinya. Beliau akan mengheret masyarakat atas isu moral yang beliau sendiri terjebak.

Orang tertentu yang 'berseronok' melakukan maksiat, orang lain dan rakyat pula yang mahu dijadikan perisai. Awang dapat tahu, lebih banyak demonstrasi dan bantahan liar akan diadakan oleh PKR selepas ini untuk menaikkan suhu politik negara.

Kepada Eskay, Awang bersyukur atas keberaniannya untuk menegakkan kebenaran. Dalam SMS beliau kepada beberapa kenalan ketika suasana kecoh di masjid semalam, Eskay memberitahu, beliau akan tetap bersumpah laknat biarpun berdepan dengan ancaman maut.

Ketika Anwar asyik memberi helah untuk tidak bersumpah dan enggan memberikan sampel DNA (bagi satu kes yang lain), Eskay menampakkan keyakinannya. Itulah juga keyakinan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

Bekas pembantu peribadi itu turut membuat sumpah laknat meskipun dicemuh oleh penyokong Anwar. Bagi insan kerdil seperti Saiful, terasa amat getir mencari keadilan tetapi digagahi jua. Awang tabik.

Video seks versi penuh perlakuan seks seorang pemimpin pembangkang mirip Anwar Ibrahim sudah beredar di pasaran. Awang bukanlah mahu mendahului pihak berkuasa dalam membuat penilaian.

Tetapi berdasarkan reaksi ramai terhadap rakaman versi penuh, rata-rata mengaitkannya dengan Anwar dan bukannya orang lain.

Rakyat adalah hakim terbaik. Lebih-lebih lagi dalam zaman sekarang, rakyat semakin bijak dan berani dalam membuat penilaian. Anwar harus menerima hakikat ini. Beliau boleh membuat penafian tetapi kebenaran tetap kebenaran.

Apatah lagi terdapat laporan memetik sumber polis baru-baru ini bahawa Anwar adalah orang yang melakukan seks dalam video berkenaan. Ini berdasarkan kajian forensik yang dilakukan di Korea Selatan.

Walaupun kenyataan rasmi mengenainya belum diumumkan tetapi banyak petunjuk semakin jelas bahawa Anwar adalah orangnya.

Keengganan beliau melakukan sumpah laknat, misteri kehilangan jam Omega, tiada kemas kini dalam interaksi twitter beliau dan penjelasan yang meragukan, makin tidak memihak kepada beliau.

Persoalannya sampai bila Anwar mahu menafikannya? Lagi lama beliau berbuat demikian, ia akan memberi kesan amat buruk kepada beliau, keluarga serta partinya.

Apatah lagi, desas-desus beliau dikatakan mempunyai skandal bersama beberapa lelaki dan wanita termasuk isteri seorang pemimpin, terus menjadi bualan hangat.

Ambillah iktibar daripada ramai tokoh yang pernah terjebak dalam skandal seks sama ada dengan wanita mahupun yang sejenis.

Chua Soi Lek (kini Presiden MCA) tidak mengambil masa yang panjang untuk membuat pengakuan. Beliau malah meminta maaf. Isterinya memaafkan beliau dan hari ini, Soi Lek kembali di persada kuasa parti itu.

Awang masih ingat bagaimana pemimpin DAP, Karpal Singh pernah memuji tindakan Soi Lek. Pada hari ini, Karpal sepatutnya meminta Anwar mencontohi Soi Lek.

Di luar negara, Presiden Amerika Syarikat (AS) Bill Clinton turut mengaku selepas skandal seksnya bersama Monica Lewinsky terdedah. Clinton memohon maaf dan menyifatkannya sebagai kesilapan moral yang teruk. Atas pengakuan itu, isterinya, Hillary memaafkan beliau.

Seorang lagi, Gabenor New York, Eliot Spitzer membuat pengakuan terlibat skandal seks dengan pelacur walaupun pada mulanya menafikan. Isterinya turut memaafkan beliau selepas pengakuan itu.

Perdana Menteri, John Major pernah menggemparkan negara itu apabila mengakui mempunyai hubungan cinta terlarang dengan seorang bekas menteri Kabinet wanita. Major terselamat kerana isterinya, Norma memaafkan beliau.

Awang percaya, jika Anwar membuat pengakuan, Wan Azizah tidak akan menghadapi masalah untuk memaafkan suaminya itu yang pernah disifatkan sebagai anugerah Allah.

Mengaku, bertaubat dan memohon maaf atas perbuatan yang terkutuk akan dapat membantu dalam proses membersihkan jiwa seseorang. Sebagai orang Islam, Anwar patut lebih tahu hal itu.

Di Barat, ia bukan sekadar tuntutan agama malah menjadi pegangan nilai. Pernah beberapa menteri di United Kingdom di bawar era Tony Blair meletakkan jawatan

Selepas skandal seks sejenis (gay) didedahkan pada 1998. Ron Davies misalnya mengakui bahawa dia adalah gay. Seorang lagi yang mengaku gay ialah Menteri Pertanian ketika itu, Nick Brown.

Satu lagi kisah yang menarik melibatkan Menteri New South Wales, Australia, David Campbell setelah kecenderungan seks luar tabiinya terdedah. Campbell akhirnya mengakui beliau telah berselindung mengenai naluri songsangnya selama 25 tahun.

Kesemua politikus yang terlibat skandal itu cukup budiman. Mereka tidak sedikitpun menyalahkan kerajaan atau musuh-musuh politik. Apatah lagi untuk menuduh pihak lain melakukan konspirasi.

Banyak lagi tokoh dan personaliti dunia seperti bintang golf, Tiger Wood dan pengacara David Letterman tampil berani membuat pengakuan terlibat skandal seks. Harga diri mereka adalah pada keberanian untuk mengakui perbuatan.

Tetapi ada juga beberapa kes tokoh yang tidak mahu membuat pengakuan walaupun terdapat bukti kukuh. Salah seorang daripadanya ialah bekas Presiden pertama Zimbabwe, Canaan Sodindo Banana, yang pernah menjadi paderi Kristian.

Beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat pegawai peribadinya Jefta Dube pada 1998. Banana kemudiannya didapati bersalah atas 11 kesalahan meliwat, cubaan meliwat dan berkelakuan tidak senonoh.

Dia akhirnya meninggal dunia akibat kanser namun tetap tidak mengaku terlibat dalam semua pertuduhan walaupun bukti sangat jelas.

Ramai pemerhati melihat, Banana melepaskan kesempatan untuk mendapat sedikit rasa hormat daripada rakyat dan generasi terkemudian. Awang tidak pasti yang mana satu jalan yang Anwar pilih - sama ada akhirnya akan mengaku atau terus bersandiwara menafikan sehingga penghujung hayat.

Bisik-Bisik Awang Selamat

umno bahagian cheras

0 ulasan
sumber :-

umno bahagian cheras


PKR buat kecoh di masjid ; UMNO Cheras buat laporan polis

Posted: 30 Apr 2011 08:05 AM PDT

SATU laporan polis telah dibuat oleh UMNO Bahagian Cheras lewat petang tadi berhubung kekecohan di masjid Amrul Al-As, Bandar Baru Sentul berikutan sumpah laknat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Kira-kira 50 orang termasuk ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Cheras diketuai timbalan ketuanya, Datuk Mahadi Haji Abdul Shukor berada di Balai Polis Cheras kira-kira pukul 5 petang.

Laporan polis dibuat oleh Mahadi berikutan tindakan penyokong PKR diketuai Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar menimbulkan kekcohan dan provokasi sebelum Eskay melakukan sumpah laknat di masjid berkenaan.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Mohd. Idrus Mohd. Isah memberitahu, laporan dibuat kerana perbuatan penyokong PKR itu turut mencemarkan masjid sebagai rumah Allah.

"Dalam laporan tersebut, Mahadi (Datuk) meminta pihak polis segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas bagi mengelak perkara yang sama berulang,"katanya.

Beliau memberitahu, laporan berita TV3 pada 29 April lalu mengenai kejadian tersebut amat memalukan seluruh umat Islam.

Sumpah laknat : Itu urusan Eskay dengan Allah SWT – Syed Ali

Posted: 29 Apr 2011 10:10 PM PDT

DISEBALIK keberanian Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat, tindakan segelintir penyokong PKR membuat kecoh di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul petang semalam jelas membutkikan mereka tidak menghormati kemuliaan masjid sebagai rumah Allah.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang kesal dengan kejadian itu menegaskan perbuatan tersebut sepatutnya tidak dilakukan oleh orang Islam.

"Siapa akan berasa malu apabila melihat segelintir orang Islam membuat kecoh di dalam masjid dan enggan mematuhi arahan dikeluarkan oleh pihak penguasa masjid berkenaan," katanya.

Katanya, sikap biadap dengan menjerit-jerit di dalam masjid memperlihatkan mereka terlalu taksub kepada seseorang pemimpin sehingga sukar untuk menerima kebenaran.

"Itu adalah urusan Eskay dengan Allah S.W.T, kita tak boleh halang, begitu juga jika Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan bersumpah laknat, kita juga tidak boleh paksa beliau," tegasnya.

Menurutnya, soal sumpah laknat yang dilakukan oleh Eskay adalah urusan peribadi beliau berhubung klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang.

Katanya, Eskay berbuat demikian bagi membuktikan kebenaran dakwaan beliau sebelum ini bahawa pelaku dalam klip video berkenaan adalah Anwar, yang juga Penasihat PKR.

Sehubungan itu katanya, setelah Eskay bersumpah laknat bersaksikan al-quraan, terpulang kepada masyarakat untuk menerima atau sebaliknya bahawa lelaki yang terbabit dengan pelacur Cina itu adalah Anwar.

"Bagi saya, tindakan Eskay yang ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim adalah tindakan terakhir mereka untuk membeitahu kebenaran disebalik isu video seks," ujarnya.

Isu disebalik sumpah itu kata Syed Ali ialah sikap penyokong PKR terutama Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berkelakuan biadap di dalam rumah Allah dengan mencetuskan provokasi.

"Mereka menonjolkan contoh pekerti yang tidak baik dengan sengaja membuat kecoh bagi menghalang pengakuan sumpah Eskay," katanya.

Beliau khuatir tindakan penyokong PKR itu akan dilihat oleh bukan Islam bahawa masjid bukan lagi tempat mulia untuk beribadat bagi umat Islam.

Mengulas lanjut mengenai sumpah laknat ahli perniagaan yang merupakan bekas rakan karib Anwar itu, Syed Ali berkata orang Islam wajar berbuat demikian jika dirasakan perlu untuk membuktikan sesuatu kebenaran.

"Walaupun sumpah laknat tiada dalam al-quraan, tetapi orang Islam boleh mlakukannya dan perlu bersedia menerima akibat jika sumpah itu satu pembohongan," tegasnya.

Bagaimanapun dalam kes video seks itu, beliau beranggapan bahawa Eskay bercakap benar dengan bersumpah nama 'Allah'.

Itu sebab katanya, penyokong PKR sengaja mencetuskan kekacauan di masjid berkenaan petang semalam bagi menghalang Eskay daripada membuat sumpah laknat.

"Kenapa mereka nak halang Eskay daripada besumpah ? mungkin mereka bimbang selepas ini rakyat mahukan Anwar pula melakukan perkara yang sama bagi membuktikan dirinya tidak terbabit dalam aksi lucah bersama pelacur asing," tegasnya.

Sayap Parti

Bahagian