Selasa, 15 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali dakwa Anwar takut rahsia DNA akan bongkar segala misteri perilaku beliau

Posted: 14 Mar 2011 09:13 PM PDT

BANYAK rahsia akan terbongkar jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNAnya sepertimana diperlukan oleh pihak pendakwa dalam kes liwat beliau dengan Mohd. Saiful Bukhari.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, oleh sebab itu Anwar tidak berani menyerahkan DNA tersebut walaupun didesak oleh pelbagai pihak bagi membuktikan keadilan dan beliau tidak bersalah dalam kes liwat.

"Kalau dia bukan seprang pengecut, sudah lama diserahkan sampel DNA, tetapi beliau khuatir segala rahsia yang disembunyikan selama ini akan terbongkar," tegasnya.

Katanya, mungkin sample DNA itu akan menceritakan segala misteri yang selama ini menyelubungi kehidupan silamnya dan sekaligus kerjaya politiknya akan berkubur.

Syed Ali berkata, Anwar perlu memenuhi permintaan pihak pendakwaan bagi membuktikan beliau 'berani kerana benar' dan tidak berterusan hidup dalam kepuraan-puraan.

Lagipun kata beliau, orang ramai termasuk penyokong PKR sendiri sanggup mengadakan perhimpunan semata-mata mendesak Anwar serahkan sampel DNA.
Anak Azmin Ali hasil hubungan terlarang Anwar ?
Beliau mendakwa, ada pihak yang mendakwa jika Anwar menyerahkan sampel DNA tersebut, ianya bukan sahaja melengkapkan proses perbicaraannya dalam kes liwat, tetapi persoalan siapa anak Azmin Ai juga akan terjawab.

"Ada yang mengatakan salah seorang anak Azmin dikatakan hasil hubungan terlarang Anwar dengan isteri beliau, bagi membuktikan dakwaan tersebut, maka Anwar perlu tampil menjelaskannya," tegas beliau.

Syed Ali berkata, keluarga terdekat Azmin juga turut meragui status kanak-kanak tersebut dan dilaporkan sebagai mengesahkan bahawa anak tersebut dipercayai hasil perbuatan curang Anwar dengan isteri Azmin.

"Mungkin kerana inilah, Anwar bermati-matian tidak mahu menyerahkan sampel DNA sebaliknya menjawab perlu ditanya kepada peguam utamanya, Karpal Singh," katanya.

Syed Ali mempersoalkan kenapakah Karpal Singh yang perlu dijadikan pakar rujuk atau individu yang menyimpan segala rahsia peribadi beliau.

Dalam hal ini katanya, memberi gambaran bahawa Karpal Singh sememangnya memgetahui Anwar terbabit dalam kes liwat dan hasil hubungan terlarangnya dengan isteri Azmin.

Sehubungan itu, beliau mencabar Anwar supaya membuat pengumuman secara terbuka kepada rakyat bahawa beliau adalah manusia bermoral dan tidak pernah terbabit dalam kegiatan mengaibkan.

"Jika tidak berani berbuat demikian, maka saya nasihatkan beliau supaya segera meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada rakyat," tegasnya.

Selaku seorang pengkhianat kepada bangsa, umat Islam dan pengundi di Parlimen Permatang Pauh, maka beliau sebenarnya sudah tidak layak lagi berada di negara ini.



Tiada ulasan:

Pengikut