Isnin, 4 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


‘ Daripada jadi tunggul, lebih baik Wan Azizah letak jawatan Presiden PKR ‘ – Syed Ali

Posted: 03 Apr 2011 08:23 PM PDT

DATIN Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR kerana parti itu sedang berdepan dengan isu video lucah membabitkan seorang ketua pembangkang.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Wan Azizah perlu memikul tanggungjawab tersebut jika beliau ikhlas untuk membersihkan parti tiu daripada sebarang penyakit moral.

Beliau berkata, PKR sekarang ini bukan lagi sebuah pertubuhan politik yang berasaskan kepada perjuangan rakyat tetapi sudah jauh melencong kepada agenda peribadi.

Katanya, perjuangan PKR sekarang ini adalah untuk membersihkan diri Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan dalam kes meliwat.

"Wan Azizah jadikan PKR sebagai tiket untuk mengemis belas kasihan rakyat terhadap suaminya yang tidak habis-habis bergelumang dengan pelbagai masalah moral," tegasnya.

Dalam masa yang sama jelasnya, Wan Azizah hanya patung bernyawa kepada Anwar yang memperalatkan PKR untuk kepentingan agenda peribadi dan membalas dendam kepada UMNO.

"Wan Azziah jadi tunggul manakala suaminya bergelut dengan pelbagai masalah moral termasuk kes liwat dan terbaru dikatakan ada kaitan dengan pendedahan video seks yang menggemparkan negara," tegasnya.

Lagipun tegas Syed Ali, pihak polis sudah mengesahkan ketulenan video seks berkenaan dan kemungkinan identiti lelaki beraksi lucah itu akan diketahui tidak lama lagi.

Berikutan itu katanya, banyak pihak mula memberikan gambaran mengenai identiti lelaki tersebut yang dikaitkan sebagai mirip Anwar.

Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mendakwa, siasatan polis mengenai ketulenan rakaman video berkenaan adalah bukti tiada sebarang konspirasi.

Alahai Nurul, jangan takut laknat Allah jika kamu benar


Sehubungan itu, Syed Ali turut bersetuju dengan desakan banyak pihak yang mahukan Wan azziah dan anaknya Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai bersumpah laknat bahawa lelaki yang beraksi lucah dengan pelacur asing itu tiada sebarang hubungan dengan mereka.


"Sekarang ini rakyat melihat kepada keluarga Anwar dan jalan terbaik ialah mereka (keluarganya) bersumpah bersaksikan al-quran bagi membersihkannya daripada sebarang tohmohan," ujarnya.


Beliau turut mengakui mana-mana pihak boleh berlindung dengan undang-undang untuk mencari kebenarannya tetapi sebagai umat Isam, jalan terbaik ialah turut bersumpah melafazkan nama Allah.


"Mengapa selama ini pihak pembangkang lantang menuduh kerajaan dan UMNO tidak Islami, tetapi apabila sebarang musibah terkena batang hidung sendiri, mereka pula yang enggan mememenuhi tuntutan ajaran Islam," tegasnya. Beliau berkata, Wan Azizah dan Nurul tidak perlu takut terkena bala atau laknat Allah S.W.T.jika mereka ikhlas dan tidak berbohong bersumpah al-quraan.


Semalam, Nurul dan Wan Azizah menegaskan bahawa mereka sesekali tidak akan bersumpah laknat meskipun polis sudah sahkan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin PKR.

Tiada ulasan:

Pengikut