Selasa, 12 April 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Apa tujuan Anwar fitnah Perdana Menteri?

Posted: 11 Apr 2011 05:09 PM PDT

Apa tujuan Anwar fitnah Perdana Menteri?

KUALA LUMPUR 11 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata sangat iri hati dengan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila cuba mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ketika dirinya terdesak dalam isu rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd. Nor (gambar) menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu melayakkan beliau digelar 'raja fitnah.'

Menurut beliau, Anwar yang kini dilihat berada dalam keadaan terdesak sengaja melempar fitnah itu sedangkan umum mengetahui bahawa pendedahan berhubung rakaman video aksi seks itu dibuat oleh trio 'Datuk T'.

"Mengapa Anwar hendak melempar fitnah terhadap Perdana Menteri. Anwar amat biadap. Ternyata Anwar sangat iri hati dengan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ezam seterusnya mempersoalkan tindakan Anwar tidak menyaman Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 1997 ketika peguam itu membuat kenyataan di Hotel Federal tentang kegiatan liwatnya.

"Kini sudah jelas bahawa Anwar sememangnya seorang pemimpin yang paling berat sebelah (dalam tindakannya)," ujar beliau.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Raja Nazrin puji kerajaan Perak berjaya tarik pelabur!

Posted: 12 Apr 2011 01:23 AM PDT

Pemangku Raja Perak, Dr Raja Nazrin Shah Raja Nazrin Shah memuji usaha yang dirintis oleh kerajaan negeri kerana berjaya meningkatkan keyakinan pelabur.

Menurut baginda, nilai pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam negeri Perak meningkat daripada RM893 juta pada 2009 kepada RM3.039 bilion pada tahun 2010, terdiri daripada RM1.393 bilion pelaburan domestik dan RM1.646 bilion pelaburan langsung asing.

"Melalui pelaburan tersebut, 5,396 peluang pekerjaan baru dijangka dapat diwujudkan," titah baginda ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.

Bagi memastikan setiap pelaburan dapat memulakan operasi dengan segera, Raja Nazrin Shah bertitah, jabatan dan agensi yang berkaitan akan mengambil pendekatan sebagai pemudah cara di samping mengamalkan budaya kerja mesra pelanggan.

Baginda juga menasihatkan anggota kerajaan dan penjawat awam supaya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan tidak melakukan rasuah.

Warna-warni politik
Torashah..

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Jam tangan Omega & DNA bukti Anwar licik bersandiwara – Syed Ali

Posted: 11 Apr 2011 10:03 PM PDT

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang pemain politik yang cukup licik bersandiwara dalam usaha menagih simpati rakyat.

Beliau berkata, Anwar sejak dari dulu lagi memang terkenal dengan kepintarannya membakar sentimen rakyat supaya timbul persespsi negatif terhadap kerajaan khususnya UMNO.

Katanya, Anwar sekali lagi membuktikan kepintarannya berlakon dalam isu jam tangan Omega berkaitan video seks dan sampel ujian DNA dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari.

"Beliau boleh berlakon menjadi berang dan pemarah apabila disentuh mengenai jam tangan Omega dan sebelum ini naik angin apabila pihak pendakwa mahukan sampel ujian DNA dalam perbicaraan kes liwat," ujarnya.

Bagaimanapun kata Syed Ali, pemilik sebenar jam tangan Omega tersebut akan diketahui tidak lama lagi setelah jam berkenaan kini sudah berada pada pihak polis.

Semalam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah memberitahu, jam tangan tersebut telah diserahkan kepada polis oleh ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu percaya pihak polis akan menjalankan siasatan secara profesional dalam usaha membongkar misteri disebalik pemilik jam tangan tersebut yang dikaitkan dengan isu video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Mengulas penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyerahkan kepada polis untuk mengambil sebarang tindakan dalam siasatan kes tersebut, Syed Ali berkata :

"Kerajaan mempunyai ketelusan dan tidak mencampuri urusan pihak polis dalam menjalankan siasatan dalam kes tersebut,".

Dalam pada itu, beliau berharap proses siasatan kes video seks tersebut akan dapat dipercepatkan dan keputusannya perlu segera dimaklumkan kepada umum.

"Orang ramai sedang menunggu hasil siasatan polis dan mereka ingin tahu sipakah pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan aksi lucah dengan pelacur asing itu," katanya.

Beliau bimbang jika polis mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan kes tersebut, orang ramai akan membuat andaian yang mengelirukan.

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Majlis Ramas Mesra dan Dialog – UMNO cawangan Jalan Enggang

Posted: 12 Apr 2011 08:43 AM PDT

Alhamdulillah majlis ini telah berjaya diadakan pada 10 April 2011 di Jalan Enggang Utara. Majlis diserikan lagi dengan sumbangan kepada anak yatim dan warga emas yang tinggal di sekitar kawasan Jalan Enggang. Lebih kurang 150-180 tetamu telah hadir ke majlis … Continue reading

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Panas!!! Bintang Filem Porno Baca Surah Al-Quran Di Satok

Posted: 12 Apr 2011 04:26 AM PDT

Ceramah di Kg Petingan, Satok malam ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Jangan salah, bukan sebab orang tertarik dengan pembangkang tapi sebab tak sabar menanti kunjungan julung julung kali bintang filem porno terbaru negara ke kawasan mereka.

Isu yang dibawa lelaki Y ini adalah isu biasa, saham melayu RM 50billion yang kononnya hilang, rampas tanah dan tidak ketinggalan kes Altantunya yang dah selesai di mahkamah tu. Tidak ada sebait pun lelaki Y ini bercakap tentang isu video panasnya yang sedang hangat di Semenanjung – takut orang tanya pasal jam Omeganya tu.

Tapi agak memeranjatkan, insan yang terpalit dengan pelbagai skandal seks menjijikkan ini membaca surah-surah Al-Quran dalam ceramahnya. Mana tak bala datang bertimpa, diri sendiri penuh dengan pelbagai noda tapi baca surah Al-Quran untuk menyokong fitnah ke atas orang lain.

Benarlah kata orang lelaki Y ini ada split personaliti. Di satu tempat dia boleh belasah pelacor dan hentam dubor jantan sehingga meninggalkan DNA, di satu tempat lain dia boleh berlagak alim, macam orang ada agama.

Sementara isu video seksnya itu masih dalam siasatan, tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantunya itu sendiri merupakan fitnah yang terbesar. Isu yang dah selesai di mahkamah tapi lelaki Y masih tidak berpuas hati dan mahu mempermainkan isu ini demi kepentingannya.

Tambah pulak bila dirinya sedang berhadapan dengan pelbagai skandal seks memalukan.
Tetamu yang hadir pun pulang hampa, ceramah lelaki Y tak sampai 30 minit dan semuanya isu lama yang dikitar semula. Penjelasan yang diharapkan tidak kunjung tiba.

Sebelum ketibaan bintang porno ini, masa yang ada diisi dengan ceramah Ketua AMK Kedah merangkap peguam Anwar, Saiful Izham Ramli. Sama seperti bossnya, Saiful juga tidak kurang bijak berbohong dengan membuat fitnah kononnya air minuman di Sarawak berwarna kuning seperti najis.

Tidak kurang hina, Saiful juga mempermainkan tragedi kemalangan helikopter yang mengorbankan nyawa juruterbangnya di Sibu petang tadi. Kononnya menurut Saiful, Timbalan Perdana Menteri lari 'tercirit' balik ke Kuala Lumpur akibat dari kejadian tersebut!!

Apalah kena mengenanya pun tak tau.

Tapi apa pun yang penting untuk rakyat Sarawak tahu ialah kempen pembangkang penuh dengan fitnah dan adu domba. Naik muak dengan politik kotor yang sebegini.

Pengikut