Pengikut

Nuffnang

Ahad, 6 Mac 2011

Hamidah Osman

0 ulasan
sumber :-

Hamidah Osman


Terima Kasih Pengundi Kerdau dan Merlimau

Posted: 06 Mar 2011 04:31 PM PST



Tahniah dan Terima Kasih


Kak Midah selaku Ketua Penerangan Wanita UMNO ingin melahirkan rasa kesyukuran dan gembira atas kemenangan PRK Kerdau dan Merlimau atas kemenangan cemerlang yang dicapai dalam pilihanraya kecil pada 6 Mac 2011 yang lalu.

• Kak Midah bersama-sama seluruh pimpinan dan ahli-ahli Wanita UMNO negeri Perak mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pengundi Kerdau dan Merlimau serta seluruh ahli UMNO dan Barisan Nasional serta pengundi Kerdau dan Merlimau yang mencapai kemenangan cemerlang pada pilihanraya kecil ini sekaligus membuktikan pengundi-pengundi Pahang dan Melaka sangat bijak dan tidak termakan hasutan dakyah dan fitnah oleh pembangkang.

• Diharapkan dengan kemenangan di Kerdau dan Merlimau ini, akan menjadi isyarat bahawa UMNO bersama dengan Barisan Nasional dapat diterima rakyat Malaysia seluruhnya dari berbagai-bagai keturunan dan pegangan agama.

• Bagi pihak Ketua Penerangan Wanita UMNO Kak Midah mengharapkan dengan kemenangan tersebut akan memberi suntikan dan semangat baru pada ahli dan pemimpin UMNO di semua peringkat untuk bekerja keras mulai dari sekarang bagi memastikan kemenangan pada pilihanraya akan datang.

• Kak Midah juga mengucapkan jutaan terima kasih, kepada jentera Jalinan Rakyat Wanita serta semua petugas-petugas pilihanraya daripada Wanita UMNO di semua peringkat yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen.

• Semoga usaha mulia berterusan dan menciptakan kemengan yang lebih gemilang.

Hamidah Osman
Ketua Penerangan Wanita UMNO

Siapa Kita, Adalah Cara kita Berfikir

Posted: 03 Mar 2011 04:36 PM PST




Syukur nikmat, bukan riak

TERDAPAT sebuah anekdot menarik bagaimana dua pihak saling berbeza pandangan mengenai sebuah gelas yang berisikan hanya separuh air. Bagi mereka yang berfikiran positif, perspektif yang dilihatnya ialah separuh berisi dan berusaha untuk mengisi separuh lagi airnya penuh.

Bagi pihak satu lagi, ia berfikir berasaskan ruang yang kosong, maka kekosongan terus dipersalahkan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Walau bagaimanapun, pihak kedua tidak mengambil peluang untuk berfikir bagi memenuhi kekosongan tersebut. Mereka hanya berusaha untuk mengurangkan air yang berada dalam gelas sehingga semuanya menjadi kosong. Anekdot tersebut amat relevan apabila kita menilai kembali apa yang telah dan sedang berlaku dalam masyarakat, terutamanya apabila berhadapan dengan perebutan kuasa politik.

Sejak manusia mencipta ruang politik sebagai kaedah mendapatkan kuasa secara sah dan mencuba kaedah demokrasi sebagai perantaranya menjadikan persekitaran semakin bertaburan dengan riak. Pihak yang memandang gelas separuh kosong sentiasa mempersoalkan orang yang telah memenuhkan air separuh gelas.

Dalam pandangan itu tersasul pula pelbagai teori. Pihak yang mengisi air hingga ke separuh gelas tidak akan memenuhkan gelas tersebut, kerana air akan digunakan untuk kepentingan diri, keluarga, sahabat dan kroni. Tapi, apa yang lebih ketara ialah mereka membuat teori itulah sebenarnya lebih banyak menggunakan air yang berada dalam separuh gelas itu untuk kepentingan diri, keluarga, sahabat dan kroni.

Ragam berebut air yang separuh gelas itu oleh pihak yang memandang gelas separuh kosong adalah simbol kepada sikap melampau. Tindakan tersebut dianggap melampau ialah kerana tidak menghargai apa yang dilakukan oleh orang lain yang bertungkus lumus mengisi air sehingga mampu sampai ke separuh gelas.

Orang tidak menghargai jasa dan keringat orang lain itulah sebenarnya adalah termasuk dalam golongan yang tidak tahu dan mahu bersyukur. Mereka adalah golongan yang riak dan takbur.

Sikap riak dan takbur merupakan perilaku yang amat dibenci oleh Allah SWT. Salah satu prinsip asas Islam ialah mensyukuri nikmat yang dikurniakan-Nya. Nikmat itu memang banyak, dengan menyedari akan kekurangan diri manusia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi kekurangan.

Dalam percubaan mendapatkan keselesaan, kita seharusnya bersyukur dengan apa yang telah ada. Dari keadaan itulah maka kita akan berfikir secara positif sebagaimana difikirkan oleh mereka yang telah cuba mengisi air ke dalam gelas tersebut.

Atas kesyukuran itulah maka seseorang akan memperoleh ganjaran psikologi dan ketenteraman hati. Mereka akan dapat menjalani kehidupan yang aman, sejahtera dan tidak diselubungi dengan rasa takut akan kehilangan sesuatu kerana dia yakin bahawa Allah SWT sentiasa bermurah hati memberikan pertolongan.

Mereka yang tidak bersyukur akan terus menghadapi suasana resah dan bimbang. Ia akan bimbang dengan air separuh penuh tidak akan dinikmatinya maka dari situlah mereka memulakan propaganda dengan pelbagai fitnah.

Air yang diisi dituduh tidak bersih. Air yang separuh itu bukan datangnya dari sumber yang sah dan halal. Maka di situlah bermulanya polimik, sedangkan yang membuat tuduhan itu tidak pernah mampu menghasilkan sesuatu yang memberikan faedah dan ketenangan kepada orang lain.

Sebagai seorang yang beriman dan menyedari tanggungjawab membantu manusia lain, apa yang dapat dilakukan dalam pemenuhan tanggungjawab itu adalah sesuatu yang amat besar ertinya. Hasil yang diperoleh, walaupun sedikit akan menjadi sesuatu yang membanggakan kerana mereka sedar dan insaf, masih ada jalan untuk melakukan kebaikan untuk manusia yang lain.

Ini tidak berlaku kepada mereka yang hanya tahu bercakap tetapi tidak banyak melaksanakan tindakan yang boleh menghasilkan impak kepada orang lain. Mereka hanyalah sekadar fasih berkata-kata, bijak mengatur slogan dan membina retorik pemikiran yang jauh dari realiti. Mereka sebenarnya telah mereka-rekakan sesuatu sehingga membawa kepada kefasikan, pembohongan dan kesombongan diri, semakin menjauhkan diri dari mendapat keredaan Allah SWT.

Menyelusuri sejarah kesungguhan kerajaan membangunkan infrastruktur, menyusun kaedah pendidikan, merangka rencana menghasilkan lebih banyak sumber kekayaan melalui potensi sumber asli, mengeluarkan hasil bumi dan menggerakkan rangkaian jual-beli adalah satu tanggungjawab yang besar.

Razlan's

0 ulasan
sumber :-

Razlan's


Transformasi harus diteruskan. Tahniah.

Posted: 06 Mar 2011 03:31 PM PST



Segala pujian harus diberikan kepada jentera Barisan Nasional di setiap peringkat kerana telah bekerja keras bagi memastikan kemenangan milik BN di Kerdau dan Merlimau.

Keputusan di Merlimau dengan mejoriti 2724 dan Kerdau 3643 merupakan kejayaan yang besar dimana kedua-dua tempat ini mendapat penambahan lebih 200 dan hampir 1000 mejoriti.

Walau bagaimanapun, UMNO harus meneruskan program transformasi sehingga rakyat akan betul-betul menerima keikhlasan kita untuk bekerja di sisi rakyat sepenuh masa.

Pada tahun ini, bermulanya 1 Mac, mesyuarat cawangan-cawangan telah mempraktikan perlembagaan yang telah di ubah pada tahun 2009 bagi memberi lebih ramai ahli UMNO boleh memilih pemimpin mereka, walaupun tahun ini tidak ada permilihan di peringkat parti, tapi ini merupakan komitmen UMNO untuk mengembalikan keyakinan kepada janji kita untuk melaksanakan hak ahli UMNO.

Penelitian tranformasi ini seharusnya di fahami dan dihalusi oleh setiap peringkat pemimpin terutamanya sayap-sayap. Counter Check dan pemeriksaan secara terus dan lebih dekat harus dilakukan dari masa ke semasa.

Pihak MT telah melakukan penelitian ini secara dekat dengan mengadakan mesyuarat MT setiap bulan dan mengadakan mesyuarat Pengurusan setiap 2 minggu. Hasilnya dari pemantauan secara dekat ini telah memberikan keputusan hari ini, dimana rakyat dan jentera UMNO telah kembali yakin kepada kita.

Alangkah baiknya sekiranya semua sayap faham dan bersama-sama membantu mewujudkan pendekatan yang sama dengan MT. Ada di antara sayap yang tidak bermesyuarat sehingga lebih 6 bulan. Bagaimana mungkin kita memantau setiap peringkat untuk memastikan perlaksanaan gerak kerja terperinci dapat dilaksanakan kalau tidak bermesyuarat.

Sememangnya ramai yang bekerja untuk memastikan di peringkat Bahagian dan Parlimen masing-masing akan tetap kekal menang atas dasar perjuangan. Tetapi tidak dinafikan juga ada yang menumpang dengan setiap kejayaan yang kita kecapi kebelakangan ini.

Generasi penumpang kejayaan orang ini tidak seharusnya ada dikalangan Pemimpin UMNO di bawah pemerintahan Presiden. Tuan Presiden dan Timbalan telah melaksanakan tugasan tanpa mengira penat lelah. Teringkat kata-kata Datuk Sahak semasa perhimpunan agung tahun 2009 yang mana pemimpin kita nak bertemu isteri pun tak tahu bila, mungkin dalam kereta je.

Perubahan transformasi ini tidak akan berlaku sekiranya jawatan Kuasa duduk diam dan tidak bersuara, Ahli Jawatan Kuasa mempunyai kuasa yang besar sekiranya tahu bersuara dan menggunakan pengaruh. Tetapi amat malang, kerana sehingga sekarang tidak ada suara-suara yang berani untuk mengkritik mereka-mereka yang abaikan tanggunjawab.

Transformasi ini harus diteruskan untuk kita meneruskan kecermerlangan kita sehingga PRU ke 13. Semua sayap harus bekerja kuat, sekiranya ada yang tidak boleh mengikut rentak Presiden, harap dapat angkat kaki keluar dari Barisan. Biar lah mereka yang boleh bekerja bersama-sama Presiden dan seluruh jawatan kuasa MT menjalankan kerja demi Perjuangan.

Jangan nanti orang berkata kehadiran kita ini tidak menambah, hilang kita tidak berkurang.

Artikel berkaitan "Jangan Biarkan Presiden Kerja Sorang"

ahmadmaslan.blogspot.com

0 ulasan
sumber :-

ahmadmaslan.blogspot.com


Sekitar kempen Pilihanraya Kecil Kerdau dan Merlimau

Posted: 06 Mar 2011 08:04 AM PST

Sekitar kempen Pilihanraya Kecil Kerdau dan Merlimau

Posted: 06 Mar 2011 08:01 AM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BN menang kedua-dua kerusi

Posted: 06 Mar 2011 05:02 AM PST


06/03/2011 8:34pm

MERLIMAU 6 Mac - Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau yang ditandingi dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti undi masing-masing sebanyak 3,643 dan 2,724 undi.

Calon BN di Merlimau Roslan Ahmad mempertahankan kerusi dengan undi sebanyak 5,962 berbanding calon Pas Yuhaizad Abdullah yang mendapat 2,319 undi.

Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad meraih sebanyal 5,060 undi berbanding calon Pas Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi.

- Utusan

umno bahagian cheras

0 ulasan
sumber :-

umno bahagian cheras


BN menang besar di Kerdau & Merlimau ; Syed Ali ajak penyong PAS tinggalkan perjuangan sia-sia

Posted: 06 Mar 2011 06:20 AM PST

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Seyd Ali Alhabshee mengajak orang Melayu yang masih menyokong PAS supaya kembali ke pangkal jalan kerana perjuangan parti itu hanya sia-sia dan menyesatkan pemikiran umat Islam.

"Rakyat sudah sedar perjuangan PAS dan sekutunya PKR, sekadar untuk memenuhi agenda peribadi, bukannya berusaha membawa kepada pembinaan negara bangsa," katanya.

Ini katanya berikutan kekalahan dua calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau dan Merlimau hari ini yang jelas membuktikan perjuangan mereka hanya sia-sia.

"Mesej sudah jelas rakyat terutama orang Melayu sudah bosan dengan telatah pemimpin PAS yang tidak habis-habis memperalatkan agama untuk agenda politik," tegasnya.

Beliau berkata, keputusan di Kerdau dan Merlimau juga membutikan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin mendapat sokongan rakyat.

"Ternyata gagasan 1Malaysia dan pendekatan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan membangkitkan kesedaran rakyat untuk menolok PAS," tambahnya.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Najib dan Muhyiddin di atas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di kedua-dua kawasan DUN berkenaan, Syed Ali berkata pembangkang terutrama PAS dan PKR sebenarnya tidak mempunyai sebarang agenda untuk diterjemahkan kepada rakyat.

"Agenda PAS menjual ayat-ayat al-quraan yang diterjemahkan untuk kepentingan mereka manakala PKR pula bersubahat dengan DAP untuk melenyapkan ketuanan Melayu," ujarnya.

Beliau mengulas kemenangan besar BN di DUN Kerdau dan Merlimau yang diumumkan malam tadi yang menyaksikan kedua-dua calon PAS tewas.

Di DUN Kerdau, BN memperolehi majoriti 2,724 undi apabila calonnya, Syed Ibrahim Syed Ahmad mendapat undi 5,060 manakala pencabarnya, Hassanuddin Salim memungut 2,336 undi.

Manakala di DUN Merlimau, Roslan Ahamd (BN) menang dengan 5,962 undi menewaskan pencabarnya, Yuhaizad Abduillah yang hanya mendapat 2,319 undi. Majorirti ialah 3,643 undi.

Mengulas lanjut keputusan tersebut, Syed Ali berkata, ianya merupakan kemenangan rakyat di kawasan berkenaan yang menaruh kepercyaaan kepada Najib dan Muhyiddin untuk terus memperkasakan agenda pembangunan negara.

Beliau juga berkata, kemenangan tersebut membuktikan bahawa UMNO semakin diterima oleh rakyat.

"Rakyat sudah sedar bahawa permainan politik pembangkang terutama PAS dan PKR hanya untuk memecahbelahkan perpaduan sedia ada," tegassnya.


PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

0 ulasan
sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL DUN MERLIMAU DAN DUN KERDAU

Posted: 06 Mar 2011 04:19 AM PST


KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL N27 - DUN MERLIMAU

BARISAN NASIONAL : 5,992

PAS : 2,316

UNDI ROSAK : 130

MAJORITI : 3,643







KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL N28 - DUN KERDAU

BARISAN NASIONAL :5,060

PAS :2,336

UNDI ROSAK : 90

MAJORITI : 2,724

PERATUS PENGUNDIAN 83.20 %

Apo Kono Eh Jang!

0 ulasan
sumber :-

Apo Kono Eh Jang!


Latest Update PRK Merlimau, BN Mendahului

Posted: 06 Mar 2011 02:52 AM PST

Peratusan mengundi di Merlimau sehingga waktu pusat mengundi ditutup adalah sebanyak 78.98%, kurang 2% dari sasaran yang ditetapkan oleh pihak SPR. Setakat pukul 4 tadi peratusan masih rendah dengan 76% dan usaha Ketua Menteri Melaka mengarahkan skuad bermotosikal masuk ke kawasan kampung-kampung untuk membawa pengundi keluar mengundi nampaknya sudah mendatangkan hasil.

Berdasarkan tinjauan rambang, BN mampu memperolehi majoriti sekitar 3000 – 3500 undi dan dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi, sasaran itu dijangka boleh dicapai.

Kawasan-kawasan bandar masih lagi dikuasai PAS dan kawasan-kawasan majoriti Melayu termasuk Chin Chin dan Merlimau Pasir yang diketahui menjadi kubu kuat pembangkang akan terus dikuasai BN seperti tahun 2008.

Peratusan keluar mengundi bagi masyarakat India adalah sebanyak 72% dan ini adalah merupakan petanda yang baik memandangkan sambutan hebat pengundi India dalam kempen rumah ke rumah yang dijalankan calon BN, Roslan Ahmad.

Setakat ini BN memperolehi 4875 undi dan PAS 1127 undi.

Pakatan Rakyat Tidak Akan Didaftarkan, Percayalah

Posted: 05 Mar 2011 07:18 PM PST

Penulis tertarik dengan keluhan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengenai sikap pakatan pembangkang yang masih tidak mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan sah, sama seperti BN.

Masalahnya kata Datuk Wan Ahmad, setiap kali pilihanraya, ketiga-tiga komponen ini akan menyelitkan sama lambang komponen yang lain jika salah satu daripada mereka bertanding seolahnya pakatan ini sudah rasmi sebagai sebuah gabungan. Memang ya pun, dah berbelas pilihanraya kecil sejak 2008 dah, masih lagi PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP.

Bila ditegur, mereka akan bermain politik dan menuduh SPR tidak adil, alat kepada BN dan sebagainya.

Salah ke SPR menegur tu? Kalau pun nak menutup keadaan sebenar 'Pakatan Rakyat' ini, janganlah pihak lain dijadikan mangsa. Begitu juga dengan Pendaftar Pertubuhan, sudah ada 2 ke 3 parti baru atau parti yang diambil alih dengan nama baru wujud di Malaysia ini sejak 2008, tak pernah ada masalah pun.

Tapi dengan Pakatan Rakyat, masalah…betul ke ada masalah atau pembangkang sendiri tidak serius untuk mendaftarkannya sebab takut hilang undi? Lambang bunga raya latar belakang warna oren tu semakin sayup penulis rasa, lama betul tak nampak dah.

Lagipun, kalau masalahnya dengan Pendaftar Pertubuhan, kes ini dah masuk ke mahkamah sekarang, tapi takde pulak dengar.

Lelaki Y yang diharapkan untuk menyatukan semua parti ini dibawah satu komponen, masih gagal dalam usaha tersebut. Setakat membentuk kerajaan di Selangor dengan janji jawatan kalau setuju bergabung, bukanlah layak dipanggil kejayaan pun.

Itu kalau ada jawatan, kalau takde?

Di Merlimau ini yang bertanding PAS tapi dalam banyak hal penulis lihat yang dicanang p[ada poster ialah perkataan Pakatan Rakyat. Seolah mereka ini bersatu tapi depan mata sendiri penulis lihat DAP dengan DAP, PAS dengan PAS dan PKR dengan PKR. Bersatu apa jadahnya macam tu?

Penulis langsung tak jumpa perkataan UMNO pada mana-mana poster calon BN walaupun dia datang dari UMNO.

Kenapa masih nak menipu rakyat? Tak cukup lagi ke dengan pembohongan mega 16 September? Masih lagi bermain politik orang munafik pembangkang ni ya, zaman dah berubah, pembangkang di Malaysia masih lagi tak berubah.

Berhentilah main angan-angan ni. Minyak dengan air tak mungkin bercampur begitu juga PAS dengan DAP. Bila calon PAS cakap pasal Islam dengan lambang DAP mengiringinya, penulis rasa mual, mual yang amat sangat. Pasal apa, pasal tak kena langsung.

Dek kerana 'pertembungan sumbang' ni, banyak benda kelakar yang kita dengar berlaku dalam kerajaan campuran pembangkang. Contoh soal arak, Ronnie Liu kata beer tak haram sebab kurang alkohol, Hassan Ali kata haram. Tapi arak yang dirampas tetap dipulangkan semula, siapa menang, siapa sebenarnya ketua?

Nabi Muhammad saw memang menerima waima kaum yahudi pun dalam membentuk kerajaan di Madinah tapi siapa pemimpin? Dengan PAS yang semakin hilang sokongan, hanya jadi pak turut kepada 2 gergasi yang lebih berkuasa (PKR dan DAP), toksah harap apa yang Islam PAS laung hari ini akan terlaksana di Malaysia.

Itu pasal agama dan politik tidak boleh dicampurkan, agama tak ajar menipu tapi politik PAS mengagungkan penipu macam Anwar dan penipuan yang dibuatnya. Tapi bila kita cakap, dia pusing hak suku pulak.

Rakyat Malaysia, terutama di Kerdau dan Merlimau perlu tamatkan penipuan dan kepura-puraan ini once and for all. Teruskanlah mengundi BN, benar kami dah lama memerintah tapi bukanlah dengan Perdana Menteri yang sama setiap kali. Setiap mereka dengan corak dan gaya tersendiri, itu yang memberi 'warna' kepada politik Malaysia.

Lagipun BN, fizikal dan mental lebih stabil dibanding dengan pembangkang.

Bertuahnya jadi rakyat negeri Selangor..

Posted: 05 Mar 2011 04:02 PM PST

Semalam ada satu ceramah di Felda Jengka 22 yang dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Pada mulanya, Khalid dijadualkan berceramah bersama dengan Nurul Izzah, tapi anak perempuan Anwar itu langsung tak muncul sehingga penghujung majlis ceramah tersebut.

Seperti yang dijangka, Khalid Ibrahim lebih banyak bercerita tentang "kemajuan dan kebajikan" yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan di Selangor. Kononnya, rakyat Selangor kini amat mewah dan hidup tenang dibawah pentadbiran Pakatan.

Kata Khalid, ini membuktikan bahawa Pakatan mampu memberikan kesenangan buat para penyokongnya. Menurut Khalid lagi, apa yang dilakukan oleh Pakatan di Selangor tak mungkin dapat dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional di Pahang khususnya di Kerdau.

Sebagai contoh, Khalid berkata penduduk di Selangor telah menikmati air percuma yang disalurkan oleh kerajaan negeri. Ini katanya jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan amat prihatin terhadap keperluan asas rakyat Selangor.

Selain itu, diwar-warkan juga tentang pemberian wang khairat kematian sebanyak RM2500 dan juga wang saguhati kelahiran sebanyak RM100 bagi setiap bayi yang baru lahir di Selangor. Semua kenyataan Khalid ini disambut dengan laungan Takbir oleh puluhan penyokong Pakatan dikawasan ceramah tersebut.

Dalam tak sedar, semua penyokong Pakatan di Felda Jengka 22 ini telah dibohong hidup-hidup oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Mungkin dia ingat Felda ini jauh dari Selangor, maka semua penduduknya tak tahu apa yang sebenarnya berlaku di negeri tersebut.

Satu negara sudah mengetahui betapa tak cekapnya Khalid mentadbir negeri. Selain dari isu penyelewengan pasir, pelbagai lagi isu kelemahan pentadbiran juga sedang menghantui kerajaan negeri Pakatan di Selangor.

Khalid dengan sewenang-wenangnya menyalahkan pentadbiran kerajaan BN terdahulu diatas semua isu tersebut. Tapi semakin dia menafikan, semakin terdedah kebenaran siapa sebenarnya yang menghuru-harakan negeri yang paling kaya di Malaysia itu.

Khalid mungkin boleh membohongi para penyokong Pakatan yang berada di Felda ini, tetapi pembohongan Khalid pasti tak akan bertahan lama kerana rakyat Selangor sebenarnya sudah tak sabar menunggu Pilihanraya Umum bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan.

Rakyat Selangor pastinya lebih arif untuk menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata yang asli. Dan pastinya Khalid Ibrahim serta Pakatan bukanlah tergolong didalam kategori permata. Malah, nak dikatakan kaca pun mereka tak layak sebenarnya.

Sayap Parti

Bahagian