Apo Kono Eh Jang! |
Peribadi Tan Sri Taib Mahmud lebih mulia dari Anwar.. Posted: 12 Mar 2011 11:50 PM PST Anwar meroyan umpama orang hilang akal apabila Ahli Parlimen PKR, R Sivarasa dilarang masuk ke Sarawak oleh Ketua Menteri negeri tersebut awal pagi semalam. Anwar didalam satu kenyataan akhbar, telah mengecam Tan Sri Taib Mahmud yang disifatkannya mengamalkan pemerintahan kuku besi. Tan Sri Taib Mahmud juga dilabelkan oleh Anwar sebagai seorang pemimpin yang mengamalkan stail pemerintahan Regim Mubarak di Mesir. Selain dari dituduh mengamalkan sisitem kuku besi, Anwar juga "memaki hamun" Ketua Menteri Sarawak tersebut sebagai menyalahgunakan kuasa dan juga masih menggunapakai sistem kerajaan autokratik. Inilah Anwar Ibrahim.., dia tak sedar bahawa apa yang dituduhnya itu sebenarnya berbalik kepadanya sendiri. Lihat sahaja didalam parti PKR.., bukankah Anwar juga bersifat kuku besi dengan mengamalkan sistem diktator. Siapa yang boleh menolak cakap Anwar didalam pemilihan parti tersebut ketika dia menyokong Azmin menjadi Naib Presiden PKR? Tak lama dahulu, Anwar dipenjarakan diatas kesalahan apa jika bukan kerana dia menyalah gunakan kuasa? Jika Ketua Menteri Sarawak dikatakan salah guna kuasa apabila menyekat pengacau dari masuk ke negeri naungannya, Anwar ternyata memang sudah hilang akal. Tak salah jika seorang pemimpin mahu menjaga ketenteraman negerinya dari pengacau seperti wakil PKR tersebut. Sepatutnya, Tan Sri Taib menyekat Anwar juga dari memasuki tanah Sarawak. Bahkan, rakyat Sarawak pasti lebih aman jika kesemua anggota gerombolan pembangkang dihalang memijakkan kaki ke negeri bertuah itu. Jangan beri ruang kepada si pengacau-pengacau ini dari membuat huru hara di bumi kenyalang. Ini semua akan menjadi realiti jika Tan Sri Taib benar-benar mengamalkan pentadbiran kuku besi, kerajaan autokratik dan juga apa yang didakwa Anwar sebagai menyalahgunakan kuasa. Anwar sebenarnya patut bersyukur kerana dia masih berpeluang untuk bergerak bebas didalam negeri tersebut tanpa sebarag halangan. Dengan ini, rakyat negeri Sarawak sewajarnya menolak kehadiran manusia yang suka meroyan seperti Anwar ini. Tan Sri Taib yang telah lama berjasa di Sarawak dengan sewenang-wenangnya telah diperlekehkan oleh Ketua Umum Pakatan tersebut hanya kerana isu remeh larangan keatas R Sivarasa. Inikah nilai pemikiran dan peribadi pemimpin yang kononnya mahu diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru? Jelas bahawa taraf kredibiliti kepimpinan Anwar jauh lebih bawah dari Datuk Seri Najib. Dan tak salah jika dikatakan bahawa keperibadian serta moral Tan Sri Taib Mahmud jauh lebih mulia dari manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini. Apa yang boleh dibanggakan dengan Anwar selain dari "jasa-jasanya" memburukkan nama Malaysia di luar negara. Tiada satupun usaha Anwar untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat melainkan setiap hari dia menghasut supaya rakyat bencikan kerajaan sedia ada. Inilah model yang amat dibanggakan sangat oleh penyokong-penyokong Pakatan. Dan inilah juga manusia yang mereka gelarkan sebagai pemimpin anugerah Tuhan. Nampaknya semua penyokong Pakatan telah "dibutakan" hati dan minda mereka terhadap kebenaran. Mereka terlampau taksub hinggakan mereka tak tahu lagi untuk berfikir dengan waras! |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan