Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 15 April 2011

umno bahagian cheras

0 ulasan
sumber :-

umno bahagian cheras


Pengakuan RPK : Syed Ali cabar pembangkang minta maaf kepada Najib

Posted: 15 Apr 2011 03:44 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mencabar pemimpin PAS menyatakan pendirian mereka berhubung pengakuan Raja Petra Kamaruddin (RPK) bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiada kaitan dengan isu kematian wanita Monggolia, Altantuya Syaribbuu.

Serentak itu, beliau mahu pembangkang menarik balik segala tohmohan yang mereka lemparkan terhadap Najib selama ini berhubung isu terebut.

"Saya cabar mereka (pembangkang) supaya mohon maaf kepada Najib dan Rosmah di atas segala tuduhan fitnah yang mereka lakukan selama ini," tegasnya.

Langkah itu kata beliau, perlu kerana selama ini pembangkang termasuk pemimpin PAS sengaja memburukkan imej Perdana Menteri menerusi ceramah-ceramah politik mereka dengan mengaitkan isu Altantuya.

"Malah pemimpin PAS juga secara terbuka dan lantang melemparkan pelbagai tuduhan kononnya Rosmah terbabit, ini merupakan fitnah jahat dan satu tuduhan tidak berasas yang amat serius," tegasnya.

Beliau berkata, RPK sudah pun membuat pengakuan terbuka bahawa beliau telah diperalatkan oleh mereka yang ada hubungan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggugat kedudukan Najib selaku Perdana Menteri.

Katanya, RPK juga mengakui bahawa dia tidak menuduh Najib dan Rosmah terbabit dalam kes kematian Altantuya.

"Jelas kepada kita bahawa isu tersebut sengaja dicipta oleh Anwar dan dimanipulasikan pula oleh pembangkang termasuk PAS untuk menjatuhkan Najib secara kotor," katanya.

Serentak itu, Syed Ali mahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS memberi penjelasan secara terbuka berhubung fitnah dan tohmohan yang selama ini dilakukan oleh pengikutnya.

"Kita nak tanya, apa hukumnya orang yang mencipta fitnah kemudian menyebarkannya secara berleluasa dan berniat jahat semata-mata kerana ingin menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat," tegasnya.

"Sekarang, siapa yang menjadi juara fitnah ? saya minta Nik Aziz nasihatkan pemimpjn pembangkang supaya hentikanlah menjaja isu wanita Monggolia itu kerana kebenaran sudah terbukti," tegasnya lagi.

Syed Ali kesal kerana pihak pembangkang terus membudayakan politik fitnah dalam usaha mereka untuk menarik sokongan rakyat.

Bagaimanapun jelas beliau lagi, rakyat negara ini bukan selama-lamanya 'bodoh' untuk menelan apa sahaja yang disogokkan oleh pembangakang.

"Kebenaran tetap akan berlaku dan contohnya dalam kes fitnah terhadap Najib dan Rosmah, akhirnya RPK tampil membuat pengakuan setelah sekian lama bersembunyi daripada buruan polis," katanya lagi.


www.pemuda-enggang.org

0 ulasan
sumber :-

www.pemuda-enggang.org


16 Sept: RPK kata jadi mangsa janji Anwar

Posted: 14 Apr 2011 08:19 PM PDT

Pengendali blog Malaysia TodayRaja Petra Kamaruddin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan. Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar … Continue reading

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

0 ulasan
sumber :-

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


OH, POLITIK SARAWAK

Posted: 15 Apr 2011 07:08 AM PDT

Assalamualaikum dan salam bloger,

Ketika saya mencatatkan tulisan ini, tempoh berkempen untuk PRN Sarawak semakin sampai ke penghujungnya. Sepuluh hari yang ditinggal sebagai tempoh berkempen, ia ternyata sangat menguji semangat dan kekentalan parti yang bertanding.

Dalam PRN Sarawak kali ini, BN bukan sahaja berhadapan dengan pembangkang tetapi berhadapan juga dengan tipu muslihat, pembohongan dan penipuan mereka. Walaupun awal-awal lagi, pembangkang cuba merasuahkan pengundi dengan menawarkan imbuhan itu dan ini, namun saya lihat dengan jelas bahawa cara berfikir orang Sarawak sangat berbeza dengan apa yang ada di Semenanjung. Berdasarkan kepada itulah, saya yakin pengundi Sarawak akan kekal memilih BN esok.

Jika dikatakan mencabar, memang mencabar. Namun saya sangat bersyukur kerana jentera BN yang turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melakukan yang terbaik. BN bukan sahaja mampu berjanji dan menawarkah khidmat yang baik, namun BN juga adalah sebuah parti yang berkemampuan dalam melaksanakan apa yang dikata.

Ternyata, PRN Sarawak telah mendedahkan kita kepada taktik pembangkang yang seperti kepanasan dengan isu-isu peribadi Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim, malah mereka juga seperti terlalu ghairah mahukan kuasa.

Pas misalnya, walaupun bertanding di lima kerusi DUN, namun geger mereka seolah-olah mereka akan menang satu negeri. Jauh dari sudut itu, ia telah membuktikan kepada rakyat bahawa apa yang mereka (pembangkang) persetujui di Sarawak telah menunjukkan Pas tergamas menggadai prinsip perjuangannya demi politik dan kuasa. Itulah yang menyedihkan.

Tinjauan saya, pertemuan saya dengan agak ramai penduduk Sarawak, mereka telah menyatakan kebimbangkan dengan "budaya semenanjung" yang cuba dibawa pembangkang di bumi kenyalang. Mereka ternyata tidak selesa dengan keadaan itu. Ini sangat jelas.

kalau anda melayari laman maya, pembangkang telah menggunakan propaganda yang keterlaluan kononnya ceramah mereka telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Namun bagi mereka yang ada dan berada di bumi Sarawak, mereka akan lebih faham mengenai keadaan sebenar.

Saya akui, bahawa mungkin ada isu-isu tertentu dalam iklim politik Sarawak, namun itu semua bukanlah alasan untuk rakyat atau pengundi Sarawak dengan mudah mempercayai pembangkang.

Sebenarnya, banyak sekali ilmu yang mampu diperolehi dalam PRN Sarawak ini. Ia ibarah satu kolej politik yang boleh mengajar manusia politik untuk lebih tahu mengenai politik. Di sini juga, kita akan dapat mengenali lebih banyak "perangai sebenar" pembangkang yang selama ini hanya bermuka-muka semata-mata.

Saya sangat berharap untuk melihat kemenangan cemerlang BN di Sarawak... dan, saya percaya tidak akan kecewa dengan harapan saya itu, insya'Allah.

Apo Kono Eh Jang!

0 ulasan
sumber :-

Apo Kono Eh Jang!


DAP pun nak kerusi Ketua Menteri Sarawak..

Posted: 14 Apr 2011 07:19 PM PDT

Khabarnya, sekarang ini masih lagi terdapat pertelingkahan dalaman yang membabitkan kumpulan Pakatan. Ia adalah berkenaan perlantikan Ketua Menteri Sarawak sekiranya Pakatan mampu merampas Sarawak dari BN.

Baru Bian yang dicanangkan oleh Anwar untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak rupa-rupanya tidak digemari dikalangan ahli-ahli PKR. DAP pula sememangnya tidak mahu parti PKR meletakkan calon mereka itu sebagai Ketua Menteri.

Semalam didalam satu ceramah di Dun Pending, Violet Yong dengan lantangnya sudah mencanangkan mengenai isu perkauman. Ceramah calon DAP di Jalan Mendu menyaksikan persoalan yang rasis ditimbulkan.

Kata calon DAP ini, kini terdapat 27 kaum di Sarawak, kaum kecil seperti Melanau sudah memerintah Sarawak dan inilah masanya kaum Cina pula untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak. Bukankah ini merupakan satu isyarat jelas dari DAP menolak cadangan PKR?

Violet juga secara jelas menyindir PKR apabila dia membayangkan yang DAP lebih kukuh kedudukannya di Sarawak berbanding parti lain. Dia beralasan, DAP menguasai seluruh bandar besar di Sarawak sekaligus menguasai ekonomi negeri ini. Jadi memang patut DAP yang mengetuai kerajaan Pakatan di Sarawak jika mereka menang nanti.

Persoalannya ialah, siapakah orang yang dimaksudkan oleh Violet sebagai Ketua Menteri Sarawak daripada parti DAP? Tak lain tak bukan tentulah Chong Chieng Jen yang bertanding sebagai calon DAP di Kota Sentosa.

Sejak dari awal lagi nama Chong sudah dijulang oleh ahli-ahli DAP sebagai Ketua Menteri tidak rasmi DAP. Ini adalah kerana Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng terlalu lemah berbanding dengan Chong Chieng Jen.

Ramai ahli DAP beranggapan, untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak, orang yang bertanding di peringkat Parlimen dan DUN adalah orang yang paling sesuai sebagai Ketua Menteri Sarawak. Jadi, Chong Chieng Jen adalah calon yang dirasakan paling layak.

Ini membuktikan dalam Pakatan sendiri tak ada persefahaman didalam membuat keputusan. Sedangkan didalam memilih Ketua Menteri yang belum pasti pun mereka telah tak sehaluan, apakah rakyat Sarawak yakin yang mereka boleh memerintah dengan lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional?

Kalau beginilah keadaannya, tak mustahil Sarawak akan berpecah dua kerana perebutan kuasa dikalangan pihak pembangkang ini. Tak mustahil juga Sarawak akan mengalami nasib seperti Korea Utara dan Selatan yang berperang tak ingat dunia.

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah

0 ulasan
sumber :-

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah


Pemimpin Bertemu Pengusaha Bengkel & Pemilik Worksyop India-Cina Kota Raja

Posted: 14 Apr 2011 05:00 AM PDT

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia,

Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang dihormati sekalian dijemput ke Majlis Pemimpin Turun Padang Anjuran UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan Dengan Kerjasama Gabungan Bengkel & Pemilik Worksyop India-Cina Kota Raja;

Tempat: Dewan Melayu Klang
Tarikh: Sabtu, 14 Mei 2011
Masa: 8 Malam
Pakaian: Bebas

Penceramah:

1) Yang Berhormat Senator Mohamad Ezam Mohd Nor, Ahli Dewan Negara;
2) Yang Bhg Tuan Ir. Haji Kamaruzzaman Johari, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja;
3) Yang Bhg. Encik Kalai (Bekas Aktivist Parti Keadilan Rakyat Kedah).

BN Mampu Berubah "Sayangi Selangor, Yakini BN"

Sayap Parti

Bahagian