Hamidah Osman |
| Posted: 03 Apr 2011 09:09 PM PDT Selamatkan Pas sebelum terlewat - Zainuddin KUALA LUMPUR 3 April - Pemimpin-pemimpin Pas terutamanya yang masih berpegang kepada prinsip moral digesa supaya segera mengambil langkah drastik bagi menyelamatkan parti itu sebelum terlewat. Ini kerana tindakan membisu pemimpin kanan Pas dalam isu video seks dibimbangi akan memendekkan hayat parti itu sedangkan, peranannya selaku parti nasional Islamik dalam mengimbangi politik tanah air masih diperlukan. Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Pas tidak harus menjadi korban hanya kerana kesilapan seorang dua ulama dalam parti itu yang tanpa usul periksa, bermati-matian mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kesempatan masih ada sebelum hal yang sebenar mengenai siapa 'aktor' dalam video seks itu terdedah kerana jika terlewat, kredibiliti Pas sebagai parti yang memperjuangkan prinsip Islam sejak sekian lama akan musnah. "Saya yakin ini (menyelamatkan Pas) boleh dilakukan kerana percaya, masih ada segelintir pemimpin Pas yang berpegang teguh kepada prinsip moral berbanding hanya tahu menjaga kepentingan politik semata-mata. "Mereka perlu tampil menyatakan pendirian. Mereka perlu memisahkan diri daripada dikenali sebagai pemimpin yang mempertahankan aksi seks demi kepentingan politik," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Mengulas lanjut, Zainuddin yang juga Tokoh Wartawan Negara berkata, masa semakin suntuk buat Pas kerana persepsi rakyat telah berubah sebaik sahaja Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video seks tersebut tulen. Tambahnya, selaku parti yang berjuang atas landasan Islam, Pas sepatutnya bertanya di mana jam jenama Omega yang bertatah lambang negara Arab Saudi, sebelum membabi buta membuat solat hajat dan kemudiannya menjadikan ia sebagai pentas politik. "Sebagai makluman kepada pemimpin Pas, hanya beberapa individu sahaja dalam dunia ini yang memiliki jam Omega bertatah lambang negara Arab Saudi dan Anwar salah seorang daripadanya, tetapi persoalan sekarang di mana jam itu. "Sepatutnya Pas bertanya benarkah jam tersebut masih dalam simpanan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagaimana didakwa Anwar sebelum ini, atau benar ia berada dalam tangan trio 'Datuk T' (kemudian diserah kepada polis)," jelasnya. Dalam pada itu, Zainuddin menyokong cadangan supaya rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dipertonton di Dewan Rakyat, bagi membolehkan ahli Parlimen membuat keputusan sama ada wajar atau tidak suruhanjaya diraja ditubuhkan. Ini kerana, katanya, berdasarkan cerita yang disampaikan oleh beberapa editor dan ahli politik yang sudah menonton rakaman tersebut, mereka sanggup memotong jari sendiri seandainya 'pelakon' dalam video itu bukan Anwar. |
| You are subscribed to email updates from Hamidah Osman To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Persepsi dan kebenaran adalah dua perkara yang berbeza.Persepsi adalah pandangan berasaskan anggapan atau andaian yang mungkin tidak benar.Sebaliknya kebenaran adalah berasaskan fakta dan bukti mengenai apa yang sebenarnya berlaku.Atas sebab itu Datuk Seri Najib Tun Razak ingin menyerahkan isu dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam aksi seks seperti dalam video yang didedahkan oleh Datuk Trio ditentukan oleh rakyat sendiri.
Kalau mengikut jalan cerita terkini nampak gayanya Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh kira kantoi.Khabar yang ditunggu-tunggu sejak isu video seks meletup Isnin lalu terjawab.Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur Jumaat memberitahu pakar-pakar tempatan telah mengesahkan video seks yang didedahkan oleh Datuk Trio adalah tulen.Beliau bagaimanapun enggan menyebut siapa gerangannya aktor dalam video berkenaan..
Syed Azidi Aziz yang dikenali sebagai blogger Kickdefella juga adalah seorang aktivis dalam bidang perfileman.Beliau telah memberi prespektifnya tentang isu perut buncit dalam video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pekara itu kini dijadikan point utama oleh Anwar untuk menafikan beliau adalah ' pelakon utama' dalam video itu .
Pakar-pakar dari dalam dan luar negara dipanggil untuk membantu polis untuk melihat dan membuat penilaian mengenai video seks yang didakwa melibatkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya merasa macam orang yang menang cabutan bertuah kerana dapat menonton video seks yang kini menjadi mimpi ngeri bagi saudara Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mungkin agaknya saya antara top 10 saja di Malaysia atau sebilangan kecil yang berpeluang menjadi saksi paling awal kepada perilaku insan yang selama ini menampilkan dirinya sebagai tokoh warak, pemimpin Islam dan sering berlindung disebalik tokoh agama terkenal Yusof Al-Qaradawi.
Selepas beberapa hari kena desak sejak negara kecoh dengan kes tayangan video seks di Carcosa Sri Negara 21 Mac lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh akhirnya bersuara.
Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kata Suruhanjaya Diraja untuk siasat video seks perlu bukan saja untuk kenalpasti siapa ' aktor' dan 'aktres' tapi juga untuk membersihkan nama Barisan Nasional yang dituduh mastermind dibelakang pendedahannya.
Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya tidak ambil pot langsung dengan cubaan untuk riuhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Selasa tolak tiga barangan sebagai bukti kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu kemenangan besar bagi Ketua Umum PKR itu.


