Sabtu, 16 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali : Kejayaan besar BN di Sawarak bukti rakyat iktiraf pimpinan Najib & Muhyiddin

Posted: 16 Apr 2011 06:26 AM PDT

KEJAYAAN besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak hari ini merupakan kemenagnan rakyat yang mengiktiraf kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Seri Muhyiddin Yassin, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, kejayaan itu juga menunjukkan rakyat Sarawak tidak mudah terpedaya dengan pelbagai fitnah dan gula-gula politik yang ditaburkan pembangkang sepanjang kempen pilihan raya negeri tersebut.

Mengulas kemenangan awal BN itu, Syed Ali menjelaskan bahawa rakyat Sarawak juga menolak kehadiran Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keadaan itu kata beliau, membuktikan politik fitnah dan adu domba yang dimainkan oleh PKR tidak disenangi rakyat negeri tersebut.

BN berjaya memenangi 55 kerusi, DAP 12, PKR 3 dan Bebas 1. BNmempunyai lebih dua pertiga untuk membentuk kerajaan.


"Kejayaan itu petanda baik bahawa rakyat Sarawak yang matang berpolitik mengiktiraf kepimpinan Najib dan Muhyiddin disamping menghargai sumbangan besar Ketua Menteri, Tan Sri Pehin Taib Mahmud," ujarnya.

Sambil mengucapkan tahniah dan syabas kepada Najib dan Muhyiddin, Syed Ali menjelaskan bahawa segala tohmohan dan dakyah yang dilemparkan pembangkang ternyata tidak berkesan.

Katanya, rakyat Sarawak sudah bijak untuk menilai yang mana baik dan buruknya untuk masa depan anak cucu mereka.

"Lagipun BN tidak menjanjikan perkara-perkara yang pelik dan mustahil untuk dilaksanakan sepertimana yang ditaburkan pembangkang." katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera BN Pusat dan Sarawak yang telah bekerja keras bagi memastikan kemenagan cemerlang pada pilihan raya negeri kali ini.


Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Rakyat Sarawak memberi mandat kepada BN untuk terus memerintah.

Posted: 16 Apr 2011 07:13 AM PDT

Alhamdulillah, walaupun keputusan tak rasmi menunjukkan Barisan Nasional menang 2/3 di Pilihanraya negeri Sarawak, ternyata Barisan Nasional sekali lagi membuktikan ia adalah parti yang menjadi pilhan rakyat Sarawak.

Pakatan telah memberikan tentangan yang sengit kepada BN disini. Dengan kempen yang agresif serta corak kempen yang penuh dengan ceramah, Pakatan masih lagi tak mampu untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Semua ini menunjukkan bahawa segala tohmahan Pakatan terhadap BN Sarawak khususnya Ketua Menteri Taib Mahmud langsung tak diambil peduli oleh rakyat disini. Cuma segelintir masyarakat cina dikawasan bandar sahaja yang mengubah sokongan mereka kepada pembangkang.

Dengan kemenangan ini, Barisan Nasional akan terus memajukan negeri Sarawak dan memakmurkan seluruh masyarakat negeri ini. Rakyat Sarawak yang memberi mandat kepada kepimpinan negeri pastinya mengharapkan yang terbaik dari wakil-wakil mereka. Penulis yakin, semua janji-janji yang diberikan sebelum ini, akan segera ditunaikan.

Kemenangan BN dinegeri ini juga akan memastikan kesinambungan usahasama diantara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri yang berpayung dibawah parti yang sama. Ini pastinya akan menguntungkan rakyat Sarawak sendiri kerana berada dibawah naungan BN.

Pakatan pula boleh meneruskan mimpi-mimpi mereka untuk menawan bumi kenyalang. Rakyat di negeri ini bukannya bodoh untuk mempercayai janji-janji kosong yang ditaburkan khususnya dari Anwar Ibrahim.

Sebab itulah Anwar beberapa kali dikhabarkan dihalau oleh penduduk kawasan rumah panjang. Ini membuktikan yang segala pembohongan Anwar tak diterima bulat-bulat oleh rakyat Sarawak. Jangan ingat rakyat disini tak tahu apa yang berlaku disemenanjung.

Selepas ini, Anwar dan semua pemimpin-pemimpin Pakatan harus bermusabahah diri mereka sendiri. Amalan politik ekstrim dan juga kegemaran mereka untuk berjanji kosong serta membohongi rakyat ternyata tak lagi relevan.

Rakyat sudah menunjukkan yang mereka menolak Pakatan sebagai ganti kepada BN. Baik dipilihanraya kecil semenanjung mahupun di Pilhanraya Negeri Sarawak ini. Kepimpinan DS Najib ternyata berjaya membawa kembali sokongan rakyat kepada BN. Hidup DS Najib ! Hidup BN!

PRN Sarawak: Rasmi BN 9 pembangkang 0

Posted: 16 Apr 2011 03:51 AM PDT

Sebentar tadi penulis menerima maklumat dari rakan penulis di Sarawak yang mengatakan bahawa keputusan tak rasmi di DUN Satok, calon BN di DUN Dato Abang Johari Tun Haji Openg berjaya mengalahkan Ketua AMK Sarawak, Ahmad Nazib.

Keputusan lain akan diupdate dari masa ke semasa

Latest update:

Beting Maro BN menang, Balingian BN menang, Saribas BN menang (PKR kalah semua peti undi), Belaga BN menang,

Ngemah, Jepak, Katibas, Bawang Assan BN mendahului (sumber HousePK)

Ba’kelalan: Undi Belum Habis, PKR Dah Isytihar Menang

Posted: 16 Apr 2011 01:41 AM PDT

Benarlah kata pujangga, kalau tak menipu tu bukanlah pembangkang namanya. Yang penulis maksudkan ialah bagaimana sekarang sedang bertebaran SMS yang di DUN Ba'kelalan kononnya calon mereka merangkap Ketua Menteri in the making (konon) Pakatan Rakyat, Baru Bian telah menang di kawasan tersebut.

Taktik sebegini tidak lain bertujuan untuk menghalang pengundi Ba'kelalan yang setia kepada Barisan Nasional daripada keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Ini bukan kali pertama, Baru Bian seperti dilapurkan The Star mendabik dada kononnya memiliki 70% sokongan pengundi di kawasan ini. Alasannya ialah sebagai peguam yang terkenal kerana menguruskan kes-kes berkaitan tanah adat Orang Ulu disini, sokongan majoriti masyarakat orang Ulu memang menyebelahinya.

Baru Bian ialah dari suku Orang Ulu tetapi calon BN merangkap anak saudaranya, Willie Liau dari parti SPDP juga dari suku yang sama.

Berdasarkan maklumat yang penulis terima, jauh daripada mengalami kekalahan, BN dijangka mengekalkan kerusi di kawasan ini dengan majoriti yang lebih meningkat. Benar Baru Bian banyak mengendalikan kes-kes berkaitan tanah adat tapi dilapurkan banyak penipuan yang berlaku dalam pengurusan kes-kes tersebut.

Bak kata Perdana Menteri, Baru Bian mungkin seorang yang baik kepada masyarakat orang Ulu di Ba'kelalan, tapi bolehkah dia 'baik' kepada masyarakat Sarawak secara keseluruhannya?
Tak bolehlah Ketua Menteri Sarawak hanya boleh menguruskan satu etnik masyarakat saja!!!

Jadi kepada pengundi di Ba'kelalan, keluarlah beramai-ramai, masa masih ada dan proses pengundian masih berterusan, jangan dipedulikan perang psikologi pembangkang yang tidak habis-habis nak menipu bukan sahaja pengundi di Ba'kalalan (melalui penyebaran SMS palsu) malah pengundi di seluruh Malaysia juga.

Sarawak terkenal dengan kepelbagaian etnik dan hanya BN saja yang terbukti mampu berlaku adil kepada semua etnik ini seperti yang telah dibuktikan sejak sekian lama.

Undilah BN.

Anwar cabut lari dari Sarawak, tinggallah Baru Bian sendirian..!!!

Posted: 15 Apr 2011 06:20 PM PDT

Ketika artikel ini ditulis, penulis diberitahu bahawa Anwar sudah pun meninggalkan Bumi Kenyalang. Dia dikhabarkan meninggalkan Sarawak lewat petang tadi. Tak tahulah ke mana. Ada yang kata dia pulang ke Semenanjung, dan ada pula yang kata Anwar lari ke Amerika Syarikat, malu nak tunjuk muka lagi di Kuala Lumpur.

Ekorang pendedahan Datuk T mengenai skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar beberapa minggu lalu, Anwar sudah cukup derita dan menggelabah mencari alasan demi alasan. Nak dijawab "konspirasi peringkat tertinggi", sudah banyak kali digunakan jawapan itu. Sudah basi. Nak dijawab fitnah pun susah juga orang nak percaya sebab rupa fizikal serupa sangat.

Itu belum lagi difikir mengenai Omega lagi. Buat masa ini, sesiapa saja yang tanya mengenai video seks itu masih lagi boleh dijawab, lagi pun polis tengah siasat video itu. Tapi bab Omega ini payah sikit. Pantang ditanya. Jika ditanya, melenting saja jawapannya.

Ditambah pula dengan pengakuan Raja Petra Kamruddin (RPK) minggu ini, tentulah menambah derita dihati. RPK ni pun satu. Adakah patut dia buat pengakuan itu ketika Anwar tengah "tawaf" keliling Sarawak. Tak sesuai betul. Apatah lagi sekarang ini adalah saat-saat akhir berkempen untuk Pilihanraya DUN Sarawak. Mana Anwar nak taruk muka?

Akhirnya, mungkin tiada pilihan lain, belum sempat pengundi di Sarawak memangkah kertas undi pertama, Anwar sudah cabut lari dari medan tempur. Dah cabut lari entah ke mana. Mungkin dia tak tahan asakan dari Tuai-Tuai Rumah Panjang di Sarawak. Mungkin dia dah tak tahan diasak soalan demi soalan mengenai video seks, Omega dan pendedahan eksklusif RPK.

Maka tercangak-cangak, terkebil-kebillah Baru Bian keseorangan. Mungkin dia mengharap agar Wan Azizah tidak balik ke Semenanjung lagi. Sekurang-kurangnya nanti, kalau dia kalah pilihanraya, bolehlah dia kongsi airmata dengan Kak Wan. Sekurang-kurangnya Kak Wan tak mungkin akan mengambil kesempatan meliwat dia kerana kalah!

Biar apapun, penulis masih lagi berada di Sarawak, Bumi Kenyalang ini. Suasana negeri ini sudah berubah, tidak lagi sebagaimana penulis mula menjejakkan kaki di sini. Ketika penulis tiba di Kuching sempena "temasya" pilihanraya ini, angin sokongan dilihat begitu condong kepada pembangkang.

Namun setelah masuk hari ketiga, rakyat semakin sedar dengan permainan politik pembangkang yang jijik dan kotor. Lalu mereka kembali memberikan sokongan kepada BN yang begitu konsisten menjelaskan betapa relevannya BN sebagai Kerajaan di Sarawak. Kaum Cina yang dikatakan "berdegil" untuk menyokong pembangkang, turut sama beralih angin, condong ke arah BN.

Esok hari penentuan. Esok hari pengundian yang bakal menentukan Kerajaan Negeri Sarawak. Penulis harap, esok tidak akan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Penulis harap, tidak ada kejadian "peti undi sengaja dihanyutkan ke Batang Rajang atau Batang Lupar" sebagaimana yang didakwa oleh Anwar sebelum ini. Di harap, wakil parti yang menjadi pemerhati akan "melekat" pada peti undi sehingga selesai dikira. Harap tiada sebarang provokasi esok.

Selamat mengundi kepada seluruh rakyat Sarawak yang layak mengundi esok. Pastikan tanda pangkah itu diletakkan di kotak kosong bersebelahan lambang "dacing". Elakkan diri untuk memangkah di tempat kosong lain selain di kotak tersebut. Jangan sia-siakan undi anda semua kerana kemajuan, keamanan, perpaduan dan kestabilan politik di negeri Sarawak itu bakal diterjemahkan oleh setiap undi yang diberi. Harap BN terus mentadbir Bumi Kenyalang!

Pengikut