Selasa, 12 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Jam tangan Omega & DNA bukti Anwar licik bersandiwara – Syed Ali

Posted: 11 Apr 2011 10:03 PM PDT

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang pemain politik yang cukup licik bersandiwara dalam usaha menagih simpati rakyat.

Beliau berkata, Anwar sejak dari dulu lagi memang terkenal dengan kepintarannya membakar sentimen rakyat supaya timbul persespsi negatif terhadap kerajaan khususnya UMNO.

Katanya, Anwar sekali lagi membuktikan kepintarannya berlakon dalam isu jam tangan Omega berkaitan video seks dan sampel ujian DNA dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari.

"Beliau boleh berlakon menjadi berang dan pemarah apabila disentuh mengenai jam tangan Omega dan sebelum ini naik angin apabila pihak pendakwa mahukan sampel ujian DNA dalam perbicaraan kes liwat," ujarnya.

Bagaimanapun kata Syed Ali, pemilik sebenar jam tangan Omega tersebut akan diketahui tidak lama lagi setelah jam berkenaan kini sudah berada pada pihak polis.

Semalam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah memberitahu, jam tangan tersebut telah diserahkan kepada polis oleh ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu percaya pihak polis akan menjalankan siasatan secara profesional dalam usaha membongkar misteri disebalik pemilik jam tangan tersebut yang dikaitkan dengan isu video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Mengulas penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyerahkan kepada polis untuk mengambil sebarang tindakan dalam siasatan kes tersebut, Syed Ali berkata :

"Kerajaan mempunyai ketelusan dan tidak mencampuri urusan pihak polis dalam menjalankan siasatan dalam kes tersebut,".

Dalam pada itu, beliau berharap proses siasatan kes video seks tersebut akan dapat dipercepatkan dan keputusannya perlu segera dimaklumkan kepada umum.

"Orang ramai sedang menunggu hasil siasatan polis dan mereka ingin tahu sipakah pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan aksi lucah dengan pelacur asing itu," katanya.

Beliau bimbang jika polis mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan kes tersebut, orang ramai akan membuat andaian yang mengelirukan.

Tiada ulasan:

Pengikut