Ahad, 20 Februari 2011

Razlan's

Razlan's


Guru wajib Dwi Bahasa ke SJK !

Posted: 20 Feb 2011 06:09 PM PST

*** Guru-guru English dulu kita bawa untuk mengajar di Sekolah dalam Malaysia adalah tidak tahu berhasa Malayu. Mereka dibawa kerana untuk mengajar jurusan kemahiran mereka, ada juga rakyat Malaysia yang tidak tahu berbahasa Malaysia walaupun sudah duduk di Malaysia 50 tahun ***

China Press
Perkara: pendidikan negara?
Ruangan: pandangan rakyat m/s C13
Tarikh: 19 Februari 2011 (Sabtu)

Tajuk:

Sekolah Rendah Cina Dan Tamil Kekurangan Guru
Penulis samaran: Yu Yu

Adakah Negara kita kekurangan guru? Benarkah begitu kedengarannya, ramai graduan dari maktab perguruan hari ini menunggu di rumah menanti panggilan mengajar, mereka mengunggu pangglan saban hari dari jabatan pelajaran, hari demi hari menunggu, bulan ke bulan masih menungu, menjelang tahun ke tahun masih menunggu, sehingga semua bunga sudah pun luruh, mereka masih belum terima khabar berita untuk mengajar.

Dahulu semua orang (Cina) tidak suka ceburkan diri dalam bidang pendidikan mengajar, terutma sekali kaum muda mudi lelaki, mereka anggap gaji guru terlalu kecil, mereka anggap jadi guru tidak ada masa depan; tetapi hari ini semuanya telah melawan arus, gaji pokok guru tidak termasuk elaun sudah pun menjangkau RM2,400.00 ringgit, pekerjaan yang lebih lumayan daripada seorang jurutera!

Hari ini ramai muda mudi suka mengajar di sekolah, terutama sekali muda mudi rakan bangsa kita (Melayu) yang pernah belajar di luar negara, mereka anggap ini adalah periuk nasi yang kukuh; anak muda mudi kaum Cina pun sudah berubah pandangan dari persepsi lama ke persepsi baru, semua mengharapkan dapat masuk bidang mengajar di sekolah untuk cari makan, disebabkan di luar sana pekerjaan amat susah diperolehi!

Pihak kementerian Pelajaran pernah mengakui ada sesetengah subjek telah berlebihan melatih guru-guru, tetapi guru-guru bahasa Cina, Tamil dan bahasa Inggeris amat kekurangan dengan begitu jelas sekali, dari segi pengambilan guru-guru pula di pihak kemenrerian ada penyelewengan dari segi pentadbirannya, ia bermakna telah membazirkan sumber kewangan dan aset negara.

Subjek-subjek yang kekurangan guru-guru mengajar, kementerian Pelajaran tidak pun melatih guru-guru untuk subjek yang kurang itu, malah lebih menitik beratkan melatih guru-guru yang bukan keperluan untuk mengajar subjek tertentu, mereka melatih hanya mahu melatih dan melahirkan guru-guru sahaja, tidak menjurus melatih cikgu untuk keperluan subjek. Sekarang ini benar-benar kekurangan guru adalah dalam mata pelajaran subjek bahasa Cina, Tamil di sekolah rendah, kementerian ambil guru-guru yang berlebihan itu dihantar ke sekolah-sekolah tersebut, jika rakyat tidak membantahnya, dipercayai semua guru-guru yang berkenaan terus menerus dihantar ke sekolah-sekolah Cina dan Tamil untuk memenuhi kuota guru-guru di sekolah-sekolah.

Apakah namanya pendidikan seperti itu? Mana kualiti cerdik pandai yang mahu dilahirkan? Adakah guru-guru yang tidak sesuai yang diambil itu boleh mambantu meningkatkan mutu pendidikan negara ini, sehingga boleh mencapai negara maju wawasan 2020?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


UMNO LEBIH AWAL FIKIRKAN DAN BUAT INI SEMUA....

Posted: 19 Feb 2011 05:13 PM PST

Pas Akan Perjuangkan Nasib Orang Melayu Sebagai Kaum Dominan - Apa Beza Dengan Umno???

PAS tak akan ketepikan nasib orang Melayu, jamin Nik Aziz
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
February 19, 2011
Nik Aziz bertanya sama ada masyarakat Melayu akan mundur tanpa Umno. — gambar fail
SHAH ALAM, 19 Feb — Dilihat pendirian meredakan kebimbangan sesetengah pihak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Justeru jelas Mursyidul Am PAS itu, walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negera ini.

PLEASE DO THE SAME THING!

Posted: 19 Feb 2011 05:09 PM PST

Put your stuff here

INILAH TEMBERANG FUKATAN RAKYAT.....

Posted: 19 Feb 2011 04:58 PM PST

Ahad, Februari 20, 2011

Tuan Guru Hj Nik Aziz menangis lagi di Merlimau dan Kerdau.

Masa nya sudah tiba, PAS sudah di nyah kan dari ingatan dan fikiran melayu yang sedar dan insaf. Orang melayu mula tersedar dan menolak PAS setelah PAS enggan berkerjasama dengan UMNO demi perpaduan melayu dan khas nya umat Islam.

Kemarahan umat Islam semakin bertambah setelah PAS lebih relah ber sama DAP dan PKR. Umat Islam memang tidak pernah mahu menyokong DAP, kerana DAP itu ialah sebuah parti cina komunis yang sangat tebal anti Islam nya.

Selepas PRU12, PAS semakin angkuh dan bertambah sombong nya kerana mendapat sokongan dari DAP. PAS sedar atau pun tidak sedar bahawa sokongan nya itu tidak ikhlas. Ada juga kemungkinan bahawa PAS juga tidak ikhlas menyokong DAP. Sama2 mahu cari untung - lain2 hal jangan peduli.

Hari ini PAS sudah menerima padah buruk tewas di Manik Urai dalam kubu kuat nya sendiri, sekali lagi tewas di Galas pun dalam kubu kuatnya juga. Dan baru2 ini tersungkur pula di Tenang. Apa lagi bukti yang PAS mahu? PAS sudah di nyah kan oleh kaum melayu/Islam.

Kini PAS masih berdegil dan angkuh dengan sokongan DAP dan PKR, terlalu yakin dengan sokongan DAP. Ini kita akan balas pula dengan 'kemaluan' besar di Merliau dan Kerdau. Yang pasti Tuan Guru kita akan menangis sekali lagi. Ini mungkin tangisan nya yang terakhir...........................

Khamis, Februari 10, 2011

PAS bukan parti yang memperjuangkan Islam

Setelah ujud hampir lebih kurang 50 tahun, PAS tidak pernah memberi atau menyumbang sesuatu perkara yang membangunkan atau memajukan masyarakat melayu khasnya yang beragama Islam. Tidak ada apa2 jasa yang pernah PAS sumbangkan terhadap bangsa, agama dan negara. PAS memang tidak pernah berjasa kepada agama dan bangsa nya.

Sebalik nya ke ujudan PAS cuma memecah belahkan kaum melayu dengan cara menghasut, memfitnah dan mengugut orang2 melayu. PAS sanggup mempermainkan Islam untuk mendapat sokongan. Berbagai fatwa songsang telah mereka cipta untuk menakut2 kan kaum Islam. Salah satunya ialah di satu ketika dahulu PAS telah mengafirkan UMNO kerana bersekutu dengan kafir iaitu MCA dan MIC.

Allah maha berkuasa terhadap hamba2 nya, hari ini PAS telah mengafirkan diri nya sendiri kerana bersengkokol dengan DAP yang anti Islam. Jenis manusia apakah pemimpin2 PAS ini? Lidah bercabang.

PAS harus di tolak dan di tinggalkan mati dengan sendirinya, jika ianya masih ujud melayu tidak akan boleh bersatu. Jika melayu terus berpecah belah akhirnya kita akan kehilangan kuasa politik dan seterusnya hilang kuasa memerintah juga.

Rabu, Februari 09, 2011

PAS parti Setan


Sekali lagi PAS membazir wang di Merlimau. PAS tahu bahawa parti itu 100% akan kalah teruk, malang nya kerana perasaan dan sifat pemimpin2 nya yang busuk hati, dengki khianat mereka sanggup membuang masa, tenaga dan wang ringgit.

Ini cuma satu Pilihan Raya Kecil sahaja, jika di takdirkan Allah PAS menang pun ianya tidak akan memberi sebarang perubahan terhadap PAS di Melaka. Sebaliknya penduduk merlimau yang akan menerima kerugian besar. PAS tidak boleh memberi apa2 pembangunan kepada rakyat di Merlimau.

Di negeri2 yang mereka perintah pun pemimpin2 PAS ini tidak mampu menolong rakyatnya. Ini terbukti apabila PAS tewas di PRK DUN Galas, Kelantan. Sebenarnya rakyat negeri Kelantan sendiri pun sudah muak dan benci terhadap PAS.

Adalah lebih baik jika masa, tenaga dan wang ringgit itu di gunakan untuk membantu rakyat. Pemimpin2 PAS cuma pentingkan kedudukkan mereka sahaja sedangkan rakyat yang bernaung di bawahnya hidup menderita. Sepatutnya pemimpin2 PAS ini akan lebih menumpukan masanya untuk membela nasib rakyat.

PAS sudah jadi parti Setan - bersengkokol dengan DAP yang anti Islam, suka membazir dan tidak pernah menepati janji2 nya.

Inilah masanya, hapuskan PAS yang sombong dan bongkak.

Setelah menerima dua kekalahan ber turut2, pertama  didalam kubu kuatnya  N45 DUN Galas dan kalah teruk di N7 DUN Tenang PAS masih lagi berlagak sombong dan angkuh. Kini sekali lagi PAS akan dibelasah hingga mampus di N 27 Merlimau.

Pemimpin2 dan pencacai2 PAS harus sedar diri bahawa parti sundal itu sudah ditolak oleh kaum melayu. Hari ini PAS sudah di ibaratkan seperti 'anjing buruk' kepala oleh orang melayu. Cuma pemimpin dan pencacai2 nya sahaja hidung penyek pipi ter sorong2.

Di N27 DUN Merlimau PAS cuma boleh mengharafkan sokongan dari penyokong DAP dan PKR sahaja, itu pun ada berapa kerat sahaja. Kebanyakan kaum bukan melayu pun sudah menolak DAP dan PKR.

Kepada penduduk2 Merlimau pastikan PAS akan hilang wang pertaruhan nya.

Selasa, Februari 08, 2011

PRK N27 DUN Merlimau, Melaka.


PAS harus berundur dari bertanding di PRK N27 DUN Merlimau, Melaka. Saranan Tok Gajah ini harus di ambil perhatian berat oleh semua pemimpin2 dan pencacai2 PR. Ada banyak sebab mengapa PR harus berundur.

Pertama, DUN Merlimau kubu kuat BN di mana penduduk nya terdiri dari lebih 60% melayu/Islam. PAS harus mengerti bahawa kaum melayu/Islam sudah menolak PAS secara total. Ini telah terbukti dalam PRK DUN Tenang dimana PAS kalah teruk walaupun berbagai muslihat yang di gunakan untuk menawan hati pengundi2 melayu/Islam.

Kedua, Merlimau ada lah kawasan yang sedang membangun pesat dengan berbagai2 pembangunan. Pendek kata, tidak ada apa2 langsung isu2 yang boleh dibangkitkan oleh PAS untuk mem buruk2 kan kerajaan BN.

Ketiga, BN banyak kehilangan majoriti nya pada PRU12 kerana isu2 dalaman parti, kini isu2 itu semua nya sudah selesai. PAS jangan haraf boleh mendapat sokongan 'durian runtuh' seperti dalam PRU12 yang lepas.

Keempat, BN sudah mantap di bawah pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak, kejujuran dan kebijaksanaan nya sudah mengambalikan sokongan dari pengundi2 kaum cina dan india.

Kelima, PKR sedang dilanda berbagai krisis dalaman berhubung pucuk pimpinan parti hinggakan ramai pemimpin2 PKR sudah hilang kepercayaan terhadap parti nya sendiri dan bertindak keluar parti PR.

PAS  lebih baik berundur secara terhormat dari bertanding melawan BN, tidak perlu PAS membazir wang ringgir, masa dan tenaga. PAS sendiri memang sedia maklum tahu bahawa parti itu langsung tiada harapan untuk menang. Silap2 gaya calun PAS akan hilang wang pertaruhan nya.

SIAPA YANG TERPILIH DI KERDAU?

Posted: 19 Feb 2011 04:54 PM PST

Kerdau: Siapa Calon UMNO ?

Sebaik kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau diisytiharkan kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, Sabtu lepas, gendang pilihan raya sudah mula dipalu meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum memutuskan tarikh pilihan raya kecil berkenaan.

Jentera pilihan raya BN dan PAS mula bergerak dan soal siapa calonnya menjadi tajuk perbincangan di semua peringkat di kawasan DUN itu.

azlanDUN Kerdau terletak di kawasan parlimen Kuala Krau, dua lagi DUN ialah Jenderak dan Jengka.

Mesyuarat khas bahagian Umno Kuala Krau turut diadakan pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Umno bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, semua 28 cawangan Umno di bahagian berkenaan telah diarah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya kecil itu nanti.

Pada hari ini, satu mesyuarat khas Badan Perhubungan Umno Pahang yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob turut diadakan di Yayasan Pahang secara tertutup.

Difahamkan mesyuarat berkenaan turut membincangkan persiapan dan senarai calon BN untuk pilihan raya kecil itu nanti.

Menurut sumber, Umno bahagian Kuala Krau dikatakan telah menyerahkan senarai tujuh nama calon untuk dipilih pucuk pimpinan parti bagi bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.

Nama yang disenaraikan itu ialah naib ketua Umno bahagian Kuala Krau yang juga Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad, setiausaha Umno bahagian Kuaa Krau, Abdul Razak Ahmad yang juga seorang peguam, ketua Pemuda Umno bahagian Rodzuan Zaaba (usahawan).

Calon lain ialah ketua Wanita Umno bahagian Kuala Krau, Norehan Abu Bakar (Pegawai Kemas), anggota jawatankuasa Umno bahagian Hassan Mohd Amin (guru), anggota jawatankuasa Umno bahagian Mohd Hanifa Mohidden Ahli (guru) dan bekas Setiausaha Umno bahagian Mohd Arhan Saluddin (usahawan).

Menurut sumber itu lagi, Umno bahagian Kuala Krau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan untuk memutuskan siapa yang bakal dicalonkan pada pilihan raya kecil itu nanti.

Sementara itu, PAS Pahang juga telah menyenaraikan tujuh nama untuk dicalonkan bagi bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.

Mereka yang disenaraikan itu adalah anak tempatan berkelulusan dalam pelbagai bidang, antaranya bekas pensyarah, aktivis dan anggota biasa parti.
Menurut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal, mereka yang tersenarai itu dilihat berpotensi untuk menang, selain muda dan berkarisma untuk menjadi calon dan wakil rakyat di kawasan berkenaan.

"Nama-nama berkenaan telah diputuskan pada mesyuarat khas PAS Kawasan Kerdau pada Isnin lepas, senarai itu akan dihantar kepada pucuk pimpinan parti," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata berdasarkan perkembangan politik semasa serta penambahan pengundi baru, PAS yakin akan dapat memenangi pilihan raya kecil itu nanti sekalipun kerusi DUN Kerdau merupakan kawasan kubu kuat BN.

Sementara itu, Ismail berkata beliau yakin BN akan dapat mempertahankan kerusi DUN. 

Bagaimanapun, beliau berkata keyakinan itu tidak bermakna semua 28 cawangan yang ada boleh berpeluk tubuh. 

"InsyaAllah, kita akan dapat mempertahankan kerusi ini dengan majoriti besar jika semua anggota parti bersatu dan bekerja keras," katanya di Temerloh.

Beliau berkata semua cawangan telah diarahkan melakukan persediaan bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikhnya.

"Apa yang penting, kita mesti mengemaskan jentera sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kecil. Persediaan awal itu perlu dilakukan bagi memudahkan gerak kerja apabila tarikh pilihan raya kecil itu diumumkan kelak," katanya.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau turut berharap semua cawangan terbabit mengetepikan isu remeh dan menumpukan kepada usaha memastikan kemenangan calon BN.

"Apa yang penting kita proaktif mengenal pasti, menghubungi dan mendekati para pengundi," katanya. 

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. 


PELAJAR MESIR MULAI SEDAR...

Posted: 19 Feb 2011 04:46 PM PST

Selamatkan Pelajar Di Mesir: Kerajaan BN Dimaki Hamun

Inilah perangai blogger PAS. Tidak ada kerja lain, melainkan memaki hamun kerajaan yang menyelamatkan pelajar di Mesir daripada kawasan bahaya. Blogger terbabit terus menyebarkan cerita yang tidak benar di Mesir untuk menghasut pelajar agar marah pada kerajaan. Sedangkan pada hakikatnya kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah, kerajaan PKR di Selangor dan kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak membantu pun pelajar terbabit.

Pembangkang lebih suka mengupah beribu ribu ringgit untuk blogger sebegini memaki hamun kerajaan Barisan Nasional, siang dan malam. Lebih baik duit mengupah blogger ini diberikan kepada pelajar yang lebih memerlukan. Inilah sebahagian daripada cara jahiliah yang masih ada dalam PAS.

Ajakan debat oleh Ustaz Mohd Noor Deris telah dibalas dengan menuduh yang bukan-bukan oleh blogger-blogger PAS (baca sini). Nik Aziz tidak berani berhadapan dengan Mohd Noor Deris dalam membincangkan pakatan Ahzab PAS dengan DAP. Ternyata Nik Aziz tahu bahawa dia akan kalah dengan Mohd Noor Deris sebab itulah Nik Aziz tolak perdebatan tersebut. Bila dah kalah, maka adalah character assasination terhadap Mohd Noor Deris, hingga dimaki hamun dengan begitu teruk sekali (baca sini). Ajaran PAS amat ekstrem terhadap saudara sesama muslim, tetapi terhadap DAP yang jelas mencabar kedudukan Islam, mereka tunduk mengalah

 

PAS Mula Bimbang Pelajar Mesir Sokong BN


Rohidzir Rais (Editor Kanan Islamika PTS) menyatakan tidak perlu dibawa pulang bahkan membawa pulang mereka memberikan kesan negatif kepada pelajar itu sendiri. Malah Rohidzir menurut Harakahdaily menyalahkan media pula yang membesarkan cerita di Mesir. Selain daripada berterima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan yang membekalkan RM120,000 berbanding NGO kerajaan pusat yang katanya hanya membawa RM30,000.

Pandangan yang disiarkan dalam Harakah ini jelas membuktikan kebimbangan PAS terhadap sokongan pelajar-pelajar yang selama ini mengundi pos untuk mereka dari Mesir beralih sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional. Punca peralihan adalah kerana sikap PAS sendiri yang mengamalkan assobiah dalam memberi bantuan kepada puak puak mereka sahaja di Mesir.

Hanya membawa RM120,000 sahaja, hendak banding dengan harga tiket kapal terbang dan kos penginapan di Jeddah adalah jauh lebih besar daripada itu. Ternyata pandangan editor tersebut adalah amat cetek sekali dan pandangan yang bersifat di bawah tempurung. Media membesarkan cerita tentang keadaan di Mesir? Lihatlah apa pandangan pelajar yang pulang dan bersyukur kerana dapat pulang (baca sini). Sampai diacu pistol ke kepala. Mendesak kerajaan memang pandai (baca desakan 1 dan desakan 2 ini) tetapi bila diminta untuk berkerjasama menolong orang yang dalam kesusahan, PAS hanya pentingkan puak mereka sendiri sahaja. .

Lebih tidak cerdik, NGO yang pro kepada PAS iaitu PKPIM mendesak kerajaan untuk menyediakan penerbangan pulang pelajar-pelajar di negara-negara Teluk yang lain. Ini gesaan untuk ambil kesempatan daripada kekalutan yang berlaku di Mesir.

Mengapa PKPIM tidak desak Nik Aziz sponsor sebuah kapal terbang? Desak Ustaz Azizan sponsor sebuah kapal laut? Desak Guan Eng sponsor roket untuk bawa pulang pelajar-pelajar yang sokong pembangkang. Usahkan di negara lain, di Mesir yang sedang bergolak sekarang ini pun, pakatan pembangkang hanyalah terlebih sudu dari kuah.

Mengutuk dan mengecam amat pandai, tetapi bila diminta menyumbang kedekut yang amat. Berterima kasihlah pada mereka yang membantu. Jangan banyak mempertikai pada tangan yang memberi pertolongan. Berjanji untuk memerintah bukan main lagi, nak beri itu dan ini kalau genap 100 hari memerintah. Bila diminta bantuan tatkala mereka sudah memerintah di empat negeri, memekik sahaja lebih daripada membantu.

ALHAMDULILAH, MELAKA BERSYUKUR....

Posted: 19 Feb 2011 04:41 PM PST

had, 20 Februari 2011

Kerana Bebal, Bangang dan Dunggu: Selangor rugi tolak UiTM....

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menandatangani batu asas perasmian mula kerja projek UiTM Melaka Kampus Jasin di Seri Mendapat pada Sabtu.

KERAJAAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membuat keputusan tidak bijak apabila menolak projek pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebidang tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah, Selangor pada 2009.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu merugikan penduduk di Hulu Selangor dan yang mendapat rahmatnya kini adalah penduduk di Seri Mendapat, Jasin, Melaka, ekoran pembinaan kampus baru di tanah seluas 218 ekar itu.

"Kerajaan Selangor tidak bijak kerana menolak rezeki tetapi sebaliknya orang Melaka khususnya di Seri Mendapat mendapat untung dengan pembinaan UiTM Melaka Kampus Jasin yang baru.

"Keputusan yang diambil oleh kerajaan pembangkang itu bermotif politik kerana sanggup menzalimi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), sebuah yayasan untuk membantu orang miskin dan anak-anak yatim.

''Tetapi kita nak tunjukkan kebenaran bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) membela rakyat dan pelajar UiTM," ujarnya.

Beliau berucap pada majlis perasmian mula kerja di tapak projek UiTM Melaka Kampus Jasin dan pertukaran dokumen perjanjian pinjaman antara YBK Usahasama Sdn. Bhd. dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad di Seri Mendapat, Jasin, Sabtu.

Kampus baru UiTM Melaka cawangan Jasin dibina di atas tanah seluas 218 ekar di Mukim Semujuk daerah Jasin menempatkan satu kompleks yang boleh menampung kapasiti pelajar berjumlah 5,000 orang.

Projek pembinaan kampus bernilai RM297 juta itu bakal menempatkan tiga buah fakulti iaitu Sains Gunaan, Pengurusan Ladang serta Sains Komputer dan Matematik yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sejak penubuhan UiTM pada 1967, seramai 400,000 graduan dilahirkan, manakala 180,000 masih menuntut di universiti berkenaan di seluruh negara.

Beliau menambah, bekas graduan daripada universiti berkenaan kini masing-masing memegang jawatan tinggi sama ada di sektor awam atau swasta manakala sebahagian daripadanya menjadi tenaga profesional.

Ujarnya, kalau dikaji latar belakang bekas graduan UiTM, mereka terdiri daripada keluarga miskin, petani, nelayan, penoreh getah dan pembantu am rendah tetapi hari ini mereka berjaya menjawat jawatan tertinggi.

"Ini semua dilakukan kerana kita percaya kalau nak mengubah untung nasib sesebuah bangsa, senjata paling berkesan sekali adalah melalui pendidikan dan ini telah kita buktikan sebagai satu kenyataan," ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Siapa yang sebenarnya bangang dan bodoh apabila PKR Selangor tolak UiTM di Ulu Selangor tetapi, DAP Pulau Pinang terima pembinaan cawangan kampus Universiti Nanyang dari Singapura di Balik Pulau?

Penolakan kerajaan PKR Selangor ke atas pembinaan UiTM di Hulu Selangor itu membuktikan betapa parti politik milik Anwar-Azmin itu sangat mudah ditekan oleh DAP dalam menentukan perkara yang mempunyai kepentingan kaum Melayu.

UiTM terbukti telah berjaya meningkatkan bilangan kaum Melayu yang berpendidikan tinggi dalam banyak bidang ilmu. Kejayaannya tidak siapa boleh menafikannya.

Sebagai sebuah parti yang anti-Melayu, DAP memandang UiTM sebagai ancaman kepada dasar politik pecah dan perintah yang mereka amalkan. Meningkatkan kemampuan kaum Melayu dengan pendidikan tinggi sangat tidak disenangi oleh DAP.

Justeru, apabila UiTM mahu membina sebuah kampus baru di negeri Selangor, DAP yang menguasai politik dan kepimpinan Selangor menolaknya melalui MB Khalid yang bengap, bangang dan dungu.
Yang rugi ialah penduduk Hulu Selangor dari segi pembangunan wilayah dan Khalid Ibrahim serta PKR sendiri dari sudutsokongan  politik kaum Melayu.

Begitulah nasib sebuah parti politik yang dasar penubuhannya bukan untuk rakyat dan negara tetapi untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada direhatkan di Sungai Buloh.

Bayangkan kalau Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri dan timbalannya Lim Kit Siang! Sudah tentu semua dasar kerajaan yang membela nasib kaum Melayu akan dilenyapkan.

Tidak mustahil UiTM akan ditutup atau sekurang-kurangnta akan ditukar nama dan diubah dasarnya....
Kepada rakyat kaum Melayu yang masih ada hotak dan tidak terpukau dengan rasukan Anwar, fikir-fikirkanlah....

APA YANG MEREKA TAK KATA PADA MELAYU UMNO!

Posted: 19 Feb 2011 04:37 PM PST

Melayu PASngok pengamal islam radikal

"Melayu harus dibakulsampahkan" - Jijah

Kalau orang Melayu nak selamat, mesti tegakkan Islam baru selamat.

"Kalau tegakkan Melayu memang tak selamat," kata beliau pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS hari ini. Hj Hadi

"Golongan yang paling lantang memperkatakan isu Ketuanan Melayu adalah dari kelas pertengahan Melayu, sekali gus turut menjadi wakil kepada kelas bawahan.

"Selain itu, kumpulan-kumpulan ultra-Melayu pula tumbuh seperti cendawan selepas hujan turut menyumbang kepada pola pengundian ini," Saifuddin ding-dong


Betul ke melayu akan lebih selamat di bawah PASngok? Jangan lupa perjuangan PASngok di buat berserta dengan 2 parti yang berlainan ideologi. Sejauh ni selamat ke orang melayu di pulau mutiara? macam mana plak melayu penganut ajaran PASNgok yang kene tipu bulat2 dalam isu kohilal dan tabung memali?

Saipudin ding dong sendiri pun pening dengan hala tuju perjuangan sebenar PASNgok. PASngok parti yang takde pendirian. PASngok berjuang mengikut rentak orang lain. Kalau Dong Ziong ultra chauvinist sibuk mempertahankan bangsa mereka, PASngok tak berani nak menghalang! Takut sokongan mereka lari ke BN.

Bila mana perkasa mula di tubuhkan, pakatan punye riuh macam ayam nak mengawan!. mereka tau perkasa bukan parti politik. Tapi kenapa mereka takut sangat dengan perkasa? mereka juga orang melayu. Salah ke sebuah pertubuhan melayu menyokong perjuangan orang melayu. sama seperti Dong Ziong menyokong perjuangan chauvinistnye?

Bezanya perkasa mempertahankan hak kedaulatan dan tanah ketuanan asal tanpa mengusik hak kaum lain. Sebaliknya orang melayu seperti PASngok dan PKRngok bermati2an nak mengadaikan maruah, agama dan negara semata2 nak tengok orang melayu merempat di negara sendiri. sebab tu dalam kamus politik mereka "KETUANAN MELAYU" harus di hapuskan manakala islam terus diperalatkan.

Kini kebimbangan PASngok semakin terserlah ketika sokongan orang melayu terhadap mereka semakin pudar. Berdasarkan isu2 semasa di mana pada PRK yang lalu, sokongan orang melayu khususnya terhadap UMNO telah menunjukkan betapa pemikiran jahiliah yang cuba diterapkan oleh ketua puak2 Rejim PASngok telah di tolak mentah2.

Kesedaran dan kepekaan orang melayu terhadap kerajaan yang mengotakan setiap janji untuk terus memperkasakan orang melayu dari segi pembangunan sahsiah dan ekonomi cukup memberi impak yang amat berkesan. Lantaran itu PASngok cukup terpukul dengan situasi sekarang! Maka tahulah kita bahwa selama ini ketua2 Rejim PASngok adalah terdiri dari kalangan melayu/islam radikal yang cuba berlagak jadi puak pemisah berhaluan kiri, kanan, depan, belakang. Hanya beretorik di kala mereka dalam keadaan tersepit saje.

KINI CARI MELAYU PULAK, DULU KATA KAFIR & JAHILIYAH

Posted: 19 Feb 2011 04:35 PM PST

NIK AZIZ JAMIN TAKKAN KETEPIKAN MELAYU ??? BOLEH PERCAYA KER ???


pada majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa hari ini Nik Aziz menjamin dan menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam PAKATAN
Justeru jelas Nik Aziz,walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negera ini.Kata Nik Aziz lagi,sebagai masyarakat dominan sudah menjadi tanggungjawab mana-mana parti termasuk PAS untuk mempertahankan orang Melayu.
Nik Aziz berkata,Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera gagal kerana Umno-Barisan Nasional (BN).Sementara itu,Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata konvensyen berteraskan Melayu ini diadakan bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan sebelum ini.
SELANJUTNYA

BILA TUAN GURU MEROYAN?

Posted: 19 Feb 2011 04:28 PM PST

NIK AZIZ MENGIGAU DAN MULA MERACAU!!!


Dah tua dah dia ni sebenarnya. Bawak bawak la berenti berpolitik. Cakap pun macam orang mengigau je dah. Tapi sempat lagi dia putar belit cerita untuk menipu rakyat.

Nik Aziz semalam mempertikaikan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan slogan Ketuanan Melayu yang kononnya dianjurkan oleh UMNO.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa masyarakat Melayu diutamakan dalam agenda dakwah PAS memandangkan golongan itu merupakan kumpulan terawal menerima Islam di Malaysia.

Sekali pun, kata dia, PAS mentadbir Kerajaan Negeri tidak menyebut Melayu, mereka menggunakan dasar Membangun Bersama Islam dan ianya diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Tiga kenyataan itu saja dah cukup menggambarkan bahawa si Wali Terompah ini adalah ahli politik, bukan pendakwah. 

Yang pertama sekali dia pertikaikan Dasar Ekonomi Baru. Dasar Membangun bersama Islam dia tu berjaya sangat ke? 

Kalau berjaya, kenapa masih ramai rakyat Negeri Kelantan yang keluar berhijrah ke tempat lain? Itu je dah membuktikan bahawa PAS Kelantan gagal dalam dasar mereka.

Kalau Dasar Membangun Bersama Islam yang diguna pakai oleh mereka untuk menjamin kedudukan ekonomi Melayu di Kelantan berjaya, dah tentu sekarang ni semua penduduk Negeri tersebut dah jadi kaya raya.

Yang kedua kata dia, golongan Melayu tak dipinggirkan PAS sebab mereka golongan terawal memeluk Islam. Tapi kebanyakkan rakyat miskin di Kelantan adalah Melayu dan mereka masih juga terpinggir. 

Sebab apa? Salah Kerajaan Persekutuan jugak ke yang tak menjaga rakyat Negeri tersebut? Kalau salah Kerajaan Pusat, habis apa tanggungjawab Kerajaan Negeri? Takkan duduk saja je kot.

Yang ketiga. Adakah benar Dasar Membangun Bersama Islam yang diamalkan dan dakwah yang dibawa PAS berjaya meyakinkan masyarakat bukan Islam? 

Kalau macam tu, dah tentu semua rakyat Negeri itu beragama Islam tanpa mengira kaum. Tapi kenapa masih lagi ada kedai jual arak dan kedai judi di Kelantan?

Yang keempat, kata Nik Aziz, dasar yang dilaksanakan itu diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat yang ada dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri.

Kalau macam tu, dah tentu ada dikalangan wakil rakyat Negeri yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Tapi yang ramai sekarang ni siapa?

Tapi dia kata Ketuanan Melayu tu tak bagus. Pada hal yang memerintah Kelantan dan semua wakil rakyatnya semua orang Melayu.

Nampak sangat Nik Aziz ni saja menggunakan Islam untuk meraih sokongan orang Islam terutamanya dikalangan Melayu. Nama je pemimpin Islam, tapi kerjanya menipu rakyat. Ceit!!! Pigidah!!!

NIK AZIZ DESAK BANGSA MELAYU DIHAPUSKAN!!

Posted: Sunday, February 20, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels:
0

Semalam telah berlangsung 1 Konvensyen yang telah diadakan di Shah Alam, Selangor. Konvensyen tersebut dihadiri oleh beberapa Pemimpin PAS dan PKR termasuklah Nik Aziz, Hadi Awang dan Saifuddin Nasution yang bertindak sebagai panel. Dalam ucapan Nik Aziz, beliau telah menggamatkan Dewan tersebut apabila menghina dan mencerca bangsa Melayu yang digelar sebuah Bangsa yang Dikeji. Malah beliau sendiri jijik mengaku dirinya sebagai Melayu. Nik Aziz berpendirian Bangsa Melayu tidak sepatutnya wujud di muka bumi ini kerana Melayu sebuah Bangsa yang rosak. Beliau mengambil contoh Perjuangan UMNO yang mempertahankan Bangsa Melayu. Beliau melihat UMNO rosak akhlak dan moral, tidak menerima PAS kerana perjuangan Islam dan bersikap retorik dalam mentadbir Negara. Inilah bangsa Melayu yang diagung2 kan. Nik Aziz tidak menghadapi sebarang masalah jika Melayu dihapuskan, kerana bagi beliau, Islam adalah perjuangan sebenar. Beliau juga sanggup bersekongkol dengan Syaitan bagi menjahanamkan UMNO dan tidak dapat dinafikan, DAP lebih mulia sifatnya jika dibandingkan dengan UMNO. Kenyataan Nik Aziz ini telah mengejutkan hampir kesemua panel yang turut serta termasuklah Hadi Awang. Hadi Awang dilihat berang dengan kenyataan melampau Diktator PAS tersebut.

PILIHANRAYA SERENTAH: BN TIADA MASALAH PAS TERKEJUT

Posted: 19 Feb 2011 04:13 PM PST

TUAN IBRAHIM BELUM BANKRAP!!!


Kesian tengok Pesuruhjaya PAS Pahang yang sorang ni. Semalam dia terkejut beruk bila dengar kata Pilihanraya Merlimau dan Kerdau akan diadakan serentak. Terus pening kepala.

Mujur la ada kawan - kwan nak tolong urut kepala dia yang pening tu. Mula - mula Speaker Pecah, lepas tu Menteri Besar Badut pulak offer diri nak tolong picit.

Bukan apa. Diorang kesian tengok perniagaan baru yang sedang diusahakan Tuan Man tu bakal gulung tikar akibat tindakan Mahkamah.

Jadi hari ni, si Khalid Gagap tu tolong la kawan dia ni. Bagi la harapan palsu agar sahabat dia dapat meneruskan cita - cita murni membuka industri Pelancongan Politiknya.

Menteri Besar Badut tu kata, Kerajaan Selangor masih optimis dengan keputusan berhubung kedudukan kerusi DUN Perlabuhan Klang akan memihak kepada mereka.

Walaupun Mahkamah dah membuat keputusan bahawa kerusi DUN tersebut masih lagi kekal milik Badrul Hisham yang sah.

Dia bagi alasan, kononnya pada masa keputusan dibuat, perwakilan atau peguam dari pihak Kerajaan Negeri tidak menyertainya.

Maka, dia berharap Speaker Pecah mereka akan mendendangkan lagu 'Dengarlah Rayuanku' kepada pihak Mahkamah.

Tak sertai kepala hotak dia. Pagi tadi Teng si Speaker Pecah tu kata peguam dia ada hantar wakil untuk memohon agar kes tersebut ditunda.

Yang peguam dia tu nak tunda jugak kenapa? Tak penting kes tersebut? Sepatutnya peguam dia kena letak keutamaan pada kes ini sebab ia melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ini tidak. Dia bantai buat main - main pulak. Dah kalah, dah la. Diam - diam sudah. Buat kerja, jangan cakap banyak. Ada hati nak pertikai keputusan mahkamah.

Tu semua saja nak cari jalan mengabihkan harta rakyat la tu. Boleh diorang bagi lagi duit kos guaman. Lepas tu ambik komisyen 10%.

Mengabihkan masa je kejenya. Tak de keje lain ke? Jadi pemimpin, tapi tak boleh harap. Ceit!!! Pigidah!!!
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan tiada sebarang masalah bagi jentera BN untuk menghadapi pilihan raya kecil (PRK) serentak berikutan parti itu memiliki jentera yang menyeluruh.

Menurut Najib, situasi berkenaan juga pernah berlaku iaitu mengadakan pilihan raya serentak membabitkan di DUN Galas di Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah pada tahun lalu.

"Tiada masalah untuk membuat pilihan raya kecil serentak, kerana dahulu kita pernah buat di Sabah dan BN mempunyai jentera yang menyeluruh.

"Kita boleh bertindak dalam menghadapi pilihan raya di beberapa kawasan sekalipun, bukan sahaja dua, malah banyak kawasan serentak pun kita boleh," katanya.

Perdana menteri berkata kepada media selepas mengadakan pertemuan bersama jentera PRK di kawasan DUN Merlimau di Politeknik Merlimau hari ini.

PRK di DUN Kerdau diadakan berikutan penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Manakala PRK di DUN Merlimau pula, diadakan setelah kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lalu juga kerana penyakit sama.

Najib juga berkata, jentera BN untuk menghadapi PRK Merlimau telah menghadapi persiapan yang kemas dan mantap malah motivasi pemimpin-pemimpin BN di kawasan terbabit juga adalah sangat tinggi.

"Segala perancangan yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam, sebagai Ketua Menteri dan Pengarah Pilihan Raya menunjukkan persiapan kita malah BN sudah pun mengerakkan jentera.

"Saya percaya kita punyai perlaksanaan dan tindakan kita berdasarkan pada persiapan kita, Insya-Allah kita akan menjuruskan kepada kemenangan BN.

"Saya pesan kepada jentera BN supaya bekerja dengan penuh semangat secara berterusan sebab di PRK ini kita tidak tahu apa yang boleh kita andaikan tetapi kalau kita ambil tindakan berdasarkan kepada perancangan yang telah kita susun atur, saya percaya apa yang kita hasratkan akan menjadi kenyataan," katanya.

Mengenai calon yang akan diketengahkan menurut Najib, setakat ini pihaknya hampir membuat keputusan calon yang layak.

"Kita sedang meneliti tujuh calon yang sesuai, setakat ini masih belum ada calon pun yang disenarai pendekkan.

"Bagaimanapun, untuk PRK di Kerdau, kita sudah pun menerima senarai calon dan tarikh diumumkan calon adalah 22 Februari manakala Merlimau pada 23 Februari ini," katanya.

Mengenai Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Perlis yang mencadangkan SPR mengkaji semula Akta Pilihan Raya dengan memasukkan beberapa syarat baru berkaitan calon pilihan raya termasuk had umur calon tidak melebihi 65 tahun dan mereka juga perlu disahkan sihat, setakat ini menurut Najib pihaknya belum membuat keputusan.

"Pasal umur calon, kita belum putus lagi, itu sekadar cadangan sahaja, biar kita fikir dahulu perkara ini, saya tidak mahu membuat kenyataan, kalau saya buat kenyataan seolah-olah kata putus," katanya.

Walaupun penamaan calon dan waktu berkempen masih tinggal Kurang seminggu,, Merlimau mula meriah dengan kehadiran ramai pemimpin utama negara.

Selain kehadiran Najib dan isterinya Rosman Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan n Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar turut turun ke situ.

PAS TERKEJUT : PILIHANRAYA SERENTAK.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari yang sama untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau dan Merlimau.

Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata, sepatutnya lebih masa diberikan kepada kedua-dua pihak yang mahu bertanding untuk membuat persediaan.

Tambahnya, hari pengundian pada 6 Mac yang jatuh pada Ahad boleh menyebabkan keadaan tidak selesa kepada pengundi luar yang terpaksa pulang bekerja pada keesokan harinya.

Mereka terpaksa bergegas kerana cuma ada sehari untuk perjalanan ke tempat mengundi dan pulang ke tempat kerja, katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini.

Bagaimanapun, menurut Tuan Ibrahim lagi, PAS sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya kerana sudah memberi perhatian sepenuhnya sejak bekas ADUN Kerdau sedang kritikal.

Penceramah popular itu berkata, mereka juga sudah bersedia kerana sudah berbincang dengan rakan Pakatan Rakyat lain di negeri itu.

PPUBJ : Dulu mereka mengatakan telah bersedia untuk menghadapi PRU, jadi apa masalahnya bila pilihanraya serentak.....cakap pun tunggang terbalik...

BN kenal pasti calon terbaik

Posted: 19 Feb 2011 04:02 PM PST

BN kenal pasti calon terbaik
Oleh Amirullah Andi Nur dan Junita Mat Rasid

2011/02/20
MERLIMAU: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sudah hampir mengenal pasti calon sesuai untuk dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini, dan DUN Kerdau di Pahang, yang diadakan serentak pada 6 Mac ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, nama calon parti untuk DUN Merlimau akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri Rabu ini manakala kerusi DUN Kerdau, sehari sebelum itu.
"Saya sudah terima senarai nama itu (calon BN di DUN Merlimau). Sekarang ini hampir hampir dah (nak dikenal pasti). Kita tidak ada senarai pendek, ada tujuh nama saya terima... kita akan tengok mana sesuai.
"Saya juga sudah terima senarai calon BN untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau. Ia bakal diumumkan pada 22 Februari ini," katanya selepas meninjau Kampung Tersusun Lipat Kajang, dekat sini, petang semalam.

Terdahulu beliau merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Seri Mendapat, mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya kecil BN bagi DUN Merlimau dan bersolat Zuhur di Masjid Cenderah, dekat sini.

Kekosongan DUN Merlimau susulan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu, manakala Kerdau membabitkan Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 64, pada 12 Februari.

Semalam, keluarga Allahyarham Mohamad Hidhir menerima bayaran ganjaran perkhidmatan (gratuiti) daripada kerajaan negeri berjumlah RM184,433.66 sebagai mengenang jasa dan bakti beliau sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat sejak 2004, yang diserahkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada balu Allahyarham, Datin Noor Azian Mohd Ali di kediamannya di Kampung Tersusun Lipat Kajang, dekat sini.
Mengulas lanjut, Najib berkata, BN tidak menghadapi sebarang masalah dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kerusi berkenaan diadakan serentak.

"Kita tak ada masalah, dulu kita pernah buat ketika pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Sabah dan DUN Galas di Kelantan apabila diadakan serentak. BN mempunyai jentera yang menyeluruh dan kita boleh bertindak dalam beberapa kawasan... malah lagi banyak, kita boleh hadapi," katanya.

Di Pagoh, Muhyiddin berkata, BN akan memilih calon terbaik yang akan diumumkannya, bagi kerusi DUN Kerdau dan Merlimau nanti, dan secara kasarnya semua yang layak sudah ditapis dengan teliti oleh pihak bertanggungjawab di peringkat negeri sebelum dikemukakan untuk pertimbangan Perdana Menteri.

"Kita juga sedang meneliti latar belakang calon dan akan mengumumkan calon yang kita yakin terbaik untuk memimpin kedua-dua DUN berkenaan," katanya selepas Majlis Penerimaan Sumbangan dan Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir Parlimen Pagoh, di Kompleks Seri Pekembar, di Pagoh semalam.

Beliau berkata, BN tidak menganggap kedua-dua pilihan raya kecil diadakan serentak itu memberi kelebihan atau kekurangan kepada BN kerana apa yang penting ialah jentera pilihan raya sentiasa bersiap sedia dan digerakkan dengan rapi serta mengikut strategi yang diatur.

Mengenai keyakinan BN untuk mengekalkan kedua-dua kerusi itu, Muhyiddin berkata, sebagai parti yang bertanggungjawab dan menguasai kedua-dua DUN itu sejak dulu lagi, pihaknya mempunyai keyakinan bahawa BN dan UMNO tetap kukuh, malah kedua-dua bekas wakil rakyat di kawasan berkenaan juga sudah memberi perkhidmatan terbaik.

Keluarga miskin terharu kunjungan Najib

Posted: 19 Feb 2011 03:56 PM PST



JASIN 19 Feb. - Tiada kata-kata yang mampu diluahkan dua keluarga miskin di Kampung Lipat Kajang di sini apabila menerima kunjungan mengejut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ada yang menitiskan air mata seolah-olah tidak percaya pemimpin nombor satu negara itu sanggup menjejakkan kaki ke rumah mereka yang cukup daif.

Kedua-dua keluarga tersebut adalah antara sembilan penerima bantuan sebanyak RM5,000 daripada Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi membaiki rumah mereka yang usang dan daif.

Bagi Samad Mohd. Nor, 75, dia amat terkejut dengan kunjungan Perdana Menteri ke rumahnya yang serba kekurangan.

"Seperti tidak percaya, rumah saya yang buruk sanggup dikunjungi oleh pemimpin nombor satu negara. Saya tidak tahu Perdana Menteri akan datang ke rumah saya.

"Saya hanya dimaklumkan lewat tengah hari ini tetapi ketika itu saya masih tertanya-tanya betul atau tidak? Seperti mimpi Perdana Menteri sanggup datang," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Najib di sini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengarah Tanggungjawab Korporat Sosial 1MDB, Datuk Dr. Shamsul Anuar Sulaiman.

Program 1MDB adalah sebahagian daripada aturcara Perdana Menteri sempena lawatan kerja sehari di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini.

Najib meluangkan masa hampir setengah jam melawat dan meninjau rumah yang dibaiki melalui program 1MDB di samping beramah mesra dengan kedua-dua buah keluarga terbabit.

Samad yang tidak dapat menahan sebak mengalirkan air mata sebaik sahaja bersalaman dengan Najib yang menampalkan plak program 1MDB di dinding rumahnya.

"Saya benar-benar gembira dan berbesar hati. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada 1MDB yang membaik pulih rumah saya di samping kedatangan mengejut Perdana Menteri," katanya.

Bagi seorang petani, Amin Aman, 57, dia tidak menyangka Perdana Menteri sanggup meluangkan masa dan melawat rumahnya yang serba kekurangan.

"Sejurus dimaklumkan oleh pihak 1MDB bahawa Perdana Menteri akan melawat rumah saya, isteri terus membersihkan kawasan rumah.

"Saya sendiri tidak sangka pemimpin nombor satu negara sanggup menjejakkan kaki ke rumah dan bertemu dengan kami sekeluarga," ujarnya.

Katanya, kunjungan mengejut itu merupakan satu kenangan yang tidak mudah untuk dia dan keluarga melupakannya.

Amin mengucapkan terima kasih kerana program 1MDB itu membolehkan dia menjalani kehidupan yang sempurna apabila dapur, atap, bilik dan dinding rumahnya dibaiki dengan sempurna.

Pengikut