Pengikut

Nuffnang

Isnin, 28 Mac 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


by Ustaz Mohd Kazim Elias- Ketuanan Melayu

Posted: 28 Mar 2011 06:42 AM PDT



Put your stuff here

umno bahagian cheras

0 ulasan
sumber :-

umno bahagian cheras


Syed Ali kecam pertubuhan agama tuduh pihak tertentu cuba jatuhkan Anwar

Posted: 28 Mar 2011 12:44 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengecam keras Pertubuhan Penganut Kepercayaan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Toa Malaysia (MCCBCHST) yang menyifatkan isu video seks sebagai perancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mempersoalkan bagaimana pertubuhan tersebut begitu cepat membuat andaian sedangkan mereka sendiri difahamkan belum lagi menyaksikan rakaman video tersebut yang sebelum ini dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

"Saya berharap pertubuhan itu bertindak secara profesional dan tidak sekadar membuat penghakiman hanya berdasarkan kepada maklumat yang didengar atau dikutip menerusi media atau laman internet," tegasnya.

Katanya, sebagai pertubuhan penganut kepercayaan pelbagai agama, badan itu sepatutnya memberikan tumpuan kepada aktiviti keagamaan dan bukannya turut terbabit dalam sesuatu isu yang boleh mengeruhkan keadaan.

"Apabila badan tersebut dilihat begitu cenderung kepada sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak mengetahui kebenarannya, bermakna mereka juga telah mengkhianati amanah dan tanggungjawab pengikutnya," ujarnya.


MCCBCHST seperti yang disiarkan oleh portal berita Malaysiakini dilaporkan sebagai berkata pendedahan video seks itu adalah perancangan halus pihak tertentu untuk menjatuhkan Anwar.

Menurut Syed Ali, selagi tidak ada mana-mana pihak yang menyaksikan pita rakaman video berkenaan, selagi itulah andaian tidak boleh dibuat sebagai satu perancangan atau konspirasi pihak tertentu.

"Kita masih belum tahu siapa lelaki yang terbabit dalam aksi seks itu walaupun pada awalnya laporan mendedahkan ianya mirip seorang pemimpin pembangkang di negara ini," katanya.

Dalam hubungan ini, beliau berharap pertubuhan yang berasaskan kepada kepercayaan agama itu tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan untuk mengeruhkan kedaaan dengan melemparkan tuduhan tidak berasas.

Menurutnya, pelbagai pertubuhan terutama yang berbentuk kegamaan dinasihatkan tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan sehingga menimbulkan kecelaruan di dalam masyarakat.


Syed Ali juga mencadangkan satu suruhanjaya ditubuhkan dengan melantik mereka yang pakar dalam dan luar negeri agar segala kesangsian akan terjawab. Beliau berharap semua pihak tidak membuat sebarang andaian dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

Isu video seks ; PAS semakin tercekik

Posted: 27 Mar 2011 09:55 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE


APABILA video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin utama parti pembangkang terbongkar, seperti biasa pemimpin UMNO dituduh sebagai dalangnya.

Begitu mudah pihak pembangkang melontar tuduhan tersebut malah Setiausaha Agung PKR, Saiffudin Nasution Ismail mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada di belakang pendedahan video berkenaan bertujuan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hebat sangatkah Anwar sehingga memaska Najib dan Dr. Mahathir berpakat untuk mengadakan konspirasi menjatuhkannya?

Apakah untungnya bagi Dr. Mahathir yang sudah bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO mencampuri politik moral Anwar yang kini sedang berdepan dengan kes liwat.

Inilah penyakit pembangkang yang begitu mudah menuduh orang lain sebagai penyebab di atas segala musibah yang mereka alami.

Golongan ini tidak pernah bersyukur dan tidak tahu untuk bermuhasabah mencari kelamahan, sebaliknya hanya pandai menunding jari kepada pihak lain.

Dalam kes video seks yang dikatakan membabitkan tokoh pembangkang dengan pelacur yang dipercayai daripada Cina, ramai yang masih tertanya-tanya siapakah tokoh tersebut.

Rakyat sudah bijak menduga

Berdasarkan laporan berita dan pendedahan berterusan oleh laman-laman web, tokoh berkenaan seperti sudah hampir dikenal pasti.

Bagaimanapun, saya melihat gelagat Anwar agak pelik pada hari hari pertama pendedahan video seks tersebut.

Secara tiba-tiba dia menafikan aksi rakaman tokoh dalam video berkenaan bukan dirinya dengan menjadikan perut buncit sebagai bahan perbandingan.

Sedangkan tiga trio yang bertanggungjawab mendedahkan video seks itu tidak menyebut secara tepat bahawa Anwar adalah tokoh pembangkang yang melakukan hubungan lucah dengan pelacur asing.

Akibat telatah Anwar yang bingkas tampil membuat penafian sedangkan nama dia langsung tidak disebut dalam video berkenaan, maka orang ramai pun sudah bijak menduga.

Pakatan Rakyat (PR) gabungan PKR, DAP dan PAS kini semakin tertekan dengan isu video seks walaupun mereka cuba seberapa daya untuk menutupnya dengan membuat tuduhan kononnya konspirasi dilakukan UMNO.

Mereka ingin memberitahu rakyat dan serata dunia dengan fakta bohong bahawa Anwar adalah manusia paling bersih yang kini menjadi mangsa kekejaman politik UMNO.

Mereka mengharapkan simpati rakyat tetapi malangnya pendedahan video seks berkenaan amat menyiksakan perjuangan politik pembangkang di negara ini.

Sehubungan itu, saya berpendapat adalah wajar untuk Anwar mengundurkan diri daripada arena politik kerana reputasinya sudah tercalar, apatah lagi terpalit dengan kes liwat.

Anwar sepatutnya berundur kerana isu moral

Kita tidak perlu lagi bercakap mengenai moral Anwar, apa yang penting ialah rakyat sudah bosan dengan penafian demi penafian mengenai salah laku pemimpin pembangkang.

Inilah bezanya dengan pemimpin UMNO, kita sedang bertungkus lumus untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat manakala pembangkang pula berhempas pulas untuk meyakinkan rakyat kononnya pemimpin utama mereka masih bersih.

Saya berani meramalkan ramai pemimpin pembangkang terutama daripada PAS yang amat kecewa dengan isu moral Anwar.

Pemimpin PAS seperti tercekik – nak di telan pahit dan dibuang sayang kerana PAS tidak mampu untuk menumbangkan UMNO secara bersendirian.

Isu video seks amat memberi tamparan kepada pemimpin PAS. Maruah dan wajah 'tok guru' Haji Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat seperti dilumuri najis.

Mereka pemimpin beragama tetapi saat ini sedang menanggung kesakitan yang pedih gara-gara video seks membabitkan seorang sahabat mereka dalam pakatan pembangkang.

Bayangkan bagaimana rupa air muka Haji Hadi dan Nik Aziz apabila berdepan dengan rakyat dan ditanya mengenai siapakah yang beraksi dalam video lucah tersebut ?

Air muka Haji Hadi & Nik Aziz semakin keruh dengan isu video seks

Apakah Haji Hadi dan Nik Aziz akan kata itu semua pembohongan sedangkan mereka berdua sehingga kini belum lagi diberikan peluang untuk menonton secara percuma klip video seks berkenaan!

Bagaimanapun, jika PAS masih berpegang kepada prinsip, maka sudah tentu lambat-laun mereka akan angkat kaki dan meninggalkan Anwar (PKR) bersendirian – membersihkan segala kekotaran yang dicarinya sendiri.

Seperti yang sudah saya nyatakan sebelum ini, isu video seks akan menyebabkan semakin ramai penyokong PKR keluar parti kerana mereka cukup yakin, apabila Anwar melatah sakan, bermakna betulah tanggapan umum bahawa tokoh yang beraksi dalam video seks sudah hampir dapat dikenalpasti.

Inilah agaknya yang menjadi punca ketakutan yang amat sangat kepada Anwar sehingga sanggup menjadikannya sebagai modal politik jalanan dengan memburukkan UMNO.

Dalam hal ini, UMNO tidak perlu terlalu memikirkan sangat keuntungan politik daripada isu video seks tersebut, sebaliknya tingkatkan usaha mendampingi rakyat.

Sebenarnya rakyat sudah lama meluat dan bosan dengan cerita pembangkang kerana mereka tidak pernah bercakap benar, sebaliknya sentiasa berbohong dengan pelbagai fakta yang diputarbelitkan.

Saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli dan pemimpin UMNO supaya sentiasa teguh di belakang Najib dan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang sudah membuktikan gandingan mereka mampu merobah lanskap politik negara.

Sokongan padu sewajarnya diberikan kepada Najib dan Muhyiddin untuk meneruskan usaha meningkatkan kejayaan negara dan pembangunan rakyat sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Masa bukannya terlalu panjang untuk rakyat membuat penilaian semula menerusi PRU umum dan kerana itu, pemimpin UMNO harus membuktikan bahawa khidmat mereka tidak pernah bermusim.

Pada saya, apa yang mustahak semua pihak harus ikhlas dan bertanggungjawab merealisasikan amanah rakyat kerana itulah kewajipan yang perlu kita utamakan.

Apo Kono Eh Jang!

0 ulasan
sumber :-

Apo Kono Eh Jang!


Video Panas: Buktikan Di Mahkamah Bukan Di Ceramah

Posted: 27 Mar 2011 11:22 PM PDT

Tahun ini sudah masuk tahun ke 13 penulis mengikuti kes Anwar dengan dekat. Pendek kata sudah masak dengan taktik Anwar, terutama bahagian dimana dia bersalah. Petunjuknya cukup jelas, kalau Anwar benar-benar bersalah, dia akan menyeret orang lain dalam menghadapi permasalahannya itu.

Dalam hal ini, rakyatlah jadi mangsa.

Kita tahu dibahu Anwar sekarang bukan lagi batu sebaliknya bukit kalau tak gunung kepada bermacam jenis masalah. Masalah kita bila Anwar ada masalah ialah, ia akan disusuli dengan ceramah yang tak kunjung padam, bercerita tentang masalahnya.

Pendek kata, seolahnya kita sentiasa dalam musim pilihanraya walaupun parlimen belum bubar.

Ceramah itu pulak akan disusuli dengan kekecohan yang bila dibaca dengan mendalam adalah kerana melanggar undang-undang. Dari soal tiada permit sehinggalah perbuatan membaling botol dan sebagainya kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas.

Anwar patut salahkan dirinya kenapa isu video panasnya ini jadi kecoh. Selama hari ini Anwar banyak main politik kotor yang membabitkan pemimpin BN dengan sedikit atau tiada bukti langsung untuk menyokong fitnahnya itu.

Anwar ajar rakyat untuk percaya tuduhan yang tiada bukti. Ini boleh dilihat dalam kes pembunuhan model Mongolia dimana tiada apa bukti pun yang mengaitkan pemimpin negara seperti dituduh Anwar tapi itulah yang diulang tayang sampai ramai yang terperdaya. Sekarang bila ada video yang pelakon lelaki utamanya mirip Anwar, jangan marah kalau bilangan yang percaya, lebih ramai dari biasa.

Senjata makan tuanlah tu.

Penulis malah kita semua tak faham dengan Anwar, kelihatannya macam percaya dengan sistem perundangan negara sehingga mengupah berbelas orang lawyer tapi dalam masa yang sama dia menggunakan pentas ceramah untuk membuktikan dirinya tak bersalah.

Hal-hal yang macam ini tidak adillah kalau rakyat yang dijadikan mangsa. Bukan semua yang faham dengan sepak terajang politik yang sedang dimainkan Anwar.

Kenapa ceramah jadi pilihan Anwar? Sebab dalam ceramah tidak ada sesi soal jawab, yang ada hanya manusia-manusia tertentu bercakap. Jika wartawan pun tak boleh tanya soalan-soalan tertentu kepada Anwar, apalagi nak berhadapan dengan rakyat nanti ya!!

Kita gesa Anwar kembalilah ke mahkamah. Bersihkan dan buktikanlah sama ada bersalah atau tidaknya itu di mahkamah.

Isu Video: Ketua Dewan Ulamak PAS suruh Anwar bersumpah.

Posted: 27 Mar 2011 05:35 PM PDT

Saya bersetuju sangat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS iaitu Datuk Harun Taib. Kata beliau, mereka-mereka yang menghadapi apa jua pertuduhan yang mengaibkan, perlu bersumpah dengan nama Allah jika benar-benar yakin tidak bersalah.

Inilah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi membersihkan dirinya dimata masyarakat Islam ketika mendakwa Anwar Ibrahim melakukan perbuatan liwat terhadap dirinya. Malangnya, Anwar sehingga kini masih takut dan langsung tak membayangkan mahu bersumpah mengikut cara Islam.

Harun Taib didalam kenyataannya kepada Utusan, lafaz sumpah dengan nama Allah itu perlu dibuat dengan syarat setiap dakwaan disertakan dengan segala bukti serta keterangan yang kukuh dan jelas. Ini merupakan kaedah penyelesaian secara Islam.

Kata Harun Taib lagi, "Apabila ada keterangan, orang yang kena tuduh pula boleh bersumpah mengikut Islam untuk memastikan dia tidak melakukan perkara seperti yang dituduh,"

Walaupun Ketua Dewan Ulama PAS ini membuat kenyataan mengulas mengenai video seks yang dikatakan menampilkan seorang pemimpin kanan Pakatan, cara bersumpah secara Islam ini dilihat sebagai satu cara untuk membersihkan nama Anwar jika dia benar-benar tak bersalah.

Apa yang ditakutkan sangat untuk menggunakan nama Allah, tuhan pencipta sekalian alam untuk membuktikan kebenaran jika diri benar-benar difitnah? Selalunya, orang yang takut itu adalah orang yang melakukan kesalahan. Didalam hal ini, mungkinkah Anwar memang benar-benar bersalah?

Tetapi, nampaknya hanya Harun Taib bersendirian dikalangan pemimpin-pemimpin PAS untuk menasihatkan Anwar bersumpah mengikut kaedah Islam. Baru-baru ini, Hj Hadi Awang yang merupakan Presiden PAS telah menolak saranan supaya Anwar bersumpah dengan nama Allah.

Hadi Awang juga pernah mengatakan pada tahun 2008 bahawa bersumpah dengan menggunakan kitab suci adalah merupakan amalan orang Yahudi dan Kristian. Dia pada ketika itu merujuk kepada sumpah mubahalah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari di Masjid Wilayah Persekutuan.

Tetapi, Saiful bukan sekadar bersumpah sambil memegang Quran, dia juga melafazkan nama Allah ketika melakukan sumpah laknat tersebut pada ketika itu. Apakah menggunakan nama Allah juga menjadi amalan orang Yahudi dan juga Kristian didalam sumpah mereka?

Dengan percanggahan pendapat didalam kepimpinan tertinggi PAS ini, ia menjelaskan kepada kita bahawa isu moral Anwar mendapat reaksi berbeza dikalangan mereka sendiri. PAS telah terperangkap didalam kemelut sama ada mahu menegakkan cara Islam sebenar ataupun berdalih bagi melindungi Anwar dengan mempergunakan Islam.

Namun, semua pemimpin-pemimpin PAS perlu ingat, kebenaran pasti akan menang biarpun sekuat mana usaha dilakukan untuk menghalangnya. Jika Anwar benar-benar tak bersalah dan difitnah, dia pasti akan diselamatkan oleh Allah.

Tetapi jika Anwar berada dipihak yang salah, PAS akan menanggung akibat yang buruk kerana bersekongkol melindungi kebatilan.

Sayap Parti

Bahagian