Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 30 April 2011

umno bahagian cheras

sumber :-

umno bahagian cheras


PKR buat kecoh di masjid ; UMNO Cheras buat laporan polis

Posted: 30 Apr 2011 08:05 AM PDT

SATU laporan polis telah dibuat oleh UMNO Bahagian Cheras lewat petang tadi berhubung kekecohan di masjid Amrul Al-As, Bandar Baru Sentul berikutan sumpah laknat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Kira-kira 50 orang termasuk ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Cheras diketuai timbalan ketuanya, Datuk Mahadi Haji Abdul Shukor berada di Balai Polis Cheras kira-kira pukul 5 petang.

Laporan polis dibuat oleh Mahadi berikutan tindakan penyokong PKR diketuai Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar menimbulkan kekcohan dan provokasi sebelum Eskay melakukan sumpah laknat di masjid berkenaan.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Mohd. Idrus Mohd. Isah memberitahu, laporan dibuat kerana perbuatan penyokong PKR itu turut mencemarkan masjid sebagai rumah Allah.

"Dalam laporan tersebut, Mahadi (Datuk) meminta pihak polis segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas bagi mengelak perkara yang sama berulang,"katanya.

Beliau memberitahu, laporan berita TV3 pada 29 April lalu mengenai kejadian tersebut amat memalukan seluruh umat Islam.

Sumpah laknat : Itu urusan Eskay dengan Allah SWT – Syed Ali

Posted: 29 Apr 2011 10:10 PM PDT

DISEBALIK keberanian Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat, tindakan segelintir penyokong PKR membuat kecoh di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul petang semalam jelas membutkikan mereka tidak menghormati kemuliaan masjid sebagai rumah Allah.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang kesal dengan kejadian itu menegaskan perbuatan tersebut sepatutnya tidak dilakukan oleh orang Islam.

"Siapa akan berasa malu apabila melihat segelintir orang Islam membuat kecoh di dalam masjid dan enggan mematuhi arahan dikeluarkan oleh pihak penguasa masjid berkenaan," katanya.

Katanya, sikap biadap dengan menjerit-jerit di dalam masjid memperlihatkan mereka terlalu taksub kepada seseorang pemimpin sehingga sukar untuk menerima kebenaran.

"Itu adalah urusan Eskay dengan Allah S.W.T, kita tak boleh halang, begitu juga jika Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan bersumpah laknat, kita juga tidak boleh paksa beliau," tegasnya.

Menurutnya, soal sumpah laknat yang dilakukan oleh Eskay adalah urusan peribadi beliau berhubung klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang.

Katanya, Eskay berbuat demikian bagi membuktikan kebenaran dakwaan beliau sebelum ini bahawa pelaku dalam klip video berkenaan adalah Anwar, yang juga Penasihat PKR.

Sehubungan itu katanya, setelah Eskay bersumpah laknat bersaksikan al-quraan, terpulang kepada masyarakat untuk menerima atau sebaliknya bahawa lelaki yang terbabit dengan pelacur Cina itu adalah Anwar.

"Bagi saya, tindakan Eskay yang ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim adalah tindakan terakhir mereka untuk membeitahu kebenaran disebalik isu video seks," ujarnya.

Isu disebalik sumpah itu kata Syed Ali ialah sikap penyokong PKR terutama Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berkelakuan biadap di dalam rumah Allah dengan mencetuskan provokasi.

"Mereka menonjolkan contoh pekerti yang tidak baik dengan sengaja membuat kecoh bagi menghalang pengakuan sumpah Eskay," katanya.

Beliau khuatir tindakan penyokong PKR itu akan dilihat oleh bukan Islam bahawa masjid bukan lagi tempat mulia untuk beribadat bagi umat Islam.

Mengulas lanjut mengenai sumpah laknat ahli perniagaan yang merupakan bekas rakan karib Anwar itu, Syed Ali berkata orang Islam wajar berbuat demikian jika dirasakan perlu untuk membuktikan sesuatu kebenaran.

"Walaupun sumpah laknat tiada dalam al-quraan, tetapi orang Islam boleh mlakukannya dan perlu bersedia menerima akibat jika sumpah itu satu pembohongan," tegasnya.

Bagaimanapun dalam kes video seks itu, beliau beranggapan bahawa Eskay bercakap benar dengan bersumpah nama 'Allah'.

Itu sebab katanya, penyokong PKR sengaja mencetuskan kekacauan di masjid berkenaan petang semalam bagi menghalang Eskay daripada membuat sumpah laknat.

"Kenapa mereka nak halang Eskay daripada besumpah ? mungkin mereka bimbang selepas ini rakyat mahukan Anwar pula melakukan perkara yang sama bagi membuktikan dirinya tidak terbabit dalam aksi lucah bersama pelacur asing," tegasnya.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian