Selasa, 15 Mac 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Permaisuri Agong, PM terima anugerah tertinggi pengakap

Posted: 15 Mar 2011 08:25 AM PDT

Posted: 15 Mar 2011 08:22 AM PDT

Felda terima 18 saman peneroka

Posted: 15 Mar 2011 08:20 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Setiap pemimpin BN Sarawak wajar ada akaun FB masing-masing

Posted: 15 Mar 2011 10:47 AM PDT

Selasa, Mac 15, 2011

 

Walaupun Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib sudah lama memiliki akaun facebook, twitter serta blog sendiri bagi memudahkan beliau berhubung dengan seluruh rakyat Malaysia namun amat menyedihkan di Sarawak ini apabila masih terlalu ramai pemimpin-pemimpin BN negeri yang belum lagi mahu mengikut jejak langkah PM itu ataupun mungkin kerna mereka masih was-was dan takut untuk menerima kritikan secara langsung daripada rakyat.

Sebagai pemimpin mereka harus mempunyai jiwa yang terbuka, berani serta bersedia menerima apa jua pandangan atau pendapat daripada rakyat Sarawak, biarpun terdapat pandangan yang bertentangan dan bukannya mengamal sikap yang sentiasa cuba untuk mengelak dari menerima sebarang teguran tidak kiralah samada teguran itu membina ataupun sebaliknya.

Apa yang penting adalah apabila rakyat yang mereka wakili di DUN masing-masing ingin untuk menyampai tentang apa jua permasalahan mereka, maka sudah tentulah sekiranya setiap seorang daripada wakil rakyat itu ada saluran yang memudahkan rakyat untuk berhubung secara terus dengan mereka seperti facebook, twitter selain dari telefon jadi saya pikir kalau setakat kes seseorang wakil rakyat itu jarang turun padang mungkin dapat diatasi walaupun hanya mengetahui dari jauh tentang apa jua masalah rakyat namun apa yang penting ialah beliau sudah tahu masalah rakyat di kawasan beliau tanpa perlu selalu untuk turun ke kawasan.

Kalau mahu dikira jumlah semua wakil rakyat Sarawak yang mudah untuk dihubung melalui media baru ini adalah terlalu kecil dan ada juga berlaku kes dimana walaupun sesetengah daripada mereka sudah ada akaun facebook sebagai contoh tetapi mereka masih lagi takut untuk menerima permintaan rakyat di kawasan masing-masing yang minta untuk ditambah sebagai rakan didalam wall milik mereka malahan ada yang sampai sekarang langsung tidak memberi sebarang respon kepada perkara berkenaan seperti Ahli Parlimen Mukah YB DS Dr Muhammad Leo Michael Toyad, Ahli Parlimen Batang Sadong YB Hajjah Nancy Shukry dan beberapa orang lagi.

Namun, syabas diucapkan kepada Ahli Parlimen Petra Jaya YB Datuk Fadillah Yusof, Ahli Parlimen Sibuti YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang, ADUN N50 Dalat YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah, Ahli Parlimen Igan YB Datuk Haji Abdul Wahab Haji Dollah serta beberapa nama pemimpin BN Sarawak yang tak tersebut disini, mereka ini sudah ada akaun facebook masing-masing, senang dan mudah untuk rakyat menyalurkan apa-apa jua masalah yang timbul dikawasan yang mereka wakili walaupun rakyat tidak terlalu mengharapkan wakil mereka dapat mengatasi segala aduan yang dibuat tetapi sekurang-kurangnya wakil-wakil rakyat berkenaan sudah dimaklumkan tentang sebarang masalah yang ada.

TAHNIAH OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI NEGARA.

Posted: 15 Mar 2011 10:15 AM PDT



Put your stuff here

Subsidies should be targeted says PM Najib.

Posted: 15 Mar 2011 10:09 AM PDT


Subsidies should be targeted says Najib
Published: 2011/03/15


Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said subsidies should be targeted and not across the board. In the long run, he said for anything to be sustainable, subsidies should only be for the truly deserving.

"If only we understand that resources are not limitless and if we want services improved at some point, we need to pay for it," Najib said in his keynote address at the second Asia Pacific Regional Water Conference (APRWC), here today.

The keynote address was read by Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

"Not only do we need to push for growth in an environment of depleting resources, we must somehow manage them in a sustainable manner," said Najib.

"At the government level, we also need to provide the right signal to balance the costs and implement suitable tariff rates without burdening the rakyat," he added.

The Prime Minister said water cannot be treated as though it was available in unlimited quantity and supplied at zero or low cost to consumers.

"We must not forget that when we turn on the tap, what comes out is not just water but a product which has value. Although, we have plenty of water in Malaysia, clean water requires capital and investment," he said.

Najib also said the cost of water services needs to be reasonable and linked to the amount of water consumed, to encourage consumption, but the selection of a set of pricing mechanism is now somewhat difficult when it is being
unnecessarily politicised.

He said if water resources are not managed in a sustainable manner, the impact will be devastating and it is quite evident in the way the global weather has been unpredictable and often violent.

As such, Malaysia he added, is pragmatic and takes the efforts on sustainability, seriously. -- Bernama

Read more: Subsidies should be targeted says Najib http://www.btimes.com.my/articles/20110315140525/Article/#ixzz1GgljqXc4

GOBALA VS SAIFUDDIN : INI KESUDAHANNYA....

Posted: 15 Mar 2011 10:00 AM PDT

Tuduh Gobala disogok: Saman RM12 juta menunggu Saifuddin jika tak minta maaf secara terbuka dalam 7 hari
Tak main gempak-gempak.Kata dikota.Peguam Ahli Parlimen Bebas Padang Serai Kedah,N Gobalakrishnan Selasa serah surat tuntutan kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution agar memohon maaf secara terbuka dalam masa 7 hari kerana mendakwanya terima sogokan RM1.4 juta untuk keluar PKR.Jika tuntutan tidak dipenuhi saman RM12 juta akan dikemukakan.Gobala yang ditemui di bangunan Parlimen kata dakwaan Saifuddin adalah fitnah semata-mata. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-15/3/2011

NIK AJIS TERIMA PAKU BUAH KERAS...

Posted: 15 Mar 2011 09:58 AM PDT


Parlimen: Dakwa BN memerintah terlalu lama, PAS terima "paku buah keras"
Seorang penyokong kerajaan Isnin membidas kepimpinan PAS kerana sering mempertikaikan kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang didakwa terlalu lama sedangkan perkara sama turut dilakukan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah 21 tahun menerajui Kelantan. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) 'memulangkan paku buah keras' kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang juga Presiden PAS atas dakwaannya sebelum itu bahawa pemimpin kerajaan BN mahu memerintah negara "sehingga nyanyuk dan sehingga kiamat".

ANJING LIAR BAGAIMANA?

Posted: 15 Mar 2011 09:55 AM PDT


Melaka perkenal kaedah baru tangkap kucing liar
Elissa Helmy
Mac 15, 11
10:18am
Kongsi 168
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Melaka memperkenalkan satu kaedah baru bagi mengatasi masalah penangkapan kucing liar.

Menariknya alat yang dikenali sebagai 'Smart Catcher Cat' itu diperbuat daripada bahan terbuang iaitu tong drum terpakai.

NONEIa hasil kretiviti seorang kakitangan penolong penguatkuasa, Muhammad Munir Sharabuddin yang bertujuan memudahkan proses penangkapan kucing liar.

Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Haron berkata, alat itu mula diperkenalkan sejak Februari lalu dan berjaya menunjukkan hasil yang positif apatah lagi dalam memastikan haiwan yang ditangkap ditempatkan di kawasan lebih selamat mengikut garis panduan ditetapkan.

Menurutnya, kewujudan 'Smart Catcher Cat' yang direkabentuk dari sebuah tong terpakai mampu berfungsi untuk memerangkap dua ekor kucing dalam satu-satu masa.

Menurutnya, keberkesanannya mula diuji pada Jumaat lalu di sekitar kawasan Medan Selera Ayer Keroh.

"Dalam tempoh terdekat ini, beberapa tong 'Smart Catcher Cat' akan ditempatkan di beberapa medan selera yang dikenalpasti terdapat banyak kucing liar.
Bau umpan

"Kita percaya, usaha ini mampu mengurangkan rungutan orang ramai ketika menikmati sarapan pagi, tengahari atau makan malam di setiap kawasan medan selera sekitar MPHTJ," katanya.

NONEMenurut Sapiah, alat itu berfungsi dengan cara kucing liar yang disasarkan akan menghidu bau umpan yang disediakan dan kemudiannya akan menghampiri perangkap lalu menolak pintu perangkap sehingga akhirnya pintu tertutup lalu bertindak menghalang kucing daripada terlepas keluar.

"Kucing liar yang berjaya ditangkap akan dihantar ke pusat penjagaan di Bukit Jelutong di mana kawasan itu kini berperanan sebagai tapak semaian milik MPHTJ.

"Ia akan dijaga oleh anggota Jabatan Landskap kerana kebetulan kawasan tersebut menempatkan pelbagai jenis bunga sememangnya kepunyaan MPHTJ," katanya.

Jelas Sapiah, anggota bertugas akan menjaga makan dan menyediakan tempat selesa untuk haiwan-haiwan terbabit.

"Sekiranya ada kalangan orang ramai yang berminat melihat kucing, boleh datang ke sini.

"Dalam tempoh seminggu, MPHTJ mensasarkan untuk menangkap sekurang-kurangnya enam ekor kucing. Ia diyakini mampu membantu MPHTJ mengurangkan kucing liar di kawasan ini," katanya.

Sapiah berkata, dengan adanya 'Smart catcher cat' ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos, menjimatkan tenaga anggota yang bertugas di samping mengurangkan aduan orang ramai.

Anwar tegur Nik Aziz haram semua perjudian

Posted: 15 Mar 2011 09:50 AM PDT


Anwar tegur Nik Aziz haram semua perjudian
Oleh Nazura Ngah, Norakmah Mat Youb dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2011/03/15
PAS, PKR, DAP adakan perbincangan Khamis

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pendiriannya mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman berkenaan.
Anwar berkata, sepatutnya kerajaan Kelantan berbincang bersama dengan pemimpin parti lain sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang, peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu.
"Saya percaya ini akan memberi gambaran tepat sekali gus mengelakkan salah faham yang boleh mengeruhkan suasana atau disalah tafsir," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pembangkang di Parlimen di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan tetap tidak berganjak dengan keputusan mengharamkan perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak supaya pengharamannya ditarik semula.

Berikutan pengharaman itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak kerajaan Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu kerana ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-Undang Kerajaan Persekutuan dan Kelantan.
Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk berbincang bersama PKR dan DAP berhubung pengharaman segala perjudian termasuk loteri kebajikan di Kelantan, selewat-lewatnya Khamis ini.

"Lokasi perbincangan itu masih belum ditetapkan sama ada di Kedah atau Kelantan," katanya.

Anwar yang juga Penasihat PKR itu berkata, antara yang terbabit dalam perbincangan itu nanti termasuk Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pilihan raya Sarawak, Abdul Hadi, berkata pembahagian kerusi antara parti sudah hampir selesai berdasarkan persetujuan semua pihak.

"Hanya ada sebahagian kecil saja yang belum ditentukan. Bagaimanapun ia dijangka selesai sebaik saja pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak," katanya

SPR tunggu pengisytiharan bubar DUN Sarawak

Posted: 15 Mar 2011 09:40 AM PDT




SPR tunggu pengisytiharan bubar DUN Sarawak

Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 14 Mac - "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya tunggu pengisytiharan sahaja, kita tahu sudah tak lama lagi akan diumumlah tu."

Demikian reaksi Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof ketika ditanya sama ada pihaknya telah mendapat 'isyarat akhir' daripada kerajaan negeri Sarawak berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membuka laluan kepada pilihan raya negeri ke-10.

Menurut Abd. Aziz, SPR telah bersiap sedia dari segi keperluan logistik untuk mengendalikan pilihan raya di negeri tersebut.

"Peruntukan bajet yang dipohon daripada Kementerian Kewangan sekitar RM45 juta.

"SPR akan membuka sejumlah 1,716 pusat mengundi di seluruh Sarawak dengan sebahagian besar melibatkan sekolah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Abd. Aziz berkata, sebanyak 71 pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi akan dibuka selain 20 pusat pengiraan undi berkelompok melibatkan pengundian kawasan-kawasan terpencil dan pedalaman.

"Sejumlah 14,929 petugas pilihan raya pelbagai kategori turut dilantik dengan kita juga mengenal pasti 71 orang pegawai pengurus dan 172 orang penolong pegawai pengurus.

"Jumlah pemilih berdaftar di seluruh Sarawak yang disahkan pada Disember 2010 adalah seramai 986,285 orang, insya-Allah daftar ini akan digunakan jika DUN dibubarkan akhir bulan ini atau awal April," katanya.

Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai tahun depan dan ramai pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan bulan depan.

Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

TAHNIAH ADUN SERKAM

Posted: 15 Mar 2011 09:33 AM PDT


Ghazale dilantik Exco baru dalam rombakan kecil Melaka

MELAKA 14 Mac – Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad dilantik sebagai Exco baru dalam rombakan kecil pentadbiran kerajaan negeri.

Ghazale yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri akan mengangkat sumpah jawatan tersebut di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Seri Negeri esok.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bagaimanapun tidak memaklumkan portfolio yang disandang oleh ADUN berkenaan.

"Pelantikan Ghazale sebagai Exco telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd. Khalil dan semua Exco yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan tiket penerbangan balik kepada kumpulan kedua seramai 104 pelajar kelahiran Melaka yang belajar di Mesir di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Pelantikan Exco baru itu adalah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas ADUN Merlimau, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan yang meninggal dunia 20 Januari lalu.

Menurutnya, pelantikan Ghazale sebagai Exco dibuat berdasarkan sumbangan dan komitmen beliau pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

"Beliau adalah antara ADUN yang bekerja kuat pada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau lalu," katanya.

Selain pelantikan Ghazale, katanya, rombakan portfolio Exco akan turut dilakukan bagi mewujudkan barisan kepimpinan kerajaan negeri yang mempunyai kepelbagaian kebolehan mengendalikan tugas masing-masing.

Kata beliau, Ghazale akan menghadiri mesyuarat Exco pertamanya Rabu ini dan mengalas tugas portfolio baru yang akan diumumkan nanti.

"Rabu nanti, semua Exco tahu jawatan dan tugas portfolio baru masing-masing," katanya.

DULU DAN SEKARANG

Posted: 15 Mar 2011 09:27 AM PDT




Nyawa politik Anwar dalam tangan Pengerusi DAP

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menjadi 'pelacur politik' dan membiarkan dirinya didagangkan oleh DAP kerana 'nyawa politik' beliau berada dalam tangan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari (gambar) berkata, DAP menjadikan kes liwat Anwar sebagai strategi utama untuk mengawal bekas Timbalan Perdana Menteri itu kerana seperti didakwa Karpal, beliau memiliki bukti mengenai aktiviti liwat ketua pembangkang itu.

Menurutnya, sebab itu tidak menghairankan mengapa Karpal sanggup membuat 'pusingan U' dan bersikap lidah bercabang dalam isu pendedahannya pada 1997 di Dewan Rakyat dan Hotel Federal berhubung bukti aktiviti seks songsang Anwar.

"Selagi Karpal menjadi peguam bela dalam kes liwat, selagi itulah Anwar dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa akur dan tunduk kepada DAP sehingga terpaksa menjadi 'pelacur politik' dengan membiarkan diri mereka didagangkan DAP.

"Karpal menggunakan kes liwat sebagai alat untuk mencari keuntungan politik bagi DAP dan ini menjelaskan keadaan mengapa selama ini PKR menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Karpal yang cuba berdolak-dalik dalam isu pendedahan pada 1997 bahawa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai perbuatan Anwar meliwat bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar dengan cuba meletakkan kesalahan kepada kerajaan.

Kelmarin Karpal mengakui beliau ada membuat desakan agar kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Anwar atas dakwaan meliwat Azizan tetapi menjelaskan perkara itu ditolak oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana dikatakan bersifat politik.

Pengerusi DAP itu juga menambah, beliau hanya membantu Anwar selepas diminta oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 iaitu selepas dipecat dari Kabinet dan juga UMNO sebelum dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Azizan.

Mengulas lanjut mengenai perbuatan lidah bercabang Karpal dan tindakan Anwar yang sentiasa 'putar alam' dalam isu tersebut, Anuar berkata, PKR dan DAP telah merosakkan amalan demokrasi di Malaysia kerana mempraktikkan cara politik yang tidak sihat.

"Apakah motif sebenar mereka? Bagi saya Anwar menggunakan politik cara ini sebagai alat untuk melepaskan diri daripada kes liwat manakala Karpal pula demi mencari keuntungan politik untuk DAP walaupun negara terpaksa diporak-perandakan," jelasnya.

BENARKAH PAS TIDAK YAKIN KEMAMPUAN DAP DI MELAKA?

Posted: 15 Mar 2011 09:16 AM PDT



Pas tidak yakin kemampuan DAP

MELAKA, 25 Feb. - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan meluahkan kehairanan dengan kesungguhan Pas untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka sedangkan suara pembangkang sudah diwakili DAP yang juga rakan sekutu Pas.

"Kawan sepermainan Pas ialah DAP jadi gunakanlah DAP hendak suarakan apa sahaja (dalam DUN di Melaka)," katanya kepada pemberita selepas majlis Bicara Penerangan anjuran Biro Penerangan UMNO Terengganu di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Pas bersikap sedemikian kerana tidak percaya kepada kemampuan DAP membawa suara pembangkang khususnya berkaitan Islam.

Beliau mengulas kenyataan pemimpin Pas yang mahukan kemenangan pada pilihan raya kecil DUN Merlimau bagi menyuarakan isu membabitkan Islam dan orang Melayu semasa sidang DUN Melaka.

Isu itu, kata Ahmad, tidak sepatutnya timbul kerana PAS pernah menguar-uarkan untuk mengajar DAP mengenai agama Islam.

Beliau juga mencadangkan kepada Pas agar meninggalkan pakatan pembangkang jika sudah tidak mempercayai kemampuan parti sekutu memperjuangkan agenda Islamnya.

Melaka mempunyai 28 kerusi DUN yang mana 23 daripadanya dimiliki Barisan Nasional (BN) manakala lima lagi diwakili DAP.

Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang mewakili BN meninggal dunia pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung dan esok adalah hari penamaan calon, manakala pengundian pula pada 6 Mac ini.

Sementara itu, Ahmad berkata, program Juara Rakyat akan diteruskan dengan penambahan aktiviti ceramah yang boleh diadakan mengikut kreativiti Bahagian sama ada dalam bentuk ceramah berkelompok, dialog, forum atau pidato.

"Bagaimanapun dilihat pada Januari lepas program Juara Rakyat di peringkat Bahagian kurang dilaksanakan, mungkin tidak sampai berita program Juara Rakyat diteruskan," katanya.

Beliau turut memuji usaha Biro Penerangan UMNO Terengganu yang mengumpulkan anggotanya dalam satu seminar bagi menerangkan isu-isu semasa dan hala tuju biro itu.

"Ini negeri pertama lakukan seumpamanya, saya juga cadangkan agar negeri-negeri lain contohi Terengganu kumpulkan jentera penerangan serentak," katanya. - BERNAMA

KERAJAAN BN KOTAKAN JANJI.

Posted: 15 Mar 2011 09:02 AM PDT



Mengenai tol, pada PRU lalu, BN tidak berani menjanjikan untuk menghapuskan tol sama sekali tetapi beberapa perkembangan yang berlaku selepas PRU 2008 menunjukkan kerajaan BN akan melakukan apa yang difikirkan mampu dilaksanakan untuk rakyat supaya wujud suasana menang-menang. Rakyat senang dan kerajaan pula tidak bankrap.

Dalam isu tol ini, pujian harus diberi kepada BN kerana prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pengguna.

Antara keputusan kerajaan BN mengenai tol ialah memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) arah Kuala Lumpur berhampiran Kampung Dato' Harun pada 13 Februari 2009. Sebelum pemansuhan, penduduk terpaksa membayar tol RM1.60 setiap kali berulang alik dari rumah menghala ke Kuala Lumpur sejak April 2004. Ini diikuti pemansuhan kutipan tol untuk kedua-dua arah di Plaza Tol Salak Jaya, Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) bermula 24 Februari 2009. Tol sehala sebanyak RM1.30 dikenakan sejak Mei 1999.

Berkuat kuasa 1 Ogos 2010 pula, pengguna Linkedua di Gelang Patah, Johor menikmati pengurangan kadar bayaran tol sebanyak 30 peratus. Pada 18 Februari, kadar tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2) Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) dekat Kampung Medan, Petaling Jaya dikurangkan daripada RM1.60 kepada RM1

Dan mulai Mei ini, kerajaan BN akan menamatkan konsesi tol Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur. Kerajaan BN juga mengumumkan tiada kenaikan tol untuk tempoh lima tahun akan datang bagi Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1. Semuanya ini tidak dijanjikan dalam PRU tetapi dilaksanakan untuk rakyat. Terima kasih BN!

ALASAN DEMI ALASAN ?

Posted: 15 Mar 2011 08:43 AM PDT


DATUK Seri Anwar Ibrahim (dua kiri) mengelak daripada ditemu bual pihak media berhubung desakan pelbagai pihak agar beliau memberikan sampel DNA kepada pihak mahkamah di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 14 Mac. - Utusan/NOORADZRENE MOHD NOOR

DAULAT TUANKU : MALAYSIA HULUR BANTUAN KEPADA JEPUN

Posted: 15 Mar 2011 08:36 AM PDT


SULTANAH Johor merangkap Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Raja Zarith Sofiah menyerahkan sumbangan berjumlah RM102,000 kepada Konsulat Jepun, Yuichiro Nishimura (empat kiri) untuk disumbangkan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun, di Persada, Johor Bahru, 14 Mac. - Utusan/RAJA JAAFAR ALI

ANUGERAH BUAT YANG BERJAYA HARUMKAN NAMA NEGARA.

Posted: 15 Mar 2011 08:34 AM PDT



Put your stuff here

KPI : MASIH ADA AHLI PARLIMEN YANG GAGAL?

Posted: 15 Mar 2011 08:16 AM PDT


Baru-baru ini Perdana Menteri baru sahaja mengadakan "PERTEMUAN" dengan ahli-ahli Parlimen. Pertemuan tersebut adalh bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah pencapaian dan masalah yang dihadapi oleh Ahli Parlimen ketika menguruskan kendalikan kawasan dan pengundi masing-masing.Tahniah kepada YAB kerana dapat mengadakan satu makenisma penilaian yang jitu. Ini selaras dengan gagasan beliau, 1 Malaysia, Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan.



Sudah pasti ada yang berjaya mengharunginya malah tidak kurang juga yang gagal untuk memenuhinya. Bagi yang berjaya sudah pasti beranggapan bahawa masa depan dan survival mereka dalam politik masih cerah dan yang gagal pula bersedialah untuk berundur atau diundurkan. Namun dalam konteks ini YAB PM masih lagi mahu mengetahui sebab sebab kegagalan seseorang ahli Parlimen. Sama ada sebab sebab yang tidak dapat dielakkan atau pun memang salah sendiri.




Realiti politik kini menagih seseorang ahli Parlimen yang bukan sahaja membuat undang-undang, dasar malah turut juga menuntut mereka untuk turun padang melihat, mendengar dan menyelesaikan permasalahan pengundi. Bagi ahli Parlimen yang menjawat jawatan menteri, ini bukan satu tugas mudah. Tapi bila dah jadi ahli politik, maka itulah tugasan yang wajib di pikul dan ditunaikan. Ini pasti menuntut seorang ahli Parlimen bukan sahaja mempunyai kredibiliti malah kekuatan fizikal yang mampan. Tentu bagi yang berumur 40 an tiada masalah tapi yang lanjut usia, mungkin dapat bertahan untuk satu tempoh yang pendek sahaja. Dalam marathon mereka mungkin ada nafsu tapi tiada ketahanan fizikal dalam jangka panjang.



Namun masih ada juga masih 'berminat' untuk terus menyumbang kepada parti. Tidak salah jika ada perasaan begitu, cuma ianya boleh disalurkan dengan pelbagai cara. Terimalah hakikat, masa kita jadi pengikut kita boleh menerima kepimpinan individu lain, begitu juga bila kita dijadikan pemimpin, ada juga individu lain yang ingin menyumbang juga. Sikap untuk menongkat jawatan walaupun dah tak ada upaya patutnya di ketepikan. KINI sampai masanya ahli Parlimen menoleh ke belakang adakah dalam masa 3 tahun selepas Tsunami 2008 telah ditunaikan atau masih lagi retorik sahaja. Kerana kini pengundi sudah pandai menilai ahli parlimen mereka. Put your stuff here

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali dakwa Anwar takut rahsia DNA akan bongkar segala misteri perilaku beliau

Posted: 14 Mar 2011 09:13 PM PDT

BANYAK rahsia akan terbongkar jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNAnya sepertimana diperlukan oleh pihak pendakwa dalam kes liwat beliau dengan Mohd. Saiful Bukhari.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, oleh sebab itu Anwar tidak berani menyerahkan DNA tersebut walaupun didesak oleh pelbagai pihak bagi membuktikan keadilan dan beliau tidak bersalah dalam kes liwat.

"Kalau dia bukan seprang pengecut, sudah lama diserahkan sampel DNA, tetapi beliau khuatir segala rahsia yang disembunyikan selama ini akan terbongkar," tegasnya.

Katanya, mungkin sample DNA itu akan menceritakan segala misteri yang selama ini menyelubungi kehidupan silamnya dan sekaligus kerjaya politiknya akan berkubur.

Syed Ali berkata, Anwar perlu memenuhi permintaan pihak pendakwaan bagi membuktikan beliau 'berani kerana benar' dan tidak berterusan hidup dalam kepuraan-puraan.

Lagipun kata beliau, orang ramai termasuk penyokong PKR sendiri sanggup mengadakan perhimpunan semata-mata mendesak Anwar serahkan sampel DNA.
Anak Azmin Ali hasil hubungan terlarang Anwar ?
Beliau mendakwa, ada pihak yang mendakwa jika Anwar menyerahkan sampel DNA tersebut, ianya bukan sahaja melengkapkan proses perbicaraannya dalam kes liwat, tetapi persoalan siapa anak Azmin Ai juga akan terjawab.

"Ada yang mengatakan salah seorang anak Azmin dikatakan hasil hubungan terlarang Anwar dengan isteri beliau, bagi membuktikan dakwaan tersebut, maka Anwar perlu tampil menjelaskannya," tegas beliau.

Syed Ali berkata, keluarga terdekat Azmin juga turut meragui status kanak-kanak tersebut dan dilaporkan sebagai mengesahkan bahawa anak tersebut dipercayai hasil perbuatan curang Anwar dengan isteri Azmin.

"Mungkin kerana inilah, Anwar bermati-matian tidak mahu menyerahkan sampel DNA sebaliknya menjawab perlu ditanya kepada peguam utamanya, Karpal Singh," katanya.

Syed Ali mempersoalkan kenapakah Karpal Singh yang perlu dijadikan pakar rujuk atau individu yang menyimpan segala rahsia peribadi beliau.

Dalam hal ini katanya, memberi gambaran bahawa Karpal Singh sememangnya memgetahui Anwar terbabit dalam kes liwat dan hasil hubungan terlarangnya dengan isteri Azmin.

Sehubungan itu, beliau mencabar Anwar supaya membuat pengumuman secara terbuka kepada rakyat bahawa beliau adalah manusia bermoral dan tidak pernah terbabit dalam kegiatan mengaibkan.

"Jika tidak berani berbuat demikian, maka saya nasihatkan beliau supaya segera meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada rakyat," tegasnya.

Selaku seorang pengkhianat kepada bangsa, umat Islam dan pengundi di Parlimen Permatang Pauh, maka beliau sebenarnya sudah tidak layak lagi berada di negara ini.



Pengikut