Ahad, 6 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


BN menang besar di Kerdau & Merlimau ; Syed Ali ajak penyong PAS tinggalkan perjuangan sia-sia

Posted: 06 Mar 2011 06:20 AM PST

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Seyd Ali Alhabshee mengajak orang Melayu yang masih menyokong PAS supaya kembali ke pangkal jalan kerana perjuangan parti itu hanya sia-sia dan menyesatkan pemikiran umat Islam.

"Rakyat sudah sedar perjuangan PAS dan sekutunya PKR, sekadar untuk memenuhi agenda peribadi, bukannya berusaha membawa kepada pembinaan negara bangsa," katanya.

Ini katanya berikutan kekalahan dua calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau dan Merlimau hari ini yang jelas membuktikan perjuangan mereka hanya sia-sia.

"Mesej sudah jelas rakyat terutama orang Melayu sudah bosan dengan telatah pemimpin PAS yang tidak habis-habis memperalatkan agama untuk agenda politik," tegasnya.

Beliau berkata, keputusan di Kerdau dan Merlimau juga membutikan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin mendapat sokongan rakyat.

"Ternyata gagasan 1Malaysia dan pendekatan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan membangkitkan kesedaran rakyat untuk menolok PAS," tambahnya.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Najib dan Muhyiddin di atas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di kedua-dua kawasan DUN berkenaan, Syed Ali berkata pembangkang terutrama PAS dan PKR sebenarnya tidak mempunyai sebarang agenda untuk diterjemahkan kepada rakyat.

"Agenda PAS menjual ayat-ayat al-quraan yang diterjemahkan untuk kepentingan mereka manakala PKR pula bersubahat dengan DAP untuk melenyapkan ketuanan Melayu," ujarnya.

Beliau mengulas kemenangan besar BN di DUN Kerdau dan Merlimau yang diumumkan malam tadi yang menyaksikan kedua-dua calon PAS tewas.

Di DUN Kerdau, BN memperolehi majoriti 2,724 undi apabila calonnya, Syed Ibrahim Syed Ahmad mendapat undi 5,060 manakala pencabarnya, Hassanuddin Salim memungut 2,336 undi.

Manakala di DUN Merlimau, Roslan Ahamd (BN) menang dengan 5,962 undi menewaskan pencabarnya, Yuhaizad Abduillah yang hanya mendapat 2,319 undi. Majorirti ialah 3,643 undi.

Mengulas lanjut keputusan tersebut, Syed Ali berkata, ianya merupakan kemenangan rakyat di kawasan berkenaan yang menaruh kepercyaaan kepada Najib dan Muhyiddin untuk terus memperkasakan agenda pembangunan negara.

Beliau juga berkata, kemenangan tersebut membuktikan bahawa UMNO semakin diterima oleh rakyat.

"Rakyat sudah sedar bahawa permainan politik pembangkang terutama PAS dan PKR hanya untuk memecahbelahkan perpaduan sedia ada," tegassnya.


Tiada ulasan:

Pengikut