Isnin, 28 Mac 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Video Panas: Buktikan Di Mahkamah Bukan Di Ceramah

Posted: 27 Mar 2011 11:22 PM PDT

Tahun ini sudah masuk tahun ke 13 penulis mengikuti kes Anwar dengan dekat. Pendek kata sudah masak dengan taktik Anwar, terutama bahagian dimana dia bersalah. Petunjuknya cukup jelas, kalau Anwar benar-benar bersalah, dia akan menyeret orang lain dalam menghadapi permasalahannya itu.

Dalam hal ini, rakyatlah jadi mangsa.

Kita tahu dibahu Anwar sekarang bukan lagi batu sebaliknya bukit kalau tak gunung kepada bermacam jenis masalah. Masalah kita bila Anwar ada masalah ialah, ia akan disusuli dengan ceramah yang tak kunjung padam, bercerita tentang masalahnya.

Pendek kata, seolahnya kita sentiasa dalam musim pilihanraya walaupun parlimen belum bubar.

Ceramah itu pulak akan disusuli dengan kekecohan yang bila dibaca dengan mendalam adalah kerana melanggar undang-undang. Dari soal tiada permit sehinggalah perbuatan membaling botol dan sebagainya kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas.

Anwar patut salahkan dirinya kenapa isu video panasnya ini jadi kecoh. Selama hari ini Anwar banyak main politik kotor yang membabitkan pemimpin BN dengan sedikit atau tiada bukti langsung untuk menyokong fitnahnya itu.

Anwar ajar rakyat untuk percaya tuduhan yang tiada bukti. Ini boleh dilihat dalam kes pembunuhan model Mongolia dimana tiada apa bukti pun yang mengaitkan pemimpin negara seperti dituduh Anwar tapi itulah yang diulang tayang sampai ramai yang terperdaya. Sekarang bila ada video yang pelakon lelaki utamanya mirip Anwar, jangan marah kalau bilangan yang percaya, lebih ramai dari biasa.

Senjata makan tuanlah tu.

Penulis malah kita semua tak faham dengan Anwar, kelihatannya macam percaya dengan sistem perundangan negara sehingga mengupah berbelas orang lawyer tapi dalam masa yang sama dia menggunakan pentas ceramah untuk membuktikan dirinya tak bersalah.

Hal-hal yang macam ini tidak adillah kalau rakyat yang dijadikan mangsa. Bukan semua yang faham dengan sepak terajang politik yang sedang dimainkan Anwar.

Kenapa ceramah jadi pilihan Anwar? Sebab dalam ceramah tidak ada sesi soal jawab, yang ada hanya manusia-manusia tertentu bercakap. Jika wartawan pun tak boleh tanya soalan-soalan tertentu kepada Anwar, apalagi nak berhadapan dengan rakyat nanti ya!!

Kita gesa Anwar kembalilah ke mahkamah. Bersihkan dan buktikanlah sama ada bersalah atau tidaknya itu di mahkamah.

Isu Video: Ketua Dewan Ulamak PAS suruh Anwar bersumpah.

Posted: 27 Mar 2011 05:35 PM PDT

Saya bersetuju sangat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS iaitu Datuk Harun Taib. Kata beliau, mereka-mereka yang menghadapi apa jua pertuduhan yang mengaibkan, perlu bersumpah dengan nama Allah jika benar-benar yakin tidak bersalah.

Inilah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi membersihkan dirinya dimata masyarakat Islam ketika mendakwa Anwar Ibrahim melakukan perbuatan liwat terhadap dirinya. Malangnya, Anwar sehingga kini masih takut dan langsung tak membayangkan mahu bersumpah mengikut cara Islam.

Harun Taib didalam kenyataannya kepada Utusan, lafaz sumpah dengan nama Allah itu perlu dibuat dengan syarat setiap dakwaan disertakan dengan segala bukti serta keterangan yang kukuh dan jelas. Ini merupakan kaedah penyelesaian secara Islam.

Kata Harun Taib lagi, "Apabila ada keterangan, orang yang kena tuduh pula boleh bersumpah mengikut Islam untuk memastikan dia tidak melakukan perkara seperti yang dituduh,"

Walaupun Ketua Dewan Ulama PAS ini membuat kenyataan mengulas mengenai video seks yang dikatakan menampilkan seorang pemimpin kanan Pakatan, cara bersumpah secara Islam ini dilihat sebagai satu cara untuk membersihkan nama Anwar jika dia benar-benar tak bersalah.

Apa yang ditakutkan sangat untuk menggunakan nama Allah, tuhan pencipta sekalian alam untuk membuktikan kebenaran jika diri benar-benar difitnah? Selalunya, orang yang takut itu adalah orang yang melakukan kesalahan. Didalam hal ini, mungkinkah Anwar memang benar-benar bersalah?

Tetapi, nampaknya hanya Harun Taib bersendirian dikalangan pemimpin-pemimpin PAS untuk menasihatkan Anwar bersumpah mengikut kaedah Islam. Baru-baru ini, Hj Hadi Awang yang merupakan Presiden PAS telah menolak saranan supaya Anwar bersumpah dengan nama Allah.

Hadi Awang juga pernah mengatakan pada tahun 2008 bahawa bersumpah dengan menggunakan kitab suci adalah merupakan amalan orang Yahudi dan Kristian. Dia pada ketika itu merujuk kepada sumpah mubahalah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari di Masjid Wilayah Persekutuan.

Tetapi, Saiful bukan sekadar bersumpah sambil memegang Quran, dia juga melafazkan nama Allah ketika melakukan sumpah laknat tersebut pada ketika itu. Apakah menggunakan nama Allah juga menjadi amalan orang Yahudi dan juga Kristian didalam sumpah mereka?

Dengan percanggahan pendapat didalam kepimpinan tertinggi PAS ini, ia menjelaskan kepada kita bahawa isu moral Anwar mendapat reaksi berbeza dikalangan mereka sendiri. PAS telah terperangkap didalam kemelut sama ada mahu menegakkan cara Islam sebenar ataupun berdalih bagi melindungi Anwar dengan mempergunakan Islam.

Namun, semua pemimpin-pemimpin PAS perlu ingat, kebenaran pasti akan menang biarpun sekuat mana usaha dilakukan untuk menghalangnya. Jika Anwar benar-benar tak bersalah dan difitnah, dia pasti akan diselamatkan oleh Allah.

Tetapi jika Anwar berada dipihak yang salah, PAS akan menanggung akibat yang buruk kerana bersekongkol melindungi kebatilan.

Tiada ulasan:

Pengikut