Isnin, 21 Februari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Gerakan mahasiswa ; Syed Ali bidas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Posted: 20 Feb 2011 11:54 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyelar sikap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang cuba memberi gambaran negatif terhadap kebebasan mahasiswa di negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu kesal kerana Saifuddin mengaitkan revolusi politik di Timur Tengah khususnya di Mesir dengan memberi gambaran kerajaan menafikan hak dan kuasa mahasiswa di negara ini.

Menurutnya, kenyataan Saifuddin itu seperti satu ugutan terhadap kerajaan Barsian Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak supaya memberi sepenuh kebebasan kepada mahasiswa berpolitik," tegasnya.

Beliau mendakwa kenyataan Saifuddin itu juga seperti ingin menjatuhkan reputasi dan kewibawaan Najib selaku Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

"Saya melihat apabila berulang kali beliau menegaskan kerajaan perlu ambil iktibar terhadap peristiwa di Mesir dengan mengaitkan kuasa pelajar, ianya seperti satu ugutan kepada Najib," tegasnya.

Saifuddin dalam portal berita pro-pembangkang semalam dilaporkan sebagai berkata jika pihak berkuasa menekan suara golongan muda, tenaga mereka yang tidak dapat dibendung, akan hanya melimpah di jalanan.

Saifuddin turut mendesak kerajaan (pihak berkuasa) melayani hak pelajar sambil mengingatkan jika hak itu dinafikan, jangan salahkan pelajar apabila mereka bertindak radikal.

Dalam hal ini kata Syed Ali, Saifuddin sepatutnya mengemukakan pendirian beliau itu menerusi saluran yang betul seperti pada mesyuarat kementerian atau majlis tertiggi parti.

"Dia bercakap seolah-olah mewakili parti pembangkang yang membuat dakwaan kononnya kerajaan BN menekan golongan mahasiswa, ini andaian karut dan ada motif tertentu," tegasnya.

Saifuddin seperti cuba cemarkan reputasi Najib sebagai PM

Sambil menyifatkan perbuatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu seperti membuka ruang kepada mahasiswa supaya bertindak sepertimana berlaku di Mesir, Syed Ali berkata :

"Realiti politik di negara ini dengan Mesir jauh berbeza, kita menghormati hak dan kebebasan rakyat termasuk golongan pelajar dan mahasiswa, malah kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap masa depan mereka,".

Beliau mengingatkan Saifuddin, jawatan dalam kerajaan bukan tiket untuk beliau bercakap dan bertindak sesuka hati sehingga memberi keuntungan kepada pihak pembangkang.

Katanya, dalam persekitaran politik negara sekarang dengan ancaman pembangkang Saifuddin sepatutnya lebih memikirkan kepada kepentingan UMNO.

"Mungkin Saifuddin ingin dilihat sebagai seorang pejuang politik liberalisasi sepertimana Anwar Ibrahim, teruja dengan sedikit sokongan dan menjadi ikon kepada gerakan mahasiswa, tetapi dalam masa yang sama beliau masih berada dalam kabinet pimpinan Najib selaku Perdana Menteri," tegasnya.

Sikap Nik Aziz punca sebenar orang Melayu jauhkan diri daripada PAS - Syed Ali

Posted: 20 Feb 2011 09:33 PM PST

'CERMIN dulu diri sendiri, jangan nak salahkan media punca PAS hilang sokongan Melayu,", tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Sebaliknya jelas beliau, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu menerima hakikat punca sebenar PAS terhakis sokongan pengundi Melayu berpunca daripada sikap dan peribadi beliau sendiri.

"Menteri Besar Kelantan itu masih angkuh, merasakan dirinya betul dan tidak pernah melakukan kesilapan sehingga mampu mengkafirkan sesama Islam, inilah sebenarnya penyakit terpaksa dipikul oleh PAS keseluruhannya," tegasnya.

Beliau berkata, orang Melayu yang sebelum ini menyokong PAS sudah meluat dengan telatah Nik Aziz yang sangguop menghina dan memperlekehkan orang Islam yang lain kerana ingin mengambil hati opemimpin DAP.

"Sungguh menyedihkan apabila seorang Melayu yang berserban dan digelarkan sebagai ahli agama sanggup menjilat Cina DAP, inilah peribadi Nik aziz," tegasnya.

"Untuk menutup keburukan peribadi tersebut, Nik aziz mula salahkan media arus perdana dikuasai UMNO dengan memberikan laporan berat sebelah terhadap parti pembangkang.

Nik Aziz dalam satu sidang medianya di ibu negara semalam mendakwa pembangkang di negaera ini tidak mendapat tempat untuk menjelaskan sesuatu isu di akhbar arus perdana sekaligus rakyat tidak mendapat maklumat tepat.

Nik Aziz jilat DAP kerana agenda politik

Syed Ali menjelaskan, tuduhan tersebut amat dangkal kerana kelazimannya akhbar tidak akan menyiarkan laporan berbentuk negatif dan boleh merosakkan perpaduan rakyat.

"Lihat akhbar, laman sesawang dan portal berita pro-pembangkang yang bercambah di negara ini, semuanya mengecam, mencaci dan memfitnah pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan, tak ada pun laporan positif untuk bangunkan rakyat," tegasnya.


Dalam hal ini tegas beliau, orang Melayu sudah sedar selama ini mereka terpedaya dengan muslihat PAS yang mempolitikkan agama untuk 'menghalalkan' hubungan mereka dengan DAP.

Beliau menyelar sikap Mursyidul Am PAS itu yang sengaja menunding jari kepada media arus perdana untuk menutup keburukan beliau yang sering memutabelitkan kata-katanya sendiri.

Tafsiran yang menyesatkan pemikiran umat

"Hari ini dia cakap warna putih, apabila ada kekeliruan dan dikecam rakyat, dia akan kata pula hitam dan tak pernah pun cakap putih, dia dakwa itu rekaan media, inilah putar alam Nik Aziz yang tak mahu mengaku kesilapan diri sendiri," ujarnya.

Katanya, banyak contoh betapa gelagat Nik aziz yang suka menidakkan apa yang pernah dicakapkan sebelum ini dengan berselindung disebalik kebijaksanaannya memberikan tafsiran.

"Puncanya dia sengaja cakap tak habis, apabila ditegur, dia akan kata tafsirannya begini dan begitu, ini semua untuk menyesatkan pemikiran umat Islam," tegasnya lagi.

Sebaliknya jelas Syed Ali, orang yang mengakui bijak dalam agama akan memberikan penjelasan dan tafsirannya yang jelas maksudnya terhadap sesuatu isu, bukannya sengaja dibiarkan tergantung atau separuh maksudnya kerana muslihat politik.

Tiada ulasan:

Pengikut