Apo Kono Eh Jang! |
DAP pun nak kerusi Ketua Menteri Sarawak.. Posted: 14 Apr 2011 07:19 PM PDT Khabarnya, sekarang ini masih lagi terdapat pertelingkahan dalaman yang membabitkan kumpulan Pakatan. Ia adalah berkenaan perlantikan Ketua Menteri Sarawak sekiranya Pakatan mampu merampas Sarawak dari BN. Baru Bian yang dicanangkan oleh Anwar untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak rupa-rupanya tidak digemari dikalangan ahli-ahli PKR. DAP pula sememangnya tidak mahu parti PKR meletakkan calon mereka itu sebagai Ketua Menteri. Semalam didalam satu ceramah di Dun Pending, Violet Yong dengan lantangnya sudah mencanangkan mengenai isu perkauman. Ceramah calon DAP di Jalan Mendu menyaksikan persoalan yang rasis ditimbulkan. Kata calon DAP ini, kini terdapat 27 kaum di Sarawak, kaum kecil seperti Melanau sudah memerintah Sarawak dan inilah masanya kaum Cina pula untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak. Bukankah ini merupakan satu isyarat jelas dari DAP menolak cadangan PKR? Violet juga secara jelas menyindir PKR apabila dia membayangkan yang DAP lebih kukuh kedudukannya di Sarawak berbanding parti lain. Dia beralasan, DAP menguasai seluruh bandar besar di Sarawak sekaligus menguasai ekonomi negeri ini. Jadi memang patut DAP yang mengetuai kerajaan Pakatan di Sarawak jika mereka menang nanti. Persoalannya ialah, siapakah orang yang dimaksudkan oleh Violet sebagai Ketua Menteri Sarawak daripada parti DAP? Tak lain tak bukan tentulah Chong Chieng Jen yang bertanding sebagai calon DAP di Kota Sentosa. Sejak dari awal lagi nama Chong sudah dijulang oleh ahli-ahli DAP sebagai Ketua Menteri tidak rasmi DAP. Ini adalah kerana Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng terlalu lemah berbanding dengan Chong Chieng Jen. Ramai ahli DAP beranggapan, untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak, orang yang bertanding di peringkat Parlimen dan DUN adalah orang yang paling sesuai sebagai Ketua Menteri Sarawak. Jadi, Chong Chieng Jen adalah calon yang dirasakan paling layak. Ini membuktikan dalam Pakatan sendiri tak ada persefahaman didalam membuat keputusan. Sedangkan didalam memilih Ketua Menteri yang belum pasti pun mereka telah tak sehaluan, apakah rakyat Sarawak yakin yang mereka boleh memerintah dengan lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional? Kalau beginilah keadaannya, tak mustahil Sarawak akan berpecah dua kerana perebutan kuasa dikalangan pihak pembangkang ini. Tak mustahil juga Sarawak akan mengalami nasib seperti Korea Utara dan Selatan yang berperang tak ingat dunia. |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan