Ahad, 13 Mac 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Posted: 13 Mar 2011 09:48 AM PDT

Posted: 13 Mar 2011 09:28 AM PDT

JENTERA BN TINGKATKAN MOTIVASI HASIL KEMENANGAN DI MERLIMAU & KERDAU

Posted: 13 Mar 2011 09:24 AM PDT

'PERTELINGKAHAN' ANTARA DR. MAHATHIR-KU LI TIDAK JEJASKAN UMNO

Posted: 13 Mar 2011 09:22 AM PDT

WUJUDKAN TABUNG KEBAJIKAN BAGI BASMI KEMISKINAN DI SELURUH NEGARA

Posted: 13 Mar 2011 09:20 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


DI ANTARA KUASA RAKYAT DAN PERMAINAN PEGUAM TERSOHOR

Posted: 13 Mar 2011 07:57 AM PDT

Hari ini negara di kejutkan dengan beberapa siri demontrasi di seluruh negara mendesak anuwar menyerahkan DNA sebagai tuntutan untuk mencari kebenaran yang ingin di ketahui oleh rakyat. Rakyat semakin hari semakin muak dengan permainan politik yang tidak berkesudahan tanpa memikirkan kepentingan negara dan pada hari ini rakyat bangkit mendesak dan menyatakan pendirian supaya mahkamah membuat pertimbangan supaya perkara ini di selesaikan segera. Kalau di Mesir rakyat bangkit menentang pemerintah yang di katakan zalim manakala di negara kita rakyat bangkit menentang pemimpin yang berbohong.
Rakyat juga sedang melihat permainan peguam-peguam tersohor yang merupakan pengerak utama parti pembangkang. Tambahan pula mereka terdiri daripada peguam bukan muslim yang melibatkan kes syarie seorang islam. Persoalan juga timbul kemana perginya hj Sulaiman Abdulah, Kamar Ainah Kamarulzaman dan Zulkifli Nordin yang menjadi peguam Anuwar dalam Kes terdahulu?. Inilah antara persoalan yang timbul di dalam fikiran rakyat yang ingin perkara ini menjadi kebenaran.
Kebenaran ini yang sedang di cari rakyat dan saya percaya sekiranya setelah Anuwar menyerah DNA nya dan di dapati DNA tersebut tidak sama dengan DNA yang ada di dalam dubur Saiful. Saya percaya rakyat akan bangkit mempertahankan Anuwar dan menentang segala kezaliman yang di lakukan terhadap Anuwar atas nama kebenaran. Anuwar perlu membuktikan perkara ini kepada rakyat tanpa berdolak-dalik lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


'Jangan kelak kubur Anwar dikencing orang '-Syed Ali

Posted: 13 Mar 2011 05:25 AM PDT

DATUK Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya jangan kelak kuburnya akan dikencing oleh generasi Melayu akan datang kerana perbuatannya yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dan negara kerana kepentingan politik.


Mengingjkatkan demikian, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu bertanggungjawab memecahbelahkan perpaduan rakyat dan mengganggu-gugat kestabilan negara.


"Saya bimbang kelak akan ada orang yang sanggup kencing di atas kubur beliau kerana marah terhadapnya yang tergamak melacurkan maruah bangsa hanya untuk memegang jawatan Perdana Menteri,"tegasnya.


Katanya, Anwar merupakan pemimpin politik yang cukup bijak berbohong, memutarbelitkan kebenaran dan licik memperdayakan rakyat disamping tergamak menjadi talibarut kuasa asing,' tegasnya.


Beliau kesal kerana Anwar tidak habis-habis membohongi rakyat dengan pelbagai dakyah karut termasuk melaungkan slogan untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Sebelum itu kata beliau, Anwar beria-ia menegaskan akan membentuk kerajaan 16 September dan terbaru mendakwa wakil rakyat pembangkang telah dibeli oleh Barisan Nasional (BN).


"Dia kata nak dedah satu persatu mereka yang kena beli, tetapi sehingga sekarang masih tidak berbuat demikian," tegasnya.


Katanya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga sengaja melancarkan provokasi dengan menuduh kerajaan BN zalim dan membazirkan duit rakyat.


"Tuduhan tidak berasas itu bagaimanapun tidak menghakis sokongan rakyat kepada BN dan UMNO, sebaliknya semakin ramai penyokong PKR keluar parti," ujarnya.


Katanya lagi, ketika tercetusnya reformasi politik di Timur Tengah seperti di Mesir dan Tunisia, beliau melaung-laungkan mengajak rakyat meniru apa yang dilakukan oleh rakyat di negara berkenaan.


Dalam ceramahnya dakwa Syed Ali, Anwar mengajak rakyat supaya cenderung melakukan politik demontrasi sebagai jalan pintas untuk beliau untuk menjadi Perdana Menteri.


"Tetapi apabila usaha beliau tidak mendapat respon dan mencetuskan kemarahan rakyat pelbagai kaum, dia menukar pula rentak dengan berkata akan mengikut lunas-lunas demokrasi untuk berkuasa," tegasnya.


Sabtu lalu, Anwar yang juga Penasihat Umum PKR ketika berucap di majlis pelancaran Buku Jingga dan kutipan derma PKR Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur menjelaskan PR akan mengabil alih kerajaan melalui proses PRU sejajar dengan semangat demokrasi.


Anwar juga dilaporkan sebagai berkata PR tidak akan mengikut apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.


Dalam hal ini, Syed Ali menjelaskan Anwar terpaksa menarik balik propaganda beliau sebelum ini yang mahu rakyat mencontohi apa yang berlaku di Timur Tengah setelah tidak mendapat sambutan rakyat di negara ini.


Katanya, Anwar sengaja memainkan isu tersebut sebagai helah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kes liwatnya yang dalam proses perbicaaan di Mahkamah Tinggi.


"Anwar sebenarnya kepanasan dan khuatir berhubung keputusan kes liwatnya, maka terpaksalah beliau mereka pelbagai cerita karut untuk meredakan kegelisahannya," tegas beliau.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Peribadi Tan Sri Taib Mahmud lebih mulia dari Anwar..

Posted: 12 Mar 2011 11:50 PM PST

Anwar meroyan umpama orang hilang akal apabila Ahli Parlimen PKR, R Sivarasa dilarang masuk ke Sarawak oleh Ketua Menteri negeri tersebut awal pagi semalam. Anwar didalam satu kenyataan akhbar, telah mengecam Tan Sri Taib Mahmud yang disifatkannya mengamalkan pemerintahan kuku besi.

Tan Sri Taib Mahmud juga dilabelkan oleh Anwar sebagai seorang pemimpin yang mengamalkan stail pemerintahan Regim Mubarak di Mesir. Selain dari dituduh mengamalkan sisitem kuku besi, Anwar juga "memaki hamun" Ketua Menteri Sarawak tersebut sebagai menyalahgunakan kuasa dan juga masih menggunapakai sistem kerajaan autokratik.

Inilah Anwar Ibrahim.., dia tak sedar bahawa apa yang dituduhnya itu sebenarnya berbalik kepadanya sendiri. Lihat sahaja didalam parti PKR.., bukankah Anwar juga bersifat kuku besi dengan mengamalkan sistem diktator. Siapa yang boleh menolak cakap Anwar didalam pemilihan parti tersebut ketika dia menyokong Azmin menjadi Naib Presiden PKR?

Tak lama dahulu, Anwar dipenjarakan diatas kesalahan apa jika bukan kerana dia menyalah gunakan kuasa? Jika Ketua Menteri Sarawak dikatakan salah guna kuasa apabila menyekat pengacau dari masuk ke negeri naungannya, Anwar ternyata memang sudah hilang akal. Tak salah jika seorang pemimpin mahu menjaga ketenteraman negerinya dari pengacau seperti wakil PKR tersebut.

Sepatutnya, Tan Sri Taib menyekat Anwar juga dari memasuki tanah Sarawak. Bahkan, rakyat Sarawak pasti lebih aman jika kesemua anggota gerombolan pembangkang dihalang memijakkan kaki ke negeri bertuah itu. Jangan beri ruang kepada si pengacau-pengacau ini dari membuat huru hara di bumi kenyalang.

Ini semua akan menjadi realiti jika Tan Sri Taib benar-benar mengamalkan pentadbiran kuku besi, kerajaan autokratik dan juga apa yang didakwa Anwar sebagai menyalahgunakan kuasa. Anwar sebenarnya patut bersyukur kerana dia masih berpeluang untuk bergerak bebas didalam negeri tersebut tanpa sebarag halangan.

Dengan ini, rakyat negeri Sarawak sewajarnya menolak kehadiran manusia yang suka meroyan seperti Anwar ini. Tan Sri Taib yang telah lama berjasa di Sarawak dengan sewenang-wenangnya telah diperlekehkan oleh Ketua Umum Pakatan tersebut hanya kerana isu remeh larangan keatas R Sivarasa.

Inikah nilai pemikiran dan peribadi pemimpin yang kononnya mahu diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru? Jelas bahawa taraf kredibiliti kepimpinan Anwar jauh lebih bawah dari Datuk Seri Najib. Dan tak salah jika dikatakan bahawa keperibadian serta moral Tan Sri Taib Mahmud jauh lebih mulia dari manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini.

Apa yang boleh dibanggakan dengan Anwar selain dari "jasa-jasanya" memburukkan nama Malaysia di luar negara. Tiada satupun usaha Anwar untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat melainkan setiap hari dia menghasut supaya rakyat bencikan kerajaan sedia ada.

Inilah model yang amat dibanggakan sangat oleh penyokong-penyokong Pakatan. Dan inilah juga manusia yang mereka gelarkan sebagai pemimpin anugerah Tuhan. Nampaknya semua penyokong Pakatan telah "dibutakan" hati dan minda mereka terhadap kebenaran. Mereka terlampau taksub hinggakan mereka tak tahu lagi untuk berfikir dengan waras!

Pengikut