Sabtu, 16 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali : Kejayaan besar BN di Sawarak bukti rakyat iktiraf pimpinan Najib & Muhyiddin

Posted: 16 Apr 2011 06:26 AM PDT

KEJAYAAN besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak hari ini merupakan kemenagnan rakyat yang mengiktiraf kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Seri Muhyiddin Yassin, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, kejayaan itu juga menunjukkan rakyat Sarawak tidak mudah terpedaya dengan pelbagai fitnah dan gula-gula politik yang ditaburkan pembangkang sepanjang kempen pilihan raya negeri tersebut.

Mengulas kemenangan awal BN itu, Syed Ali menjelaskan bahawa rakyat Sarawak juga menolak kehadiran Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keadaan itu kata beliau, membuktikan politik fitnah dan adu domba yang dimainkan oleh PKR tidak disenangi rakyat negeri tersebut.

BN berjaya memenangi 55 kerusi, DAP 12, PKR 3 dan Bebas 1. BNmempunyai lebih dua pertiga untuk membentuk kerajaan.


"Kejayaan itu petanda baik bahawa rakyat Sarawak yang matang berpolitik mengiktiraf kepimpinan Najib dan Muhyiddin disamping menghargai sumbangan besar Ketua Menteri, Tan Sri Pehin Taib Mahmud," ujarnya.

Sambil mengucapkan tahniah dan syabas kepada Najib dan Muhyiddin, Syed Ali menjelaskan bahawa segala tohmohan dan dakyah yang dilemparkan pembangkang ternyata tidak berkesan.

Katanya, rakyat Sarawak sudah bijak untuk menilai yang mana baik dan buruknya untuk masa depan anak cucu mereka.

"Lagipun BN tidak menjanjikan perkara-perkara yang pelik dan mustahil untuk dilaksanakan sepertimana yang ditaburkan pembangkang." katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera BN Pusat dan Sarawak yang telah bekerja keras bagi memastikan kemenagan cemerlang pada pilihan raya negeri kali ini.


Tiada ulasan:

Pengikut