Isnin, 21 Februari 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


KEMPEN DI KERDAU

Posted: 21 Feb 2011 07:12 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KALAU NAK MENJAHANAMKAN NEGARA, PEMBANGKANG MEMANG CUKUP ARIF...

Posted: 20 Feb 2011 06:14 PM PST


Friday, February 18, 2011 Desperado

Pengumuman pengurangan kadar tol dibeberapa lebuhraya oleh Perdana Menteri ternyata telah berjaya membuatkan pemimpin-pemimpin Pakatan ternganga. Disaat mereka hanya mampu berjanji kosong untuk menghapuskan tol didalam dongeng buku jingga mereka, DS Najib telah mendahului dengan tindakan realistik pengurangan tol.

Perdana Menteri telah mengumumkan kadar tol semasa RM1.60 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2), kawasan antara Petaling Jaya Selatan dan Kampung Medan, akan diturunkan kepada RM1 berkuatkuasa 18hb. Berita ini nyata disambut gembira oleh para pengguna di Lebuhraya tersebut sepertimana yang dipaparkan dalam berita-berita semasa.

Disebalik kegembiraan rakyat yang menerima dengan rasa penuh syukur penurunan kadar tol ini, beberapa pemimpin Pakatan cuba untuk berhujah bagi menafikan usaha murni yang dilakukan oleh DS Najib. Walaupun dengan hujah dangkal serta alasan yang tak munasabah, mereka dilihat amat terdesak untuk mengalihkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Antara alasan yang mula kedengaran dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan ialah, penurunan kadar tol oleh kerajaan ini suatu langkah yang tak wajar. Mereka berkata rakyat mahukan semua tol dihapuskan serta merta, bukannya dikurangkan. Dan ada juga yang menyifatkan pengurangan ini tak memberi kesan kerana harga barangan masih mahal.

Saya suka untuk mengambil contoh kenyataan Ahli Parlimen Indera Mahkota iaitu Azan Ismail. Ketika dia membuat kenyataan didalam TV Selangor, Azan Ismail telah mempertikaikan pengurangan kadar tol ini dengan membandingkan jumlah subsidi petrol yang diterima oleh kerajaan semenjak penarikan balik kos tanggungan tersebut tahun lalu.

Azan berkata, kerajaan sepatutnya mengambil alih semua tol-tol dan lebuhraya yang ada didalam negara dan membukanya secara percuma kepada rakyat. Ahli Parlimen PKR ini berkata, penarikan subsidi petrol kerajaan sebelum ini yang berjumlah 25Billion, sepatutnya mampu membolehkan kerajaan mengambil alih semua konsesi tol dalam negara.

Saya ingin bertanya kepada wakil PKR tersebut dan juga kepada pemimpin-pemimpin pembangkang, siapakah yang akan menanggung semua kos penyelenggaraan Lebuh raya jika tol dihapuskan? Ini sahaja sudah membuktikan bahawa pihak pembangkang hanya tahu berteori tetapi langsung tak praktikal untuk digunapakai. Rakyat bukannya bodoh untuk percaya bulat-bulat terhadap semua retorik kosong mereka.

Katakanlah pihak kerajaan mengambil alih semua lebuhraya di negara ini dengan nilai 25Billion, tetapi kerajaan terpaksa menanggung jumlah yang hampir sama untuk kos penyelenggaraan.., dimanakah sumber yang harus digunakan untuk menampung semua kos tersebut? Apakah pihak kerajaan perlu menarik semua subsidi yang diberikan kepada rakyat semata-mata mahu mengekalkan lebuhraya bebas tol didalam negara?
Sebagai contoh, Jambatan Pulau Pinang mengutip keuntungan kasar sebanyak RM 131 juta setahun melalui hasil kutipan tol. Manakala kos penyelenggaraan bagi jambatan tersebut adalah berjumlah RM 75 juta setahun. Itu belum lagi dicampur kos-kos yang lain.

Dan jika kerajaan mahu menghapuskan kadar tol di Jambatan tersebut, kerajaan akan kehilangan pendapatan sebanyak 131 juta sebaliknya terpaksa pula menanggung kos penyelenggaraan jambatan yang berjumlah 75 juta. Rakyat patut bertanya kepada pihak pembangkang, dari sumber manakah wang berjumlah 75 juta setahun itu akan dikumpulkan?

Itu baru satu tol.., dan ada lagi lebih kurang 22 lebuhraya di Malaysia yang perlu dikira kos penyelenggaraan tahunannya. Cuba bayangkan berapa kos yang kerajaan terpaksa tanggung tiap-tiap tahun jika cakap tak munasabah pihak pembangkang digunapakai?

Sebab itulah DS Najib mengatakan yang Anwar Ibrahim dan kroninya hendak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bangkrap apabila mahu menghapuskan tol didalam janji Buku Jingga jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

Inilah bezanya pemimpin yang mahu berfikir untuk mengimbangi kemakmuran dan kestabilan ekonomi negara berbanding dengan pemimpin yang hanya tahu berjanji kosong tapi tak tahu satu apapun. Lagi pun, majoriti rakyat masih ingat lagi bagaimana Anwar hampir menjahanamkan negara ketika kegawatan ekonomi tahun 1997.

Belanjawan mini yang dibentangkan Anwar Ibrahim pada 5 Disember 1997 ternyata gagal dan hampir menyebabkan negara jatuh bangkrap. Nasib Malaysia baik kerana mempunyai negarawan ulung seperti Tun Mahathir ketika itu. Malaysia berjaya mengharungi kegawatan tersebut dengan idea bernas Tun Mahathir melalui tambatan nilai ringgit.

Cuba bayangkan jika nasib negara diletakkan 100% ditangan Anwar.., kita takkan mampu bermewah seperti sekarang jika bukan Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika krisis matawang tahun 1997 ! Jadi.., apakah kita mampu percaya kepada Anwar Ibrahim dan kroni-kroninya sekali lagi?

Kerdau, Merlimau "test power" BN, PKR

Posted: 20 Feb 2011 06:11 PM PST


SALAM SEJAHTERA SEMUA! Dua pilihanraya kecil serentak - Merlimau dan Kerdau. Ini bermakna penamaan calon akan berlangsung pada 26 Feb dan pengundian pada 6 Mac. Ini sudah tentu membawa cabaran yang pelbagai kepada parti2 yang berhajat bertanding. Segala jentera parti akan digerakkan untuk tujuan ini. Nah, bagaimana agaknya mereka akan mengendalikan PRK ini? Nasib baik Pelabuhan Kelang tidak ada PRK. Kalau ada, ia juga mungkin diadakan pada hari yang sama. Nampaknya, kita berpolitik tak henti-henti. Maka mulai sekarang kita akan lihat perang mulut, poster dan ceramah serta lawatan rumah ke rumah akan bermula dengan kepelbagaian serentak. Kedua-dua kerusi itu milik BN/Umno sebelum penyandangnya meninggal dunia baru-baru ini. PRK di kedua-dua kawasan menjadi kancah percubaan sebelum PRU ke 13. Sudah tentu juga BN dan PKR akan menguji tahap persediaan jentera mereka sebelum PRU 13. PRK di kedua kawasan ini akan menjadi contoh sebersih atau sekotor mana PRU 13 akan diadakan nanti. Lanskap politik hari ini sudah berubah begitu banyak. Maka, tak mungkin parti yang berkempen di Kerdau dan Merlimau akan kembali ke cara2 sebelum PRK 12.

Dalam pada itu, spekulasi mengenai pilihanraya negeri Sarawak semakin menjadi-jadi. Ramai pemerhati politik negeri bumi kenyalang itu meramalkan pengundian ke atas 71 kerusi dewan undangan akan diadakan pada bulan April, atau selewat-lewatnya Mei. Namun, ada juga yang meramalkan ia akan berlangsung pada bulan Mac, apabila ketua menteri TS Taib Mahmud genap 30 tahun sebagai ketua menteri.

Anwar Ibrahim DAP & PAS – no intent to solve Indian problems.

Posted: 20 Feb 2011 06:02 PM PST

nwar Ibrahim DAP & PAS – no intent to solve Indian problems.
March 8, 2010 // s.jayathas // News, PKR, DAP, PAS, NGO's media and civil society


At yesterday's HRP & Hindraf rally outside the PKR HQ, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Kedah and Selangor Menteri Besar's not wanting to meet the HRP leaders is plain and obvious that they have no intention to solve even the critical Indian problems.

This is exactly how UMNO has treated the Indians for 53 long years.

The writing on the wall is very clear. Both UMNO and Anwar Ibrahim, DAP and PAS are going to dump the Indians. Both only want the Indian VOTES, not their problems.

We have to move on and embark on self help via the Indian political empowerment strategy.

HYPERLINK http://www.humanrightspartymalaysia.com/books/TheWayForwardTamilVersion.pdf

SAM BERALIH ARAH?

Posted: 20 Feb 2011 05:40 PM PST


















Patutlah Anwar Ibrahim tak calonkan Sam sebab dah tukar parti... kesian...kesian....

Peminat Facebook Najib Cecah 560,000.

Posted: 20 Feb 2011 05:34 PM PST


0Share

PUTRAJAYA, 20 Feb – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bilangan peminat Facebook beliau sudah mencecah 560,000 orang manakala Twitter sebanyak 80,000 orang.

Perdana Menteri berkata beliau sendiri menjawab semua pertanyaan rakan online apabila mempunyai masa terluang terutamanya ketika dalam perjalanan dari Putrajaya ke Kuala Lumpur dan pada waktu malam.

"Saya terpaksa ikuti komunikasi moden seiring dengan perubahan dunia termasuk rakyat Malaysia yang mengikuti cara hidup baru dengan kaedah komunikasi moden antara satu sama lain. Jadi sebagai pemimpin negara, saya tidak boleh lari daripada komunikasi tanpa sempadan dan bilangannya semakin meningkat setiap hari," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap dalam Jamuan Petang 1Malaysia dan Sesi Dialog Bersama Rakan Internet, kira-kira 600 orang berusia 16 hingga 72 tahun dari seluruh negara, di pekarangan Seri Perdana, di sini hari ini.

Selain menjawab segala pertanyaan rakan internet, beliau juga menggunakan media baru Facebook dan Twitter itu untuk memaklumkan pengumuman antaranya maklumat mengenai penubuhan Dana Belia 1Malaysia yang bernilai RM20 juta, demi kepentingan belia di negara ini.

Perdana Menteri berkata pengumuman berkenaan projek itu akan dibuat mulai bulan depan dengan belia-belia sendiri mencadangkan projeknya.

Bagi mengetahui pandangan, idea dan cita rasa belia, Najib berkata beliau sedia berjumpa dengan rakan Internet ketika mengadakan lawatan di seluruh negara.

"Kita boleh adakan mesyuarat kecil di lapangan terbang apabila saya tiba atau sebelum saya berlepas, mesyuarat di dewan majlis daerah. Apa yang penting ialah saya akan aturkan lebih banyak pertemuan dan sesi perjumpaan dengan rakan Internet dalam masa terdekat nanti," kata Najib.

Katanya ribuan rakyat Malaysia juga sudah menandatangani program "Mari Berjumpa, Mari Berhubung" program terbaru yang digariskan Perdana Menteri dan akan diperluaskan di seluruh negara dalam masa terdekat.

BARU KINI PAS DEKATI MELAYU...DULU KUTUK.....APA CERITA?

Posted: 20 Feb 2011 05:32 PM PST

Dr Mahathir bidas sikap Nik Aziz
Oleh Meor Hisham Zulkifli dan Haika Khazi
bhnews@bharian.com.my
2011/02/21
Beliau cuba dekati semula orang Melayu untuk menang pilihan raya: Dr M

HULU LANGAT: Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendekati semula orang Melayu adalah perbuatan oportunis yang dilakukan semata-mata untuk memenangi pilihan raya.
"Ini membuktikan dia (Nik Aziz) tidak ada prinsip langsung. Dulu dia tolak orang Melayu... sekarang sebaliknya," katanya semalam.
Bekas Perdana Menteri juga berkata, tindakan Nik Aziz menolak mereka yang bukan ahli PAS sebagai tidak Islam jelas menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan itu berkata, perjuangan untuk orang Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi negara, tetapi ia dikatakan bercanggah dengan fahaman PAS sebelum ini yang dilihat lebih banyak memberi tumpuan kepada perjuangan Islam dan mengetepikan kepentingan Melayu.

Di PUTRAJAYA, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menganggap Nik Aziz sudah nyanyuk kerana sanggup menukar pendirian dan menyatakan PAS juga memperjuangkan nasib orang Melayu, walaupun sebelum ini membantah habis-habisan selain mempertikaikan semua tindakan UMNO selaku parti tunggal orang Melayu.

Beliau percaya, Menteri Besar Kelantan itu tertekan untuk mengubah pendirian berikutan kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.
"Malah, saya yakin beliau sedar inilah yang menjadi antara punca utama kekalahan PAS dalam beberapa pilihan raya kecil sejak akhir-akhir ini. Bagaimanapun, apabila mereka mula lihat dan sedar undi Melayu kepada PAS mulai merosot, maka beliau berasa gentar dan terus menukar kenyataannya.

"PAS tidak boleh mewakili Melayu kerana hanya UMNO saja boleh berbuat demikian," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pertandingan Futsal Piala Menteri Wilayah Persekutuan Peringkat Putrajaya di Presint 18, di sini semalam.

Tengku Adnan juga menafikan dakwaan Nik Aziz bahawa UMNO menyalahgunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk kepentingan golongan tertentu.

Malah, kata Tengku Adnan, DEB sebenarnya banyak membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi orang Melayu serta kaum lain di Malaysia.

"Apa yang mereka cakap adalah muslihat pemimpin pembangkang untuk mendapat kuasa semata-mata. Perjuangan UMNO bukan saja untuk membantu orang Melayu kerana kita tidak pernah pinggir kaum Cina, India dan bangsa lain," katanya.

Ditanya mengenai penubuhan kabinet bayangan oleh pembangkang, Tengku Adnan berkata, beliau yakin mereka tidak berani melakukannya kerana bimbang akan berlaku perpecahan di kalangan pemimpin pembangkang.

Layakkah Pas ke Kerdau?

Posted: 20 Feb 2011 05:21 PM PST



Oleh YUSRI SAHAT
pengarang@utusan.com.my

MUNGKIN tidak ramai yang menyedari bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau sebelum ini dikenali sebagai DUN Sanggang. Jika namanya tidak diubah selepas persempadanan semula yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2004, DUN Kerdau sebenarnya telah melalui dua kali pilihan raya kecil dalam tempoh 11 tahun.

Ketika itu, DUN Sanggang terletak dalam Parlimen Mentakab. Selepas persempadanan semula, DUN Sanggang diubah kepada DUN Kerdau dan diletakkan dalam Parlimen Kuala Krau. Parlimen Mentakab dimansuhkan dan kini hanya bertaraf DUN.

Uniknya dari segi politik, Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau tetapi dari segi geografi, ia berada dalam daerah Temerloh.

Berdasarkan statistik Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, DUN Kerdau (N.28) mempunyai 8,721 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 88.36 peratus atau 7,706 orang adalah pengundi Melayu, 455 pengundi Cina (3.6 peratus), India (3.4 peratus) dan 260 orang daripada lain-lain kaum (2.98 peratus).

Selain DUN Kerdau, tiga lagi DUN berada dalam Parlimen Kuala Krau yang disandang oleh Datuk Ismail Mohamed Said ialah Jenderak (N.27) dan Jengka (N.29) yang berkeluasan 13,214.5 hektar.

Berada kira-kira 20 kilometer dari bandar Temerloh, Kerdau mempunyai penduduk yang rata-ratanya menjalankan kegiatan pertanian kelapa sawit dan getah di bawah program Felda dan Felcra selain usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Terdapat tiga tanah rancangan dalam DUN Kerdau iaitu Felda Jengka 22, 23 an 25, selain mempunyai beberapa penempatan Orang Asli.

Mengikut rekod, pilihan raya kecil yang pertama bagi DUN Kerdau ialah pada 2000 apabila penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Abdullah Kia meninggal dunia.

BN berjaya mengekalkan kerusi apabila calonnya, Datuk Redzwan Harun yang memperoleh 6,743 undi menewaskan pencabarnya, Hishamuddin Yahya yang ketika itu merupakan Bendahari Pas, dengan majoriti 1,963 undi.

Pada PRU 1999, Abdullah menewaskan pencabarnya yang juga daripada Pas, Abdul Rahim Abdul Latif dengan majoriti 1,038 undi.

BN sekali dicabar oleh Pas pada PRU 2004 yang menyaksikan parti memerintah itu mengekalkan penguasaannya di DUN Kerdau selepas Redzwan menewaskan calon Pas, Dr. Abu Bakar Mohamed dengan majoriti yang tinggi iaitu 2,565 undi.

Bagaimanapun, Redzwan yang menyandang kerusi itu selama dua penggal, digugurkan apabila BN mempertaruhkan muka baru pada PRU 2008 iaitu Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang berjaya mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan majoriti yang agak rendah iaitu 1,615 undi selepas menewaskan Ketua Penerangan Pas Pahang, Hasanuddin Salim.

Perkembangan terkini menyaksikan DUN Kerdau sekali lagi terpaksa melalui pilihan raya kecil selepas kematian Zaharuddin pada 12 Februari lalu.

Berdasarkan PRU dan PRK yang dilalui di DUN Kerdau atau Sanggang sebelumnya, BN terus diberi mandat oleh pengundi meskipun jumlah majoritinya mengalami pasang surut.

Kemerosotan majoriti undi BN di DUN Kerdau banyak bergantung kepada isu semasa di peringkat nasional. Ketika tsunami politik melanda tanah air, BN masih mampu mempertahankan DUN Kerdau walaupun majoriti undinya merosot berbanding keputusan PRU 2004.

Bagaimanapun kini, tsunami politik itu telah pun berlalu. Boleh dikatakan tiada isu besar yang boleh membakar semangat rakyat untuk tidak menyokong kerajaan.

Sebaliknya, parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dilanda krisis sama ada di peringkat parti mahupun di negeri yang diperintahnya.

Dalam soal pemilihan calon di PRK Kerdau ini juga, pakatan pembangkang masih belum mencapai kata putus apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu satu mesyuarat khas diadakan di kalangan parti sekutunya untuk menentukan calon yang bakal bertanding.

Sedangkan, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah pun menegaskan bahawa parti itu akan mengumumkan calonnya pada Khamis ini.

Dalam soal ini, parti-parti komponen BN tidak berdepan masalah apabila calon daripada UMNO akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok atau lusa.

Berdasarkan keadaan politik semasa, BN dilihat berpeluang untuk mempertahankan kerusi DUN Kerdau pada PRK kali ini. Persoalannya ialah sejauh mana kemampuan BN untuk mempertingkatkan jumlah majoriti yang diraih berbanding PRU 2008.

Prestasi cemerlang pada PRU 2004 tidak mustahil dicapai jika BN menerusi Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob yang dilantik sebagai Pengarah PRK BN bagi DUN Kerdau, bekerja keras bagi memastikan matlamat itu dicapai.

Bagi BN, PRK DUN Kerdau adalah maruah sebenar parti itu kerana ia terletak di negeri kelahiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib pastinya tidak mahu kecewa untuk melihat PRK di negerinya kecundang. Kemenangan BN dengan majoriti di bawah 2,000 undi pada PRU 2008 masih belum terjamin untuk mengekalkan kerusinya di Kerdau jika tanpa usaha jitu daripada keseluruhan jentera parti.

Peluang ini juga dianggap masa terbaik untuk pakatan pembangkang yang selama ini beria-ia mahu merampas Pahang dalam pilihan raya akan datang selepas berjaya berbuat demikian terhadap Kedah dan Pulau Pinang.

Jika tidak, masakan Tuan Ibrahim sanggup melepaskan jawatannya sebagai Pengarah PRK BN bagi DUN Merlimau untuk beralih memberi perhatian sepenuhnya di Kerdau. Malah, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang disebut-sebut bakal bertanding untuk merebut kerusi DUN Kerdau pada 6 Mac ini.

Dua lagi yang turut disebut-sebut untuk dicalonkan ialah Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi dan Hassanuddin.

Penyenaraian calon-calon terbabit yang dianggap pemimpin kanan Pas itu membuktikan DUN Kerdau bukan tempat latihan bagi parti itu sebagaimana tanggapan mereka terhadap PRK DUN Merlimau.

Semua ini memberi mesej supaya BN tidak boleh memandang rendah kepentingan DUN Kerdau. Meskipun begitu, Pas juga perlu melalui ranjau yang sukar untuk memenangi hati pengundi di Kerdau memandangkan hampir tiada isu besar yang boleh dibangkitkan oleh parti itu dalam kempennya nanti.

Sekiranya terdesak, Pas bersama pakatan pembangkang yang lain mungkin terpaksa menggunakan taktik kotor dengan melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin BN.

Rekod Pas juga tidak cemerlang dalam 15 PRK yang berlangsung sejak 2008 apabila mengalami kekalahan berturut-turut di DUN Bagan Pinang, Galas dan Tenang yang mula dipertikai rakan sekutunya.

Daripada 15 PRK sejak tiga tahun lalu termasuk di DUN Merlimau pada 6 Mac ini, Pas menyertai lapan PRK manakala PKR dan DAP masing-masing enam dan satu.

Berdasarkan rekod buruk itu, PKR turut mengintai peluang untuk meletakkan calonnya di Kerdau. PKR juga tidak miskin dari segi calonnya memandangkan parti itu mempunyai pemimpin tempatan terutama Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Suhaimi Said.

Di sebalik dilema yang dihadapi pakatan pembangkang, kerajaan BN pula memiliki rekod cemerlang di Kerdau apabila 85 peratus kawasannya telah dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan raya.

Bagaimanapun, seperti di tempat lain termasuk di negeri yang diperintah pembangkang, beberapa isu masih lagi berlegar di Kerdau yang membabitkan soal pentadbiran seperti soal tanah, penempatan, infrastruktur dan masalah bayaran tanam semula di tanah rancangan Felda.

Antara yang perlu diberi perhatian ialah isu penempatan kaum India di tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di pekan Kerdau.

Isu itu sebenarnya sedang dalam proses penyelesaian tetapi ia memerlukan masa dan agak rumit kerana ia membabitkan pengambilan tanah dan soal teknikal yang lain.

Begitu juga dengan isu tanah perkuburan Cina yang dipohon oleh penduduk Tionghua yang selama in terpaksa mengebumikan mayat di Temerloh yang agak jauh.

Permohonan penduduk untuk menggantikan Masjid Kampung Ketam yang serba uzur juga perlu diberi perhatian serius.

Bagi masyarakat Melayu luar bandar yang sebahagian besarnya bergantung hidup dengan hasil getah dan sawit, dewasa ini dianggap sebagai era keemasan berikutan kenaikan harga komoditi itu di pasaran.

Kebanyakan mereka kini berpendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 apabila harga getah mencecah sehingga RM17 sekilogram.

Bagi wakil rakyat BN yang bakal meneruskan kesinambungan perjuangan parti, isu-isu yang ditinggalkan oleh Allahyarham Zaharuddin perlu diteruskan.

Sesiapa sahaja yang dicalonkan nanti perlu membuktikan bahawa BN merupakan parti yang benar-benar mampu membela kebajikan rakyat di DUN Kerdau.

Muhyiddin akan mengumumkan calon BN yang bakal menggalas tanggungjawab untuk bertanding pada PRK DUN Kerdau pada 6 Mac ini.

Ada yang dengan berani meramalkan bahawa Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar iaitu Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Syed Ibra bakal dicalonkan untuk mempertahankan kerusi DUN Kerdau.

Namun apa yang penting, pucuk pimpinan lebih bijak memilih calon yang layak berasaskan kriteria yang ditetapkan terutama dari segi kemesraannya dengan pengundi yang boleh memberi kejayaan kepada parti.

Jika Pas bakal meletakkan 'jeneral,' BN juga perlu mencalonkan seorang tokoh yang mampu disenangi rakyat dan mempunyai latar belakang agama yang ampuh bagi meruntuhkan 'keangkuhan' pemimpin parti pembangkang itu yang kononnya amat arif dalam hukum hakam ajaran Islam.

Melaka Trem dibuka kepada orang ramai Mei 2012

Posted: 20 Feb 2011 05:19 PM PST

PPUBJ : NIKMAT NEGERI MAJU DAN TERBERSIH.

AYER KEROH 20 Feb. - Pengeluar tren, Mrails International Sdn. Bhd, mengunjurkan projek Melaka Trem bernilai RM272 juta, trem pertama yang menggunakan gas asli (NGV) di dunia, akan dibuka kepada orang ramai, Mei tahun depan.

Presiden dan Pengarah Urusannya, Datuk Jeya Kumar berkata, aplikasi dan pelaksanaan "Trem Generasi Akan Datang" mesra alam itu, akan merevolusikan industri lokomotif.

"Kami akan menggunakan teknologi ini untuk mengekalkan budaya dan warisan, tanpa menjejaskan alam sekitar, sebagai mematuhi status Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco," katanya pada taklimat media di sini semalam.

Kumar berkata, trem itu akan menggantikan sistem "pantograph" tradisional agar seiring dengan perkembangan semasa, serta selari dengan Konvensyen Kerangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim, dalam menangani pemanasan global.

"Ini juga menetapi wawasan kami untuk mengambil bahagian dalam pertumbuhan Melaka sebagai pusat destinasi hebat untuk pelancong, dan membuktikan komitmen kami untuk mewujudkan sistem pengangkutan mampan," katanya.

Majlis pecah tanah projek itu dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Melaka Trem dilaksanakan hasil perjanjian antara Ketua Menteri Diperbadankan (CMI) dan Mrails pada Mac tahun lepas.

Menerusi perjanjian itu, syarikat bersetuju untuk mereka bentuk, membina, mengurus dan menyelenggara serta memantau operasi landasan dan "tramcar" selama 25 tahun, selain membiayai kos projek yang bernilai RM272 juta.

Syarikat itu juga dipertanggungjawabkan untuk mengurus kutipan tiket selama 25 tahun, dengan CMI memperoleh 20 peratus daripada hasil kutipan itu, kata Kumar.

Beliau berkata, Koridor Melaka Trem akan dimulakan dari depot bersebelahan Plaza Tol Ayer Keroh ke bandar warisan Melaka, meliputi jarak 40 kilometer, yang meliputi 11 daripada 14 kawasan tarikan pelancong.

"Kami akan bekerja rapat dengan rakan usaha sama kami, CNR Tangshan Railway Vehicles Co Ltd, pengeluar lokomotif China," katanya.

Trem ialah pengangkutan rel yang lebih ringan daripada kereta api dan berbeza daripada bentuk lokomotif lain memandangkan trek dibina di atas jalan raya.

Ia berupaya mengangkut 120 penumpang pada satu-satu masa, dan sesuai untuk golongan kurang upaya kerana reka bentuk paras buminya, selain beroperasi pada kelajuan 40 km/j.

Kumar berkata, Mrails, yang mengunjurkan sekurang-kurangnya 40,000 pengguna sehari, akan memastikan tambangnya rendah iaitu RM2 dan percuma untuk golongan kurang upaya dan pelajar.

Untuk masa depan, syarikat itu merancang mengeksport tren ke bandar lain di Malaysia dan luar negara, seperti India dan Afrika, tahun depan, katanya. - BERNAMA

Nelayan lega pengumuman PM

Posted: 20 Feb 2011 05:17 PM PST

 


SEBAHAGIAN nelayan yang hadir semasa lawatan Najib Tun Razak di Jeti Nelayan Kuala Merlimau Pantai di Merlimau, Jasin, Melaka, kelmarin.


JASIN 20 Feb. - Hampir 90 nelayan dari Kampung Merlimau di sini lega dan gembira apabila kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM5.5 juta untuk kerja-kerja menaik taraf Jeti Nelayan Kuala Merlimau Pantai di sini.
Kerja-kerja menaik taraf semula jeti yang mengandungi pelbagai kemudahan seperti gerai ikan bakar, stor dan bengkel membaiki bot akan dimulakan dalam masa terdekat ini.
Pengerusi Persatuan Nelayan negeri, Abdullah Yahya berkata, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana meluluskan peruntukan RM5.5 juta ketika melawat jeti tersebut semalam.
"Ini adalah berita yang amat gembira bagi kira-kira 89 nelayan di Kampung Merlimau ini dan apabila kerja-kerja menaik taraf itu siap, jeti ini akan digunakan bukan sahaja oleh nelayan, tetapi juga pelancong tempatan dan luar negara.
"Sebelum ini, jeti ini memang terkenal di kalangan pelancong yang gemar ke gerai di sini membeli ikan-ikan segar dari nelayan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.
Perdana Menteri dalam lawatan kerja sehari ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau semalam mengumumkan kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM5.5 juta bagi membina dan menaik taraf Jeti Nelayan Kuala Merlimau Pantai.
Peruntukan itu turut merangkumi kos bagi kerja-kerja mengorek dan mendalamkan muara bagi memudahkan nelayan keluar masuk ke jeti tersebut.
Selain itu, ia turut melibatkan penyediaan kemudian seperti stor, bengkel membaiki bot dan gerai ikan.
Pada majlis tersebut, Abdullah turut menerima replika cek elaun sara hidup daripada Najib mewakili 785 nelayan di seluruh negeri ini bagi tahun ini yang bernilai RM2.62 juta.
Sementara itu, seorang nelayan Osman Ahmad, 60, menganggap kerja-kerja menaik taraf semula jeti itu membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional terhadap nasib nelayan supaya golongan itu turut merasai selesa dengan pelbagai bentuk pembangunan dilaksanakan kerajaan hari ini.
"Kita amat berterima kasih kepada pihak kerajaan BN kerana prihatin dengan nasib kami, dengan adanya jeti ini, para nelayan dapat melakukan tugas dengan lebih selesa dan sempurna.
"Ia juga sekali gus dapat merancakkan lagi aktiviti di sini kerana persekitarannya yang cantik mampu menggamit lebih ramai pelancong datang ke sini," katanya.

PPUBJ : Kepada nelayan yang bersimpati dengan parti PAS tu fikir-fikirlah sendiri....

Pas parti oportunis - Dr. M

Posted: 20 Feb 2011 05:14 PM PST



Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

DR. Mahathir Mohamad melawat Mohamad Anuar yang menghidap penyakit Ekocaldiogram (ECG) di Klinik Bergerak yang disediakan oleh pihak Sime Darby di Hulu Langat, Selangor, semalam.

HULU LANGAT 20 Feb. - Pendirian Pas yang mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa membuktikan parti itu adalah parti oportunis dan tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas mengubah pendirian bukan kerana ikhlas untuk mempertahankan hak Melayu tetapi hanya kerana mahu memastikan mereka mampu memenangi kembali undi daripada orang Melayu.

Katanya, adalah tidak mustahil apabila Pas sudah mendapat semula sokongan orang Melayu, parti itu akan mengubah kembali pendirian mereka seperti sedia kala dengan alasan, perjuangan Islam lebih penting berbanding perjuangan memartabatkan kaum Melayu.

"Ini oportunis... Bila sedar mereka tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu, dia (Pas) mahu balik kepada Melayu. Esok bila dah dapat sokongan orang Melayu, mereka balik kepada ideologi lama kononnya, perjuangan bangsa bukan perjuangan Islam.

"Sebelum ini tolak Melayu, sekarang Pas mahu terima balik orang Melayu, semua kerana apa? Kerana nak dapat undi, kalau tak dapat undi Islam pun dia tak perlu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan dan Diabetes di Batu 18, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa parti itu perlu mengutamakan perjuangan terhadap bangsa Melayu memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Nik Abdul Aziz ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa anjuran parti itu di Shah Alam, semalam, dipetik sebagai berkata: "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu."

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan itu beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam selain turut menolak perjuangan nasionalis kerana dakwanya, ia bercanggah dengan ajaran Islam.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, Pas dan Nik Abdul Aziz langsung tidak mempunyai prinsip kerana sering kali berubah pendirian semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka selain sanggup memperalatkan agama.

Menurutnya, Pas bukan berjuang kerana Islam tetapi untuk memegang kuasa sehingga mereka sanggup mengeluarkan fatwa politik bahawa golongan yang menolak Pas adalah masyarakat jahiliah serta menolak Islam.

"Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO.

"Pas ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli Pas, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir.

Sementara itu, Dr. Mahathir turut menyelar tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan fahaman pluralisme antara agama.

Sambil mengecam tindakan Ketua Pembangkang itu, beliau mempersoal motif Anwar itu bertujuan mahu meletakkan Islam sama kedudukannya dengan agama lain di sisi Allah semata-mata kerana kebebasan beragama.

"Kita tidak boleh samakan Islam dengan agama lain meskipun kita iktiraf agama lain. Mereka dengan agama mereka dan kita dengan agama kita, tetapi agama yang suci di sisi Allah hanya Islam," katanya kepada pemberita.

KEMPEN SIBER, RAMAI YANG MASIH SINIS? SATU ANALISIS...

Posted: 20 Feb 2011 04:25 PM PST

 

kempen siber - terkesan tak?

SinglePoll, Total 70 User joined

92.86% (65)

2.86% (2)

4.29% (3)

0.00% (0)

 PANDANGAN UMUM.

 
 


 

orangdalam posted at 9-3-2008 10:3626 #
Originally posted by m8 at 9-3-2008 10:35 AM

sbb aku lama kenal viv ni... dia mmg cute & cantik hatinya... ikhlas ni OD...


kempen tang ni den mmg tak caya..tobat nasuha!:lol: :lol: :lol:
Kilokahn posted at 9-3-2008 10:3627 #
Media alternatif telah banyak memainkan peranan dalam Pilihanraya kali ini. Juga, digandakan dengan broadband connection, membolehkan YouTuber seperti 'malaysianews' menayangkan parody terhadap BN.

Sejak 1999, aku sentiasa sokong Opposition. memang tak boleh ubah, cuma menguatkan lagi conviction aku terhadap mereka.
vivirp_25 posted at 9-3-2008 10:3728 #
Originally posted by orangdalam at 9-3-2008 10:31 AM


ko tak penah ado pendirian..abatar je cun..ampas yo..:lol:


aku bukan ngundi pun ;P;P;P
orangdalam posted at 9-3-2008 10:3829 #
Originally posted by vivirp_25 at 9-3-2008 10:37 AM


aku bukan ngundi pun ;P;P;P


tak ngundi tu satu hal..
pendirian tu 2 hal..
mcm2 hal ko nih..:lol: :lol: :lol:
juwaini posted at 9-3-2008 10:3830 #

Semalam aku jaga sampai 4 pagi tengok Johan Jaafar bagi ulasan. First time aku tengok lepas DSAI jatuh, dia cakap tak bias.. :I :I :I
sylkronz posted at 9-3-2008 10:3931 # 

mmg terkesan..:D
Redxerr posted at 9-3-2008 10:3932 #

Kempen BN yang megabesar kat TV/radio/akhbar tu gagal menewaskan gelombang Tsunami Internet!!! :lol:
orangdalam posted at 9-3-2008 10:3933 #

kalau den BN la..den tak tau den boleh turn over atau tak..maklumla den ni pun jenis penetik..:lol:
orangdalam posted at 9-3-2008 10:3934 #

Originally posted by juwaini at 9-3-2008 10:38 AM
Semalam aku jaga sampai 4 pagi tengok Johan Jaafar bagi ulasan. First time aku tengok lepas DSAI jatuh, dia cakap tak bias.. :I :I :I


ko pekak ke tak korek tinger juw..
juwaini posted at 9-3-2008 10:4035 #
Originally posted by orangdalam at 9-3-2008 10:39 AM


ko pekak ke tak korek tinger juw..


Betul la wei.. Dulu dia pakai sarung DSAI. Lepas DSAI jatuh, dia jadi penjilat Najib.. :I:I:I
orangdalam posted at 9-3-2008 10:4136 #

Reply #35 juwaini's post

den pun tak dgr sgt..tapi bolela terima sket..
tak mcm zainal kling kat tv3..tak pueh ati tu..:@ :@ :@
juwaini posted at 9-3-2008 10:4337 #

Originally posted by orangdalam at 9-3-2008 10:41 AM
den pun tak dgr sgt..tapi bolela terima sket..
tak mcm zainal kling kat tv3..tak pueh ati tu..:@ :@ :@


Dah nak pukul 4 tu dia cakap best.. Mesti dah habis stamina nak mengampu.. :lol::lol::lol:
m8 posted at 9-3-2008 10:4338 #

Originally posted by Cakkkk....aaaa at 9-3-2008 10:35 AM
Setuju..... mana2 org kelantan memang lebur jiwa bila tengok gmbr2 tu....:)

gambar-gambar tu meresap dlm jiwa.. sedarlah, walau setinggi mana bijaksana, walau sekuat mana kuasa, kita mesti tunduk dan patuh dan memohon pd Kebesaran Allah...  itu namanya tawakkal.. setelah berusaha.. susah payah berkempen..:L
defeduck posted at 9-3-2008 10:4739 #

cyber trooper be end tak terrer eh......
apapun, bak kata pengulas kat awani semalam........utk shah alam shj, terdpt lebih 79 blogs yg sokong BA kalau dibandingkan dgn 3 utk be end.......:)
ischae posted at 9-3-2008 10:5040 #

undi tetap sama..aku setia pada yang satu :$
vivirp_25 posted at 9-3-2008 10:5241 #
Originally posted by ischae at 9-3-2008 10:50 AM

undi tetap sama..aku setia pada yang satu :$
icha sapa yg ko setia tu :$
rez7779 posted at 9-3-2008 10:5842 #

:pompom: TAHNIAH KEPADA SEMUA VOLUNTARY BA CYBER TROOPER DAN JUGA UCAPAN TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KEPADA MODERATOR CI YANG MEMBENARKAN POST 2 PRO BA DI C.I INI   :pompom: .................
lampualam posted at 9-3-2008 10:5943 #

Originally posted by cabai_melaka at 9-3-2008 10:28 AM
aku rasa berkesan sbb org celik IT ni byk sokong BA
dan byk juga org atas pagar....
UMNO brp kerat je yg tera IT...:lol: :lol:

aku sokong!!!!:lol: :lol:
kupia posted at 9-3-2008 11:0144 #

Apa utusan meloya tulis muka depan hari ni?...
isyraq2005 posted at 9-3-2008 11:0445 #

Aku saluteeeeeeeeeee..kempen  kot tenat ni...walaupun  Aku mmg dah  sah2 pangkah pembangkang tapi aku dpt menukar ideologi nenek haku sorang tu yg mmg biru pekat..aku print segala issue & pass kt dia..Haaaaa baru  dia tau  langit ni  tinggi ke rendahhh...
isyraq2005 posted at 9-3-2008 11:1146 #

Originally posted by defeduck at 9-3-2008 10:47 AM
cyber trooper be end tak terrer eh......

apapun, bak kata pengulas kat awani semalam........utk shah alam shj, terdpt lebih 79 blogs yg sokong BA kalau dibandingkan dgn 3 utk be end.......
wakakakkaak ni la menunjukan  bee End  tak to nk guna peranan yg d sedia kan .....
spirkaklampuru posted at 9-3-2008 11:2447 #

mahunya tak berkesan..........
tgk nih..........

Click here to watch the Youtube Video
cipOt_cedOt posted at 9-3-2008 11:2748 #
Originally posted by Cakkkk....aaaa at 9-3-2008 10:32 AM
Satu lagi soalan yg patut ko tanya....

APA AKAN JADI KEPADA KEBEBASAN MEDIA SIBER DI MALAYSIA SELEPAS INI?!
Akan ada backlash tak???:(
aku rasa media arus perdana akan dapat swing besar lepas ni... mereka dah tak takOt lagi dengan akta hasutan dan akta mesin cetak... harap media perdana akan berubah menjadi lebih berani untuk bergerak bebas dan lebih terbuka which mean aku harap benar media perdana akan jadi pengerak kepada pembaharuan pemikiran maklumat kepada masyarakat...

aku nak tengok media arus perdana menjadi lebih radikal dan kritikal terutama sekali yang melibatkan icon dan fundamental parti politik Malaysia... bongkar habis-habisan... ihihihih.. ramai sebenarnya wartawan dari media prima, utusan dan berita harian yang geram benar nak bongkar rahsia-rahsia pemimpin politik ni... harapnya lepas ni mereka berkesepatan untuk buat semua tu... ihihihih...

media alternative aku tak yakin mereka akan terOs releven lagi lepas ni sebab media alternative cuma menyebelahi BA dan bersifat bias... konsep seperti media arus perdana dulu (boleh la guna perkataan "dulu"). ;P
orangdalam posted at 9-3-2008 14:5749 #
Originally posted by cipOt_cedOt at 9-3-2008 11:27 AM


aku rasa media arus perdana akan dapat swing besar lepas ni... mereka dah tak takOt lagi dengan akta hasutan dan akta mesin cetak... harap media perdana akan berubah menjadi lebih berani untu ...


media arus perdana tu cuma berada di arus perdana..depa milik umno dan mca..tak tau plak kalau depa nak kutuk parti sendiri..nak bongkar rasuah ketua sendiri..:lol: :lol: :lol:
azharfcsit posted at 9-3-2008 14:5850 #

keberkesanan telah terbukti di kawasan bandar..
bbrp ibu negeri berjaya ditawan BA
 

Pengunjung kempen laman web meningkat

Published by faizal at 6:16 am under Berita Pilihanraya
 
Pendekatan berkempen menerusi dunia digital atau perang siber menyemarakkan lagi kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 ini dengan mencatatkan peningkatan pengunjung laman web yang mendadak sepanjang tempoh seminggu selepas penamaan calon, 24 Februari lalu.

Berkempen menerusi alam siber khususnya laman web, blog politik, khidmat pesanan ringkas (SMS), emel dan persidangan video menjadi kaedah baru yang menghangatkan suasana berkempen sama ada membabitkan parti atau calon yang bertanding bagi tempoh 13 hari sehingga Sabtu ini.

Antara laman web terbabit ialah Barisan Nasional (BN) iaitu www.bn2008.gov.my, ia mencatatkan peningkatan semasa 40,000 pengunjung sepanjang minggu pertama kempen bermula berbanding 6,000 pengunjung ketika dirasmikan, 25 Februari lalu.


Laman web parti pembangkang seperti DAP juga mencatatkan kadar peningkatan melebihi sekali ganda berjumlah 133,929 pengunjung sehingga penghujung Februari lalu berbanding 64,997 pengunjung sebelum bermula pilihan raya. 
 
Bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), laman webnya mencatatkan peningkatan 11,000 pengunjung bagi tempoh yang sama berbanding 2,000 pengunjung pada hari penamaan calon.

Sementara laman web akhbar Bahasa Melayu tempatan seperti Berita Harian dan Harian Metro turut mendapat sambutan menggalakkan sepanjang musim pilihan raya kali ini.

Menerusi www.bharian.com.my, laman web Berita Harian mencatatkan peningkatan ketara mencecah 138,000 pengunjung semalam berbanding purata 74,000 pengunjung sebelum musim pilihan raya.

Laman web pilihan raya Harian Metro (praya.hmetro.com.my) juga mencatatkan pertumbuhan sehingga 6,000 pengunjung bagi tempoh yang sama berbanding 1,664 selepas tempoh sembilan hari sejak dilancarkan.
Setiausaha Kerja BN, Senator Datuk Yaakob Mohammad, berkata kempen menerusi laman web adalah antara pendekatan BN bagi melonjakkan lagi populariti calon, khususnya di bandar.

Beliau berkata, laman web dibangunkan itu memudahkan pengundi mengakses maklumat terkini, visi parti dan manifesto dilancarkan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, baru-baru ini.

"Laman web BN dibangunkan khusus untuk golongan celik teknologi maklumat (IT) seluruh negara apabila ia mampu memperkasa jentera kempen BN walaupun masih wujud jurang digital di kawasan luar bandar ketika ini," katanya.

Mengulas penyalahgunaan laman web dan blog di kalangan parti pembangkang, Yaakob berkata, kerajaan mempunyai akta bagi mengawalnya, terutama membabitkan isu sensitif yang boleh mengganggu kestabilan politik Malaysia.

Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusof, berkata pendekatan digital masih kurang digunakan apabila pihak atau parti yang terbabit dalam pilihan raya umum kali ini masih lagi cenderung menggunakan kaedah tradisional.

"Hampir 50 peratus parti atau calon masih bergantung kepada media cetak, elektronik, ceramah terbuka, kempen rumah ke rumah dan pemasangan poster sebagai sumber penyampaian maklumat kepada pengundi.

"Calon dilihat masih selesa menggunakan pendekatan lama ini dan berdasarkan kajian saya, antara faktor penyumbang utama kepada kelembapan penggunaan sistem digital ialah kadar penembusan internet yang masih rendah serta wujudnya jurang digital penduduk di luar bandar," katanya.

Penggunaan kaedah siber untuk berkempen mula digunakan di negara ini pada pilihan raya umum 1999, tetapi hanya berkembang pada 2004 berikutan peningkatan pengguna internet di Malaysia.

Ketua Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Azizah Hamzah, berkata dalam pilihan raya sebelum ini khususnya pada 1999, kerajaan dilihat berhati-hati dan kurang yakin terhadap kemampuan memujuk atau menawan hati pengundi menerusi gerbang internet.

"Namun, ia dilihat meningkat antara empat hingga lima kali ganda pada pilihan raya umum ini berbanding pilihan raya 2004. Walaupun lebih tertumpu di bandar, parti politik yang bertanding nampaknya bersikap terbuka dan rasional dalam memperkenalkan laman web atau blog mereka sejajar dengan perkembangan mendadak ICT di negara ini," katanya.

Tsunami PRU 12: Antara Kejutan dan Masa Depan Politik Negara

Oleh : Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak

"Tsunami kebangkitan rakyat"-Harakahdaily
"Kekalahan teruk parti kerajaan sejak 1969"-Laporan Al-Jazeera.
"5 menteri dan 10 timbalan menteri tewas" -Utusan Malaysia.
"Pembangkang berjaya membentuk kerajaan campuran di 5 negeri"-Malaysiakini.


Pilihanraya kali ini benar-benar telah mengejutkan semua pihak. Dari ahli politik, penganalisis, ahli akademik, media, mahasiswa hinggalah rakyat awam. Tidak pernah wujud landskap politik seumpama ini di Malaysia samada pada era reformasi 1999, tidak juga sewaktu perpecahan Umno menjelang 1990 dan juga krisis perkauman era 1969. Para penganalisis politik tanah air di beberapa rangkaian TV tempatan yang telah memberikan ulasan selari kepada keputusan PRU 12 seolah-olah tercari-cari apakah sebab utama kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum kali ini. Sembang-sembang pilihan raya kali ini juga tidak terhad kepada keputusan bahkan semakin menarik dengan apa yang akan berlaku selepas ini, bagaimana kedudukan PM dan bagaimana nasib kerajaan campuran dibeberapa negeri dan landskap politik negara.

Anwar dan Mahathir.
Setiap kali pilihanraya, agak sukar pihak pembangkang meyakinkan rakyat dengan manifesto mereka. Barisan Nasional selalu mendapat laluan mudah dan dilihat sebagai gabungan parti komponen yang kuat berbanding pakatan pembangkang. Namun kali ini pembangkang mendapat bonus dengan penglibatan Anwar dan Mahathir secara tidak langsung. Ini diakui oleh pemimpin BN sendiri. Mahadhir yang telah meletak jawatan sering kali melemparkan kritikan terhadap tindakan Pak Lah yang dilihat sebagai tidak bijak dan lembab. Manakala Anwar pula dengan penuh yakin menabur janji-janji kesenangan kepada rakyat jika diberi peluang kepada Barisan Alternatif. Jika janji itu dari mulut pemimpin pembangkang yang lain tentunya dilihat sebelah mata oleh rakyat jelata dan akan diberi kenyataan sinis oleh pihak kerajaan, namun apabila Anwar yang mempunyai pengalaman sebagai Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Perdana Menteri mendedahkan sumber kekayaan negara telah dapat meyakinkan rakyat dan menjadikan kerajaan tidak senang duduk. Mahathir pula dilihat oleh rakyat sebagai pemimpin yang tegas dan berani dalam mebuat keputusan berbanding kepimpinan Pak Lah.

Tuntutan Minoriti.
Akhirnya persempadanan semula kawasan pilihanraya pada tahun 2003 yang mana berlaku pertambahan kerusi bukan melayu membawa padah kepada BN. Jika pada tahun 1999, BN diselamatkan dengan undi masyarakat bukan melayu, kini fenomena itu sudah berubah. Parti komponen BN yang mewakili kaum Cina dan India dilihat sudah tidak popular lagi dikalangan kedua-dua kaum itu. Era pemerintahan Pak Lah menyaksikan banyak isu-isu yang berbentuk sentimen perkauman dan keagamaan yang tidak ditangani dengan serius. Bermula dengan pertikaian undang-undang syariah oleh 9 menteri bukan melayu ( Islam ), kes Lina Joy, dan yang terbaru Hindraf. Isu-isu yang berbaur sentimen perkauman ini akhirnya merebak dan dizahirkan oleh mereka ketika pilihanraya. Tidak hairanlah DAP mendapat saham yang besar daripada isu ini lantaran kelantangan mereka yang dilihat sebagai hero dalam membela kaum bukan peribumi di negara ini.

Manifesto Negara Kebajikan.
Untuk pilihanraya kali ini PAS dan BA tampil dengan menifesto 'Negara Berkebajikan' jika diberi mandat. Parti ini seolah-olah mendapat nafas baru dengan kebangkitan parti-parti Islam di luar negara yang lebih menonjolkan aspek-aspek kebajikan rakyat berbanding berkeras mengadakan undang-undang syariah. Imej sebegini menjadikan PAS lebih didekati rakyat terutamanya masyarakat bukan Islam. Bagi PKR pula jatuhnya Selangor ditangan mereka bagaikan durian runtuh. Pastinya negeri yang terkaya itu akan dibuktikan oleh mereka bahawa manifesto kali ini bukanlah omong-omong kosong. Namun seperti menurunkan harga petrol dan menghapuskan tol bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan kerana semua itu dibawah kekuasaan kerajaan pusat.

Masalah dalaman
Namun seperti laporan Buletin Utama pada 9 Mac lalu, ramai penganalisis politik meletakkan kekalahan parti pemerintah kali ini adalah disebabkan faktor mereka sendiri. Kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang, inflasi, angka jenayah dan rasuah. Ditambah juga dengan calon-calon parti kerajaan tidak popular dikalangan penyokong mereka sendiri. Jentera BN juga dilihat begitu lembab dan terpaksa bergantung kepada media massa berbanding pembangkang yang lebih agresif dengan menguasai kempen-kempen siber. Untuk piliharaya kali ini, sumber maklumat terkini tidak lagi terhad dengan tv dan surat khabar, bahkan website, blog dan web tv lebih meluas dikalangan masyarakat. Takala manifesto Negara Berkebajikan tersebar dengan pantas, BN seolah-olah ketiadaan idea untuk bersaing dengan manisfesto tersebut.
Umumnya melihat satu perubahan besar dalam keputusan pilihanraya negara dan pastinya akan merubah landskap politik negara.

Nasib Melayu dan bukan Melayu.
Dengan menawan Pulau Pinang dan mendapat kerusi sebanyak 28 di Parlimen pastinya akan menjadikan DAP semakin agresif. Parti ini bukan setakat berpengaruh dikalangan kelompok kaum minoriti bahkan turut menjadi pembela kepada pejuang-pejuang hak asasi kemanusiaan dan kebebasan agama. Bagaimanakah nasib Melayu di Pulau Pinang nanti? Walaupun janji mereka untuk membela semua rakyat tanpa mengira kaum namun ia masih diragui oleh masyarakat Islam dan Melayu di negara ini. Ataupun mungkin isu ketuanan Melayu bukanlah satu isu yang relevan untuk dihangatkan berbanding era 1969 dahulu? Kemudian tidak dilupakan juga kabinet yang akan dibentuk oleh kerajaan nanti dengan wakil-wakil kaum bukan melayu yang tidak popular dari kalangan parti kerajaan, adakah sanggup bagi kerajaan untuk melantik sebahagian menterinya daripada kalangan pembangkang terutamanya DAP? Agak mustahil itu berlaku di negara ini yang sangat ta'sub kepartian.

Kerajaan Campuran.
Kini terdapat 3 buah negari yang bakal membentuk kerajaan campuran. Dari sudut demokrasinya, kerajaan campuran lebih telus dan pembangkang tidak akan dilihat bersendirian dalam dewan. Namun jika dilihat dari sudut kestabilan dalam negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, mampukah kerajaan campuran ini bertahan? Jika sebelum ini pakatan pembangkang sering goyah antara DAP dan PAS, kini selepas menang apakah yang menjamin keutuhan kerajaan campuran ini. Hanya kematangan pemimpin dan rakyat sahaja mampu untuk menstabilkan kerajaan ini. Namun tentunya cabaran lebih besar dengan sentimen perkauman dan bakal diburukkan lagi oleh media massa yang sememangnya terkenal bukan setakat dalam negara bahkan di luar negara sebagi media yang sangat anti dengan parti pembangkang walaupun parti tersebut sudah bergelar kerajaan.

Isu yang sudah lapuk.
Walaupun tidak memenangi majoriti 2/3 kerusi parlimen, BN masih lagi dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Pilihan raya kali ini seharusnya menjadi pengajaran yang berguna terhadap mereka. Jika sebelum ini kempen mereka hanyalah 'BN sahaja yang mampu membawa pembangunan' dan 'BN sahaja yang mampu mengawal kestabilan dan perpaduan negara', maka slogan-slogan demikian sudah tidak laku lagi. Begitu juga dengan salah laku samada berbentuk penyelewengan kewangan mahupun moral kini sudah tidak boleh dipekakkan lagi oleh kerajaan. Ataupun mungkin pengajaran buat Perdana Menteri akan datang agar tidak bergurau dalam menentukan tarikh pilihanraya. Tidak lupa juga, pemilihan pucuk tertinggi Umno akan berlangsung pada September ini mungkin menjadi medan kepada para pemimpin Umno yang menang membelasah teruk pemimpin mereka yang kalah.

 

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Gerakan mahasiswa ; Syed Ali bidas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Posted: 20 Feb 2011 11:54 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyelar sikap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang cuba memberi gambaran negatif terhadap kebebasan mahasiswa di negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu kesal kerana Saifuddin mengaitkan revolusi politik di Timur Tengah khususnya di Mesir dengan memberi gambaran kerajaan menafikan hak dan kuasa mahasiswa di negara ini.

Menurutnya, kenyataan Saifuddin itu seperti satu ugutan terhadap kerajaan Barsian Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak supaya memberi sepenuh kebebasan kepada mahasiswa berpolitik," tegasnya.

Beliau mendakwa kenyataan Saifuddin itu juga seperti ingin menjatuhkan reputasi dan kewibawaan Najib selaku Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

"Saya melihat apabila berulang kali beliau menegaskan kerajaan perlu ambil iktibar terhadap peristiwa di Mesir dengan mengaitkan kuasa pelajar, ianya seperti satu ugutan kepada Najib," tegasnya.

Saifuddin dalam portal berita pro-pembangkang semalam dilaporkan sebagai berkata jika pihak berkuasa menekan suara golongan muda, tenaga mereka yang tidak dapat dibendung, akan hanya melimpah di jalanan.

Saifuddin turut mendesak kerajaan (pihak berkuasa) melayani hak pelajar sambil mengingatkan jika hak itu dinafikan, jangan salahkan pelajar apabila mereka bertindak radikal.

Dalam hal ini kata Syed Ali, Saifuddin sepatutnya mengemukakan pendirian beliau itu menerusi saluran yang betul seperti pada mesyuarat kementerian atau majlis tertiggi parti.

"Dia bercakap seolah-olah mewakili parti pembangkang yang membuat dakwaan kononnya kerajaan BN menekan golongan mahasiswa, ini andaian karut dan ada motif tertentu," tegasnya.

Saifuddin seperti cuba cemarkan reputasi Najib sebagai PM

Sambil menyifatkan perbuatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu seperti membuka ruang kepada mahasiswa supaya bertindak sepertimana berlaku di Mesir, Syed Ali berkata :

"Realiti politik di negara ini dengan Mesir jauh berbeza, kita menghormati hak dan kebebasan rakyat termasuk golongan pelajar dan mahasiswa, malah kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap masa depan mereka,".

Beliau mengingatkan Saifuddin, jawatan dalam kerajaan bukan tiket untuk beliau bercakap dan bertindak sesuka hati sehingga memberi keuntungan kepada pihak pembangkang.

Katanya, dalam persekitaran politik negara sekarang dengan ancaman pembangkang Saifuddin sepatutnya lebih memikirkan kepada kepentingan UMNO.

"Mungkin Saifuddin ingin dilihat sebagai seorang pejuang politik liberalisasi sepertimana Anwar Ibrahim, teruja dengan sedikit sokongan dan menjadi ikon kepada gerakan mahasiswa, tetapi dalam masa yang sama beliau masih berada dalam kabinet pimpinan Najib selaku Perdana Menteri," tegasnya.

Sikap Nik Aziz punca sebenar orang Melayu jauhkan diri daripada PAS - Syed Ali

Posted: 20 Feb 2011 09:33 PM PST

'CERMIN dulu diri sendiri, jangan nak salahkan media punca PAS hilang sokongan Melayu,", tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Sebaliknya jelas beliau, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu menerima hakikat punca sebenar PAS terhakis sokongan pengundi Melayu berpunca daripada sikap dan peribadi beliau sendiri.

"Menteri Besar Kelantan itu masih angkuh, merasakan dirinya betul dan tidak pernah melakukan kesilapan sehingga mampu mengkafirkan sesama Islam, inilah sebenarnya penyakit terpaksa dipikul oleh PAS keseluruhannya," tegasnya.

Beliau berkata, orang Melayu yang sebelum ini menyokong PAS sudah meluat dengan telatah Nik Aziz yang sangguop menghina dan memperlekehkan orang Islam yang lain kerana ingin mengambil hati opemimpin DAP.

"Sungguh menyedihkan apabila seorang Melayu yang berserban dan digelarkan sebagai ahli agama sanggup menjilat Cina DAP, inilah peribadi Nik aziz," tegasnya.

"Untuk menutup keburukan peribadi tersebut, Nik aziz mula salahkan media arus perdana dikuasai UMNO dengan memberikan laporan berat sebelah terhadap parti pembangkang.

Nik Aziz dalam satu sidang medianya di ibu negara semalam mendakwa pembangkang di negaera ini tidak mendapat tempat untuk menjelaskan sesuatu isu di akhbar arus perdana sekaligus rakyat tidak mendapat maklumat tepat.

Nik Aziz jilat DAP kerana agenda politik

Syed Ali menjelaskan, tuduhan tersebut amat dangkal kerana kelazimannya akhbar tidak akan menyiarkan laporan berbentuk negatif dan boleh merosakkan perpaduan rakyat.

"Lihat akhbar, laman sesawang dan portal berita pro-pembangkang yang bercambah di negara ini, semuanya mengecam, mencaci dan memfitnah pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan, tak ada pun laporan positif untuk bangunkan rakyat," tegasnya.


Dalam hal ini tegas beliau, orang Melayu sudah sedar selama ini mereka terpedaya dengan muslihat PAS yang mempolitikkan agama untuk 'menghalalkan' hubungan mereka dengan DAP.

Beliau menyelar sikap Mursyidul Am PAS itu yang sengaja menunding jari kepada media arus perdana untuk menutup keburukan beliau yang sering memutabelitkan kata-katanya sendiri.

Tafsiran yang menyesatkan pemikiran umat

"Hari ini dia cakap warna putih, apabila ada kekeliruan dan dikecam rakyat, dia akan kata pula hitam dan tak pernah pun cakap putih, dia dakwa itu rekaan media, inilah putar alam Nik Aziz yang tak mahu mengaku kesilapan diri sendiri," ujarnya.

Katanya, banyak contoh betapa gelagat Nik aziz yang suka menidakkan apa yang pernah dicakapkan sebelum ini dengan berselindung disebalik kebijaksanaannya memberikan tafsiran.

"Puncanya dia sengaja cakap tak habis, apabila ditegur, dia akan kata tafsirannya begini dan begitu, ini semua untuk menyesatkan pemikiran umat Islam," tegasnya lagi.

Sebaliknya jelas Syed Ali, orang yang mengakui bijak dalam agama akan memberikan penjelasan dan tafsirannya yang jelas maksudnya terhadap sesuatu isu, bukannya sengaja dibiarkan tergantung atau separuh maksudnya kerana muslihat politik.

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


Menanti 'gelombang' di Kedah

Posted: 20 Feb 2011 03:14 PM PST



PADA Sabtu lalu, penulis berkesempatan menghadiri majlis perjumpaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan ketua-ketua cawangan UMNO di kawasan Parlimen Merbok di Kedah. Sebenarnya, antara Mustapa dan kerusi Parlimen Merbok yang kini dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai sejarah yang panjang.

Mustapa pernah 'bertapak' di situ sejak tahun 1986 sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang menjadi Ahli Parlimen Merbok selama lima penggal mulai tahun berkenaan. Kehadiran Mustapa pada majlis itu sememangnya dinanti-nanti bagi memberi suntikan semangat kepada ahli-ahli UMNO untuk bangkit merampas kembali kerusi Parlimen Merbok dan dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan.

Selama ini Parlimen Merbok dan DUN Tanjong Dawai serta Bukit Selambau dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN), tetapi segalanya berubah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12. Ketiga-tiga kerusi berkenaan jatuh ke tangan pembangkang.

''Kita jangan lemah semangat, tanamlah keyakinan bahawa kita mampu menawan kembali semua kerusi di Parlimen ini,'' tegas Mustapa ketika berucap pada majlis perjumpaan tersebut.

Sebagai seorang yang amat memahami situasi politik di Parlimen Merbok, Mustapa yakin bukanlah mustahil untuk BN kembali menawan kerusi itu. Tambahan pula penulis difahamkan majoriti penduduk di kawasan Parlimen berkenaan tidak berpuas hati dengan khidmat wakil rakyat sedia ada.

''Cuba kita lihat pembangunan yang begitu pesat di Merbok sekarang ini adalah hasil sumbangan ahli-ahli Parlimen BN terdahulu seperti Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Zainuddin Maidin.

''Kalau difikirkan, memanglah mustahil BN boleh kalah kerana BN yang bertanggungjawab membawa pembangunan di sini seperti mewujudkan Maktab Sains Rendah Mara (MRSM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Asian Institute of Medical Science, tetapi kita kalah juga,'' kata Mustapa lagi.

Namun bagi Mustapa, kekalahan pada 2008 bukanlah penamat. Dengan prestasi kerajaan negeri pimpinan Pas dan pelbagai kemelut yang berlaku, Ahli Parlimen Jeli itu yakin BN akan mampu kembali berkuasa, bukan sahaja di Parlimen Merbok tetapi juga di Kedah secara keseluruhannya.

Tetapi apa pun, pokok pangkalnya terletak kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah yang kini dikatakan mendapat suntikan baru melalui pelantikan Datuk Ahmad Bashah Md.Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan.

Namun begitu, sudah ada suara-suara yang semakin rimas kerana merasakan UMNO Kedah belum membuat apa-apa bagi mengeksploitasi kelemahan kepimpinan Pas Kedah.

''Saya akan masuk Pas, kalau Pas boleh mentadbir tetapi apa yang saya lihat, Pas tidak boleh berbuat apa-apa, saya kasihankan rakyat dan negeri Kedah, kalau keadaan ini berterusan,'' kata seorang pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika berbual dengan penulis.

Malahan penulis diberitahu sebahagian besar ketua-ketua bahagian ternanti-nanti apakah program besar yang dirancang oleh Ahmad Bashah bagi menggerakkan satu gelombang untuk membangkitkan semangat merampas Kedah daripada Pas, bukan sahaja di kalangan ahli UMNO tetapi juga rakyat.

''Ahmad Bashah dan Mukhriz perlu merancang satu program untuk tujuan itu, kalau di Kelantan ada 'Gelombang Merah', manakala di Selangor ada Program Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE). Di Kedah pula macam mana?

''Kita tidak boleh tunggu segala-galanya ditentukan oleh pucuk pimpinan parti di peringkat pusat, UMNO Kedah kena buat perancangan sendiri,'' kata seorang pemimpin UMNO bahagian kepada penulis.

Berdasarkan tinjauan penulis, perasaan tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinan Kerajaan Pas Kedah cukup ketara. Perasaan ini bukan sahaja membuak-buak di kalangan rakyat biasa atau ahli UMNO sahaja, malahan di kalangan penyokong Pas sendiri.

Mereka melihat kerajaan negeri terlalu banyak kelemahan sedangkan sebelum ini semasa menjadi pembangkang, macam-macam Pas mengkritik kepimpinan BN. ''Saya sokong Pas sejak dalam selut (lumpur) lagi tetapi bila Pas dah menang, bukan kata depa tak ingat kat kita, apa pun depa (mereka) tak buat,'' kata seorang penyokong tegar Pas kepada penulis.

Akibat kelemahan yang berlaku termasuklah juga dengan keadaan UMNO Kedah yang dilihat masih perlahan menyusun gerakan, timbullah tafsiran bahawa ''orang Kedah bagaikan tidak bertuan.''Justeru dalam keadaan itu, ramai pemerhati politik melihat ia kesempatan terbaik untuk UMNO Kedah bangkit melakukan sesuatu bagi meraih sokongan rakyat.

''Kena ada satu program yang jelas bagi mendorong rakyat menyokong UMNO, kalau mereka lihat Pas lemah, manakala UMNO pula macam lesu sahaja, maka ia ibarat pi mai pi mai tang tu juga,'' kata seorang ahli veteran UMNO yang menghadiri majlis bersama Mustapa.

Seperti mana kata Mustapa, gerak kerja perlu bermula dari sekarang seperti UMNO Kelantan di bawah kepimpinannya melancarkan Gelombang Merah. Berdasarkan tiupan semangat itu, bak kata orang Kedah, UMNO dan BN tidak boleh 'lena lagi', mereka perlu bangkit segera mengatur strategi dengan matlamat menamatkan pemerintahan Pas di Kedah.

Perkara yang paling penting ialah perpaduan sesama mereka dan jangan ada politiking sesama sendiri kerana ia hanya akan merugikan UMNO dan BN.Sebagai contoh, semua pihak perlu menyokong kepimpinan Ahmad Bashah dan jangan ada politiking di peringkat bahagian yang boleh mengugat usaha menawan kembali Kedah.

Tetapi dalam masa yang sama, Ahmad Bashah pula perlulah menunjukkan karisma dan kemampuan untuk membolehkan sokongan diberikan.Kalau dilihat rekod politik, Ahmad Bashah bukanlah calang-calang orang, beliau ada 'seni politiknya' sendiri tetapi untuk menawan Kedah, ia memerlukan kerja berpasukan dan bukannya 'Lone Ranger'. Ini bersesuaian dengan pesanan Mustapa pada akhir pertemuan dengan ketua-ketua cawangan di Parlimen Merbok supaya mereka mengukuhkan perpaduan, bekerja dalam berpasukan dan menanam keyakinan untuk mencapai kejayaan.

Semoga kesungguhan Mustapa yang sanggup meredah ladang getah pada malam hari dengan diiringi hujan gerimis akan membangkitkan semangat ahli-ahli UMNO bagi melancarkan gelombang biru (BN) untuk menggantikan gelombang hijau (Pas) di Kedah!


Bookmark and Share

Pengikut